بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sabtu, 27 Februari 2010

Dulu Aku Tak Macam Ni...

Aku dah malas nak cakap.


Jujur,
aku tanak buat keja dalam emosi.
Walaupun aku dah lama impikan nak handle program anak yatim.
Sebab, aku sendiri yatim.
Dah macam macam aku fikir aktiviti untuk dorang.
Dah berminggu minggu masuk berbulan merancang.
Tapi sekarang,
aku dah tak jadi orang yang tenang.
Biarlah siapa pun yang salah,
moga moga kita sama sama muhasabah.

Aku kesal aku tak seperti dulu.
Walaupun aku tahu manusia selalu berubah.
Tapi kalau yang tak ubah ubah macam mana?

Aku tak rasa lelah berbakti untuk masyarakat.

Mungin belum tiba masanya lagi untuk aku jadi seorang "pengarah program"
Aku lebih selesa duduk di bawah
Orang yang bersusah susah menjayakan program
Walaupun nama tak disebut sebut
Tapi aku tetap rasa puas.

Dan aku lebih kecewa sebab emosi lebih menguasai rasionaliti.

Aku tak suka macam ni.
Maaf.

Rabu, 24 Februari 2010

Happy Birthday, Mom :)

Selamat hari lahir, mak.

Walau tiap tiap tahun wish..
Walau tiap tiap tahun ingat..
Semua ni hanya wujud dalam kenangan je kan?

Hanya Doa, Al-Fatihah & Yassin yang menghubungkan dunia kita
Walaupun sebenrnya tak penah tau keadaan mak kat sana

Mak, rindu lah.
Nak cerita macam macam.
Nak peluk mak. Nak cium mak.

*senyum*

Isnin, 22 Februari 2010

Happy Day

Tarikh: 20 & 21 Feb 2010
Lokasi: Tasik Shah Alam

Tempat yang paling aku selalu rindu kat Shah Alam...tasik. Even da abes blaja nanti pun aku rasa aku akan selalu merindui tempat ni. Tempat yang paling banyak kenangan. Nasib lah tak penah dating kat sini je. Haha.

Hari ni n semalam, finally berjaya gak jejak ke sini. Ngan Nadia at first. But today skali ngan Jah n Loqo. Best2!!! tapi x complete without emarashida. tsk. tsk.

Mule2 saje je nak jalan2 kat tasik. konon2 nak bersiar2 laa kan. tp loqo jalan laju gile. sabo je la. pastu nampak orang naik boat mangat gile laa plak naik boat. RM 5 je pon.

bosan gile naik boat weh. maybe sbb view kat tasik tuh da mmg save dalam otak, xde view yang unik pon. cume best layan jiwang dalam boat tuh je kot. kakaka.

pas naik boat naik kayak plak. aku ngan loqo rebut2 nak kayak ngan Ja pastu Nadia majok weh xde sape nak naik kayak ngan dia. haha. sian tol. asyik kene buli je. last2 aku menang dapat gak kayak ngan Ja n Loqo kecewa. Sorry :p

kayak best. lama gile mengidam nak main kayak kat tasik. kayak pun rm5 je. da sampai tgh tasik bley laa plak kitorang stop nak discuss pasal persatuan. merepek btol. da laa loqo panggey kitorang sumer bini dia. bajet2. aku jadi bini no 2. arghhhh!!! nadia first..jangan maen2. haha. jah no 3 sbb kesayangan. lalala~

then biase laa bile da dekat ngan air mule laa nak main percik2 air gitu. skali loqo over gile percik air kat kayak aku sampai basah ja. nadia pon same wat perang air. basah2. saba je la. but surely we have fun there. aku ngan ja siap nak ukur kedalaman air lagi gune pendayung. macam lah sampai. haih.

gamba ade. tp tgk kat blog ja je la.

nadia n loqo cam 'berchenta' gile ah main kayak. loqo je kayuh nadia wat muke cute je manjang. haha.

aku n ja main nyanyi2. saje panggey hujan. lalala~

kitorang balik masa maghrib. lenguh tangan ai.

p/s: sorry la. cerita x menarik. selalu beremosi tinggi je. haha

Jumaat, 19 Februari 2010

Makin sepi blog nih kan? tatau la kenapa lebih senang memendam rasa.

btw, aku tak sihat nih.

kelmarin, muntah lepas lunch. trus sakit kepala sampai malam. xde bekalan ubat langsung at least nak kurangkan sakit.

semalam, masih gagah pegi melepak ngan bestie. then sakit kepala tak ingat dunia.

hari ni, demam+sakit mata+sakit kepala. tengah hari tido. selimut satu badan. sejuk gila. tak perasan pulak malaysia tengah panas gile skang.

tak study pun.

p/s: jadi bertambah sakit bila dapat sms, "borang c kene reject. dah x boleh guna. kene buat baru"

nanti aku nak koyakkan halus2 borang c yang nadia amik lebih hari tuh.