بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 10 November 2011

Penghujung Pertemuan

Pantas masa berlalu. Hanya tinggal lagi seminggu je nak habiskan praktikal. Atau lebih tepat, lagi enam hari. Whoa! Dah 19 minggu!

 

Orang orang kat opis pun dah mula sibuk tanya bila last day, bila last day. Lepas tu aku pon mula la nak bagi jawapan sentap,

“Tau laa tak suke saya…saya nak benti dah la ni..18hb ni…”

 

Ceh. Poyo tak poyo ayat tu kan. Hoohoo. Tapi dorang takde la bermaksud camtu pun kan. Kalau ye, memang mak sentapp noks! Eheh.

 

Berakhirnya pertemuan yang singkat ini, pasti ada masanya disulami rindu.

 

Mungkin rasa rindu pada perasaan menyampah dengar deringan telefon yang tak pernah berhenti dari pagi sampai lah senja.

Mungkin rasa rindu pada perasaan cuak & gelabah setiap kali nak berhadapan dengan para pelanggan.

Mungkin akan rasa rindu untuk bancuhkan air kepada mereka semua.

Mungkin rasa rindu untuk susun file.

Mungkin rasa rindu untuk buat surat, tukar format ikut citarasa sendiri. Ekeke.

Mungkin rasa rindu untuk scan specimen yang beribu ribu ribu lemon itu.

Mungkin rasa rindu untuk borak borak mengenai hal hal kedewasaan.

Mungkin rasa rindu untuk dengar perjalanan kehidupan seorang wanita yang sedang mengandung. Tips bagai.

Mungkin rindu pada tekanan diganggu setiap hari oleh abang abang senget.

Mungkin rindu sesi luahan perasaan dengan rakan rakan sebaya dan akak akak sempoi.

Mungkin rindu perasaan tension bila dibuli & dikutuk.

Mungkin rindu pada perhatian ikhlas seseorang yang bergelar abang & kakak.

Mungkin rindu untuk berbakti.

Rindu lah. Macam2. Letih pulak nak taip semua.

 

Tapi satu perkara yang pasti dirindu dan tak mampu diubati ialah,

takkan jumpa dah orang macam dorang.

 

Tak mahulah sedih. Segalanya baik. Permulaannya baik. Dan InsyaAllah, penghujungnya nanti pun baik. Winking smile

Ahad, 23 Oktober 2011

Back to Basic

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia).”

Ali Imran, 3:8

 

Lama dah tak muhasabah diri. Astaghfirullah. Lama tak mengimbas kembali kekhilafan diri dan belajar untuk memperbaiki. Lama tak mengimbau kekuatan yang pernah ada dan berusaha untuk mengekalkan atau lebih memantapkan. Hakikatnya, diri dah lama hilang.

 

Kekuatan pertama yang dipupuk dengan gigih, tanpa mahu rasa mengalah adalah ketika mak mula tenat dan pergi buat selamanya. Hadirnya kekuatan itu bukan kerana cekalnya hati tetapi kerana eratnya hubungan dengan Ilahi. Surau adalah tempat yang paling damai, tazkirah adalah kata kata penyejuk jiwa, yasin menjadi sahabat dan Al-Quran adalah kata kata yang paling indah & terbaik untuk membentuk kehidupan yang berjaya di dunia & akhirat. Mana pergi semua ini?

 

Di alam universiti, abaikan perjalanan ketika belasan tahun menuntut ilmu diploma perakaunan. Namun syukur sebab di alam ijazah sarjana muda, perbankan Islam membentuk diri menjadi lebih baik. InsyaAllah. Pensyarah yang selalu berkongsi kata kata semangat yang membawa lebih rasa cinta kepada agama. Kawan kawan yang kebanyakkannya menghormati batas pergaulan. Punya sahabat sahabat yang saling ingat mengingati, nasihat menasihati walau pasang surutnya tak pernah berpenghujung. Hidup dirasakan sempurna dalam kesederhanaan.

 

Tapi kini terasa semakin jauh dari Ilahi. Sudah jarang jarang sekali mencari ilmu menambah pengetahuan agama. Sibuk dengan dunia. Sudah banyak lupa kata kata Ilahi, kata kata Nabi. Motivasi hanya ada di hati, bukan di minda untuk digerakkan. Mengapakah begini jadinya aku?

 

Sangat sangat sangat memerlukan selain dari usaha sendiri, adalah hadirnya sahabat sahabat yang sama sama berusaha untuk mencari nikmat cinta sebenar kepada Ilahi. Sahabat sahabat yang memberi peringatan kepada hidup di akhirat. Back to basic. Kembali pada Tuhan. Kembali mengingati dan menyedari bahawa kita adalah hamba. Hamba Allah. Khalifah di bumi. Oh Tuhan, beri aku kekuatan untuk memperoleh hidayahMu dan mengamalkannya dalam kehidupanku!

 

notakaki: terjumpa perbualan perbualan lama dengan seorang sahabat yang cukup baik akhlaknya dan kebiasaannya di setiap akhir bicara dia akan memesan, “jaga diri ya.” Ia satu pesanan yang punya maksud tersirat yang tepat ke jiwa. Terima kasih.

Ahad, 25 September 2011

Praktikal

Dah 3 bulan dah rupanya. Rasa macam baru je lagi dok menggelabah post kat facebook pasal salah tarikh daftar praktikal tu. Tup tap tinggal lagi sebulan setengah je rupenya aku kat sana. Entah apa yang aku belajar, entah apa yang aku dapat aku pon tatau la. Sebab praktikal sorang sorang je kan kat situ maka tatau apa yang aku buat selama ni sejajar dengan yang sepatutnya atau tidak. Hurm.

 

Hari tu pergi Shah Alam sebab nak jumpa advisor. Bertuah la jugak agaknya aku ni walaupun praktikal sorang sorang je kat Selayang tu tapi partner aku yang dapat sama advisor ni kebetulan praktikal kat bank rakyat jugak tapi cawangan Shah Alam. Macam best lah jugak kan dapat jumpa orang yang praktikal bawah satu bank yang sama ngan kite walaupun berbeza cawangan. At least, paham la camne kerja, environment, transaksi etc masing masing kan. Lepas tu baru tahu kat tempat dia rupanya ada lagi budak praktikal lain. Takpelah. Rezeki dia.

 

Tapi one thing la yang buat aku rasa macam sedikit tersentap, dia ada jadual praktikal. Something like macam minggu ni apa yang dia akan buat, minggu depan ape plak – in detail dari mula praktikal sampailah habis. Dalam bahasa lebih mudah, ada nampak la apa yang dia buat & belajar masa praktikal kat situ. Aku? Terbiar. Sepatutnya aku pun ada benda yang sama macam yang dia ada tapi dah ditakdirkan dapat supervisor yang macam tu, mungkin aku harus redha dan tabah je la. Lagipun tinggal berapa minggu je lagi. Aku memang dibiarkan hidup berdikari dan sendiri walaupun aku tahu jadual praktikal aku memang ada dalam pending job list encik supervisor. Dan terus dibiarkan pending sehingga lah kini. Jadual bertukar unit pun aku hafal sendiri. Tak pernah dapat briefing in words kat unit ni buat apa, unit tu buat apa. Just tahu & faham sendiri from my own observation je. Kalau salah aku faham, maka salah lah aku. Nak bercakap banyak, nak bertanya bagai tak reti. Pulak, supervisor aku gile gile. Hah. Memang. Kadang kadang aku pon leh jadi gile.

 

Bila tinggal lagi 8 minggu je dah nak habis praktikal dah mula dah rasa tiba di penghujungnya. Luckily cause I’ve been practical here. Walaupun selalu dibuli, dikutuk, diperli & jarang dipuji tapi harapnya aku terimalah semua ni sebagai satu perjalanan pengalaman kedewasaan. Aku dah malas dah nak gado gado ngan encik Supervisor. Aku dah malas dah nak menjawab dengan orang orang yang asyik nak cari pasal, mengutuk bagai. Sebab orang yang paling muda memang selalu rasa macam ni.

 

Haih. Setiap kali berakhirnya hujung minggu mula terasa sedih berjumpa Isnin. Sebab tatau apa yang akan orang cakap pasal kita, apa yang akan menyakitkan hati kita, everyday makes me feel down. Tapi rasa tak layak pun nak kata macam ni sebab gambarannya hidup aku jauh lebih senang dari apa yang orang lain lalui masa dorang praktikal. Dasar manusia tak sedar diuntung. Kan?

 

Takpelah. Tabah je la.

 

 

Notakaki: Lepas ni nak kena sibuk dengan project paper pulak. Ibarat weekdays di Selayang, weekend di Shah Alam. Harap tabah lah ye. Dan semoga idea pun tak kuncup lah ye.

Selasa, 20 September 2011

Happy Flying!

Ema terbang ke pangkuan suami hari ini. Mungkin ketika entri ini ditulis, beliau sedang berada di dalam flight menuju destinasi suatu kehidupan baru di United Kingdom bersama encik suami. Semoga selamat sampai sahabatku!

 

Tak perlu nak rasa sedih kerana ini kebahagiannya. Doaku mudah mudahan keduanya cekal & tabah hidup di rantau orang. Paling penting, bawa lah pulang anak comel bila pulang ke tanah air nanti! Hihi.

 

But I bet, I gonna miss her much. Walaupun dah jarang contact, tapi masih ada sekali sekala bertanya khabar. Cuma aku, sibuk lebih sikit dari dia. Tambah tambah sejak dah praktikal ni tiada kemudahan public transport memang nak tanak duduk je lah diam diam kalau takde sape yang sudi nak ambik. Huuuuuuu.

 

Harap harap ema akan rajin update facebook atau sekali sekala mengirim sms dari tanah London. Auwwww…..kaye sangat lah kan!

 

Heee. Rindu. Tapi gembira melihat kebahagiaannya Angel

 

 

Farewell Ema, 16092011

Farewell, 16092011 :’)

Isnin, 12 September 2011

Abah Datang Office

Terharu.

 

Pagi pagi tadi, masa sedang sibuk di pantri nak potong potong lemang sebab bank ada jamuan raya hari ni tiba tiba kak Naza datang bawak bungkusan plastik berisi makanan laju menuju ke aku seraya berkata,

 

“Ija, abah kamu datang bawak makanan ni haa. Pergilah jumpa dia. Ada kat kaunter depan.”

