بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahad, 23 Disember 2012

Big Bad Wolf Book 2012

Ok. Macam tak percaya tahun ni dapat pegi lagi. Alhamdulillah. Tahun depan if pun nak pergi lagi tapi tanpa kereta, memang babai laju laju. Surrender.

The Mines, Serdang. Jauh kot dari Gombak. *lap peluh* pergi dengan Nadia, jumpa di KL Sentral. Sorang dari Shah Alam, sorang dari Gombak. Sungguh. Perjalanan jauh hanya semata nak membeli belah buku harga bawah RM10. Berbaloi mungkin. 

It was the second last day. Buku memang banyak tahap meroyan nak memilih tapi buku yang glamorous tip top memang tak nampak bayang dah la. Kalau ada pun tatau camne nak nampak bayang tu. Gambar takde since we both using handphone tercanggih dalam Malaysia. K, minta maaf encik handphone. Takmao sentap eh.

So beli 3 novel je la sebab tatau pun nak beli apa. Fulus pun dah malu malu kucing je kan nak dok dalam purse. So sangat sedih tak dapat nak membeli belah dengan penuh jaya & bergaya. Kehkehkeh. So here what I got!


RM8.00 je uols! 

Beli sebab selalu jugak nampak buku buku Koomson ni tapi berbelah bahagi nak beli. English novel mahal oh. Around RM30-40 gitew right? So bila dah terjumpa ni tak payah fikir pun terus grab je. Hoheh.

And then I bought Picoult's too. Dapat la 2 ketol. Hoheh again.

Both RM8.00 each ye tuan tuan dan puan puan cik cik sekalian =..=

I wish to buy Picoult's My Sister's Keeper and Koomson's My Bestfriend's Girl. Tapiii memang jumpa dalam mimpi saje lahhhh. Hahaha. Adoi.

Cecelia Ahern lagi la satu ketol pon takde. Oh piluuuuu. Sophie Kinsella tinggal Confession of Shopaholic je pun. Malas nak beli sebab dah tengok movie.

Oh I bought another book too. RM8 jugak. 

Tadaaaaaaaaaa.....


Nadia pun beli jugak. K, I yang tiru dia. Hihi. Dalam ni ade banyakkk tips advice bagai yang patut lahh kite even skang bekerja makan gaji pon, practice. Best!

And last but not least, sudoku puzzle! Okay, yang ni sampai nak give up mencari tak jumpa jumpa. Tatau nak agak kat deparment mana. Memang ronda habis habisan la demi nak jugak cari sudoku harga RM3. Hewhew. And yes, under games/puzzles. Cari dengan rakus dan berkat sedikit kesabaran, jumpa. *heavennnn* Alhamdulillah. Bought 3 of them sebab seketol RM3 je. Lalalalala~




Total membeli belah: RM41.00 for 7 books. Worth it isn't it? Tapi akan jadi worst kalau tak baca. Hoho.

Selesai.

(:

Ahad, 16 Disember 2012

Lelah

Entah kenapa lately selalu dah rasa lelah. Lelah dengan semua ni. Hal hal dunia yang tak berkesudahan. Hati dah rasa penat, dah rasa jemu. 

Penat mengeluh sedangkan dah tahu sabar penyelesaiannya. 
Penat berduka sedangkan dah tahu zikrullah pengubatnya.
Penat mengalah sedangkan doa adalah senjata.

Begitu.

Dah hilang mood nak bercakap banyak. Lebih baik mendengar dan memerhati. Dan mengerti dari apa yang didapati.

Betullah. Ujian kali ni dah sampai tahap max. Terdiam terkaku sampai dah tak tahu nak kata apa. Terduduk tak tahu nak berkongsi dengan siapa. Semua orang pun ada masalah, dan masalah dorang lebih berat dari apa yang aku rasa. 

Mungkin la.

Bukan senang nak jadi kuat, bukan senang juga nak didik hati supaya sabar dan redha. 

Ibaratnya seperti aku yang kehilangan bonda ini, yang tak berhenti pula aku merindui dan mengingati nya tetapi orang sekeliling, apabila berjumpa aku, topik utamanya adalah tentang bonda mereka. Mereka tahu aku orang yang kehilangan, tetapi mereka tetap juga nak berkongsi rasa dan cerita tentang apa yang masih mereka miliki. 

Aku mendengar dan berkongsi rasa. Tapi lama kelamaan cerita cerita itu dah jadi terlalu pahit untuk aku telan. 

Hidup. Perjuangan.

