بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Memaparkan catatan dengan label Cherita Zaman Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cherita Zaman Sekolah. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

Entri 321: Alhamdulillah..Segala Puji Hanya PadaMu, Ya Allah!

Saya sudah bertemu inche result!

Serius hampir menitis air mata dibuatnya melihat keputusan yang tertera di hadapan mata. Lulus semua. Itu yang paling penting. Dan subjek yang paling mengerikan pun boleh dapat B+! Ya Allah, besarnya hikmahMu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Smile

Tapi yang sebenarnya pointer jatuh. Ohohoho. Tapi tapi bila direnung betapa susahnya perjuangan di medan exam hari tu, dengan carry mark yang rendah tak beragak, rezeki berpihak kepada saya! Terima kasih Ya Allah, membuka pintu hati para pendidik saya untuk memberikan keputusan yang baik kepada saya. Alhamdulillah. Dengan carry mark serendah 35/50 saya masih mampu memperolehi A. Am I deserve for it? hihi. I have no idea. But I believe I deserve for this > result Strategic Management yang pernah di’sumpah’ oleh lecturar saya itu hampir2 menjadi kenyataan. Sebab tu pointer jatuh! Sleepy smile

Walaubagaimanapun saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada para pendidik saya yang tanpa jemu mencurahkan ilmu, bersabar dengan kerenah kami yang pelbagai, dan masih bermurah hati memberi keputusan yang baik kepada kami. Dengar dengarnya macam ramai dapat result yang baik. Alhamdulillah.


Terima kasih ustaz Heizal Hezry, pensyarah kursus Advance Fiqh Muamalat di mana telah menilai hasil kerja saya dengan begitu adil, yang bagi saya ustaz menghargainya dengan baik walaupun saya pernah melakukan kesilapan yang jelas di hadapan kelas. Terima kasih ustaz. Saya pasti merindui keikhlasan ustaz dalam menyampaikan ilmu, dengan kesabaran yang tinggi kepada kami.

Terima kasih puan Affianie Ahmad, pensyarah Risk Management kerana dengan murah hatinya meluluskan saya dengan keputusan yang sungguh tidak disangka-sangka. Saya dah hampir yakin saya fail! Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Terima kasih encik MFK, pensyarah Islamic Banking & Financial Services. Walaupun menjelang hari nak exam baru saya datang berziarah ke bilik sir untuk bertanya ilmu ilmu yang saya kurang faham, sir telah menjelaskannya dengan sebegitu baik untuk kefahaman saya yang rendah ini. Terima kasih jugak kepada groupmate, Remie & Ina, serius koranglah yang banyak bantu saya score subjek ni! Thanks sangat sangat! Open-mouthed smile

Terima kasih encik Amirul Afif, pensyarah Islamic Capital Market. Memang, saya hampir nak pengsan masa jawab exam hari tu. Susahnya soalan, hanya Allah yang tahu perasaan kami macam mana. Thank you sir. You helped me a lot. Frankly speaking, memang rasa nak melompat tengok result ICM. hehe. Rolling on the floor laughing

Terima kasih ustazah Amal Hayati, pensyarah Qawaid Fiqhiyyah. Saya yakin ustazah tak kenal pun saya. Maklum lah bila di kelas sentiasa sahaja duduk di belakang sekali, tak pernah participate. Result test pun entah apa apa. Carry mark? Memang saya terima dengan redha. Dan Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati ustazah to mark me well. Alhamdulillah. Saya tak sangka pun ustazah. Terima kasih sangat sangat Smile

Dan tak lupa, terima kasih PM Puteri Norasyikin, pensyarah Strategic Management. I’m gonna miss your words, your kindness, your understanding. Thanks for marking me well. Saya rasa carry mark saya mesti sangat sangat teruk. Al maklum lah quiz tak ambik, class selalu ponteng, assignment tak hantar but you really helps me. Thanks to you. Thanks a lot.

May Allah bless all of you, my precious lecturers. Thanks for the lessons and thought you had share. I bet, I’m gonna miss all this so muchh. See you soon. Nerd smile

Notakaki: Saya hampir terlupa, terima kasih buat rakan rakan seperjuangan terutamanya ct mastura, en ahmad & zuraidah kamissan yang selalu bersama sama saya di medan perjuangan tempoh hari. Kite meroyan bersama, share notes, tak tidur malam, dan paling penting to support each other. Thanks so much. I wish you all the best. Mudah mudahan result cemerlang sahabatku! Winking smile

Rabu, 15 Jun 2011

Menghitung Hari

Haih. Tak pernah lagi ni cuak gile vavee nak dapat result. Adakah ini petanda bahawa aku akan mengalami kegagalan buat kali kedua? Sad smile 

Serabut nye otak ni haaa. Mood pun sampai dah nak tanak je ade. Hari hari check email yahoo. Hari hari bukak student portal. Hari hari tengok post kat event. Huwaaa. Sejak bila aku jadi terlebih concern ni? Haila.
Result paling takut nak tengok - Risk Management. Urmmm. Last paper selalu buat spoil result. Tatau la ape mende yang aku jawab masa paper risk ritu. Dah macam nak sewel dah tahan ngantuk. Dah la yang jage tu ustaz Advance Fiqh. Tak bersemangat betol jadinye. Uuuu. Carry mark? urm. 37 over 50. tak tinggi lah. huwaaaa. jangan lah fail. jangan lah fail. Crying face 

Result kedua takut nak tengok - Islamic Capital Market. Tapi paper ni berjemaah kot cuak. So takpe lah kot. Cehh konon. Sekali orang lain semua pass tetibe aku terkantoi. Camne??? *sigh* Carry mark cukup2 jalan je. Same cam risk. Tapi jawab cam gile.  

Strategic Management? Haih. Rasa macam boleh jawab. Tapi dulu lecturer penah cakap half of this class will fail during the final exam. Dan salah seorang yang terkena tu is me! Sebab? Tatau jawab soalan. Kena sebijik pop quiz terus menganga nak hentam ape pun tak buleh. Dah la suke ponteng kelas, assignment tak hantar, quiz tak ambik, camne lah nak score? Mati laa aku camni...carry mark langsung tatau plak tu. Test? Haih. Macam budak tak pernah belajar. Sleepy smile 

Qawaid Fiqhiyyah. Boleh la. Tapi carry mark pulak rendah gile vavee. Alahai tensionnye aku macam ni! Paper yang boleh buat, rasa macam score tapi carry mark pulak rendah macam nak tersungkur. Bila takleh nak jawab, carry mark pulak tinggi. Tapi bagus lah yang tak leh jawab carry mark ok, ye dak? Urmm.  

So dari enam subjek yang aku ambik, kirenya 2 paper je la yang aku macam konfiden? advance fiqh muamalat dan islamic banking & financial services. yosh! tu pon belum tentu dapat A noks. Camane la nak naikkan pointer kalau jawab exam pun tak yakin? Camne nak dapat 2nd class upper ni? Haih. Tension.Annoyed 

Bagi result exam tu laju laju sikit boleh tak UiTM?Disappointed smile

Sabtu, 21 Mei 2011

:')

Assalamualaikum....
Alhamdulillah cik tulip masih diberi nikmat nyawa lagi dan baru nak terkedek2 updet blog sebelum lupa segala cerita yang manis :)

saya baru lepas menghadiri konvo kawan2 sy masa diploma dulu. tapi kali ni konvo degree dorang pulak lah kan. yeay! dorang dah abes belaja & mostly kedengaran success dgn kehidupan masing2. ade yg da kawen, ade yg sambung blaja, ade yg dah keje yadda yadda. Alhamdulillah.