 

Ek??? Abah datang opis? Laju kaki melangkah mencari kelibatnya. Benar. Memang abah sedang duduk di situ menunggu aku. Segera abah disapa dan kami berbual seketika. Terharu rasanya hati apabila seorang ayah dengan kasih sayangnya datang bersinggah ke pejabat anak perempuannya hanya semata mata nak menghantar makanan kerana semalam ketika abah mengadakan rumah terbuka aku tak berkesempatan menghadirinya. Aku dah sms awal awal minta maaf kat abah bagitahu tak dapat nak datang dan tak sangka hari ni abah datang nak bagi aku rasa. Terharuuuuuu. Langsung tak tercapai dek akal ini abah akan datang buat kejutan macam tu.

 

Abah singgah tak lama tapi aku rasa gembira sangat bila dapat duduk rapat sebelah abah. Borak borak dalam 5,10 minit macam tu dengan abah tanya kabar dia. (ye, aku memang anak yang tak berapa nak mithali sebab aku memang jarang jumpa abah….) Dan lepas tu dapat tatap wajah abah yang semakin dimamah usia. Wajah itu semakin menampakkan keringat yang tidak pernah kering tetapi senyumannya tetap masih melambangkan abah masih kuat. InsyaAllah.

 

Aku sebenarnya tak tabah nak tengok wajah abah. Sebab akan sentiasa ada rasa sebak di dalam hati kerana di wajahnya tergambar seribu macam pengorbanan dan kasih sayang.

 

Ija sayang abah, Sobki Othman.

Ahad, 11 September 2011

Microwave Oven, Vacuum & Induction Cooker

Aku bodoh?

 

Dah nak jam 5 pagi tapi kepala dah risau gila. Baru je kebah dari demam & sakit kepala yang kritikal tapi nampak gaya nak rebah balik je ni? Allah.

 

Tak tahu lah tuah ke malang. Nak pengsan dah rasa menggoogle dari jam 2 pagi tadi.

 

Cerita aku ni sama je macam cerita blogger lain. Tapi takpe lah, aku ulang cerita.

 

Hari ni aku shopping barang dapur kat Giant Batu Caves. Ye. Memang sengaja dinyatakan dimana lokasinya. Dah habis shopping aku ajak la kawan aku makan. Memandang kan skarang kesihatan aku agak merudum jatuhnya maka haruslah rasanya aku berhati hati dengan tidak menskip makan sebelum ditempeleng oleh ahli keluarga yang terdekat mahupun jauh. Huhu. Dan ada satu spot dekat Giant memang aku menyampah gila nak lalu. Serius menyampah. Sebab kat situ berderet deret salesman. Tapi disebabkan nak pegi makan punya pasal terpaksalah lalu. Mungkin takdir. Hurm. Thinking smile

 

Aku ditahan oleh seorang salesman. Ikut hati memang nak blah je. Tapi entah lah kenapa macam cerita blogger lain aku boleh lah pulak rasa nak mendengar. Dia datang kat aku dengan bertanya, “akak dah dapat RECYCLE BAG ni? haa bila akak dah shopping kat giant akak layak untuk dapat hadiah percuma minyak masak dari kami bla bla bla.”  Alah takat minyak masak tu aku tak heran sangat la. Lepas tu dia mintak aku jawab survey. Jawab je la. Ingatkan dah settle dah. Tak jugak. Cakap bla bla bla bagai pap! dapat voucher RM50. Oh lupe ni company jual barang elektrik. Excellent Homestyle. Aku google memang tak jumpa. Lepas tu bila dah dapat voucher tu then kat dalam tu ada menang pulak lagi free gift. Entah macam mana aku boleh terbertuah sangat ni, aku dapat 2 free gift – vacuum & induction cooker worth dalam RM 6000++. Hurm. Aku balik google semua orang dapat benda sama. Tapi part yang tak boleh blah semua salesman kat situ terkejut bagai nak rak tengok aku dapat hadiah sampai 2 bende. Sebab kalau ikutkan memang tak boleh sebabnya ikut term & condition barang free gift tak boleh lebih dari RM4000 tapi aku dapat RM6000. Memang melampau la kan? Aku tak juling sangat tengok harga tu tapi tengok barang dorang macam best sesangat je. Dalam hati memang ada la rasa teruja. Ohohoho. Orang semangat nak kawen kannn. Opsss!

 

So dorang punye lah tak puas hati dengan hadiah aku yang sangat best tuh maka dorang pun call lah penaja. Hurm. Barang tu jenama Kitchen Queen. Brand from Italy. Lepas tu penaja tu pon nak jugak cakap dengan aku. Siap mintak no serial lagi pastu nak confirm balik dalam 1 minit lagi. Kawan aku dah buat muka boring tak percaya tapi aku nak gak tabah hati dengar. Tak paham betol. Patot bawak boyfriend. Mesti kena lecture time tu jugak. Ahaha. *masalahnya boyfriend pon xde. okay. diam* Then orang tu plak bagitahu memang betullah voucher tu valid sebab ada 20 keping je voucher macam tu. Haih. Bodoh betul rasanye bila fikir balik. Tahu tak bila aku google semua orang dapat ayat yang sama? Semua orang jadi 20 orang yang bertuah. Ahaha. *gile kejap. kene tipu ke tak ni? adoii* Sleepy smile

 

Tapi aku sebenarnya tak lah excited sangat nak jadi 20 orang tu tapi macam best je kot barang2 dia. Adehhh. Tapi nak dapatkan free gift tuh for sure lah nak kena beli barang dia kan. Dan barang dia pon paling murah RM 2998. Tambah 2 ringgit jadilah 3 ribu. Murahhhh ke? So dorang pun tanya apa barang yang aku suka. *dorangg tak tanya pun barang apa yang aku nak beli…taktikkkk* So aku pon dengan jari berinai tu tunjuk lah mixer. Well, masih cinta baking kan. Harga dia RM 3698. Cantik ok. Tapi lepas tu aku tukar nak microwave oven pulak. Harga sama. Dan barang yang aku pilih ni yang paling mahal. Tak beragak pulak kan pilihan aku…..Annoyed

 

Tapi aku tanak beli pon. Wei. Mane mampu kot. Agak2 la praktikal pon dapat elaun seratus ade hati plak aih nak beli barang elektrik harga 3 ribu. pergh. karut gila aku ni. Mula mula aku dah berjaya dah tolak walaupun encik manager siap datang tolong hasut suruh beli. Lorh. Aku tak suke lah merepek2 berhutang bagai ni. Encik manager punye kecewa aku habiskan air liur nak dekat segelas terus memblahkan diri apabila aku dengan tegasnya menolak untuk membeli. tapi salesman kat situ tanak jugak patah hati. Dorang kesian sangat kat aku punye pasal dorang bagi aku book dulu barang tu dengan bayar deposit seratus. dan aku boleh hold nak bayar balik semua tu sampai bila bila. sampai bila bila. ok? tapi barang aku tak dapat lagi sebab aku bayar harga book je. if aku bayar at least seribu, baru dapat 1 barang. cukup 3 ribu berapa ratus tah baru lah dapat bawak balik ketiga tiga barang itu – microwave oven, vacuum & induction cooker. Tapi dia punya barang aku dah macam yakin je high quality. tapi tatau lah kan. tak penah membeli. huhu. oh pasal boleh reserve tu pon dialami oleh orang orang lain juge. Ekeke. Same je pengalaman aku ni? Huwaaaa. Kena tipu ke aku ni? Tapi rasa cam marketing strategy je ni. Haih. susah hati. Confused smile

 

Tapi yang buat aku lebih susah hati sebab ni. Masa tengah dorang dok mengayat suruh membeli tu, aku ade cucuk duit kat machine yang macam kite cucuk mase mula mula nak confirm password tuu..then dari situ dorang check baki duit aku layak ke tak nak beli barang dorang wei. Eh tak ke gile duit pinjaman baru masuk lepas tu nak lesap macam tu je kat barang elektrik yang macam lah aku nak gune sangat. tsk. tsk. Dan masa dorang check tu dengan selambanya dorang dah deduct duit aku lima ratus. LIMA RATUS OKAY! aku mase tuh terus muka dah pucat ni kejadah sesuke ati sedut duit aku ni? aku pon dengan agresifnya berkata,”saya tak kata pun nak beli?kenapa tetibe nak deduct duit saya?” dalam hati paham2 sendiri la. dah sayu gile sebak jangan tanya. mau kena lempang laju2 dengan ahli keluarga kalau dorang tahu. then setelah berjaya mengkonfirmkan tak mahu so dorang cucuk kad aku lagi sekali dan buat ‘void sale’. harap2 kembali la 500 tu balik kan. tapi aku tak check pon lagi baki. Alahai risau gile. risauuuuuuuuu. jangan lah wei tetibe celik2 pagi esok pegi atm tengok2 duit dah lesap. sebab mula2 dorang dah mintak aku bayar half price dalam RM1600. Ah memang tak lah kan. Tapi lesap gak lah duit aku seratus sebab booking. Tapi boleh ke dorang sesuke ati nak sedut duit aku? UUUU..aku keje bank pon tatau wei! Sleepy smile

 

Tapi aku nak lah barang barang dia. Wahh confident tak aku? Tapi aku tanak dorang amik duit aku sekarang! dorang kate leh bayar bila dah kerja nanti. Huwaaaa. *pening* Sick smile

 

Tak sabar nak check duit kat atm pagi pagi esok. Sasau & risau okay. Boleh ke duit kat atm tu disedut? EEE saspen! Crying face

Jumaat, 9 September 2011

You Kufur!

Nauzubillah min zalik.

 

Pengalaman pertama berhadapan situasi seperti ini. Hari ini hari yang santai. Semangat kerja peratusnya meningkat. Seawal pagi dah mula call pelanggan dan kemudian diri sendiri yang menawarkan untuk membantu memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang hadir ke bank. Lewat petang, pelanggan semakin ramai dan akhirnya bantuan aku diperlukan untuk menguruskan mereka. Aku beralih meja dan syukur pelanggan aku bukan dia.

 

Permulaannya aku tidak tahu bagaimana kerana tibanya aku di situ di bahagian klimaks – you kufur!

 

Tidakkah tergamam rasanya bila seorang muslim yang lain, yang pakaiannya cukup menutup aurat, kalau dilihat dari wajahnya dapat kita bayangkan dari keturunan yang baik baik tetapi dengan lantangnya bersuara menghakimi bahawa kita adalah kufur hanya kerana kita tidak berupaya membantu memberi bantuan kewangan padanya yang benar benar memerlukan. Katanya tidak perlulah nak mengakui kononnya sebuah institusi yang berasaskan Islam tetapi bila orang yang betul betul memerlukan datang meminta bantuan, permintaannya diketepikan. MasyaAllah.