Adakala, ada cerita yang perlu kita tapis. Ada cerita yang perlu kita pilih pada siapa untuk kita berkongsi rasa. Manusia, tak mampu terima semua buruk baik kita. Sebab kita pun tak mampu nak terima semua baik buruk orang. Apa yang kita mampu adalah belajar untuk menerima, dan bertolak ansur. Kita sendiri tak perfect, apatah lagi orang lain untuk jadi perfect macam yang kita nak.

Belajarlah untuk terima, kita yang mula mula salah. Mudah mudahan kita akan lebih usaha untuk perbaiki diri kita. InsyaAllah.

Ya Allah, berikan 'izzah.

Rabu, 12 Disember 2012

Bila Didatangi Kesusahan


Betapa beruntung sekali orang-orang yang di berikan ujian, dan dia sabar menghadapi ujian yang hadir padanya. Tetapi ada yang dalam kerugian bila diberikan ujian dia mengeluh dan merungut2 dengan kesusahan yang dialaminya.

Betapa beruntungnya orang-orang yang sentiasa merindui ujian dari Allah s.w.t. kerana dia tahu bila dia dikurniakan ujian dari Allah s.w.t. itu tanda Allah sayang padanya. Dia berfikir tentang ujian datang kepadanya itu sebagai sesuatu yang mentarbiyah dirinya kerana dia yakin suatu saat sesudah berlalu kesusahan yang dialami di dalam ujian itu padanya, dia akan menjadi insan yang lebih baik, lebih sempurna walaupun tidak sesempurna Rasulullah s.a.w. dan menjadi insan yang lebih berjaya.

Tetapi jika sebaliknya, berlaku ujian sesudah ada yang meminta ujian datang kepadanya kerana dia terasa rindu pada ujian Allah, namun sesudah ujian datang kepadanya, dia tidak mampu dan terlupa akan ujian itu datang dari Allah kepadanya, lalu dia mengeluh dan merungut2 di atas kesusahan yang di alaminya itu. Maka rugilah dia sesudah dia yang merindukan ujian Allah tetapi dia pula yang tidak bersanggupan untuk menghadapinya.

Adakalanya ujian datang, kemudian terdetik di dalam hati akan kesusahannya, seperti tidak redha akan kesusahan yang mendatang itu. Dan jiwa menjadi lemah, luntur semangat mu sebagai seorang Islam, luntur jiwa rijalmu da nisamu yang tulen itu, di mana sebelum tibanya ujian dan kesusahan semangat begitu tinggi. Maka insafilah, ingatilah Allah, selagi hati tidak redha pada ujian yang mendatang, selagi itu diri tidak redha pada Allah, kerna Dia yang menguji dan Dia menguji atas kesesuaian iman. Tidak akan menguji melainkan apa yang setiap manusia mampu hadapi.

Saat datang ujian, syaitan lebih berusaha gigih membisikkan ketelinga untuk melemahkan hati yang sedang berusaha menghadapi ujian dan kesusahan. Kalau dimakan nasihat syaitan yang berusaha membisikkan kata-kata dan nasihat-nasihat kehancuran, maka hancurlah orang yang mendengar kata dan nasihat syaitan. Orang itu pun tak terdaya menghadapi ujian yang diberikan, lalu tersungkurlah dia atas sebab dia mendengar kata dan nasihat syaitan. Kemudian bersoraklah para syaitan atas kemenangan mereka dalam misi untuk menghancurkan orang-orang yang di berikan ujian.

Teringat akan satu ayat yang begitu indah pada sy, kemudian sy ubah mengikut kefahaman sy, bila datang ujian, ujian, ujian dan ujian padamu, ingatlah yang satu masa juga akan terkumpul segala kesenangan, kesenangan, kesenangan dan kesenangan untukmu.

"Ya Allah jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaanMu"


#copypaste tak mintak izin. harap tuan belog halalkan andai terbaca. 


Redhalah akan ujian yang menimpamu, moga redha Allah bersamamu. InsyaAllah.

Ahad, 9 Disember 2012

Oh Ahad.


Early morning. I got a text message from a close buddy, nak ajak jumpa sabtu depan katanya. Sounds weird. Perlu ke nak text seawal pagi ahad sedangkan nak jumpanya lagi satu minggu? Well, bersangka baik. Nak make sure  if I could make it free kot. Tapi pelik jugak. Apehal nye pulak confident je siap dgn hari & tarikhnyee sekali. Biasa kalau ajak jumpe takde pun siap pick day and date. Hurm. At first I said, not sure. Sebab ikut plan actually nk pegi cari hadiah kawen on that saturday. ahadnya walimah. tapi tapi macam nak jugak jumpe kawan yang sorang ni. So I did text her again, tapi macam best jugak nak jumpe. wee. eheh.

and she replied.