Saya dah lama menjauh...pergi dan mengasingkan diri. dan kini itu dah jadi satu lipatan memori yang manis dalam kepahitan melaluinya, dan saya rasa saya dah mampu terima & face dgn hati yang terbuka :)

tahniah teman2 yang manis, yang pernah mewarnai suka duka hari2 ketika diploma dulu..walau kini haluan kita dah tak sama, berhubung pun jarang sekali, namun kenangan kita bersama masih tetap menjadi pengalaman yang berharga, yang menjadikan saya dewasa untuk hari ini. jujurnya, saya rindu sangat kat mereka. Dan masa kami bersama telah lama tiba di penghujungnya. tidak mengapa. walau jarak memisahkan semoga ukhwah kita berkekalan baik hingga ke penghujung nyawa :)

I am so excited mase jumpa dorang semua ni secara kebetulan kat DATC. hihi. cantik2 uols. nur siap dapat ANC lagi! congrats! congrats! kawan2 sy success semuanya :)


ini shaza. dan dia tercicir dalam gamba in group. she is one of the closed friend during my diploma days. she is very understanding. kitorang xdelah rapat sangat pun tapi saya tahu dia selalu memahami keadaan saya :) congrats shaza! syukur dapat jumpa! XD

ini pulak jihan@jay. masa part 2 saya rapat dengan dia. pena share a lot of things too. walaupun end up with macam2 konflik yang ntah apa apa but I do miss her! congrats jay :) skang die dah keje kat..urmm kpmg? if I'm not mistaken la. hihi


ini bukan skandal yeah. saya anggap dia sbg kawan baik lelaki pertama sy mase kat uni. Saya banyak belajar dari dia. Dari macam2 sudut dan mungkin juga kerana dia, saya menjadi saya pada hari ini. oh dia zul. sangattt pandai. dan kacak juge..lame dah tak jumpe dia ni. dan dah tak ingat pun bila kali yang terakhir itu. haha. jom kawan balik nak tak? =p


dan ini puan emarashida. sebab utama saya dan cik nadia memunculkan diri di majlis konvokesyen kali pertama di DATC ini :) tahniah puan ema. tahun 2011 memang tahun bertuah awak. bulan januari bertunang, bulan mac kahwin, bulan mei konvo...wahwahwah...bulan julai nanti apa agaknye ye? pregnant kuttt =p cantik kan dia? tanpa mekap pun dah berseri2...maklumlah konvo ditemani encik suwami :D

tapi sayangnya cik jaja tiada di majlis penuh gemilang ini. takde rezeki nak jumpa dan meraikan. ape2 pun tahniah untuk semua kawan2 degree in accountancy, UiTM Shah Alam!
Officially graduated on 19 May 2011 at Dewan Agong Tuanku Canselor :)
May success & happiness always be with you all!!

The one who never succeed to forget you,
izzahsobki :)

Khamis, 31 Mac 2011

Selamat Tinggal March!

Ya. Saya sungguh gembira menanti tarikh hari ini kerana esok akan bermulanya April. Takde yang menarik pun untuk April cuma rasa March 2011 ni macam panjang sesangat umpama sebulan tu dah jadi macam 2 bulan! Sungguh. Saya teramat amat lelah melalui bulan ini. Syukur Alhamdulillah segalanya hampir selesai...

Dan esok saya ada test. tapi tak study pun lagi. dah tatau nak beristighfar macam mana. rasa macam nak tampa2 diri sendiri melihat kemalasan diri. takde kesan. sungguh malas teramat sangat hari ni. pagi2 lagi dah ponteng kelas strategic management tanpa rasa bersalah. dah bangun, dah mandi, tapi lepas je mandi terus baring balik ke katil, hantar sms kat kawan, "sy ngantuk. tak pegi kelas kot." dan terus tidur dengan nyenyaknye sampai lah habis kelas pagi. teruk kan? -_-"

semalam ada dinner. malam pra graduan. kononnya letih sangat lah semalam tu yang ngantuk sesangat pagi ni. alasan. lepas tu tolong group siapkan assignment advance fiqh, belasah je la. macam sedih tengok hasil kerja tapi malas nak komen ape2. terima aje lah. itu pon bagi sumbangan last minute sebab leader call tetibe mintak pendapat. huuuu...biarlah. tanak fikir dah.

yang tahu sekarang, terlalu seronok march dah nak habis. haha. sumpah hidup dah macam zombie. bulan ni je berapa kali dah tak tido sepanjang malam. lepas tu selamba je pegi kelas pagi jam 8.30 tu dengan otak kosong blur dah macam ape je. makan pun dah selalu skip mana ikut sempat je. memang rosak habislah jadual kehidupan normal. nak tanya kaba orang? memang taklah. kejap2 boleh. lebih2 dah rasa takde mood. tangan tuh dah malas je nak menjawab. aha. mintak maaf la bagi sesape yg tersentap.

dan akibat sibuk yang tak hengat ni, akhirnya khamis lepas, 24 march 2011, jatuh sakit dengan begitu teruknya. memanglah demam je tapi demam sampai meracau. tak kritikal ke tuh? tak ingat sangat keadaan masa tu macam mana. yang tahu pagi tu sempat lagi pegi kelas amik test, balik tuh sempat jumpa abah dan lepas tu balik bilik, tido. sedar2 je badan & katil dah sama2 panas. tatau siapa yang lebih panas. boleh lak camtu kan. then tunggu rumet balik konon nak harap ihsan sampai la tetido2 sedar2 dah maghrib badan dah jadi makin panas sampai dah tak berapa sedar. masa tu nafas dah tetibe mengah, mimpi pelik2, bercakap ntah apa2..tetido..bangun. memang tak selesa sesangat sampai lah tetibe capai phone call kakak n menangis! aha..memang pelik gile fikir2 balik kenapa sampai macam tu..maybe sbb badan panas sgt kot kan..pastu kawan2 cam x caye lak sy demam kan..saba je lah...then dengan bantuan rumet, seb bek die ade kete kan, g lah klinik..60 hengget kau. terus sehat. huwaaaa...

dan esoknye haruslah pulak pegi opkim (operasi khidmat masyarakat) kat melaka. 3 hari. bosan gila. tak sihat kan. satu kampung kenal budak pendek ni demam. dan dikecualikan dari aktiviti pagi sabtu. lepas tu sentap tengok gamba muka takde. huuuu. balik sini balik kulit dah gelap semacam. menci. tapi sungguh la. rindu kg bukit pulau. kg moden yg cantik & damai. dan rindu rumah mak angkat walaupun mak angkat buat tak peduli je kat kitorang :( rumah dia cantik. sangat tradisional. tapi dia punya panas & sejuk memang hyper. rumah atap zink kan...oh dapat sibling akak student marketing. so kecik ati kat situ kenapa sy sorg je yg x dpt dgn student islamic banking??? diskriminasi! tp xpelah. kawan baru sy baik. walaupun tak pernah jumpa lagi kat fakulti. dia kate die free hair. tp masa kenal pakai tudung. huuu..confius.

errr...nanti2 lah updet lagi ye? tetibe terasa janggal nak post blog. dah lama tak melayan kan. haha. maklumlah skang ni sibuk bercinta dengan buku. kehkehkeh. adios!


notakaki: korang, if rasa2 nak demam tuh banyakkan minum air masak k? skang ni bila panas, panas sesangat, bila sejuk, sejuk sesangat...jaga kesihatan okay? semoga Allah memelihara kita semua. ni da batuk seminggu. dalam kelas memekak je bunyi batuk sy sorang. huhu. sorry!

Isnin, 28 Februari 2011

Dugaan Hari Isnin :)

Okay...aku tanak marah. Nak senyum je ni :) dugaan tu biasalah kan? lumrah manusia yang lemah. Emo gila oh aku entri yang sebelum ni. haiyoo. mintak maap.

Yang keje2 incik mfk dan en amirul dah settle. walaupun masa representation hari jumaat ritu incik mfk tak puas hati sampai kami2 terpaksa berdiri nak dekat 1 jam kat depan. Lenguh gila oi diri. Aku bukan present pon. Group aku divide tugas 3 orang je yang present. Aku tak present sebab aku yang buat slide. Hohoho. Takpe laa. Inche mfk treat macam tu sebab beliau nak didik kami. Lepas ni semua dah nak masuk industri. For sure dugaan & cabaran lebih besar kan...so anggap je latihan dari sekarang~ takpe. lepas ni saya akan make sure kan incik mfk berhenti membebel. just take a look at our job. hohoho~

en amirul? huishh..senyum mengembang aku. hakhak. pendek cerita, dia puas hati. dan telinga aku sempat la mendengar beliau cakap, "very good" :) representation okay. representation. kalau berani beliau kate tak okay, memang aku hentak2 kaki.