 

Sudah dua bulan setengah aku di sini. Dan aku bukanlah bijak pandai untuk menghakimi pula adakah benar institusi tempat aku mengenal dunia perbankan ini benar benar berlandaskan syariah atau tidak. Tetapi aku percaya, ia sebuah bank koperasi yang berlandaskan syariah dimana pelaksana pelaksana nya juga mementingkan aspek ini dalam setiap urusan. Jika orang lain tidak, itu yang aku akan perjuangkan sebab itu matlamat aku kenapa aku memilih jurusan ini 2 tahun lalu.

 

Dia seorang yang berilmu tinggi. Pembiayaan yang diperlukan itu adalah untuk menyambung pengajiannya ke peringkat phd dan juga anaknya yang baru mahu mengenal alam universiti. Sedangkan aku disitu hanyalah seorang pelajar tahun akhir dan pegawai yang berurusan dengannya adalah seorang pegawai kontrak lepasan diploma. Benar. Kami tidak setanding dia. Suara kami juga tidak lantang seperti dia. Katanya dalam agama yang suci ini ilmu itu adalah sampai akhirat, bukan semata mata dunia. Kerana itu dia seharusnya dibiayai & dibantu. Dan sejurus itu dikatakannya pada kami, kufur. Nauzubillah.

 

Sampai terdetik di hati aku, ‘kau berdakwah untuk murtadkan saudaramu?’

 

Aku seorang Muslim yang masih tercari cari cahaya petunjuk ke jalan yang diredhaiNya. Ilmu aku jugak masih cetek dan iman di dada pun ternyata nipis. Tetapi sejauh mana Islamnya aku adalah antara aku denganNya dan begitu juga insan lain. Dan pendapat aku tentang agama ini, ia perlukan keyakinan & kepercayaan yang kukuh tentang kebenaran & keindahan yang tersendiri kerana ia adalah agama Allah. Dalam rukun Iman pun kita perlu percaya pada 6 perkara iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Qiamat dan Qada’ & Qadar. Dan pandangan aku pada mereka yang seringkali mengkritik agama ini sedangkan mereka sendiri adalah seagama denganku kerana lemahnya kepercayaan & keyakinan pada agama ini. Renung renungkan lah.

 

Aku tidak mengatakan dia sebegitu tetapi dengan kelantangannya berkata untuk pergi ke agama lain sememangnya mengejutkan. Memang benar apa yang dikatakannya tetapi apabila dengan beraninya dia berkata mahu pergi ke agama itu, tidakkah kedengaran pelik? kepercayaan & keyakinan nya pada perkhidmatan bank ini adalah haknya. Keberanian untuk mengkritik adalah juga haknya tetapi untuk memburukkan agama itu benar benar membangkitkan kemarahan.

 

Dan permintaan nya ditolak bukan kerana tidak mahu membantu. Dengan gajinya sememangnya dia mampu untuk menyelesaikan pembiayaan dalam tempoh yang singkat malangnya dia benar benar tidak layak untuk membuat permohanan tersebut walaupun kesnya dinaikkan sehingga berurusan dengan pengurus cawangan. Dia kalah.

 

notakaki: institusi perbankan bukanlah suatu urusan keluar masuk duit & horey! Bergaullah dengan ahlinya dan fahamilah transaksi yang terlibat, fahamilah dengan benar apa itu syariah & Islam dan kemudian selidikilah. Hakimilah dengan akal, bukan dengan hati.

Selasa, 6 September 2011

Kemboja Di Pusara Bonda

Pagi pagi Aidilfitri di tahun ini, awal awal lagi keluarga kami dah berkunjung ke pusara bonda. Lama rasanya tidak datang bertandang. Kerana lama juga rasanya tidak pulang ke desa. Pagi yang indah itu, kelihatan ramai saudara seagama yang berpakaian segak menawan berziarah ke pusara insan tersayang masing masing. Dan kaki kami melangkah laju menuju ke pusara yang tuannya telah banyak berkorban tenaga, masa & air mata untuk kebahagiaan kami.

 

Ada sepohon kemboja yang mewangi di pusaranya. Pokoknya sudah besar. Dan kuburnya kelihatan bersih. Hanya ada helaian helaian kecil daun kering. Ada hamba Allah yang budiman yang terlebih dahulu datang menziarahinya dan menanam pohon kemboja itu. Bunga putih. Sungguh menawan hati.

 

Nisannya sudah dikotori tanah. Telah lama. Bonda pun sudah 8 tahun meninggalkan kami selamanya. Tapak tangan ini…setiap kali datang berziarah pasti akan mengusap sayu nisan yang tertulis nama cinta hati itu.

 

Al-Fatihah. Zakiah bt Hj Sulaiman. Kembali ke rahmatullah pada 19 April 2003 bersamaan 17 Safar 1424H pada usia 50 tahun. Amin.

 

Ayat itu seperti sudah terhafal di minda. Ada rasa sebak di dada di pagi raya yang mulia itu. Sejenak termenung di situ. Dan sebelum berlalu pergi sempat ku toleh pada pusara bonda,

 

“Selamat Hari Raya, mak”

 

 

 

Notakaki: Aidilfitri kali ini sungguh memilukan.

Selasa, 16 Ogos 2011

Muntah, Batuk & Demam

Perfect.

 

Hari ni datang je office memang tengah tahan perasaan nak muntah. Sepanjang jalan yang bersesak sesak tu memang aku diam je dalam kereta tak berkata apa sebab rasa macam nak terkeluar segala apa dalam perut. Sampai office jam 7.55 pagi, terus laju laju pergi toilet. Muntah. Lepas tu terus confius tatau puasa batal ke tidak. Tapi aku teruskan je puasa walaupun rasa macam dah batal. Takpelah. Nanti ganti je la balik kalau tak yakin kan. Sebab nak bukak puasa pon cam takde bende nak makan plus rasa cam pelik je tak puasa tapi solat. Err tak pelik ke?

 

Sakit kepala betul. Campur dengan batuk yang tak berhenti henti ni. Mujur suara dah ada sikit walaupun masih serak macam hape je bunyi. Alhamdulillah syukur. Hari tu 3 hari takde suara. Sampai ke tahap tak berbunyi la kirenye walaupun cuba bercakap. Dan  selama 3 hari tu jugak lah berkomunikasi melalui sign language & berbisik bisik. Baru tahu camne sunyinye hidup seorang bisu. Syukur rasanya dilahirkan sempurna sifat. Alhamdulillah.

 

Dan hari ni betul betul bekerja mengadap pc tanpa henti dari pagi sampai lah waktu habis kerja. Buat senarai nama pelanggan yang cecah ribuan tu. Dan untuk hari ni aku sempat siapkan dalam 820 nama je. Aku tak rasa terbeban pun walaupun rasa lah jugak macam buat keje ntah hape langsung tak relate dengan knowledge tapi relate lah kot dengan kemahiran excel. Okay. Positif. Dan disebabkan hari ni tak sihat maka takde mood nak gaduh dengan encik supervisor. Lagi pun semalam beliau eksiden. Tak terperasan pun lagi kat mana beliau cedera. Tak sempat nak pandang belek belek memandangkan sekarang ni aku di luar beliau di dalam. Ceh. Yang aku tahu lutut dia sakit. Kasihan. Jalan tergedik gedik. Cepat sehat ye encik Aizat. Nanti bila dah sama sama sihat kita gaduh sungguh sungguh.

 

Tapi hari ni nak jugak beliau cari pasal. Dan macam biasa aku buat tatau je. Orang orang kat sini suka tengok aku pakai baju songket hitam dan kebetulan hari ni aku pakai (sebab dah takde baju yang berbasuh..ahaha). Maka beliau pon mungkin agaknya suka juga tapi kata beliau muka aku ni masam je rini. Macam tak kenalah ngan baju songket yang kononnya cantik itu. Haih. Bukannya aku nak bermasam masam tapi sejak dari pagi dah muntah 2 kali. Batuk lagi. Pastu badan panas pulak. Macam tak tersedar yang rini aku kelihatan moody. Aduhai. Dan nasiblah ada Kak Ya, beliau lah yang bagitahu encik supervisor yang aku hari ni tak sihat, dah macam nak demam. Tapi aku buat biasa je tak tertoleh pon bila kak Ya cakap camtu. Nak tahu ape reaksi encik supervisor?

 

“Ohh tak sihat ke…nape tak pakai sweater? Kalau nak guna yang saya punya pun boleh. Ada kat kerusi. Pergilah amik”, kata beliau seraya berlalu pergi kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

 

“Ek? Pinjam sweater encik aizat?” desis aku di dalam hati pura pura tak rasa apa. Sementara beliau di bawah terus laju laju aku capai sweater kak Siti dan sarung ke tubuh walaupun sweater tu besar kemain sampai menggelebeh memakainye. Bila encik supervisor nampak aku dah pakai sweater beliau sempat senyum mesra dan riaknye berpuas hati tengok aku dah pakai. Kalau tak aku rasa macam dia akan offer je sweater dia kat aku..oh tidak…Cukuplah hari pertama aku di unit pembiayaan aku duduk kat tempat dia dan simpan hand bag aku kat situ lepas tu dah rasa menggelabah panik tatau nak buat ape. Panik sebab masa aku duduk tu dia takde lagi dan elok je aku nak menulis..pap! suara beliau kedengaran. kelamkabut lah kan nak memblahkan diri sebab menumpang tanpa izin lepas tu tertinggal pulak handbag kat kawasan beliau. Warna merah hati okay. Aku berserah je letak handbag kat tempat dia dan lepas tu aku duduk luar. Kira cam aku bagi ‘amanah tak langsung’ kepada beliau untuk menjaga beg aku. Wah wah wahhh. Beliau simpan elok tahu. Segan gileeee.

 

Dan bila encik Aizat tahu yang hari ni aku tak sihat, beliau tak cari gaduh dah. Boleh je cakap elok elok dengan senyuman bagai. Masa aku nak rehat aku pegi mintak izin dia, lemah je rasanya suara aku. Dia pandang aku, cepat cepat aku senyum menandakan aku okay. Dia senyum kembali & membalas okay juge. Dan memang lepas tu beliau senyum je lah walaupun hari ni masing masing tak cakap sangat. Bertuah kan aku dapat supervisor macam tu? Alhamdulillah.