"kan, bestkan nak jumpe. actually, kite nak ajak awak dtg umah kite sabtu ni. InsyaAllah, kite nak tunang."

bla bla bla.

OMG nak terjatuh tergolek dari katil kot baca perkataan tunang tu. WHATTT?? She's getting engage soon? seriouslyyyy??? 

Memang terkejut tahap gembira petala ke lapan. Well, she's one of the person that close to me. Almost 10 years dah pun. She's study abroad, tapi tu tak bermakna putusnya tali persahabatan untuk bertanya kaba. Mungkin, tak tahap close buddy yang berkepit ke hulu hilir but we did exchange gifts and stories since our school days. Even dah jauh pun kadang kadang tu bila nak exam, nak presentation bagai we did inform each other so that we could make extra prayer for that. I think, she is one of the buddy that I always missing, whenever she come home, harus lah berjumpa walaupun sekali. And when she's back for good, I think I am one of those yang happily to hear that news. Hee.

And now, in less than a week she's going to be someone fiance. Alhamdulillah. I pray for the best. And amazingly, this is a family arrangement. Ohoi. Sebagai mak jemah yang tak bertauliah, memanglah rasa nak tahu every single story from A to Z. Ape ceritaa tetibe nak tunang pokok kelapa takde bergoyang punnnn. 

Gitew.

But then I realize, is all about jodoh. Siapa pun bakal tunangnya, I believe he is the best and the right man for her. Lagipun family arrange kan. Must be the best choice. Hee. For me, ni la salah sorang contoh wanita (WANITAAA???) yang pandai menjaga diri. She's taking a good care of herself. Tak pernah bercinta. Takde nama lelaki keluar dari bicaranya. Takde unsur unsur gedik when talk about men. She's one of the nicest. And now, He has choose a good man to take care of her for the rest of the life.  She has been blessed. :') Alhamdulillah.

Semoga Allah permudahkan jalan yang baik ini untuk awak & bakal suami. I am so happpy to hear that  great news! (:

Counting to 15th dec 2012! ^^

Rabu, 5 Disember 2012

Contengan Jalanan

Tiga hari perjalanan yang singkat untuk mendapatkan sesuatu, untuk merasakan sesuatu. Aku tak melalui perjalanan seperti Fend, sebab aku tak ada teman seperti Chad. Aku tak rasa pengalaman Fend dan Chad, sebab aku bukan watak dalam Contengan Jalanan. Aku hanya melalui satu perjalanan yang singkat. Yang aku cuba untuk pisahkan diri aku seketika dengan manusia.

Lelah.

Hari pertama. Langsung tak dapat nak beribadah kerana masih dalam keadaan uzur. Berharap benar moga hari kedua dah boleh meletak kepala sujud kepada Yang Esa. Tapi aku dapat sesuatu dari filem Life of Pi. 

"Kita tak kenal Tuhan selagi Tuhan tak diperkenalkan kepada kita."

Memang betul pun. Kalau takde yang nak kenalkan Allah tu Tuhan Yang Satu, hanya Dia yang selayaknya disembah, hanya Dia Tuhan yang Benar, mungkin ke kita akan berada di atas landasan Islam? Dan bila dah kenal dan tahu, seterusnya tanggungjawab kita untuk lebih faham dan mendekatinya. Kisah hidup seorang lelaki yang bernama Piscine itu, ada kaitannya dengan keyakinan akan pergantungan kepada Tuhan. Sebab kita manusia, hidup ni perlukan pergantungan. Dan sebaik baik pergantungan adalah kepada Allah. Kena ingat selalu.

Malam tu sakit gigi kaw kaw langsung terlupa nak mandi wajib sebelum subuh. Tak dapat nak bangun tahajud.

Hari kedua. Langkah kaki mula diatur menuju ke tempat yang paling tenang di hati. Masjid Negara. Disini ada satu rasa kedamaian dan ketenganan yang luar biasa berbanding masjid masjid lain yang pernah dijejak selama ini. Kenapa? Kerana disini sentuhan hidayah itu datang. Di sini pintu hati terbuka untuk lebih mendekatiNya, mengenaliNya. Di sini, pengalaman manis memulakan langkah pertama memperbaiki diri. Di sini, inspirasi untuk lebih berusaha menjadi yang lebih baik, mencari redhaNya. Sungguh tenang di sini. Bayang bayang kenangan itu masih jelas tergambar dalam ingatan. Manis. Dan indah.