Ni salah satu slide yang aku buat untuk en amirul. tido kul 4 pagi babe.


Okay lah. Itu cerita jumaat lepas. Hari ini punya cerita, memang dugaan.

Subuh tadi celik2 je mata tengok rumet tengah berteleku depan pintu. Bilik aku sekarang tinggal 3 orang je. Tersentak la jugak tengok dua2 rumet macam tengah berdiskusi depan pintu. Kejadah? Dengan rakusnya aku bangun dalam keadaan mamai, "kenapa tu?"

"pintu tak boleh bukak." jawab rumet2 aku.

"ek? apakah?"

Haa ape ke nama entah benda kat pintu tu..selak? yang kunci tuh haa..tetibe tak leh nak pusing. berpeluh semua terkunci kat dalam. Cuba try test bagai dengan macam2 usaha, gagal jugak..jam dah 6.40 pagi. Nasib lah jugak rumet2 aku bukan jenis panik, so dengan dugaan subuh2 hari ni kitorang cuba rilek, tarik2 napas sket, bertenang. Last2 rumet aku amik sudu, dia jolok macam mana tah last2 dapat gak bukak pintu. tapi...tapi...pintu tak leh kunci! satu masalah gak. Lubang kunci dah berpusing 270 darjah. Tapi nak tanak kenalah jugak try kunci kan. So, lepas terketar2 try kunci, dapat lah kunci sebelum nak pegi kelas jam 2 petang. Masalahnya pulak lepas tu, dah boleh kunci takleh nak bukak balik plak. Aigooo...rasa nak pelempang je pintu ni nak main2 plak haa.

Then jam 2 petang tu pegi kelas macam biasa, kelas risk. ada test. tapi kitorang pegi lambat sket sebab jumpa puan KP. so dengan langkah yang agak tergesa-gesa, kitorang pon jalan lah dengan selaju mungkin nak sampai kelas konon2 on time. Masa dah sampai depan pintu kelas tu terserempak ngan 2 orang classmate laki. Selama ni tak pernah la pulak nak bertegur sape tetibe yang sorang tu tanya, "korang nak g kelas ape?" dengan pandangan sekilas tajam kepada beliau, aku terus melangkah masuk dengan konfidennye ke dalam kelas itu tanpa menjawab pertanyaan beliau. Jawab aku dalam hati, 'kelas risk laaa..itu pun mau tanya ka. dah depan kelas kott'. tapi sejurus melangkah, aku nampak incik mfk tengah berdiri kat meja pensyarah.

"ekkk???"

ape ke hal tetibe incik mfk ajar risk plak ni? ingat sekolah ke ade guru ganti? kami bertiga blur. yang budak2 dalam kelas tu pulak, dimana kesemuanya kami kenal dok sebok cakap ulang2, "kelas RM xde. kelas RM xde."

Amendenya kelas RM? kitorang datang kelas risk kot. Sejak bila pulak kitorang amik RM dua kali? (bagi kami RM stand for Research Methodology. dah amik masa part 3). mungkin ade yang memahami kesengalan kami...sebab walaupun semua orang cakap kelas RM xde, tapi kitorang nak gak terpacak dalam kelas tu. Maka adalah seseorang ini berkata,

"kelas risk takde. korang tatau ke?"

Haa??? kelas risk xde??? *hentak2 kaki*

terus blah sebelum mfk nampak.

eeee nape xde sape pon bagitahu? sampai nya hati. tak kesah pun dah 'terdatang' fakulti tapi at least bagi la tahu kelas xde. malu gila woo salah kelas. yang kelas ade incik mfk tu kelas ganti. sebab tu dorang datang. yang kagumnya, ingat pulak dorang yang kitorang ni bukan kelas dorang subjek mfk tu. Sabor je lah. tak pernah lagi rasa pengalaman salah masuk kelas ni. yang paling tak leh blah tahap konfiden tu. memang harus direspek. *malu*

balik dari kelas, pintu bilik masih jugak begitu. tak sempat jumpa orang opis. so, sekarang ni aku ngan rumet2 aku bergilir2 jaga bilik. tak sape berani kunci pintu T____T

esok ade TIGA test. whoaa! abes test aku nak g berfoya2 kat 3 serangkai. letih jadi nerd weekend hari tu. hoyeahhh.



notakaki: ade tak aku bagitahu kat level blok aku ni dah seminggu takde air? dugaan lagi :)

Rabu, 23 Februari 2011

Current Life

Sambung entri sebelum ni. Tadi berhenti sebab menjalankan tugas sebagai suri rumah. Silap. Suri kolej. Eceyh.

Habis tak jalan segala kerja aku malam ni. Bagi cik otak rehat kejap sambil melepaskan tekanan yang semakin tertekan ni ya?

Minggu lepas minggu test. Minggu ni minggu presentation. Semalam presentation kelas mfk. mfk tu lecturer, bukan subject. Mungkin faktor beliau tak sihat, mood tak berapa baik maka beliau tak puas hati dengan presentation kami. Kena marah -_-" Ah silap kami. Benda ni dah lama. Kerja sebelum cuti mid term hari tu. Tapi sebab dua minggu berturut2 kelas cancel, baru semalam dapat present. Slide okay, tapi explanation kurang. Sebab takde effort kan..xde discussion. Memang dapat la sebijik ngan beliau. Aih, manusia memang sering melakukan kesilapan. Tapi aku tak suka kesilapan yang disengajakan. Dalam kelas tu, group aku antara his favorite. Selalu die datang menjengah kat group bab2 beliau bagi kerja2 ringan. Sebab group aku yang selalu take action. Tak best weh bila lecturer punya mood dah macam bengang je tengok student tak buat kerja. Bukan suh angkat kayu balak pun, kerja2 mudah je pon. Tapi ramai yang buat selenga. Skang ni dah tambah satu job lagi. islamic finance news. malas la nak cerita. ni assignment every week. -_-" tapi mfk, a very concern lecturer, lepas abes present tu terus beliau datang kat kami, "what happened to you guys??" aku pun tak percaya performance merundum2 jatuhnye...kitorang senyap je..kene present balik jumaat ni. lalala~

hari ni pulak present sukuk kelas en amirul. hurm, en amirul n mfk ni ofismate. muda. maka agresif mereka boleh tahan gak la bab2 mengerah tenaga otak student. en amirul ni baru 27 tahun. muda sangat okay. masa tengah present tadi kantoi aku tak dapat jawab soalan dia. senyum sumbing je lah kan. lepas tu ade sorang student lak nak tanya. kantoi lagi tak dapat jawab. pastu en amirul tambah satu lagi soalan. tiga2 soalan kami jawab dengan senyuman kelat. tapi lepas abes present en amirul terus cakap good. *senyum bangga* tapi jumaat ni kene present lagi sebab gagal menjawab soalan. -_-"

siap satu kerja bertambah 2,3 kerja. sibuk. sebab tu blog ni jadi berhabuk. kalau nak kata aku online tu, ya, memang hari2 online. kalau ada yang perasan, lepas isyak tu mulalah hijau kat chat facebook aku tuh kan. sebab aku malas nak appear offline. lagipun bukan ada pun orang chat ngan aku so benda tu tak jadi annoy pun la bagi aku tapi maybe annoyed bagi orang lain yang tengok aku ni macam rileks je asyik online kan...aku perlu on facebook & yahoo messenger bukan sebab semata2 nak bersosial bagai komen itu ini, tapi kadang2 aku discuss ngan mate aku guna dua benda alah tu. dan kadang2 aku dapat info melalui facebook jugak. kadang2 kawan2 chat ngan aku discuss academic. yang komen2 aku tu memanglah nampak macam riang gumbira je kan, but it doesn't means aku sedang menggoyangkan kaki sambil nyanyi lagu kaho naa pyaar hai. aku memang perlu online sebab banyak kerja based on internet. yelah. teknologi di hujung jari kan. tapi bukan online semata2 mengadap facebook tunggu orang komen. kerja jalan gak even lambat sikit la kan. ni aku sentap la ni bila orang cakap aku dok online facebook je mengomen bagai, sombong la bila orang nak chat saje2 aku tak layan. aaa jangan pandang course aku sebelah mata je. jangan pandang aku student yang main2. aku susah hati ni banyak kerja tak siap2 lagi. ade mase aku boleh la entertain. ni aku takde masa, tido dah tak menentu, makan pun lari dari jadual asal, ni belum lagi tambah masalah2 yang aku malas nak fikir, kalau aku langsung la x berhibur kat fb tuh, jumpa aku next time dah jadi zombi agaknya. tak pun kak limah.