 

 

 

Notakaki: Lepas ni nak cuba tanak gadoh ngan dia. Haih. I need to respect him more. He treat me well walaupun garang macam naga. Menci tau. Ngan aku sorang je cakap ganas ganas. Dan mungkin, aku perlu banyakkan senyum. Risau dan sasau hati aku melihat orang orang unit pembiayaan ni. Semua macam dah jadi ‘supervisor gelapku’. Huwaaaa.

 

Eh eh eh hari ni dapat duit raya. Encik Aizat bagi. Secara tiba tiba Angel

Jumaat, 29 Julai 2011

“Saya rindu la kat ayah saya…”

Kata aku spontan di suatu petang ketika sedang sibuk menyusun fail. Entah macam mana kata kata itu boleh terluah. Dan ya, kuat. Sejak aku kerja, baru sekali aku sempat bertemu abah. Allah, teruk betul anak abah yang sorang ni ye? Dan sekarang dah masuk minggu ke empat dah pun. Aku punya rindu jangan tanya. Dah sampai resah bercampur moody. Tatau la sejak bila aku jadi camni. Memang paling lama pun 2 minggu je aku tahan tak nampak abah. Kalau lama sangat tak jumpa memang aku rasa nak mengamuk. Tambah pulak bila masa tu aku dah tergedik gedik nak jumpa abah tibatiba macik buat hal. Memang sengaja bagi hati panas. Serius.

 

Dan kata kata yang spontan itu tadi didengari jelas oleh kak Ya. Staff yang aku dok menumpang meja dari hari pertama hinggalah ke minggu ke enam nanti. InsyaAllah. Hubungan kami rapat, macam ibu dan anak rasanya. Dia orang pertama yang tahu mak telah tiada. Dan dia juga tahu abah kahwin lain. Susah sebenarnya aku nak mengimbas kenangan dengan orang yang baru aku kenal. Mungkin sebab dia berperwatakan seorang ibu, buat aku rasa senang berkongsi rasa. Kak Ya seorang senior, usia dah 51 tahun.

 

Terus Kak Ya kata, “balik lah rumah minggu ni. Jumpa ayah.”

Aku balas dengan senyuman kelat.

 

Rumah aku tu bukan ade sape pon melainkan abang aku. Punya lah susah kan nak jumpa ayah kandung. Nak jumpa kena buat buat ada event atau gedik gedik nak mintak tolong. Tu je la taktik aku dari dulu. Dapat jumpa 5 minit duduk dalam kereta pun dah rasa happy sangat dah. Apatah lagi kalau duduk semeja makan bersama. Hampir 3 minggu cousin aku mc, abah tatau pun camne aku pegi keje. Aku tabah je hati. Sayang nak mengeluh takut takut segala amal langsung tak dikira. Kan rugi tuuu.

 

“Susah nak jumpa ayah saya kak Ya…tapi saya rindu lah kat dia…” Aku senyum kelat kuasa dua.

“I tau kalau kat tempat you, you mesti sunyi. Mak dah la takde. Dah lama pulak tu. Ayah pun u susah nak jumpa. Sebab I ni ibu, ada anak2. I tau anak2 perlukan parents untuk share, mcm I dgn anak perempuan I. Kitorang rapat sangat. I rasa you dengan mak you pun mesti macam tu dulu..”

Aku senyum kelat kuasa tiga tambah sikit takungan air mata.

 

Tak terbalas rasanya kata kata itu. Memang, aku bukan sekadar dah lupa tapi aku lebih kepada tak tahu apa perasaannya memiliki ibu dalam usia sekarang. Memang aku tak rasa dan takkan rasa dah. Sebab tu aku hanya mampu cuba nak menghargai abah. Sebab hanya dia yang tinggal. Yang jasadnya masih kelihatan, yang suaranya masih kedengaran, yang memori bersamanya masih boleh ditambah tambah.

 

Kak Ya selalu cakap,

“You bila raya mesti sedih kan. Macam mana lah you survive…”

Bila dia kata macam tu aku mampu sengih je.

 

Sebab aku tahu kak Ya ibu penyayang. Bila dia tengok aku mungkin dia teringat apa jadi kat anak2 dia bila dia dah takde nanti. Setiap hari kak Ya akan call anak2 dia walaupun yang bongsu dah berusia 23 tahun. Kak Ya akan call anak perempuan tunggal nya setiap hari bila ada kelapangan. Kak Ya kata, aku macam anak dia. Rapat dengan insan yang bergelar bonda. Dan tak sosial sangat. (haaa bab tak sosial tu aku cam tekijut sikit..mane dia dapat info tuu?) Haih. Setiap kali dengar kak Ya cakap, mesti rasa macam sebak semacam.

 

Lama dah aku tak dengar orang cakap kat aku macam tu.

 

“hidup aku sunyi.”

 

tabah je la.

 

notakaki: aku dah kat rumah dah ni. dan lagi bertambah tambah sunyi. bukan ade encik abah pong. cik hati, jangan nak hati tisu sangat ye.

Sabtu, 23 Julai 2011

Encik Supervisor

Aizat namanya. Genap 14 hari dah kenal gitu gitu dengan beliau. Hari pertama aku lapor diri, dia takda. Dan kami jumpa pada hari kedua. Langsung tak terfikir dek otak ini yang supervisor aku seorang lelaki bujang yang masih muda, baru berusia 25 tahun nak cecah 26 hujung tahun nanti. Jangan tanye lah kacak ke tidak, dah nama pun eksekutif bank, mahu rasa nampak macam tak kacak? Haha. Gile. Sesungguhnya Ya Allah, peliharalah perasaanku! Amin! Takde lah ape pon tapi cam tak best la kot kan kalau tetibe end up ade feeling ke ape kan..tak gitu? hurm. Sebab nak tanak, pada dia lah aku ‘bergantung hidup’ di alam praktikal ni. Huuu.

 

Dan seperti yang pernah diceritakan sebelum ini, walaupun beliau adalah encik supervisor, kerja2 aku skarang bukan di bawah seliaan dia. Sebab dia eksekutif pembiayaan, dan aku skarang kat unit dokumentasi. kami satu level kat tingkat 2, dan meja dia berjarak 2 meja dari meja aku. Setakat dia melalak sorang2 kat meja beliau tu memang sangat lah boleh dengar kat tempat aku. Aku panggil dia encik Aizat, tapi orang biasa sebut nama dia depan aku abg Ijat. Haih. Dan dia sorang je yang panggil aku Kak Long. Aku rasa mula mula tu sebab dia tak ingat nama aku kot…tapi last2 dah lekat dah nama Kak Long tu. Entah sejak bila aku jadi sulung ni wei? Eye rolling smile

 

Tapi…kitorang jarang borak..ke tak pernah? Aku tahu dulu dia amik statistik perniagaan. Tu je satu2nya soalan pasal dia yang aku pernah tanya kat dia. Haha. Tapi bercakap tu perlu lah. Sebab hari hari aku akan datang menyemak kat meja dia mintak tandatangan saksi. Dan dia memang otai & kerek. Setiap hari datang, ade je ayat die nak gadoh.

dia: kalau saya tanak tandatangan camne?

aku: kene tandatangan jugak. *dan buat muka selamba*

 

dia: alah kau ni asyik2 mintak sign.

aku: abes dah tu keje saye. *muka selamba*

dia: kerek ko ah.

 

aku: encik aizat, nak sainnnn..

dia: kejap ye kak long. *sambil sengih. tu petanda persengketaan belom bermula*

 

bila selesai tandatangan saksi.

aku: terima kasih encik aizat.

dia: alahhh takkan lah terima kasih je..nescafe ke…pisang goreng ke..cekodok ke..takde ke?

aku: takde. *tapi kadang2 petang tu aku buat air, takpun kalau aku keluar lunch aku beli la cempedak goreng ke, pisang goreng ke, makan ramai2.

dia: ah lepas ni aku tanak sign. *konon. dia takkan boleh punye kate tanak.

 

aku: terima kasih encik aizat.

dia: sama2. *sambil senyum. mood tanak gadoh*

 

dia: nah kak long. dah siap.

aku: terima kasih encik aizat.

dia: ah petang ni nescafe.

 

 

hampeh. manjang nescafe. setiap hari tuntut. dan aku buat seminggu sekali dua je. haa bleh tahan tak aku membangkang beliau? bahaye. bahaye. lagipon nescafe macam tak elok sangat je minom hari hari kan?

 

tu baru dialog2 ringkas yang aku dah macam hafal dalam kepala tiap kali aku menyebok kat meja dia. tu belom lagi jumpe tengah jalan ke, dia datang kat meja aku ke, time briefing ke, time nak balik ke, hah cari pasal memang tak sudah.

 

Boleh tak kalau kadang2 dia singgah meja aku tiba tiba dia buat2 naik angin dan aku selalu balas dengan pandangan kosong. Berbuluuuu supervisor aku. hahaha.

 

Dia pernah interkom aku semata mata nak suruh aku bancuh nescafe. Gile. Siap ugut nak potong markah kalau aku tanak buat. Dan aku memang tak buat pun.

 

Masa minggu aku jadi emcee, hari isnin aku tak sempat pilih orang nak bacakan doa dan dia tiba2 dipilih oleh orang lain untuk mengetuai bacaan doa. hari selasa aku pilih encik shidee. hari rabu aku hulur siap2 skrip doa kat dia sebab kat pendengaran aku ni rasa macam dia baca doa agak sampai ke hati. hari kames aku hulur sekali lagi kat dia dan tahu dia kata apa?

 

“apsal bile ko jadi emcee asyik aku je yang kene baca doa?” *muka beliau dah serius tak puas hati dah. aku pandang, aku gelak dan aku letak je atas riba dia. Blah.

“ahh minggu depan ko tak payah jadi emcee dah”, kata beliau. tapi lepas tu bersungguh je baca doa. haila. supervisor aku ni laaaa….

 

kah kah kah.  Aku bukan ape. Bukan tanak pilih orang lain masalahnya aku dah diberitahu dah sape yang selalu willing baca doa & siapa tak. Dan kebiasaannya orang yang aku nak pilih tu lambat datang so aku laju2 la hulur kat encik supervisor. Kalau ikut aku, aku dah list dah sape yang aku nak pilih baca doa & setiap hari bertukar. Tapi kan aku pilih dia dua kali je kot. Hampeh betol g protes tak puas hati depan orang ramai. Buat aku malu tengah briefing je. Grrrr.