Di waktu Zohor itu, sempat berjemaah bersama. Tetapi hajat nak menambah kenalan itu tidak sampai kerana lidah terasa kekok nak berbahasa Inggeris. Sekadar senyum dan salam. Dan mendengar sedikit bicara mereka dalam bahasa Inggeris bercampur Arab. Ukhwah itu, walau berlainan bahasa dan budaya, atas keimanan pada Yang Satu, ukhwah yang indah itu tetap akan terbentuk dalam dakapan yang mesra. Orang sebelah dah mula ramah dengan foreigner dari Lubnan. Aku senyum simpul. Terasa segan mahu mencelah, maka aku alihkan kedudukan ke belakang. Iktikaf sebentar. Bermuhasabah. 

Allah ada bila kita mencarinya. Dan Dia selalu ada. Tak pernah sekali tinggalkan kita. Cuma bezanya bila Dia ada dalam hati kita, kita rasa tenang. Allah. Allah. Allah. Sempat mentaddabur surah Ar-Ra'd dan mengkhatamkan Al-Quran. Alhamdulillah. Selesai bacaan Quran yang kejap terhenti dan tersambung. 

Ar-Ra'd. Dah jadi surah faveret. Subhanallah.

Selesai, Muzium Seni Kesenian Islam menjadi destinasi. Betul betul bersebelahan masjid jika melalui pintu belakang. Dekat dengan Makam Pahlawan. Saja ke sini. Mahu menghayati sejarah peradaban kesenian Islam yang hebat. Muzium nya luas dan besar. Sehingga letih nak habiskan semua. Dan dalam langkah yang perlahan menikmati dan menghayati, satu soalan singgah kepada aku melalui seorang sister.

Soalannya lebih kurang begini. 

"Kenapa kita disuruh untuk berusaha sedangkan bukan ke Allah dan tentukan segalanya galanya? Macam apa yang kita akan makan, bukan ke Allah dah aturkan semua tu? kenapa kita mesti berusaha?"

Gaya dia bertanya tu, seperti dia tak nampak motif usaha itu untuk apa kerana ketentuan itu dah pun tertulis. Dan dia menambah.

"Betul ke dengan usaha tu akan mengubah nasib kita?"

Untuk orang yang sedang merangkak dan bertatih seperti aku ini, soalan seperti ini biasanya akan dijawab dengan disertai terjemahan surah Ar-Raid, ayat yang ke 11.

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." 

Allah dah nyatakan kalau kita tak usaha untuk berubah, memang nasib kita tidak akan berubah. Tapi macam kalau dah usaha pun masih tak berubah?

Ini jawapan aku. Seorang daie kechil.

"Itulah jiwa kehambaan. Jiwa kehambaan ini akan merasa redha dengan apa yang Allah berikan padanya. Samaada ujian mahupun nikmat. Contoh, jiwa seorang hamba yang berusaha untuk cemerlang dalam bidangnya, tapi berakhir dengan tetap juga kegagalan atau pada tahap biasa, jiwanya tidak akan merasa lelah dan menyerah. Sebab dia tahu, dia telah memberikan usaha yang terbaik. Mungkin jika diberi kecemerlangan yang awal, dia menjadi bongkak. Jadi, usahanya itu sebenarnya untuk mendapatkan redha Allah, untuk memajukan bidangnya bukan semata mata untuk menjadi hebat di mata masyarakat. Ubah persepsi, kenapa nak berubah. Berubah sebab nak jadi kaya berharta atau sebab kerana Allah?

Sister terdiam berfikir sebentar.

"Jadi sebenarnya matlamat hidup kita nak cari redha Allah? Kalau kita kaya sekalipun tapi harta kita tu takde dalam redha Allah, kita tak rasa bahagia juga kan? Begitu?"

Ya. Hidup ini nak mencari redhaNya. Itu matlamat hidup kita. Kena sedar. Kita ini hamba. Yang tidak memiliki apa apa. Dan semuanya hanya pinjaman dari Allah. Jika kita sedar hakikat semua ini adalah pinjaman, maka tugas kita adalah menjaganya dengan baik sebelum dipulangkan semula kepada pemiliknya Yang Maha Kekal. 

Jiwa seorang hamba itu akan berusaha untuk berubah, dan memperbaiki nasib dirinya. Kerana Allah.

Bual bual addeen diteruskan. Kali ini tentang sabar. Sungguh, sabar itu sungguh meletihkan. Dan satu perjuangan yang seolah olah tidak ada penghujung. Yang kadang kadang buat diri rasa mahu menoktahkan saja perkataan sabar itu. Buat apa sabar pada orang yang tidak bersabar?

