بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 6 November 2014

Mulut Jahat

Aku rasa moral down sangat sekarang ni. Moral down.

Sebelum sebelum ni aku rasa aku stress, pressure, tension sebab dengan sikap sahaja. Sikap yang malas, sikap yang kaki ponteng, sikap kaki merayap, sikap sibuk hal orang, sikap ahhh macam macam sikap buruk yang lain. Aku sangka sikap sikap ini tak ada kaitan dengan pemikiran, rupanya dah lama pemikiran aku berubah. Lama lama apa yang aku nampak semuanya buruk. Sudah tidak ada ikhlas. Sudah tidak ada kesanggupan. Segalanya dibuat kerana terpaksa. Semuanya dibuat dengan rasa benci.

Tahu tak bila aku tersedar aku rasa macam sedih gila. Aku menzalimi diri sendiri, aku menzalimi syarikat tempat aku mencari rezeki, aku menzalimi bos aku sendiri. Dan aku tatau macam mana aku nak perbetulkan dan bertaubat. 

Aku sedih gila. Sedih gila membiarkan telinga dan hati dan jiwa aku dihasut sampai begini jadinya. Bayangkan hubungan baik aku dengan semua orang, dengan syarikat semuanya dah retak. Bayangkan aku dah tak guna bahasa yang baik baik bila bercakap dengan orang. Bayangkan aku dah tak buat kerja dengan rasa semangat untuk bantu syarikat tapi semuanya dengan rasa terpaksa dan benci. Membayangkan semua ni pun buat aku rasa aku takde harapan dah. Lebur. Sebab biarkan telinga mendengar hal hal yang buruk sepanjang masa sampai hati & jiwa mengikut sama.

Ya Allah, mana aku campak iman yang cuma secebis ini?