 

Dan hari ni pulak beliau demand nak air kelapa. wah wah wah. Celah mane aku nak cari tu? Dan macam biasa aku jarang sangat nak tunaikan ape yang dia mintak kecuali nescafe. Tu pon kadang2 je aku bancuhkan sebab kat level aku ni dia dengan encik Wadi je pon yang minom nescafe. Kalau bancuh 1 teko tu rugi sebab nanti takde sape nak minom. Huhu. Dan habis solat Jumaat, beliau datang melintasi meja aku…

 

“Wadi, ni aku ade belikan air kelapa kat kau ni. Nak harapkan izzah ni memang tak lah.” sambil jeling jeling kat aku.

 

“dah minom air kelapa ni baru semangat sikit nak buat kerja…” kata beliau kuat kuat sambil menyindir2 aku.

 

Cehh. Cehhh. Cehhhhhhhh.

 

Dia jenguk kepala, dan sengih. Begitu lah kebiasaannya. Gadoh. Dan lepas tu senyum balik. Be right back

 

“Haih. Hari hari gadoh dengan budak ni.” kata beliau seorang diri dengan nada perlahan sambil menghirup air kelapa muda beliau. tapi cukup sampai ke telinga aku. Mahunya tidak. Kuat beno melawan pon. Aku pon same. Aduhai. Aku takde la melawan arahan dia tapi yang mengada ngada tu aku malas nak layan. Dah tu pandai pulak aku menjawab dengan dia. Ahaha. Minta maap encik aizat. Nerd smile

 

Tapi dia, supervisor yang terbaik untuk aku. Dia mungkin kerek, kasar, ganas & otai tapi dia tak pernah lokek nak membantu. Kalau aku bancuh air tak sedap pun, dia akan minom jugak. Kalau ada fail dia yang tak lengkap dan aku mintak dia perbetulkan dia akan handle balik file tu walaupun banyak lagi kerja bertimbun kat meja dia (sebenarnya aku boleh je tolong die completekan tapi it is better for him to learn from his own mistake..isn’t it?). Dia marah marah aku dengan muka serius tak jadi tu & aku selalu ketawakan dia. Oh ampun. Kalau mesin fotostat tu buat hal, dia dengan ringan tulangnya akan datang membantu. Aku tatau nak fotostat ic, dia yang terus tolong buatkan. Aku takde saving account, terus dia bawak aku isi form dan tolong isikan. Aku tak keluar lunch, dia belanja kfc! Haha. Dia, baik. Smile Dan dia bising.

 

Dan untuk hari ke 14 dibawah seliaan beliau, inilah kali pertama aku rasa sedih, tak puas hati, bengang & sakit hati sepanjang aku keje kat sini. Aku tahu bukan salah dia tapi still rasa nak marah kat dia. Boleh tak camtu? Hari ni kerja banyakkkkk sangat dan memang tak siap pun sampai habis waktu. Aku tak kesah pun yang tu tapi yang aku kesah kan sepanjang minggu ni aku jadi emcee untuk morning briefing. Aku tahu as practical trainee chance aku nak terpilih jadi emcee tu akan muncul banyak banyak kali dan kalau boleh aku tanak lah direct je aku kene jadi emcee dalam tempoh yang panjang. Ade sorang staff ni dia kata aku kene jadi emcee selama sebulan sebab encik aizat arahkan macam tu. heh? aku tak pernah dengar pun? hilang mood beb. aku dah sampai rasa sebab aku baik & terima segala kerja dengan rela lepas tu korang nak take advantage biar aku jadi emcee direct selama sebulan? pastu nanti dah genap sebulan korang suruh plak genapkan lagi sampai aku habis praktikal? wah. dun take for granted on me. geram gile okay dengan staff tu! padahal semua orang kate aku boleh pilih sape2 je nak jadi emcee next week. pastu die kate budak praktikal memang kene jadi emcee sebulan. grrrr. grrrr. dan encik aizat kate tak kesah pun sape2 tapi kalau volunteer is better. hah. lesu pandangan aku. tapi penolong pengurus pon ade btau aku pilih je sape2 untuk emcee next week…tapi staff yang sorang tuh la kate aku kene jadi emcee selama sebulan. GRRRRRR!!!

 

serius. sepanjang kerja hari ni aku rasa muncung aku dah sedepa dah panjangnye. nak mintak encik aizat tolong lah tukar emcee dengan orang lain next week tapi tiap kali datang kat meja dia tiap kali tu laa dia busy, ramai orang kat meja dia  yang akhirnya membantutkan pengaduan nasib aku. tatau la nape aku rasa macam sangat tak adil dorang buat aku macam ni and I think I need to voice out about it. Nanti senang senang je dorang nak ambik kesempatan kat aku kalau aku tak berani bersuara. Kan? Aku bukan berniat nak melawan tapi boleh tak fikir minggu depan boss ade, then ade meeting. Aku ni jadi emcee main terjah je, takde sape pon nak bagitahu nak kene buat ape, cakap ape ke pastu nak suruh aku jadi emcee depan boss? Boleh. Tapi tunjuk kat aku cara yang betul macam mana. Biar aku belajar. Ni nak sesuki je biar aku terkontang kanting memang aku protes lah kan. Ye. Aku sangat tak mahuuuu. Tapi muncung2 pon kerja masih berjalan sambil borak2, gelak2 walau dalam hati cam nak nanges je takmao jadi emcee. huwaaa! Crying face

 

dan setelah menunggu sekian lama peluang nak mengadu nasib, aku rasa dalam jam 4 petang jugak kot baru dapat peluang tu. Tu pon kebetulan terserempak dengan beliau kat tangga. Terus buat muka sedih.

“encik aizat, minggu depan saya jadi emcee lagi ke? *muke dah habis sedih dah aku rase*

“haaa sape suruh ko tak lantik sape2 tadi. jadilah kau emcee lagi minggu depan” *beliau ketawa keji*

“tapi saya tanakk…..” *muke bertambah2 sedih dicampur resah*

“ahhh…kalau tanak baik ko buat air ke bla bla bla”

“saya dah buat tehhh…” *mase ni aku tersedar perlu ke aku rasuah dengan air? cis.

“so ko fikir ko buat air ko tak payah jadi emcee la? haha. jadi je lah ko emcee minggu depan” beliau ketawa keji dengan lebih kuat dan blah.

“encik aizatttt…saya tanakkkk la….” *kecewa sungguh. sampai hati tamao tolong. tanak cakap dengan kau dah encik aizattttt…. Sad smile

 

dan aku kembali menyambung kerja dengan rasa kecewa. sampai hati. sampai hati. bukan marah kat die sangat tapi geram dengan staff lagi sorang yang suke2 je cakap aku kene jadi emcee selama sebulan tuh. Grrrr. Grrrr. Dan suatu ketika tiba tiba encik supervisor nak melalui kawasan meja aku dan terus aku berpaling terpandang beliau seraya menyebut dengan kuatnye….

“encik aizaattttt…..” *muke berwajah protes*

“ape!!!!…..” kate beliau dengan sedikit bengang. sekali lagi wajah kecewa & sedih aku persembahkan. mengeluh encik supervisor tengok budak praktikal yang sorang ni banyak beno songehnye.

“Mus, minggu depan ko jadi emcee. Minggu last ko kat sini kan, biar ko jadi emcee. Ko jangan datang lewat plak pagi pagi” kata encik supervisor kepada encik Mus yang akan menamatkan perkhidmatan beliau di sini kerana ingin menyambung pelajaran beliau.

 

Dan mata aku yang dah nak berkolam kolam kononnya tu terus bertukar menjadi warna pelangi! Rolling on the floor laughing sengih gembira kepada encik supervisor. saya tahu encik aizat akan protect saya. yeay! terima kasih! terima kasih! alhamdulillah.

 

“ah lepas mus takde ko jadi emcee balik” *sambil buat muka keji & sengih kejahatan*

 

yelaaaa.Thinking smile

Ahad, 17 Julai 2011

Minggu Kedua

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua nak bertukar ke minggu ketiga dah saya berpraktikal di bank. Segalanya baik dan mudah mudahan baik hingga ke akhir pertemuan. Sebenarnya dah banyak kali dah nak update blog tapi tak pernah siap tu yang kepam banyak banyak sampai dah 10 hari kerja. Ngeee Laughing out loud Dan sepanjang 10 hari ni jugak, dah macam macam peristiwa berlalu. Manis, kelakar, gelabah, tension, takut, gembira yadda yadda. Tatau nak mulakan yang mana satu. Hehe. *nape ayat macam gedik semacam je ni? adoiii*

 

Okay lah, let’s start with the first day. Hari menggelabah sedunia sebab salah tengok tarikh praktikal tu kan. 4 JUN nampak 4 JUL. Ntah macam mane la saya melihat kan? Sampai tak tido dibuatnya malam nak praktikal tu. Haha. Sengal sungguh. Pagi pagi masa nak pergi kerja tu saya dah pakai lawa lawa dah. Saya pakai baju kurung warna pink sebab saya rasa saya cantik dengan warna tu. *ayat gedik sekali lagi* Jadi dengan rasa yang pura pura confident saya pun melangkah masuk ke bangunan megah bank tersebut ditemani seorang staff yang sudah saya kenali sebelum ini, kak Farid dan tanpa sedikit pun saya ceritakan kesengalan saya itu kepada beliau. Saya hanya mampu senyum pada setiap orang yang saya jumpa, bersalaman dan memperkenalkan nama. Dalam hati saya dah fikir kalau lah saya betul betul salah pasal tarikh tu dan dapat pulak malu lepas saya dah dok berkenalan dengan staff2 yang ada, memang takkan saya jejak dah bangunan ni. Crying face Dan tiada usaha lain yang mampu saya lakukan selain ‘bismillahi tawakkaltu alallah’ berulang ulang kali. Syukur Alhamdulillah, ketika hari saya melapor diri pengurus cawangan tidak ada. Jadi segala urusan saya diuruskan oleh Pn Emy, penolong pengurus cawangan. Itu pun dah cukup buat saya ketaq lutut. Tapi dengan rasa keyakinan bahawa ini satu ujian, saya gagahkan diri untuk bertenang dan ceritakan apa yang berlaku. Mujur, tiada apa yang menakutkan berlaku. Pn Emy dengan baik hatinya setelah mendengar kesilapan yang berlaku terus menghantar email kepada HQ untuk memaklumkan ralat di surat tawaran saya. Dan seterusnya saya diterima untuk berpraktikal di bank rakyat selama 20 minggu! Alhamdulillah Rolling on the floor laughing