mfk punya kerja memang tak pernah tak banyak. yang paling utama sekarang ni ada dua assignment tengah menungggu2 nak kena submit. yang kerja kurang utama, banyak. tak tersenarai. assignment en amirul boleh kata settle 70% tapi since jumaat ni kena present balik so kerja berganda dua. assignment advance fiqh muamalat ada empat. 1 kerja group, tiga lagi individual. qawaid fiqhiyyah, tunggu masa nak present dan hantar report. yang menjadi susah, sebab assignment2 ni berkaitan dengan hukum2 Islam, shariah, fiqh, company etc. Kalau tak berkaitan pun memang tak boleh buat main, maka memang tak boleh lah nak main2. Test? yang tu lain cerita.

lecturer baik. suka semua. takde masalah pun dengan dorang. just kerja banyak dan masalah dalaman yang tatau lah apa. praktikal? haha. yang tu kelamkabut jugak. see? how busy my life currently.

Besar cabaran menjadi student final semester -_-"




Hidup Yang Sibuk

Jangan tengok hidup aku dari kaca mata facebook. Itu boleh dikatakan bahagian positif dalam diri aku. Hidup yang dilalui sekarang, banyak yang susah dari yang senang, banyak yang kecewa dari yang gembira, banyak yang sakit dari yang sihat, yadda yadda. Saje malas nak tunjuk. Annoying. Takpe. Ujian je semua ni kan? o_O

Pasal jari aku, terima kasih untuk yang bertanya. Alhamdulillah keadaan dia kadang2 okay, kadang2 menggelupas jugak. Cuma dah tak teruk la. Maybe sebab merajinkan diri bubuh krim, losyen bagai yang geli2 tu, lama2 jari ni dah okay sikit. Gatal2 pun dah kurang. Alhamdulillah.

Hidup bahagia je tapi kerja banyak sesangat. Haha. Boleh tak nak cakap aku sedih? Hari ni nak berhenti sejenak menjadi positif.

Semester ni prestasi aku jatuh sikit. Bukan sikit, banyak kot. Tu yang agak pressure. Rasa cam takde masa nak bergurau senda tak kira masa. Minta maaflah bagi yang terasa. Ada sesuatu dalam diri aku yang hilang. Dan belum dapat make sure lagi apakah itu. Masih tercari-cari.

Tapi satu yang aku mungkin jumpa, mungkin sebab aku tersentap kot. Aha. Entah lahh labuu. Dari first semester degree lagi aku memang agresif. Mungkin tak nampak di mata kasar sebab aku ni jenis diam je, suara pun dengar2 tak dengar bila bercakap. Nerd. Serius tak tipu. Tapi aku agresif dari segi buat kerja kot. Aku tak boleh kalau submit assignment yang aku rasa macam cikai2 je hasil kerja. Grammar salah, vocab salah, ejaan tak betul, aku tak suka. So dari dulu lagi aku selalu jadi tukang compile assignment betulkan apa2 yang patut. Pendek kata, nak bagi lecturer tengok student dia buat kerja sungguh2 walaupun mungkin hakikatnya malam nak hantar assignment baru terkedek2 nak pergi print.

Jadi mungkin disebabkan sikap ini, menjadikan aku sebagai leader dalam group work. Aku laa yang paling alert, nak kena buat apa, bila nak submit, arrange kerja yadda yadda. Semuanya boleh dikatakan smooth je sampai la last semester. Takdelah semua kerja aku lead, just macam aku ni penggerak la kepada sesuatu assignment. One of the reason, selain dari sikap aku sendiri, sebab aku ni gelabah, lambat paham soalan so kalau buat kerja last2 minute memang sawan la aku. Macam yang tengah dilalui sekarang -_-

Haih, tersentapkah aku? Aku bukan jenis makan dalam pun. Takde lah nak pegi psycho2 balik orang2 yang pernah sakitkan hati aku. Take revenge ke ape. Memang tu jauh menyimpang la dari diri aku. Tapi apa yang berlaku sekarang, menunjukkan macam aku tersentap. Haih. Menyesal pernah tahu.

Last semester, ade interpersonal conflict sikit dalam group aku. Bendanya settle tak settle senyap macam tuh je la. Tapi effectnya kat aku, aku jadi terlebih berhati2. Mungkin aku jadi takut, atau mungkin sebenarnya aku ni jenis yang suka beralah. Haih. *mengeluh lagi* Aku ade gtau kan, aku nye sikap agresif tu camne, then groupmate aku tersentap lak dengan cara aku sampai dia pena cakap kat the other mate yang lepas ni dia takkan dengar dah cakap aku, n dia akan pastikan lepas ni dia yang lead. Fine. It's not my choice to be a leader. Ya. Aku memang tersentap pun dengan statement itu. Sebab apa yang aku buat selama ni bukan sebab nak show off konon2 aku buat kerja hebat gila ke ape, it's for the sake of group assignment. Kate nak assessment mark tinggi, serius, boleh kata setiap semester most subject yang kitorang amik carry mark memang tinggi2, just depends kat final exam boleh perform more better atau tak je.

Dan semester ini, mungkin kerana kesentapan itu, aku dah tak agresif. Dah jadi diam balik macam zaman diploma dulu. Dah tak alert. Selalu tak ingat assignment2 yang bersusun. Buat2 jugak tapi tak serakus dulu. Dulu, sebok tanya itu ini. Make a date bila patut siapkan assignment itu ini, ajak discuss kat library, paksa groupmate stay for the sake of nak markah tinggi assignment dengan buat muka serius 'jangan bantah' dan macam2 lagi la. Tapi sekarang? Nothing. Nothing. Tak patut kan aku buat macam ni? Aku bukan tak sedar, sedar. Tapi rasa tak gembira la jugak nak buat kerja kalau mate aku sentap rupe2nya dengan aku...kerja dah la susah, kalau nak layan sentap2 ni memang tak jalan laaa...sekarang ni assignment buat je. sampai due date menggelabah macam nak sawan siapkan gila2. sebelum ni group aku tak pernah rasa macam ni. at least malam before nak submit tuh dah siap print, dah boleh senyum lega. lagi 2,3 hari before submission, dah sebok compile, betulkan balik apa2 yang kureng, tapi sekarang, 'aku hambik je keje kau, okay tak okay lantak je laa'...wuuu x seronok. aku bukan pandai sangat nak score gila2 time final nanti :(

Susah hati. Semangat aku macam hilang. Mungkin sebab kerja terlalu banyak kitorang tak dapat nak siapkan awal tapi, aih I know something going wrong in my teammate. Tak salah meluahkan apa yang kita tak puas hati, sebab mana lah ada semua perkara kita terima dengan hati terbuka. Kan? Tapi untuk kebaikan semua pihak, adalah lebih baik kita jadikan rasa tak puas hati tu kepada perbincangan kot. Capai kata sepakat. Dan aku pun tatau la camne nak settlekan ni. Sebab aku tahu ni pun dari orang lain, so memang tak best la. Nak tanya dia? Adoiii. Mungkin bagi dia, dah settle. Sebab dia dah tunjukkan apa yang dia tak suka, tak puas hati. Tapi aku dengan mate lagi sorang camne? Obvious gila dua2 sentap tapi malas nak cakap je.

