بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 1 Ogos 2013

Raya Untuk Aku

Sejak mak pergi sepuluh tahun dahulu dan sejak abah kahwin lain 3 tahun selepas itu, raya bukanlah lagi suatu hari yang aku tunggu tunggu.

Kalau orang lain sibuk nak buat persiapan raya bagai, teruja nak balik kampung jumpa mak ayah, memang aku bukan yang tergolong dalam kalangan itu. Lama dah aku tak buat persiapan raya. Nak persiapkan apa pun aku tak tahu. Dulu masa miskin tak kerja lagi kepala otak tak reti nak fikir apa untuk persiapan raya. Sekarang dah kerja dan masih miskin, maka memang persiapan raya aku tak pandang. Kuih raya ke apa, takde kat rumah aku.

Apalah ertinya raya meraikan Ramadhan yang berlalu pergi. Raya aku, pergi kubur mak. Dan kubur sedara mara yang berdekatan kubur mak. Raya aku, pakai jugak lah baju cantik cantik tapi duduk berkumpul sekeluarga tu memang tak ada. Aku tengok je sedara mara aku salam cium mak ayah dorang tapi aku kira standard ah dah tengah hari atau petang baru nampak bayang ayah sendiri sebab biasanya ayah aku lepas semayang raya kat kl baru balik kampung. Adik beradik aku pon biasanya 3 orang je la yang ada sama pagi raya termasuk aku. Lagi dua orang biasanya raya dengan family sendiri dan lagi sorang tu kerja.

Orang kate dah tua tua ni takde lah aih nak tacing tacing ke apa tapi senanya bila dah makin tua makin kite nak rasa ikatan kekeluargaan yang makin erat. Tapi aku hanya mampu senyum je lah. Nak kata apa.

So kadang kadang bila orang tanya camne persiapan raya, dah shopping raya, baju raya dah beli, perasaan aku terima soalan soalan camtu mungkin sama macam kalau ditanya kat anak anak yatim yang orang biasa ziarah rumah dorang tu. Dorang akan jawab dengan senyum dan riang. Cuma aku tak pernah dok situ dan aku pon dah 24 tahun, takde dah orang nak ada sensitiviti bila nak bertanya soalan. Well aku realize, aku bukan sekadar takde mak, tapi aku jugak adalah seorang yang yatim. Lama dah rupanya aku ni jadi yatim.

Aku tak lah dengki kat orang yang masih ada mak ayah tapi standard ah bila sesuatu atau seseorang yang kita pernah ada dan lepas tu Allah amik balik, samaada dia masih hidup atau telah tiada, akan ada lah rasa cemburu dan kosong tengok orang yang masih ada. Atau dia dimiliki oleh orang lain. Macam aku yang ada mak tiri ni lah. Hahah.

Tapi ini lah hidup aku yang Allah dah susun. Nampak macam perit tapi syukur la Allah bagi kekuatan untuk survive, sampai sekarang. Alhamdulillah. Kalau tak kerana agama Islam ini, mungkin dah lama aku terjun dari bangunan KLCC sebab tekanan hidop. Hahah.

Rasa loss & empty ni memang orang yang melalui je mengerti. Yang tak rasa hanya mampu mencurah simpati. Kan?

So memandangkan lagi seminggu je nak raya, Ramadhan pun dah nak pergi, sobs3, aku ambil kesempatan ini nak ucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H especially to my all silent readers. Eh. 
Maaf Zahir Batin. 
Jaga diri molek! (:

Cik Tulip