Dan hari hari yang seterusnya berjalan lancar. Minggu pertama yang paling manis. Saya ditempatkan di Unit Dokumentasi selama 6 minggu bersama Kak Ya, Kak Siti, En Zaharin & En Wan Zul. Ketua unit saya adalah En Zaharin dan beliaulah yang memperkenalkan saya dengan semua staff pada hari pertama saya berpraktikal. Dan melalui beliaulah saya diberi briefing tentang transaction & contract yang digunakan di sini. Melalui Kak Ya & Kak Siti pula saya belajar banyak perkara tentang apa sebenarnya kerja di bahagian dokumentasi ini. Ya. Rumit sampai ke langit rasanya. Minggu pertama memang berjalan lancar mungkin sebab info yang diberi kepada saya tidak terlalu banyak dan hasil kerja saya masih ditapis Kak Ya sebelum dihantar kepada En Zaharin untuk semakan kedua. Tapi masuk minggu kedua ini, kepercayaan sudah diletakkan di bahu saya dan kesilapan demi kesilapan sudah mula menunjukkan wajah. Mereka mendidik dengan baik, menegur juga dengan cara yang baik. Mereka memuji untuk kemajuan, dan mereka memperbetulkan kesilapan juga untuk kemajuan. Kemajuan diri saya, dan juga kemajuan organisasi. Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya saya agak memprotes di dalam hati sebab saya ditempatkan di sini kerana kekurangan staff, saya akhirnya mampu berfikir ini adalah stage pertama yang terbaik buat saya. Walaupun saya melangkah satu step (sepatutnya saya bermula di unit pembiayaan, kemudian dokumentasi, lepas tu operasi dan akhirnya susulan) tapi apa yang boleh saya katakan di sini, menjadi ahli ‘dokumentasi’ buat saya tersedar bila saya di unit ‘pembiayaan’ nanti jangan lah sekali saya susahkan mereka seperti apa yang berlaku sekarang.  Aminn.

 

Bekerja di sini, suasananya boleh dikatakan meriah. Mungkin kerana lelaki lebih ramai dari staff wanita. Dan minggu pertama juga saya rasa macam nak pengsan kene ngorat. *ayat gedik kali ketiga* ayat2 encik lelaki ini masyaAllah manis sungguh! Bila saya buat air kemain pujinya. Tak pernah tak habis air yang saya buat. Sampai saya rasa malas nak bancuh air. Haha. Bila saya senyum kemain pujinya. Manis la, lawa la. Okay dah. Tetibe terasa geli nak cerita yang lain lain. Haha. In short, saya selesa bekerja di sini. Kalau staff2 lelaki lebih lebih sangat kak Ya & kak Siti akan back up saya. Heee. Staff2 wanita pun baik2 semua. Walaupun tak semua ramah dengan saya dan saya pun tak lah ramah dengan semua orang tapi rasanya perhubungan sesama staff agak baik di sini. Rasa tak puas hati yadda yadda tu normal lah kan tapi rasanya sebab semuanya telah matang, hal seperti itu tidak menjadi sesuatu yang serius. Syukur. Bos aka pengurus cawangan baik orangnya, mementingkan hal agama. Di sini, setiap pagi akan ada morning briefing dan sebelum dimulakan kami akan membaca doa beramai ramai. Dan setelah selesai briefing, kami akan bersalaman sesama kami. Mungkin kerana formula yang mudah ini, ketenangan itu dirasai. Muzik juga peneman kami di kala waktu kerja dan Alhamdulillah, muzik yang selalu dimainkan itu adalah ayat ayat suci alQuran. Walaupun kadang kadang disusuli lagu lagu jiwang tahun 1990an. Aduhaiii. Winking smile

 

Supervisor saya adalah seorang lelaki, En Aizat namanya. Dan kami berkenalan pada hari kedua saya berpraktikal. Orangnya macam biasa, BAIK tapi beliau agak sedikit ganas & otai. Hoho. Hari hari kami bergaduh dan hari hari kami melawan cakap. Tapi dia banyak menolong saya disebalik suka membuli. Adoii. Tatau lah nak describe macam mana encik supervisor ni haa. Tugasan saya, dia yang menjadualkan. Tapi sehingga kini belum ada lagi kerja saya di bawah pengawasan beliau. Oh encik supervisor panggil saya kak long. Jarang sekali saya dengar dia sebut nama saya. Tapi kalau dia lupa memang nak kene sekeh laju laju lah kan. Dan minuman kegemaran beliau adalah nescafe. Itu sangatlah ketara. Tapi masalahnya, orang2 yang kerja satu level dengan kami, kebanyakkannya allergic nescafe. Dah tu takkan saya nak bancuh nescafe khas untuk dia sorang je. Amboii. Kat sini dorang demand air macam2. Ghost Haha. Pernah sekali ketua unit pembiayaan suggest kat saya kalau tak faham boleh tanya kat abg Ijat (most orang kat sini bahasakan diri beliau kepada saya dengan panggilan abg Ijat) dan saya terus laju menjawab, “en aizat ni garang” dan terus blah. Tahu beliau balas apa kat saya? KFC snack plate 1 set for lunch! Terdiam terus saya. Walaupun dia belanja untuk semua orang sekali tapi untuk saya, saya sorang je dapat 1 set. Dan dia sendiri siap letak atas meja saya sebab tahu saya mesti segan punye nak join kaum lelaki makan sekali sebab tinggal saya sorang je perempuan kat situ. Oh kejadian ini berlaku di ofis sebab ada sekali tu saya tak keluar makan. Saya sebenarnya nak keluar tapi nak pegi lambat sikit tapi tetibe rezeki saya  datang dari beliau pulak. Heee. Alhamdulillah. terima kasih encik supervisor In love

 

Selama saya di sini, saya amalkan sikap berkawan dengan semua. Saya datang alone, tanpa student praktikal yang lain. Apa kerja yang mereka bagi, saya terima & belajar melaluinya. Saya anggap ini semua satu proses pembelajaran dan saya gembira menerimanya. Kalau dulu saya tak boleh nak makan sorang sorang, tapi kini Alhamdulillah saya mampu bergerak sendiri walaupun mereka pulak yang rasa kesian tengok saya sorang2. ehehe. Saya jarang bercakap dengan lelaki in real life tapi sekarang saya harus melaluinya. Pegawai pegawai atasan saya semuanya lelaki, dan di level saya sahaja ada 12 orang staff termasuk bos dan 10 daripadanya adalah lelaki. Ia sememangnya agak janggal untuk saya. Tapi bak kata encik boss, anggaplah ini semua cabaran dan jadikan setiap cabaran sebagai satu peluang dan selesaikan cabaran dengan alternatif2 yang pelbagai. Errr..tapi bukan lah peluang nak mengorat pulak ye…Hahaha. Apa kesukaran yang saya alami disini, saya akan cepat cepat tabahkan hati. Ada masanya saya juga ada rasa tekanan disebalik kegembiraan, kesusahan disebalik kesenangan. Saya bekerja di situ, tiada meja untuk saya. Saya hanya menumpang sedikit ruang di meja Kak Ya, untuk memudahkan kerja kerja di unit dokumentasi. Saya hanya duduk di atas kerusi plastik yang comel, tiada kerusi empuk yang selesa atas faktor tidak muat untuk diletakkan di ruang yang sempit itu.

DSC02706

meja & kerusi comel saya. hee

Untuk tiga minggu yang pertama ini, saya tiada kenderaan untuk ke pejabat kerana sepupu saya diberi cuti akibat keguguran sejak minggu pertama saya. Ya, salah satu sebab saya berpraktikal di situ kerana adanya sepupu saya. Walaupun kami tidak berada di unit dan level yang sama. Maka, buat masa ini saya menumpang mana2 staff yang sudi dan kebiasaannya kak Farid. Terima kasih kak. Mudah2an Allah murahkan rezeki akak sekeluarga. Tapi minggu depan kak Farid takde maka saya perlu menumpang kak Jun untuk pergi kerja. Balik pun macam tu jugak. Kadang2 kak Ya tumpangkan saya. Heee. Malu tahu? Menyusahkan ramai orang. Saya tiada teman nak bercerita, saya tiada teman nak borak. Dan syukur, saya ada Syira di sisi. Pada dia saya ceritakan setiap hari peristiwa di tempat kerja. Haha. Terima kasih sahabatku! Tapi paling sedih, saya tiada duit nak beli barang selain digunakan untuk makan. Haha. Crying face

 

Tak mengapalah. Mana ada perjalanan hidup yang segalanya lancar. Ye dak? Minggu depan saya ditugaskan untuk menjadi emcee sepanjang minggu bagi morning briefing. Tatau lah macam mana. Sejak dua menjak ni saya agak malas nak rasa cuak & gelabah. Kalau rasa pun kejap je. Kite tengok je lah ye macam mana nanti.

 

Doakan saya. Mudah2an 20 minggu berpraktikal ini adalah suatu perjalanan yang manis dalam hidup saya. InsyaAllah. Aminn Nerd smile

Isnin, 4 Julai 2011

Nebes

It’s 3.27 am already and I still not yet sleep. Masuk tidur awal gila dah rasanya, jam 1030 malam tadi. Tatau dah aku nak cakap camne. Sepanjang hari ni sakit jantung & sakit perut aku jadinya. Huhuhuhuhuhu.

 

Tau tak aku salah tengok tarikh praktikal?

