بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 10 Jun 2011

Sehari di Danok :)





Alhamdulillah..diberi peluang melihat bumi Allah di negara Thailand. Heee. Pegi dengan kakak je. Jalan kaki dari Bukit Kayu Hitam, sekilometer jugaklah lebih kurang. Jalan pulak dibawah terik cahaya matahari kan, maka sekilometer tuh dah rasa macam berkilo kilometer! -_-"

Saje je pon jalan2 pegi Danok. Satu pekan kecil di negara Siam. Betul2 kat imegresen negara sana. Sampai je kat situ, perkara pertama yang kami lakukan adalah dengan memalukan diri di kaunter imegresen negara Thai. Adoyai. Dah la tak faham bahasa sana, yang pakcik imegresen tu pulok bukan main kerek. Ish. Takde arrival card je pun. Kena halau dari kaunter. Elok pulak time tu ade segerombolan rombongan entah datang dari mane, aduhai malu la macekkk wei orang lain semua lancar je cop passport tengok2 kitorang lak sangkut. phewww. lepas tu bercakaplah macam ayam itik dengan sape2 yang kitorang jumpa tanya mana nak dapat arrival card tuh. Alahai. Depan kaunter imegresen je pun. Malu dua kali. Cis.



Setel kat imegresen, maka berjalan kaki lah lagi di pekan yang terhampar di hadapan mata itu. Lebih kurang macam Petaling Street, Masjid Jamek macam tu lah kot. Tapi rasanya barang2 dia jauh lagi murahhh la kot. Kat situ banyak jual baju, beg, buah dan yang paling utama.....pulut ayam! Ahaaa...pekan Danok ni memang fofular lah gitu dengan pulut ayam dia. Memang sepanjang jalan tu ade jelah orang berniaga pulut ayam ni kat gerai dorang yang kecik tu. So kitorang pun nak gak la jakunis makan pulut ayam tu. Not bad lah. Sedap je lah kat lidah tapi sos die pedas sikit la. Oh harga RM 6 kalau amik ayam yang besar. Tu paling mahal lah kot. Dan yezza, transaksi boleh menggunakan duit ringgit malaysia ya. Maka tak perlu nak susah2 tukar duit Baht. :)

Ni lah pulut ayam nye. Sedapppp. Tapi jangan lupe cari yang halal ye tuan2 dan puan2 =)


Okay, settle makan pulut ayam yang memang terlebih kenyang tu..*aduhhh...mula la operasi berjalan2 di bazar yang terbentang. Majoriti peniaga kat sana pandai cakap malay tapi loghat kelate la pulok maka saya terasa sedikit kompius di situ. Iye lah, Danok tu sempadan Kedah kot bukan sempadan Kelantan..kan? Tapi takpelah. Asal faham sudah. So dapat lah jugak beli baju etc dengan hati yang gumbira sebab tak perlu nak keluar duit. Hihihi. Kakak I belanja uols =p Bazar die boleh tahan gak lah besar sebab siap ade cam kompleks gitu. Mulut jangan lupe manis2kan sikit time nak tawar menawar tu. Hoho.


Salah satu pemandangan bazar. Yang kat dalam kompleks lupe nak amik gambar. Fokus shopping =p


Oh selain dari aktiviti membeli belah dan makan pulut ayam itu, sempat jugak lah pegi salon. Tak boleh blah kan? Gedik nak pegi salon time orang lain tengah dok sakan shopping. Aishh. Tapi service die memang the best la wa cakap sama lu. Ahaha. Pegi situ just cuci rambut & blow je, RM13. murah kan? Dah la blow cantik gile sampai rasa macam nak ter'free hair'! Okeh. Itu tipu. Tapi serius best la kat situ. Name salon lupe puloks kalau tak leh recommend. Hehe. Tapi yang kelakarnya kat situ, the hair styler langsung lah tak reti cakap english apatah lagi malay. Yang kitorang ni pulak lagi la harammm kan nak reti nak cakap siam. So sudah2 ade lah gaya macam lembu cakap dengan kambing. Haih. So cara terbaik nak communicate? Sign language! ahaksss :)

Okay lagi pasal Danok. Selain dari barang2 dia yang murahhhh dan pulut ayam yang besttt, Danok jugak fofular dengan tempat dimana korang akan lihat banyak ayam berkasut tumit tinggi di jalan raya. So kena banyak hati2 ye kat sana. Oh tempat mengurut pun banyak dan kebanyakannya menawarkan khidmat seks. So tak beranilah kan nak masuk. Bagi para lelaki yang beriman, kukuh kah lah iman anda ketika menjejakkan kaki di sane yeah.

Lagi ape nak cerita? Urmm tu je lah kot. Pegi pun kejap je. Petang tu balik dah dengan berbungkus2 beg plastik terisi baju dan 2 kilo laici! weeeheee mane pena tengok laici fresh berkulit depan mata wei. harus lah beli. kat sane memang banyak pun laici dan harga yang paling murah boleh la dapat dalam RM 5 sekilo. Murahh kan? :)

Laici!!! Sedapnyee laici susu! slurp. slurp. tapi yang ni makan begitu saja lah kan. cantik kan? lepas edit =p

So kawan2...kalau rasa nak menambah cop kat passport korang tuh, boleh la ke Danok. Parking je kete kat Bukit Kayu Hitam pastu naik lah teksi ke, motor ke g sempadan Siam takpun jalan kaki macam kitorang. Haha. Nak bawak masuk kete pon boleh tapi dengar cite kena amik geran pulak. Tapi kalau rasa nak jalan takat Danok tu je tak payah la gedik nak drive yeah? Kot nak g Hat Yai, Golok, Bali, Medan etc takpelah jugak :)

Gedik la pulak kan semangat nak amik gambar 'welcome to Kedah' haha. adoyai =p

Notakaki: setakat ni sempat lah rasa pegi dua negara jiran. Indon & Thailand. Dah tengok gaya hidup, dan yang paling penting agama, rasa bersyukur sangat sebab hidup kat Malaysia. Ni cerita kat entri lain :)



jakunis lah pulak kan bila nampak "welcome to MALAYSIA" ni haaa...celah mane wei nak jumpe menatang ni kalau bukan kat sempadan negara? haha =p

6 ulasan:

nadirah yusof berkata...

yup. penah g. best! best! pulut ayam memang terbaek :) n pulut mangga jugakk ;)

Tulip Chantek berkata...

eh sedap ke pulut mangga? tengok ade orang tu makan cam x lalu je dia nak abeskan? huhu. yeap! mmg besttt! hihih :)

nadirah yusof berkata...

hehe. mangga dia masak sangat kot? try pisang goreng dia pon, marvellous! hehe

zyra j berkata...

alaa bestnye! pntang btol nmpk ayam. geram je rse. favret ok!

viorviolet berkata...

best2..nak pegi nak pegi..meleleh tgk laici tu..t.t

Tulip Chantek berkata...

nadirah: pisang goreng? xde nampak pulok. huhu. jagung die pun ade pelik gak. masak ngan pulut itam. ohoho.

zyra: hihi. nanti boleh la pegi. ayam die memang besa2 kat sane. hoho. tp rempah dia lain sikit la tak same macam kat sini. hihi

vior: pegi la dengan encik suami. borong laici..bestttt :D