بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 31 Mac 2011

Selamat Tinggal March!

Ya. Saya sungguh gembira menanti tarikh hari ini kerana esok akan bermulanya April. Takde yang menarik pun untuk April cuma rasa March 2011 ni macam panjang sesangat umpama sebulan tu dah jadi macam 2 bulan! Sungguh. Saya teramat amat lelah melalui bulan ini. Syukur Alhamdulillah segalanya hampir selesai...

Dan esok saya ada test. tapi tak study pun lagi. dah tatau nak beristighfar macam mana. rasa macam nak tampa2 diri sendiri melihat kemalasan diri. takde kesan. sungguh malas teramat sangat hari ni. pagi2 lagi dah ponteng kelas strategic management tanpa rasa bersalah. dah bangun, dah mandi, tapi lepas je mandi terus baring balik ke katil, hantar sms kat kawan, "sy ngantuk. tak pegi kelas kot." dan terus tidur dengan nyenyaknye sampai lah habis kelas pagi. teruk kan? -_-"

semalam ada dinner. malam pra graduan. kononnya letih sangat lah semalam tu yang ngantuk sesangat pagi ni. alasan. lepas tu tolong group siapkan assignment advance fiqh, belasah je la. macam sedih tengok hasil kerja tapi malas nak komen ape2. terima aje lah. itu pon bagi sumbangan last minute sebab leader call tetibe mintak pendapat. huuuu...biarlah. tanak fikir dah.

yang tahu sekarang, terlalu seronok march dah nak habis. haha. sumpah hidup dah macam zombie. bulan ni je berapa kali dah tak tido sepanjang malam. lepas tu selamba je pegi kelas pagi jam 8.30 tu dengan otak kosong blur dah macam ape je. makan pun dah selalu skip mana ikut sempat je. memang rosak habislah jadual kehidupan normal. nak tanya kaba orang? memang taklah. kejap2 boleh. lebih2 dah rasa takde mood. tangan tuh dah malas je nak menjawab. aha. mintak maaf la bagi sesape yg tersentap.

dan akibat sibuk yang tak hengat ni, akhirnya khamis lepas, 24 march 2011, jatuh sakit dengan begitu teruknya. memanglah demam je tapi demam sampai meracau. tak kritikal ke tuh? tak ingat sangat keadaan masa tu macam mana. yang tahu pagi tu sempat lagi pegi kelas amik test, balik tuh sempat jumpa abah dan lepas tu balik bilik, tido. sedar2 je badan & katil dah sama2 panas. tatau siapa yang lebih panas. boleh lak camtu kan. then tunggu rumet balik konon nak harap ihsan sampai la tetido2 sedar2 dah maghrib badan dah jadi makin panas sampai dah tak berapa sedar. masa tu nafas dah tetibe mengah, mimpi pelik2, bercakap ntah apa2..tetido..bangun. memang tak selesa sesangat sampai lah tetibe capai phone call kakak n menangis! aha..memang pelik gile fikir2 balik kenapa sampai macam tu..maybe sbb badan panas sgt kot kan..pastu kawan2 cam x caye lak sy demam kan..saba je lah...then dengan bantuan rumet, seb bek die ade kete kan, g lah klinik..60 hengget kau. terus sehat. huwaaaa...

dan esoknye haruslah pulak pegi opkim (operasi khidmat masyarakat) kat melaka. 3 hari. bosan gila. tak sihat kan. satu kampung kenal budak pendek ni demam. dan dikecualikan dari aktiviti pagi sabtu. lepas tu sentap tengok gamba muka takde. huuuu. balik sini balik kulit dah gelap semacam. menci. tapi sungguh la. rindu kg bukit pulau. kg moden yg cantik & damai. dan rindu rumah mak angkat walaupun mak angkat buat tak peduli je kat kitorang :( rumah dia cantik. sangat tradisional. tapi dia punya panas & sejuk memang hyper. rumah atap zink kan...oh dapat sibling akak student marketing. so kecik ati kat situ kenapa sy sorg je yg x dpt dgn student islamic banking??? diskriminasi! tp xpelah. kawan baru sy baik. walaupun tak pernah jumpa lagi kat fakulti. dia kate die free hair. tp masa kenal pakai tudung. huuu..confius.

errr...nanti2 lah updet lagi ye? tetibe terasa janggal nak post blog. dah lama tak melayan kan. haha. maklumlah skang ni sibuk bercinta dengan buku. kehkehkeh. adios!


notakaki: korang, if rasa2 nak demam tuh banyakkan minum air masak k? skang ni bila panas, panas sesangat, bila sejuk, sejuk sesangat...jaga kesihatan okay? semoga Allah memelihara kita semua. ni da batuk seminggu. dalam kelas memekak je bunyi batuk sy sorang. huhu. sorry!

Isnin, 14 Mac 2011

She's Married!










Macam mimpi.
Kawan pertama yang jadi rumet masa mula2 jejak kaki di UiTM ni dah jadi isteri orang.
Dia bukan sekadar kawan & teman, tapi dia sahabat yang akan diingat sampai mati. InsyaAllah.
Syukur kepada Allah diberi kesempatan untuk menghadiri dan menjadi saksi pernikahan dua mempelai ini...
Emarashida & pasangannya, Luqman Hakim.
Dari mula dimake-up, ke masjid, diakadnikahkan dengan sekali lafaz, kemudian bersambung ke esoknye make-up pengantin di butik, naik satu kereta dengan pengantin perempuan ke rumah, bersama2 menunggu ketibaan pengantin lelaki, mengiringi pengantin perempuan menyambut ketibaan pengantin lelaki, menjadi orang paling depan (dgn kawan2 lain sekali laaa) duduk mengadap pengantin bersanding dengan mata berkelip2 tak percaya, pengantin makan beradap...semuanya kami ikut!
She's married! and it's really like a dream!
Aishh...terharu. She's so much beautiful on her wedding day!
Tahniah ema...tahniah!!
I pray for your happiness with him till death separate you...
Semoga jadi isteri yang solehah buat suami yang tercinta...
Semoga dikurniakan zuriat yang comel2 macam korang sebagai penyeri rumahtangga...yang soleh & solehah...
Semoga tabah & kuat dalam mengharungi dugaan & cabaran sebagai suami isteri...
Dan kalau nak dilistkan doa aku untuk korang...its too long! ahaha...
whatever it is..I pray the best for both u =)
Once again, Congrats ema...congrats!

Selamat menempuh alam baruuuu ^^

notakaki: akadnikah -12032011. Sanding - 13032011.