 

Dan aku baru sedar kesilapan tu jam 1030 pagi tadi. Memang, aku sakit jantung bila tengok tarikh kat surat tawaran tu 4 JUN 2011. 4 JUN. Bukan 4 JULAI seperti yang ku sangkakan selama ni. Ya Allah, bayangkan lah aku da tengok surat tu berulang kali tapi aku langsung tak boleh nak sedar yang tarikh tu tak seperti yang aku apply masa aku hantar application kat bank. Aku sepatutnya mulakan praktikal on 4 JULAI 2011 sampai 18 November 2011. Tapi kat surat tu tertulis 4 JUN 2011 sampai 8 November 2011. Bayangkan tarikh mula & tarikh tamat pun salah! Dan aku tak sedar!! Oh adakah aku gile ketika menerima tawaran tersebut? Confused smile

 

Haih. Aku rasa otak aku tak center time tu. Aku dapat call yang permohonan aku berjaya sebelum exam final ritu. Dan aku rasa aku tak silap dengar pun yang tarikh praktikal aku start 4 Julai. Lepas tu aku dapat surat tawaran masa tengah exam. Mungkin sebab aku dah nampak nombor 4 dan 8 maka otak aku tak dapat nak beza yang bulan tu dah salah. Atau mungkin kalau kat surat tu tertulis 4 Ogos aku dapat bezakan sebab Ogos & Julai huruf sangat tak sama. JUN. JUL. hah. sekali pandang memang careless macam aku. Lepas tu bank asyik push2 suruh reply surat penerimaan atau penolakan secepat mungkin dan mungkin disebabkan itu otak aku tak berjaya mengesan kesilapan yang amat jelas dihadapan mata. Tambahan pula, tempoh latihan praktikal tu tertera 4 bulan. Sama macam yang aku mohon. Tapi kalau start on Jun & habis on November, sah sah la aku praktikal 5 bulan. Ye dak? Pastu check2 kalendar balik 4 Jun 2011 tu hari Sabtu. So mungkin terdapat ralat di sinikan. Masalahnye, it’s exactly a month ago & aku langsung tak sedar untuk maklumkan kepada pihak bank! Okay, aku rasa nak gile jap. Dan bank pun langsung tak call tanye nape aku tak datang melapor diri. Huwaaa kijam tak?Crying face

 

Lagi satu masalah yang menambah rumit, aku dah buat confirmation letter dari UiTM dan kat surat tu pon same, start 4 Jun 2011-8 November 2011. Adakah akak opis tu mengalami kekaburan yang sama dengan aku sebab die pun takde tanye pasal tarikh tu? Lagipun aku ni antara yang awal jugak dapat penempatan latihan praktikal so mungkin lah kot surat aku ade orang berminat nak baca dengan teliti sikit? Aku orang kedua dapat bank dalam course aku. Wei sumpah tak paham nape aku jadi camni. Dugaan apakah ini? Crying face Sick smile Sleepy smile Disappointed smile Sad smile Ghost

 

*Nanges laju laju*

 

Tapi aku nak admit, dari mula aku dapat surat tawaran tu aku rasa semacam. Aku ada rasa macam lain sikit tapi memang sampai sudah aku tak dapat kesan. Dan surat tu pulak elok je ade atas katil selama cuti ni sampailah aku simpan dalam drawer. Dan ia disimpan kemas bersama bahan2 praktikal yang lain dalam satu fail. Tapi langsung, Tuhan tidak membuka hatiku untuk menyedari kesilapan itu.

 

Tatau lah esok ni camne. Gagah je la pegi opis dan explain ape yang berlaku. Btw, aku dah buat confirmation ngan pegawai yang bertugas yang handle permohonan aku ni, kata dia dalam sistem aku start 4 Julai. Mungkin terdapat ralat di surat tawaran. Mudah2an Allah mudahkan urusan ku esok. Cuak, menggelabah, nebes yadda yadda jangan tanye.

 

Ya Allah, ku yakini apa yang berlaku ini adalah ujian darimu berdasarkan sifat & sikap diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kekhilafanku, dosa2 ku dan permudahkan lah urusan ku esok. SesungguhNya hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik kejadian ini. Ya Allah, jangan kau lemahkan aku setelah kau beri aku kekuatan. Aminn.

Sabtu, 2 Julai 2011

Emotionless

Sometimes being too strong makes me turn to be emotionless one.

I feel the sadness, but I won't cry.
I feel the pain, but I won't feel the hurt.
Everything that seems bitter, I won't to think about it.

I feel the loneliness, and it most of the time.

I never have special boyfriends, and my life is still perfect.
I making friends, comes and go, doing stupid things together, laugh often, hang out etc. And yes, they make my life more colorful.

But when it comes to share about the feelings, and showing the weaknesses I have they always told me,
"You're strong. You can do it"

And they make me thinks that they forget I have feelings too.

But maybe, because I am too strong, the word sadness does not include in my dictionary.



Hey, some people will laugh or take it easy when I'm really in darkness.



Footnote: I'm searching for the soulmate that will listen & understand me too, as well I did listen & understand him. You know, I can't be too long stay with the one who never listen back to me.

Jumaat, 1 Julai 2011

Empat Julai Dua Ribu Sebelas

Aku sebenarnya malas nak fikir. Fikir benda yang tak nampak ni buat serabut jiwa raga je lah kan. Nak prepare ape pun tak tahu. Tiga hari lagi je ni haa sebelum nak praktikal. Cuak tak payah tanyelah. Saspen bagai semua rasa sampai rasa macam tanak cakap bende lain dah melainkan cerita praktikal. Hah gemuruh tak beragak plak kan. Bila fikir pasal transport lagi la cam resah gelisah tak sudah. Kadang kadang rasa menyesal pulak mintak Selayang sebab kene nyusahkan orang tumpang kete pegi & balik. Hurm. I should choose Melawati or Setapak branch instead of Selayang I think. But well, tak terfikir kan. Dan mungkin aku taklah tabah sangat nak duduk rumah sendiri lama lama. Ni pun otak dah nak separuh gila dah. Nasib takde schizo je.

 

Aiyaya…I wish all the best for myself for this 4 months practical training! Who me? Sila lah bekerja keras untuk kemajuan diri dan juga syarikat yang anda berkhidmat wahai diri ye! Ia sangat mendebarkan bila fikir “aku nanti praktikal kat bank”…“aku nanti praktikal kat bank”…“aku nanti praktikal kat bank”…“aku nanti praktikal kat bank”…“aku nanti praktikal kat bank”…okay sudah. Orang lain praktikal kat company yang lagi besar, dan lagi sibuk so tak payah nak cuak lebih sangat ye. Well, I could not ignore this feeling! Crying face

 

Ntahlah. Nak taip ape pun tahu. Fikiran dah entah ke mana. Plus rasa kecewa abah tak dapat hantar daku nanti..sobs sobs Crying face dan my cousin pun takde kat umah on this Monday. So I don’t know what will be my first day. Camne lah nak ke opis nanti ni? huuu Disappointed smile

Rabu, 22 Jun 2011

Yang Tersayang

Sejak mak pergi 8 tahun lalu, hidup memang banyak berubah. Banyak yang hilang, banyak yang tiada, tapi aku malas nak jadikan itu semua alasan untuk jatuh & kalah. Aku dapat kenal mak kejap je. Lebih kurang 14 tahun 3 bulan. Tapi aku tak rasa rugi mahupun menyesal sebab dengan kasih sayang yang sekejap cuma itu lah yang memberi aku nafas untuk hidup tabah & cekal sebegini. Jika mak masih hidup, aku orang yang beruntung. Masalah jiwa pun mungkin tidak berat sebegini untuk ditanggung sendiri, gelak tawa juga mungkin lebih ceria, lebih banyak untuk di kira kalau nak dibandingkan dengan deraian tangis & kecewa. Tapi itu semua hanya ilusi. Ilusi menggembirakan tapi bukan kenyataan. Mendoakan kesejahteraan mak, menatapi & menyentuh barang barang mak yang masih bersisa, menggamit kenangan ketika masih bersama, mengingati kekuatan & ketabahan di sebalik senyumannya, cukup lah itu untuk membahagiakan hati. Ya, aku rindu mak. Sentiasa. Tanpa sehari pun gagal.

Mak pergi bersama jasadnya tetapi mak tinggalkan kasih sayang & cinta yang tiada galang gantinya. Abah & adik beradik. Abah, orangnya pendiam, jarang sekali bercakap apatah lagi nak diajak berborak. Tapi abah bekerja keras untuk keluarga ini. Walau hidup tidak semewah mana, tapi tiada yang kurang abah tunaikan. Bila mak pergi, rasanya abah lah orang yang paling sepi. Mak dikebumikan di kampung, Perak dan kami tinggal di Gombak. Setiap minggu abah balik kampung, semata mata untuk berziarah ke kubur mak. Pasti untuk melepaskan rindu yang berbuku bukan? Tapi abah tak pernah tunjukkan kesedihannya, apatah lagi dunianya yang menjadi sunyi & sepi setelah perginya seorang isteri buat selamanya.

Masa mak pergi, aku budak sekolah lagi. Baru tingkatan tiga. Dan aku tahu abah lah orang paling risau dengan keadaan aku. Semua orang tahu aku anak bongsu, dah confirm yang paling rapat dan manja dengan mak. Tambah pulak aku satu2nya anak yang tiada di hari2 penghujung usia mak sebab aku belajar kat asrama. Masa tu abang & kakak dah kerja, abang2 kembar pulak baru habis matrik. Lepas mak pergi, setiap kali aku balik rumah bila cuti, abah pasti takkan tinggalkan aku sendirian di rumah. Mungkin dia tak mahu aku sunyi ataupun rindu pada arwah. Jadi setiap kali itu juga abah akan bawak aku pergi rumah makcik2 aku, tinggal sekejap dengan mereka sementara abah pergi bekerja. Oh abah, kasih sayang mu begitu ketara! Kerja2 yang biasa dilakukan mak, abah tiba tiba menggalasnya. Datang sekolah ambik report card, datang asrama bagi duit & makanan, abah, langsung tak bagi peluang aku nak rasa susah. Abah terima bodoh pandainya aku seadanya. Tiada mengeluh. Bukan sebab abah tak kisah, tapi aku percaya abah yakin dengan aku, bahawa aku tak mudah mengalah dengan hidup. Mungkin abah langsung tak fikirkan ini. tapi cukuplah aku mengandaikannya supaya ia menjadi inspirasi untuk kekuatan aku.

Abah menjaga aku dengan baik sehingga kini walaupun pernah terjadi ‘perang’ antara kami. Walaupun abah memberi sepenuh perhatian kepada aku, tapi aku orang yang dingin. Jarang sekali aku nak berborak dengan abah sampailah bila aku bangkit dari dunia kegelapan, bila aku dah mula nampak masa depan, alhamdulillah masa tu hubungan aku dengan abah pun menjadi bertambah erat. Aku cuba sikit sikit cerita dengan abah kisah kisah hidup aku walaupun semuanya dalam bentuk ringkasan. Aku ceritakan tentang kawan kawan aku, siapa mereka, kenal dimana, yadda yadda. Aku ceritakan jua kemana aku pergi dan kadang2 aku kongsikan juga kesusahan yang aku alami sepanjang aku belajar di universiti kecuali masalah dengan kawan2 dan pelajaran. Pernah suatu ketika aku tak dapat duduk kolej, dan itu memaksa aku untuk menumpang setiang ruang yang ada. Bertukar bilik ke bilik, menyewa di rumah yang seram semacam, menumpang rumah entah siapa, berjalan lewat malam di tasik kerana tiada tempat nak pergi, menumpang tidur di surau, hanya abah yang tahu susahnya aku ketika itu. Ia memakan masa hampir seminggu. Dan kerana abah orang yang tenang, abah langsung tak menambah tekanan. Sejak peristiwa tu aku tahu abah lah orang yang paling risau bila aku tak dapat kolej dan abah lah orang yang paling gembira bila aku bagitahu rayuan kolej aku berjaya. Bukan sebab kos sara hidup yang jauh lebih rendah, tapi sebab abah tak mahu tengok aku susah.

