Aku dah malas nak cakap.
Jujur,
aku tanak buat keja dalam emosi.
Walaupun aku dah lama impikan nak handle program anak yatim.
Sebab, aku sendiri yatim.
Dah macam macam aku fikir aktiviti untuk dorang.
Dah berminggu minggu masuk berbulan merancang.
Tapi sekarang,
aku dah tak jadi orang yang tenang.
Biarlah siapa pun yang salah,
moga moga kita sama sama muhasabah.
Aku kesal aku tak seperti dulu.
Walaupun aku tahu manusia selalu berubah.
Tapi kalau yang tak ubah ubah macam mana?
Aku tak rasa lelah berbakti untuk masyarakat.
Mungin belum tiba masanya lagi untuk aku jadi seorang "pengarah program"
Aku lebih selesa duduk di bawah
Orang yang bersusah susah menjayakan program
Walaupun nama tak disebut sebut
Tapi aku tetap rasa puas.
Dan aku lebih kecewa sebab emosi lebih menguasai rasionaliti.
Aku tak suka macam ni.
Maaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan