بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rabu, 23 Mei 2012

Usrah is Awesome!

kredit: Google

Setiap kali berada dalam usrah, bila telinga ini mendengar bait baik kata yang membasahkan jiwa, menatap wajah wajah yang bersih dalam wudhuk, dan bersalaman serta berpelukan dengan sentuhan kasih, tiada apa yang mampu saya katakan, melainkan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk saya merasai, betapa manisnya ukhwah, betapa indahnya Islam. Subhanallah.

Dalam usrah, amazingnya orang tu kita baru jumpa seminit dua tapi atas rasa ukhwah, kasih yang automatically terbit bila jumpa orang orang baik, kita pun jadi cepat mesra. Alhamdulillah. Bersama mereka, kita semua berusaha menggapai redha Ilahi. Saling mengingatkan untuk sama sama berusaha nak masuk Syurga, nak bersahabat di sana lagi. Subhanallah. 

Dengan usrah, persoalan agama kita boleh lontarkan, dan kita cuba fahami bersama sama. Kita tahu, dalam hidup ini bila diuji, kita tak bersendirian. Kita ada Allah, dan kita ada ukhwah yang dibina kerana Allah. Ukhwah yang mengingatkan kita yang sering leka, ukhwah yang menenangkan hati bila berduka, ukhwah yang menyemai ayat ayat al quran dalam hati kita. MasyaAllah.

Indahnya ukhwah, indahnya Islam.

Actually, tatau nak gambarkan betapa manisnya ukhwah ini. Ukhwah yang kita hanya dapat rasa bila niatnya kerana Allah. Ukhwah yang bermatlamatkan satu, redha Allah. 

Carilah usrah. Bersahabatlah dengan mereka. Dan jadilah orang orang yang baik. Yang bukan sekadar baik tutur katanya, tapi baik tingkah lakunya juga. Ingatan buat saya juga.

Terima kasih ya Allah.
Terima kasih mengirimkan hambaMu untuk mengajak aku menjadi ahli usrah dengan kata kata yang baik.
Terima kasih menemukan aku dengan usrah yang menerima baik buruknya aku.
Terima kasih kerana memberikan aku sekeping hati yang dapat merasai keindahan & kemanisan ini.
Syukur padaMu Allah.
Alhamdulillah. Subhanallah.


Ukht Izzah.