Abah, abah…usianya sudah lanjut tapi masih gagah bekerja tanpa jemu. Masih tak gagal untuk menggembirakan hati anak2nya, sekurang2nya aku merasa. Abah kini semakin ramah, rajin bercerita jika ditanya. Kalau tak tanya pun abah suka nak cerita. Bab kereta, memang takkan habis abah kongsikan. Aku dengar je. Walaupun bukan paham sangat. Bila aku balik, ada di rumah, aku tahu abah suka. Abah memang mahu aku duduk lama di sini. Cuma aku, liat semacam. Banyak yang pahit terpaksa di telan untuk hidup di dalam rumah ini. Kalau bukan kerana abah dan kenangan yang bersisa, mungkin dah lama rumah ini aku tak jejak. Baru baru ini abah bagi hadiah kepada aku sebab keputusan exam hari itu. Resultnya biasa sahaja tapi abah menghargainya. Malu & terharu aku dibuatnya.

Abah, terima kasih. Ija tak mampu nak balas jasa pengorbanan abah dengan wang kerana sehingga kini pun Ija masih menagih duit belanja dari abah. Maafkan Ija sebab masih selalu menyusahkan abah dengan pelbagai kerenah Ija yang banyak songeh ini tapi Ija harap abah mengerti – abah sentiasa diperlukan dalam keluarga ini terutama sekali Ija. Walau kita hidup tidak serumah, tapi Ija nak abah tahu kehadiran abah sangat berharga, diperlukan, dinantikan walau cara yang Ija guna memang mengada ngada. Abah, Ija anak yang masih lemah dari segi fizikal dan ekonominya, tapi Ija tahu Ija mampu bahagiakan abah dengan menjadi anak yang baik & kembalikan susah payah abah hantar Ija belajar sampai dah nak hampir genggam segulung Ijazah ini dengan segelung kejayaan. Ija memang tak pandai macam kakak, tak ambik kursus yang hebat macam alang & chik, tapi Ija takkan sekali mahu kecewakan abah. Itu janji Ija. Selagi Ija hidup, Ija nak terus menjadi anak yang baik untuk abah & mak. InsyaAllah.

Terima kasih kerana abah & mak lah yang menjadi sumber kekuatan, ketabahan, dan kecekalan Ija pada hari ini. Walau kita bukan orang senang, tapi abah jarang sekali kecewakan Ija. Ija sayang abah. Selamanya.

Abah & Ija. Jogjakarta. 050311.


.







Jumaat, 17 Jun 2011

Entri 321: Alhamdulillah..Segala Puji Hanya PadaMu, Ya Allah!

Saya sudah bertemu inche result!

Serius hampir menitis air mata dibuatnya melihat keputusan yang tertera di hadapan mata. Lulus semua. Itu yang paling penting. Dan subjek yang paling mengerikan pun boleh dapat B+! Ya Allah, besarnya hikmahMu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Smile

Tapi yang sebenarnya pointer jatuh. Ohohoho. Tapi tapi bila direnung betapa susahnya perjuangan di medan exam hari tu, dengan carry mark yang rendah tak beragak, rezeki berpihak kepada saya! Terima kasih Ya Allah, membuka pintu hati para pendidik saya untuk memberikan keputusan yang baik kepada saya. Alhamdulillah. Dengan carry mark serendah 35/50 saya masih mampu memperolehi A. Am I deserve for it? hihi. I have no idea. But I believe I deserve for this > result Strategic Management yang pernah di’sumpah’ oleh lecturar saya itu hampir2 menjadi kenyataan. Sebab tu pointer jatuh! Sleepy smile

Walaubagaimanapun saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada para pendidik saya yang tanpa jemu mencurahkan ilmu, bersabar dengan kerenah kami yang pelbagai, dan masih bermurah hati memberi keputusan yang baik kepada kami. Dengar dengarnya macam ramai dapat result yang baik. Alhamdulillah.


Terima kasih ustaz Heizal Hezry, pensyarah kursus Advance Fiqh Muamalat di mana telah menilai hasil kerja saya dengan begitu adil, yang bagi saya ustaz menghargainya dengan baik walaupun saya pernah melakukan kesilapan yang jelas di hadapan kelas. Terima kasih ustaz. Saya pasti merindui keikhlasan ustaz dalam menyampaikan ilmu, dengan kesabaran yang tinggi kepada kami.

Terima kasih puan Affianie Ahmad, pensyarah Risk Management kerana dengan murah hatinya meluluskan saya dengan keputusan yang sungguh tidak disangka-sangka. Saya dah hampir yakin saya fail! Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Terima kasih encik MFK, pensyarah Islamic Banking & Financial Services. Walaupun menjelang hari nak exam baru saya datang berziarah ke bilik sir untuk bertanya ilmu ilmu yang saya kurang faham, sir telah menjelaskannya dengan sebegitu baik untuk kefahaman saya yang rendah ini. Terima kasih jugak kepada groupmate, Remie & Ina, serius koranglah yang banyak bantu saya score subjek ni! Thanks sangat sangat! Open-mouthed smile

Terima kasih encik Amirul Afif, pensyarah Islamic Capital Market. Memang, saya hampir nak pengsan masa jawab exam hari tu. Susahnya soalan, hanya Allah yang tahu perasaan kami macam mana. Thank you sir. You helped me a lot. Frankly speaking, memang rasa nak melompat tengok result ICM. hehe. Rolling on the floor laughing

Terima kasih ustazah Amal Hayati, pensyarah Qawaid Fiqhiyyah. Saya yakin ustazah tak kenal pun saya. Maklum lah bila di kelas sentiasa sahaja duduk di belakang sekali, tak pernah participate. Result test pun entah apa apa. Carry mark? Memang saya terima dengan redha. Dan Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati ustazah to mark me well. Alhamdulillah. Saya tak sangka pun ustazah. Terima kasih sangat sangat Smile

Dan tak lupa, terima kasih PM Puteri Norasyikin, pensyarah Strategic Management. I’m gonna miss your words, your kindness, your understanding. Thanks for marking me well. Saya rasa carry mark saya mesti sangat sangat teruk. Al maklum lah quiz tak ambik, class selalu ponteng, assignment tak hantar but you really helps me. Thanks to you. Thanks a lot.

May Allah bless all of you, my precious lecturers. Thanks for the lessons and thought you had share. I bet, I’m gonna miss all this so muchh. See you soon. Nerd smile

Notakaki: Saya hampir terlupa, terima kasih buat rakan rakan seperjuangan terutamanya ct mastura, en ahmad & zuraidah kamissan yang selalu bersama sama saya di medan perjuangan tempoh hari. Kite meroyan bersama, share notes, tak tidur malam, dan paling penting to support each other. Thanks so much. I wish you all the best. Mudah mudahan result cemerlang sahabatku! Winking smile

Khamis, 16 Jun 2011

512

Dia seorang kenalan yang saya suka sangat sangat. Saya admire dia dari tahun 2009 sampai lah ke hari ini, masih sama. Dia mungkin tahu, tapi buat buat tak tahu. Tak mengapa. Itu lebih baik. Tetapi saya tahu, dia telah menghargai saya dengan cukup baik sebagai seorang kenalan, menjaga batas pergaulan dengan sebaiknya, membantu bila diperlukan, meluangkan masa untuk mendengar bila saya ditimpa musibah. cuma saya, gedik terlebih. maafkan lah saya.


saya mengenalinya secara kebetulan. melalui seorang teman. kami bukan diperkenalkan atau berkenalan, tapi menyedari kewujudan masing masing setelah beberapa kali terserempak. wahhh ayat nak ala karangan spm la pulak. kali pertama saya menyedari kewujudannya, ketika saya melihat senyumannya yang ditujukan kepada saya. senyuman yang menunjukkan bahawa dia telah menyedari kehadiran saya melalui temannya. dan saya menyambutnya dengan rasa terkejut. sejak itu dia sering senyum pabila kami berhadapan tetapi saya jarang sekali membalasnya. sebab hati saya dah membalasnya awal2. hihi.


perkenalan saya dengan dia, tiada rasminya. terserempak sekali sekala dan dia sering melemparkan senyuman manisnya. sekadar menunjukkan mesra. kami tidak pernah berbual apabila berjumpa cuma kadang2 bertegur sapa. itu sahaja. akhlaknya baik. dan saya pasti ramai muslimah di luar sana yang mahu mendampinginya. kenapalah ketika dia ada di hadapan mata dulu saya gedik sangat?


saya mengenalinya dari seorang yang biasa biasa sehingga lah dia menjadikan dirinya semakin luar biasa. kami banyak berhubungan melalui sms dan ym. itu pun sangat lah kadang kadang. dia selalu sibuk dan saya sendiri berasa segan untuk memulakan bicara sekiranya tiada isu untuk dibangkitkan. saya mengkaguminya. dia pernah berkata kepada saya, saya masih belum mengenali dirinya dengan lebih dekat. masih banyak yang saya tidak tahu tentang dirinya. benarlah. kerana sehingga kini saya masih nampak yang baik baik sahaja tentang dirinya. dan saya tidak pernah terfikir bahawa kebaikan dirinya adalah suatu kepura-puraan. cuma benar kata dia, saya belum mengenalinya secara dekat. tapi cukuplah bagi saya untuk menyedari dan mengkagumi sifat sifat baik yang ada pada dirinya agar saya belajar sesuatu yang baik dari kebaikan dirinya. kan?


Sudah lama saya tidak menghubunginya. Dan begitu juga dia. Blognya juga sudah lama menyepi. Ke mana kah dia? Saya terasa rindu mahu membaca cerita cerita dia, kata kata nasihat dia. dan kata kata dia yang selalu menggamit ingatan saya, "teruskan istiqamah"


ya. teruskan istiqamah menuju kebaikan dalam hidup yang dikelilingi dosa. teruskan istiqamah dalam mencari redha Ilahi, dalam memperbaiki kelemahan diri. Saya telah lama lalai. Kata nasihatnya ringkas dan mudah, tapi cukup untuk membuatkan saya kembali mengingati Yang Maha Esa. Semoga Allah selalu meredhai dan merahmati dirinya dalam perjuangannya di bumi Allah ini. Dan semoga dia juga, teruskan istiqamah. InsyaAllah.