Penat jadi positif walaupun hati rasa gembira. Sebab kadang2 bila tengok diri sendiri macam positif je manjang rasa macam hipokrit plak. Haha.

Dan disebabkan masalah 'jiwa' aku ni, dah banyak kali gak la aku cam terkena 'pop' test. Means, esok nak test malam tu baru aku tahu. Sawan okay. Sawan. Test 1 confirm2 dah marks macam budak tak pernah belajar.

Izzah, find yourself back!!



Dah lah. tanak tulis panjang. Ni pon dah cam sebak. thanks baca. Kalau sudi, komen. Tak sudi takpe. Hari ni tulipchantek jadi manusia biasa yang lemah.

Isnin, 10 Januari 2011

Isnin Yang Boring

Hari ni takde kelas. Sepatutnya ada jam 2.10 sampai 6 petang. kelas berisiko tinggi & qawaid fiqhiyyah. tapi cancel sebab lecturer meeting. Esok pun kelas berisiko tinggi cancel. jam 2 petang. kelas advance fiqh esok pun cancel jugak. jam 8.30 pagi. yang mungkin ada kelas islamic banking & financial services. tu pun kalau en faizal berkobar2 nak mengajar sebab beliau pun meeting gak esok. aigoo. nak buat ape takde kelas ni?

Okay. sebenarnya aku ade kerja. google google grameen bank kat bangladesh tu, amik tahu sikit pasal fractional reserve banking yang deposit2 money tp boleh withdraw tu haa, baca tafsir yang berkaitan dan soalan paling best sekali nak kena jawab, apa yang bertuahnya aku dan kamu dilahirkan sebagai seorang Muslim? dan sambil2 itu aku google pasal haid wanita - senggugut. okay, aku post nanti bila dah dapat info cukup dan olahan yang menarik. eheh.

busy kan aku? tipu betul cakap isnin yang boring. haih.



Jumaat, 7 Januari 2011

Takut Pensyarah

Betul lah. Dah berapa lama aku belajar kat sini, tak pernah lagi jumpa pensyarah yang buat aku rasa cuak gila sampai macam ni. Cuak sampai terus drop class die on the spot!

Macam lawak je kan. Dah part 5 kot. Dah jadi yang paling senior kat fakulti kot. Dah alah bisa tegal biasa kot. Konon je la tuh kan. Tapi hambik kau. Dapat pensyarah yang ni kecut terus.

Macam mana nak cite ntah?

Pagi hari yang hujan itu, aku dengan kawan aku datang lah kelas pensyarah ni. aku pakai baju kurung n kawan aku pakai jeans & t-shirt beserta kardigan. kelas dia start 8.30 maka jam 8.15 pagi kami pun tiba. ade beberapa orang classmates lagi kat luar. tapi malas plak nak lepak ngan dorang so kami pun masuk je la dengan confidennye sambil memberi salam. pensyarah tuh dah ade kat dalam. beserta rehal & alqurannya. trademark tuh ye. budak2 fakulti aku mesti kenal. ngeh3. dan sejurus je beliau terpandang kawan aku, (aku mase tuh tengah bukak pintu dan baru sebelah kaki je dalam kelas...tersentak jap) die terus sound.

"dah xde baju yang lebih labuh lagi ke?"

dengan suara garau yang kedengaran begitu menakutkan telinga bagi perjumpaan pertama. oh beliau tak jawab salam pun. dan beliau langsung tak pandang saya yang kat pintu ni. maka, kawan saya yang terkejut dengan situasi yang tibe2 ni hanya mampu terkaku kulat di situ tak tahu nak jawab apa.

"pergi cari baju lain yang lebih sopan. balik."

seraya mengalihkan pandangan dan meneruskan bacaan. tak izinkan masuk kelas die. blank terus. tuh belum lagi die sound aku yang tak pakai kad matrik ni. baik cepat2 blah kan. maka terkeluarnya kami dari kelas itu, terpacaklah pula sekumpulan classmates yang sedang lepak2 tadi.

"eh kenapa tak masuk?"

"kena halau."

pensyarah ini sangat pentingkan disiplin. dan semua muka terus cuak. yang pakai sandal tetiba nak labuhkan kain kot2 tetibe kena pakai kasut plak kan, yang pakai baju selain baju kurung (baju kebaya etc) menggelabah dah tak boleh ke pakai baju ade cutting, yang simpan kad metrik dalam purse macam aku nih dan2 buat magic muncul tali tetiba dan sepantas kilat sarung kat leher ataupun pinkan dengan brooch dan begitu begini lah. dan selepas buat persediaan yang ala2 segera ni, dorang pun masuklah dengan rasa ala2 confiden.

tetibe dengar suara garau tuh lagi. kuat kot...

sorang student laki keluar.

"nape lak nih?" tanya kami beramai2.

"kena halau."

sebab pakai jeans...ngaaaaa. menganga habis kau orang yang ade kat luar. aku & kawan aku yang mule2 tadi tuh pun tak habis blur lagi. maka terjadilah perbincangan sok sek sok sek antara mangsa2 pensyarah itu dan beberapa org lain yg sedang tergerun2 nak masuk kelas ke tak. dan sejenak orang sebelah yang tak kenallah siapa, course ape ke etc bertanya soalan subjek apakah kelas ini dan siapakah yang mengajar?

setelah diberitahu subjek apakah, dia tergelak.

"mesti pensyarah dot dot dot ni. semua orang kenal dia. dia memang garang. kalau boleh tuka kelas dia lebih baik tuka. tak kenal ke dia? yadda yadda."

ishh..garang camne? normal la tuh kot kadang2 dapat pensyarah garang2 ni. tak normal ke? dan memang benarlah tak kenal. mana pernah jumpa pensyarah straight gila macam ni. ke aku duduk kat gua? langsung tak tahu gosip2 panas sebegini? wuhuuu..penipuss kann..

maka perbincangan diteruskan dan semakin lama semakin ramai classmates yang kat luar. sebab hari tu khamis, ramai ladies yang tak pakai formal & for sure guys major pakai jeans laa kan? jadi dah tahu tak dapat masuk kitorang pun duduk je la kat luar discuss2. dan sepanjang hari tu memang topik pasal pensyarah ni la yang paling tip top. dan antara yang jadi sebutan,

~pensyarah ni very very punctual. start class on time dan habis kelas juga begitu. oleh itu, tepat jam 8.30 pagi dia terus lock pintu dan tiada siapa lagi dibenarkan masuk. hatta walau hanya ade seorang je pun pelajar dalam itu, who's ever late, no excuses for them. huuuu. dan pernah terjadi suatu ketika pada semester lepas (sebenarnya tak ingat dah pun...tp dah ungkit2 balik jadi ingat) kelas bel aku selalu menumpang kelas yang mane2 kosong. sebab subject tuh xde bilik yang specific jadi agak leceh la setiap kali kelas terpaksa ronda2 fakulti cari yang mana available. maka suatu hari itu kami menumpang kelas yang dimana selepas kelas yang kami tumpang itu adalah kelas pensyarah ini. tepat on time, pensyarah itu tanpa mengetuk pintu terus buka dan berkata, "times up. can u please leave now?" kelamkabut semuaorang kemas barang nak keluar. even my lecturer pun takut okay dengar suara dia yang bernada begitu serius itu. dan ketika kami tengah kelamkabut nak keluar pun beliau sempat lagi suruh kami bergerak pantas. wajah tanpa riak. suara tanpa nada. wuuu...takottt.

~kalau dah berada di dalam kelas beliau, wajiblah duduk tegak dan menguap adalah satu kesalahan besar! apatah lagi tersengguk kan? jangan ditanya apa akibatnya... dan jika beliau bertanya soalan, haruslah menjawab dengan kebijaksanaan bukannya jawapan main pakai hentam. kalau tidak, rasailah...macam kelas hari jumaat tadi, dorang kene baca notes selama 2 jam kott sebab jawapan tak memuaskan. gerun gila sampai tak angkat muka...keluar dari kelas je semua mula lah nak dok meroyan2 kan...

