بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sabtu, 1 Jun 2013

Malam Sunyi

Jam pukul 4 pagi dan tiba tiba aku terjaga. Tersedar. Isyak belum tunaikan lagi. Terlelap dalam sibuk aku berfikir.

Jiwa aku runsing.

Lately, aku hanyut dalam puisi puisi fynn jamal. Kenal dia dah lama, tapi baru sekarang nak mengerti jiwanya bagaimana. Banyak yang sama. Puisi lagu Biar itu aku dengarkan jutaan kali. Berulang ulang. Lagu buat sang ayah, yang peluh jerihnya tak ada noktah demi kesenangan anak anak.

Aku cintakan abah. Mahu dia bahagia, mahu dia ke Syurga. Abah yang tak banyak cakap, jiwa sepinya tak siapa yang tahu. Kadang kadang bila boleh fikir dengan waras, betapa kosongnya hidup lepas mak meninggal dunia, lara lagi jiwanya abah kehilangan isteri yang tercinta. Mak dulu, dalam sakitnya masih gigih hidangkan makanan, masih gigih tanakkan nasi untuk suami dan anak anak. Mak dulu, dalam perjuangannya nak menghapus pergi virusnya kanser, masih mampu untuk senyum, masih mampu bagi kekuatan buat anak anak dan suami. Aku lahir dari ayah bonda yang gagah perkasa. Syukur padaMu Tuhan.

Ada banyak puisi puisi fynn jamal yang meresap ke jiwa aku. Buat aku sesak nafas. Jangan jatuh, menemui ayahbonda, cerita perempuan kecil dalam jamban, bila dah suka etc. Banyak. Bukan jiwa aku sorang yang pernah remuk. Bukan hati aku sorang yang pernah lara. Di luar sana, berjuta yang rasa. Yang lebih parah pun ada, sampai tak terbilang jari. Cuma yang redhanya, mungkin tak seberapa. Allahualam.

Lagi satu yang menghambat jiwa aku, movie pendek Sebelah Sayap. Part yang buat aku termenung panjang, saat mat tanya, "masa dia stress, masa dia perlukan ko utk cerita, kau ada? Kau pernah nak dengar masalah dia? Pernah cuba nak faham dia?" Lebih kurang gitulah ayatnya.

Kita ini, ramai sangat yang perasan sibuk, walaupun kita hakikatnya memang sibuk. Tapi jika dengan sibuk kita itu hingga diabaikan hak orang lain yang harus kita tunaikan, kita bukanlah manusia yang sibuk tapi menolak tanggungjawab yang ada. Selagi namanya manusia, kita adalah daie. Apatah lagi jika kita adalah Muslim, nyata kita adalah daie. Penyeru kebaikan, pembawa ke jalan Tuhan. Tapi, terlalu ramai abaikan amanah ini. Kalau tak mampu ajak orang lain, at least, ajak diri sendiri tu ke Syurga.

Bila kita perasan baik, itu tanda iman kita dah tercemar akan sucinya. Bila perasan baik, tak mahu bergaul dengan yang kita pandang belum baik atau tak mungkin baik, atas alasan tak mahu jadi macam dia, you are wrong sister. You never know apa kebaikan tersembunyi yang ada dalam diri dia yang mungkin saja dapat bantu anda lebih erat dengan Tuhan. Tell yourself, cuba faham orang lain, jangan selfish perasan hidup ini is only about you.

Nak kejar Syurga, tapi kejar sorang sorang. Tak best. Itu pun kalau dapat masuk.

Jaga diri, walau di mana kamu berada, walau dengan siapa kamu bersama. Kita bukan lagi muda, esok lusa mungkin telah tiada.

Notakaki: update by phone. Gigih.