~dekan fakulti kami, adalah bekas pelajar pensyarah ini. dengar khabarnya, dekan pun tak berani dengan beliau. haa yang ni memang fakta paling tak boleh blah la kan. kalau dekan pun takut kami yang student apatah lagi. kalau student laki yang selamba2 tuh tetibe bertuka skema, student perempuan pulak jangan ditanya. hoooo

~dan macam2 lah cerita yang buat semua rasa kecut semacam je nak masuk belajar dengan pensyarah ini.

maka aku, sebagai salah seorang mangsa yang di sound direct pagi itu, terus mengadakan perbincangan kilat dengan group member - tukar group. tak sanggup. serius tak sanggup. dah lah cepat lemah semangat kalau kena2 marah ni. ni pulak dengan suara garau tanpa nada itu mahu sepanjang 2 jam dalam kelas dia otak mengecut sebab takut, bukan sebab nak terima ilmu. huuu...tokse gitu deh. belajar bukan 2 jam je. seminggu jumpa 2 kali itu dah jadi 4 jam. sebulan? satu semester? oh mahu beremosi tinggi lak jadi nantinye kann..dan kerana ketangkasan pemikiran seorang teman, teruslah dapat kami mengalihkan jadual dan bertukar group. sangat laju okay menaip masa tuh. sampai nak terketar2 dah sebab ramai2 berebut2 nak register kelas lain. dan Alhamdulillah ade rezeki kami, muat2 kami 3 orang je untuk masuk group lain. Lega.

Tapi kesian kat kawan2 lain. Susah nak tukar jadual sebab clash dengan subject lain. Tapi sampai ade lah jugak yang sanggup tukar jadual sampai terpaksa datang kelas petang jumaat demi tanak kelas pensyarah itu. yelah. kelas petang jumaat yang jam 3-5 tuh, siapa yang nak? tapi demi pensyarah itu, relakan aja. dan mujurlah, jadual aku tak effect sampai macam tuh. petang jumaat still takde kelas. Alhamdulillah. Masalah aku settle je dah sebenarnya, tapi saje nak cite panjang2 kan? huuuu

dan pendapat aku sendiri mengenai pensyarah itu, apa yang beliau tegur tu memang tak salah. dan memang betul pun. subjek yang dia ajar ni subjek untuk student2 final sem sebelum pergi practical training next semester. memang dah seharusnya lah proper attire. ade ke orang pegi opis pakai jeans (x kisah lah laki ke perempuan kan) atau kardigan selamba je? belajar dalam bidang professional tapi attire tak menunjukkan profesionalisme pun. lepas tuh tak punctual. kalau dah kerja nanti camne? xde disiplin? dan beliau sebagai orang yang memberi ilmu pasti la nak rasa suka pada orang yang menuntut ilmu. dan haruslah jugak beliau nak rasa selesa melihat pelajar berpakaian sopan mengikut sahsiah. ah rumuskan sendiri. dan barulah ilmu yang diberi itu menjadi berkat?

Namun aku dari sudut seorang pelajar iaitu orang yang menuntut ilmu pula, sangat lah berharap dapat belajar dengan rasa aman & tenang supaya keinginan untuk mencari ilmu itu semakin bertambah setiap kali bertemu dengan guru yang tanpa lelahnya sentiasa sudi berkongsi ilmu. ya. selama setahun setengah amik degree ni, memang rasa gembira dengan ilmu yang aku dapat walaupun bukanlah semua lecturer yang aku dapat tersangat best. kena marah, kena tegur, adatlah. dididik untuk menjadi yang benar. penting mendapatkan keredhaan seseorang yang mendidik ini supaya senang kita nak faham, nak terima ilmu yang dia ajar. macam kita mencari redha Ilahi, ada rasa tenang dalam jiwa kan walau ditimpa musibah. tak susah nak ikut syarat pensyarah itu. ngeee. tapi tanaklah pergi belajar sebab rasa terpaksa, otak pun jadi liat nak kerja sebab asyik fikir takut dengan dia. tapi kalau takde pilihan gak, terimalah kan. yakin je lah dengan hikmahNya. mana tahu leh dapat A+ ke kan..hooo.

kita baca kitab suci alquran. tapi kebanyakan kita mungkin tak faham. jadi ada antara kita baca tafsir. baca, faham dan amal. kita solat, tapi tak semua kita ingat makna2 bacaan solat yang kita perform 5 kali sehari tu. kan? ade orang tinggi ilmu nya dari sudut itu, ada yang tinggi dari sudut ini. kesimpulannya yang aku nak taipkan kat sini, ilmu yang lebih, kita kongsikan. ilmu yang kurang, kita tambahkan. tapi bila kita jumpa yang jahil, boleh tak jangan pandang rendah?

Selasa, 4 Januari 2011

Dunia Survival Sudah Bermula

Dah masuk musim exhausted overdose. Hari ni dah register kolej tapi tak pindah barang lagi la. Dapat bilik level 4 again, selang sebuah je dengan bilik roomate lame. bilik jauh ke hujung dekat dengan fakulti engine as compared to sem lepas agak lah dekat dengan tangga nak keluar. mula2 rasa macam sedih la jugak dapat bilik jauh kott..level 4 tuh tak lah kisah sangat sebab dah kate rayuan kan jangan nak lebih2. tp bila fikir balik, bagus gak dapat bilik sekarang ni. at least takde la nampak sangat bayangan roomate sem lepas kan. bila lalu bilik 3b0439 tadi rasa macam tacing plak haa..

tension betol. mana2 bahagian kat uitm ni semua ade kenangan dengan diorang. tu belum lagi jejak fakulti engine tuh. nak sedih tak boleh. nak gembira lagi macam tipu. plain je rasa. petang tadi pegi seksyen 7 lagi la rasa macam sebak. sebelum ni kalau pegi sini selalunye dengan diorang, n plus luqman kadang2. beli stationery, makan2, jalan2, discuss pasal permata. alahai. terbayang bayang. agaknye cam ni la kot kan feeling yang fik selalu rasa. yang aku selalu buat2 tanak rasa walaupun memang tengah je berlaku dalam diri. sebab lagi sedih jadinya kalau sama2 sedih. macam kelakar je haa bila lalu kedai cd ternampak bayang luqman dengan nadia suka gado2. pastu pernah sekali aku dengan nadia meroyan2 kat situ sebab permata. nampak bayang je la kan. orangnye takde pun. lepas tu makan kat barra tapi kali ni bukan dengan nadia n luqman lagi. teringat2 nadia yang selalu tak habis makan, lepas tu luqman akan kutuk2. luqman suka makan roti naan pastu kitorang pau die. eheh. dah takde dah semua ni ye?

s.e.d.i.h.

dah terasa kesukaran & cabaran2 yang akan mendatang bila dah jadi student part 5 ni. dengan high expectations dari lecturer lagi la buat terasa cuak. adoiii ape ni..tak start lagi dah negatif. tampa laju laju kang. Allah dah permudahkan jalan pun boleh rasa lemah semangat lagi ke? astaghfirullah. kalau nak compare aku dengan mas, lagi kesian kat die. tadi terpandang raut wajah die yang selalu tenang & selamba tu aku plak yang terasa tabahnya hati die. mas tak dapat kolej sem ni so sama macam aku die kene merayu. dia buat rayuan lagi awal dari aku tapi sampai skang still tak dapat result. kesian. takde tempat nak pergi. first day dia terpaksa dok hotel dekat ngan jakel tuh. skarang tumpang rumah kawan kat sek 7 plak. dulu masa aku melalui hidup macam tu mane tahan kot. meroyan je manjang. tapi mas memang cool habis walaupun die sangat susah hati. makan tak lalu. register course tak settle. banyaknya dugaan dia. Ya Allah, permudahkan lah. harap2 ade rezeki die esok. aku lak rasa sebak tengok orang terlebih cool ni. huhu.

kena cari ayat penyembuh semangat. tetibe rasa down sampai kerak bumi dah ni. T___T


Isnin, 3 Januari 2011

Hari Pertama Sekolah.

Mencabar. Kelakar. Gembira. Dan sangat penat.

1. Hari ni tatau dah boleh buat rayuan kolej. So dengan segala kegelabahan dan kecuakan yang ada terus mintak tolong abah datang shah alam bawak slip gaji sebab takut2 dah takde rezeki nak duduk kolej kalau2 lambat apply. orang sangat2 ramai yang mintak nak duduk kolej. so lepas habis kelas jam 12, terus naik bas pegi kolej tunggu abah. sebelum jam 1 petang dah settle buat rayuan dengan perasaan macam harapan terlebih tipis nak dapat kolej. Sungguh. Orang ramai sangat2. Fenomena betul. Then lepas habis kelas pukul 6, datang balik Melati nak tengok nama yang baru tampal. Sedih okay. Tak tersenarai.

2. Masalah course registration adalah lumrah sejak amik degree. Jadi seperti biasa di pagi2 isnin mula la nak datang ziarah bilik ketua program. kagum. takde sorang student pun dalam tuh. eheh. takde sape dah ek ade masalah lumrah ni kecuali kami? so lepak2 kat bilik puan sembang2 seronok bagai dah 2 bulan kan tak jumpa. hoho. puan siap cakap muka kitorang ni tak sah kalau tak jumpa dia setiap awal sem. biasalah tuh. budak floating kott..borak2 punya borak jam dah pukul 10.25 am. kelas kul 10.30. otai kan? keluar dari bilik puan sempat lagi tuh singgah pejabat akademik nak tanya pasal course tapi misi gagal sebab orang tu tak dapat tolong. then jalan sopan santun ayu ayu gitu pergilah kelas. islamic capital market. dapat lecturer encik amirul. habislah. macam seram -_-

3. Hari ni sangat penat. Ulang alik fakulti-kolej melati sampai 3 kali. Pagi datang sebab nak tengok dah boleh buat rayuan ke tak. Tengah hari datang sebab nak merayu-rayu then tolong Mas pindah barang. Hujan plak tuh. Petang datang lagi sebab nak check result rayuan. Melayang 6 hengget macam tuh je kat pakcik rapid. Macam mana nak cakap ek die punya jauh? budak uitm sila paham. huhu. oh tapi tak ponteng kelas hari ni. sangat kagum ngan diri sendiri. ngaaa. hari ni kelas agak pack la. dari kul 10.30 sampai 6 petang. penat gilo T___T

4. Secara jujurnya rasa sangat janggal dan pelik sebab tetibe dah takde sms dari jaemanadia tanya pasal kehidupan harian kat sini. Dah terbiasa tanya keadaan masing2 pasal jadual kelas, balik pukul berapa, esok kelas start jam berapa, buat rayuan sama2, tanya ade kat mane bila nak balik kalau2 ada yang lambat datang, lunch/dinner sama2 dan segala macam lah aktiviti harian. oh biasa hari pertama datang shah alam akan berkumpul buat sesi luahan hati. eheh. dah takde semua aktiviti ini. aneh betul rasanya. malam pertama macam agak sebak mengenang nasib diri yang menumpang sorang2 dan lagi sedih terkenang pulak saat susah dengan ja dulu. nangis tiap2 malam babe. jiwa sangat tak kental. tapi sekarang sepatutnya dah alah bisa tegal biasa? haha. just rindu the moment menggelabah menggelabi nak hidup kat mana bila tak dapat kolej. saat susah bersama sama.

5. semester ni tak dapat kelas yang en nizam ajar so agak kecewa di situ. tapi masih dapat en faizal untuk islamic banking & financial services. confirm la lepas ni kena aktif menggoogle. En Amirul ajar islamic capital market. Pn affiaine plak untuk risk management. nampak gaya lecturer ni yang macam paling best. lepas tuh dapat ustazah untuk qawaid. macam garang. wuwu. cuma advance fiqh dengan strategic management je laa tatau sape yang ngajar. ah tak kisah lah kan sape pun yang jadi lecturer yang penting kene selalu setting niat datang kelas nak gali ilmu. kene belajar untuk suka walaupun susah. KP dah btau awal2 subject qawaid ngan advance ramai fail. aiseh. seram kot.

oh cukup lah tuh laporan hari pertama sekolah. haha.

btw,
setelah melihat result rayuan sebanyak tiga kali, saya mendapati nama saya ada terselit rupanya kat kertas cantik tu tapi belah bawah. Ya. Kertas tu sangat cantik sebab berjaya memuatkan nama saya untuk menduduki kolej lagi pada semester ini. Alhamdulillah! Berjaya rayuan kolej walaupun submit lambat. Rezeki. Rezeki. So tak perlu laa nak susah hati tacing tacing bagai terpaksa hidup menumpang ni. Ya Allah! Happy sangat sampai tersenyum sungging sepanjang masa. Terus text abah bagitahu berita gembira ni :)

masalah course registration pun dah selesai. tak pernah pun selama ni boleh settle dalam masa satu hari. puan sangat baik cepat2 besarkan kelas lepas kitorang mengadu tak boleh register. Ya Allah! Leganya...tak payah nak tumpang2 kelas orang lepas ni. Boleh datang kelas dengan hati yang lapang tanpa gusar2 dapat register ke tak. Jadual pun not bad. Hari Isnin memang letih sikit tapi Jumaat takde kelas petang. Weee...tak pernah rasa sebelum ni sepanjang amik degree. Hari rabu plak kelas sampai 12.30 je. Best. Best. Syukur Alhamdulillah. Allah permudahkan jalan :)

Cukuplah dengan dua berita gembira ini. Sangat melapangkan hati, mendamaikan jiwa. Syukur sangat2. Agak smooth perjalanan semester 5 ini. Habis hilang segala kegelisahan, kerisauan, kepenatan yadda yadda. Terima kasih ya Allah!

oh lagi satu, sangat gembira bila jaja jelita call malam tadi. gayut 3 jam! haha. panas telinga. rindunya. rindu sangat sangat. nak borak depan2. cerita macam2. wahhh lebih2 lak kan. huhu. orang tuh jauh kott. ngeee. selamat menerokai umur 22 tahun, sahabat! semoga perjalanan kehidupan cik jaja jelita dipermudahkan Allah dalam landasan yang diredhaiNya. Dimurahkan rezeki dapat kerja yang bagus dan gaji yang melambung. dan juga dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik yang selalu didoakan. amin :)

oh nak tambah lagi. danial dah start masuk sekolah asrama esok. kat kajang. tapi sedih2 rindu skpks sumer. cikgu2 la, budak2 nakal la..alahai. akak dulu pun cinta habis kat sekolah rendah akak. tapi nak buat camne. dah cukup umur. kene lah teruskan langkah. huhu. hope die jumpa kawan2 yang baik untuk melalui zaman remaja bersama2. dan hope jugak die pandai pilih kawan. tapi roy sekolah kat mana la pulak ya? langsung tak dengar kaba. balik sabah dah ke haa. takpe laa. yang penting hopefully adik2 ni boleh la survive kat sekolah menengah masing2. rindu2 sekolah lame tuh biasalah kan. yang penting kuatkan hati. kat mane2 kita hidup kat sudut dunia ni pasti ade kenangan. ade pertemuan, ade perpisahan. hukum karma. kan?

ape2 pun harap2 kite semua diberi kekuatan hati yang kental dalam menghadapi setiap dugaan hidup. jangan sampai kita jadi hamba yang dibenci Allah. sebab bila Allah benci Allah akan bagi apa yang kita suka. Takut nanti kita jadi hamba yang kurang bersyukur. Diberi nikmat pada perkara yang tak elok. Bahagia di dunia belum tentu lagi bahagia di akhirat. tapi jalan derita di dunia insyaAllah membuka jalan bahagia ke akhirat sekiranya kita ini hamba yang sabar dan beriman. Wallahualam.

:)

Jumaat, 2 Januari 2009

Cherita Zaman Sekolah : Surat Misteri

Satu hari, masa aku kemas barang barang dalam kotak, tiba tiba jumpa satu surat bertulis begini;

*****

kepada : Izah Sobki

Assalamualaikum,

Dah sihat dah ke? Tengok2 muka pucat je...harap2 dah sihat le..ye. Kat sini saya nak komen sikit pasal awak masa waktu pembelajaran waktu Kimia. Saya tengok awak diam saje dan saya nampak awak tidak memberikan perhatian sepenuhnya. Awak sepatutnya melupakan semua masalah luar selain waktu Kimia. Jadi saya nasihatkan awak supaya jadi periang dan beri tumpuan. Sekian.

Benar,
Secret

*******

Wehhh!!!! Sape ntah makhluk yang bg surat misteri neyh?? siap main main secret laa plak. Masa aku bace surat nih kan terkejot gila kamben kot. Apsal aku x pena ingat langsung eh pasal surat nih? Dah tu xde idea plak sape laa yang mengirim ni. Hee wondering plak rasenya. tatau laa surat ni mase form 4 ke form 5. Tak sangka I ms tgh blaja ade org usha usha la plak kan. Aku tengah ada masalah ke eh time tuh? ke sebab aku mmg x minat kimia jadi x concerntrate? No idea why this person so care about it. Tapi dulu ms skolah aku mane kamceng pon ngan dak laki kelas aku. Setakat cakap bende bende penting je. Erkk aku rase yg bg ni dak laki laa kot. Kalau gal mcm pelik semacam je. Haha. Sape lah agaknya beliau ni? Haih. Ape pon tima kaseh banyak banyak for your care. Eceyh :p

Isnin, 24 November 2008

10 tahun..

ahhh..rindu gile nak blogging! haha..tuh laa susah bile laptop xde kat umah..terpakse je lah ngadap tv ari2..mmg ley muntah n mati jiwa aku mcm ni..n nasib baik gak lah ari ahad (semalam) aku da berangkat ke Melaka..yeahh..sound quite interesting but i'm badly bored here! ke aku yg mmg membosankan? haha


k..before aku cite pasal melaka..aku da excited gile nak cite dr ari tuh bende ni..heheh..bunyik mcm gempak je..urmm..memandangkan skang aku ngah wat operasi mencari kawan2 mase primary school dulu..so I got so excited when i met this person! u know who? my favorite ever teacher, en kamis b mohd noor. haa..full name lg tao. siyes, aku mmg x sangke gile yg aku dpt jumpe die. siap borak agy tao. n da most important thing, hee i got his number! aku jumpe die kat jusco wangsa maju..21 nov ritu..wif my best buddy..cik syira hussin :) cikgu ni aku tatau laa umor dah berapa. maybe da 40 kot. anak sulung pon da spm taun ni. haa cikgu kamis ni ajar aku setaon je kot. masa darjah 3. dia ajar math n bm. neway, cikgu ni amatlah garang (bg kanak2 berumur 9 tahun, seorang guru spt die mmg diklasifikasikan sbg amat garang). mane taknye..suara da la kuat gile (even badan die kecik je) pastu kalo x silap aku die guru disiplin gak kot time tuh. n pena jadi 1 peristiwa..ade sorg dak laki tuh smpai terb***k dlm seluar sbb takot nak mintak g toilet dr die. haa cube bayangkan je laa mcm mane takotnye dak2 kat die. haha. aku? aku pon takot jugak. tp aku tau cikgu ni suke aku. haha pasan gile. eh betulla. aku x tipu ni. sbb cikgu ni pena ckp aku ni fav student die. maybe lah kan..sbb aku amat mudah untuk dibuli. caitt. cikgu ni suke suh aku wat keje itu ini. tp die x pena mara aku. even ckp kuat2 pon x pena. aku pon tatau nape ntah aku suke cikgu ni. sbb die bagus kot. gpon hasil didikan die gak laa aku berjaya pass exam pts yg susah gile tuh. haha. terima kaseh cikgu. jasamu ku kenang hingga ke akhir hayat ^^, hee..berbalik kpd pertemuan semula selepas 10 tahun x dgr kaba langsung tuh..cikgu skang da x mengajar dah kat skolah aku tuh..die jadi ape ntah skang..kire berpangkat laa..da ade opis sendiri..yg aku igt kat selayang je..sbb dekat ngan umah aku.haha.n ape yg lg best cikgu still igt aku walaupun aku rs die dah x igt name tp die igt laa aku pena tuisyen ngan die..die pena ajar aku. haih..bile da jumpe cikgu kamis ni tingin plak nak jumpe cikgu2 lain..cikgu zaihan ke..cikgu zuraidah rashid ke..pn wan nor fadriah..cikgu jamaliah..cikgu radzi..cikgu azahari..haha ni sumer cikgu2 yg agak baik ngan aku dolu laa..tp most da x ngajar dah kat skolah tuh..mane laa cikgu2 ni pegi yer??

Selasa, 18 November 2008

Bye Bye Diploma In Accountancy..I Can't Wait For My Degree :)

yeap! I just finished my diploma courses..15th nov ritu..hepinye..n hopefully layak lah kan aku melangkah ke degree next sem..huee..n a lot of things happened since aku extent 1 sem in diploma neyh..ok..aku sepatotnye blom dikire extent okey coz aku finish diploma mase semester 5..cume bg budak fast track mcm aku ni more than part 4 dikire extent laa..caiss.


ok..talk about exam..aku amik 3 paper...waduhh banyak jugak seyh!! malunye nak bgtau! haha :p
urmm aku amik law346-introduction to partnership & company, maf380-investment analysis n aud390-auditing. tiga paper yg sangat susah n killer. n kalo x standard mcm tuh xde laa ramai yg fail termasuk aku kan? lalala. lecturer sem ni mmg best esp law. mmg rs sayang je nak lepaskan law even before this aku sangat ANTI law. ok, to be honest, i HATE reading. sbb aku membaca sgt lambat n teliti words by words. stupid kan? so antara 3 subject yg aku amik ni..law n audit is full reading. bosan. bosan. bosan. n even sampai amik exam pon i'm not fully understand what it is auditing? haha. see? amik 2 kali pon still t-a-d-a-p-a-h-a-m. n please audit! jgn rosakkan result aku nnt ye. i've struggle for you. huhu


hurmm..kalo xde aral untuk aku melangkah ke degree ni..insyaAllah 28 dis ni bermula laa satu episod baru lg dalam life aku. n kali ni bersama dgn kawan2 baru jugak. n I'm still not decide which class i'll going to. maybe class D sebab da kenal ramai jugak kat kelas tuh even xde omong omong kosong dgn dorg. haih..x kesah laaa.yg penting hopefully dpt lecturer ok. heheh.


by the way, aku takot jugak senanye nak masok degree ni even da excited gile nak tinggalkan dip. yelah..mcm susah je. masuk2 je da part 4. aku dengar maf410, far 400 mcm susa bangat je. haiyohh sape laa nak jadi lecturer tambahan aku neyh?? angkat tangan. heheh. tapi tapi aku x sabar oh nak amik third language. maybe....JAPANESE LANGUAGE. ngeee..gediks kan. aku takot amik mandarin since aku neyh kureng cerdik so kalo amik mandarin macam lagi menyesakkan kepala hotak je. arab pon bagus jugak. tapi tapi aku da pena amik arab n x minat pon. huhu. tapi kalo amik arab lagi maybe x susa sgt kot...tapi lagi skali..i really love JAPANESE!!! ahh x kire laa..nak amik jepun gak. past year questions jepun pon aku da ade taw. hoho. mangat gile kan?? kan??


n mcm biase laa..bile masuk new sem..ade laa semangat baru..azam baru..tapi tapi x pikir lg..kalo pk pon xnak bgtau :p


neway, a BIG CONGRATULATIONS bwat kawan2 yg akan g konvokesyen 30 NOV 08. kan best kalo kite dpt grad same2 :)