Kami diam sejenak. Sister bertanya lagi.

"Kenapa awak meminta saya fahami dan hayati maksud sabar itu? Sabar itu sebenarnya bagaimana?"

Rasa nak hentak kepala ke lantai. Bukan tidak suka pada soalan itu, tapi kerana kecilnya ilmu untuk menyampaikan sesuatu yang besar. Allah.

Malas nak menyelak kamus untuk menghuraikan sabar itu bagaimana, jadi aku gunakan saja kamus kehidupan. Yang mungkin ramai orang melaluinya juga.  

Orang yang sabar dan bertaqwa itu pasti akan menang. Dalam Al-Quran dah tertulis seperti itu. Orang yang bersabar dan bertaqwa itu disertai Allah. Allah cinta pada mereka. Tetapi sabar yang bagaimana? 

Contohnya kita berhadapan dengan orang yang bahasanya kesat, selalu menyakitkan hati kita. Lama lama kita pun rasa orang seperti begini tidak harus kita panjangkan sabar kepada dia. Biar dia rasa sekali dua macam mana pedas pula kata kata kita. Mungkin, orang tu terdiam, tak terlawan, ataupun kalah. Kita pun rasa berpuas hati kerana menang, dapat patahkan kata kata orang yang tidak punya sabar. Jadi, sabar kita itu menangkah? 

Sister diam.

Tak. Sabar kita itu kalah. Kerana amarah itu sifat iblis. Hakikatnya orang itu yang menang, kerana telah mengubah kita yang sebelum ni mampu bersabar menjadi orang yang kurang sabar seperti dia. Malah mungkin lebih teruk lagi.  Dan kita tidak merasa bahagia pun. Jadi seharusnya bagaimana untuk sabar?

Perbetulkan niat. 

"Wahai tuan, dia menyakitiku. Engkau sampaikanlah kepadanya kata kata ku ini untuk menyedarkan dia, agar kesabaranku meningkat, dan kesabarannya juga meningkat. Ya Allah, jangan biarkan nafsu amarahku menguasai diriku."

Cuba. Cuba. Cuba. Cuba "hasut" dia berubah dengan kesabaran kita. Bukan biarkan amarah dia yang "menghasut" kita untuk jadi seperti dia. Orang yang sabar pasti akan menang. Yakinlah. Dan kalau nak masuk Syurga, jangan marah. Nabi kata macam tu. 

Usai Maghrib berjemaah di Masjid Negara. Rindu. Rindu suasana itu. Tetapi malam telah gelap dan kaki seharusnya melangkah pulang. Dalam renungan yang panjang. Akan perbualan yang terjadi ketika di muzium. Aku yang melahirkan kata kata lancar bersahaja. Tetapi, aku sendiri, mampukah? Allah.

Hari ketiga. Hari yang istimewa. Jam 11.45 pagi, seorang hamba Allah yang dipilih untuk mengetuk pintu hati ini untuk memulakan langkah pertama mencintaiNya, dilahirkan 25 tahun dahulu. Aku syukur dan senyum. Moga malaikat mengasihinya, moga Allah cinta kepadanya dan moga penduduk di bumi sayang kepadanya. Moga Allah menganugerahkannya 'izzah, iaitu kekuatan dan kemuliaan dalam setiap langkah perjuangannya. Aamin Ya Allah.

Hari yang terakhir. Sehelai tudung akel bidang 60 bertukar tangan. Warnanya hijau. Moga Allah redha. Moga diberi kekuatan untuk memakainya dan menjadi inspirasi buat diri untuk lebih memperbaiki diri.

Selesai satu perjalanan yang singkat. Namun ia tetap manis dalam sejarah hidup.

Dan semoga dapat teruskan usaha mencari & membina kekuatan serta kesabaran untuk tanpa jemu memperbaiki diri. Izzah boleh. InsyaAllah.


5 Disember 2012
Hotel Citin, Masjid Jamek

#Tiga Hari Mencari Erti Hidup. Singkat.  


Isnin, 26 November 2012

Hati Seorang Muslimah


Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya menyampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia dan dirinya tetap menjadi seorang MUSLIMAH.

**************************
Buat jiwa jiwa yang terluka seperti aku,
Tabahkanlah HATIMU...
Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin senantiasa dekat denganmu.

Sabar. Dan kembali senyum (:





Ahad, 25 November 2012

Ujian dan Ujian Lagi

"O Allah...bless me with everlasting PATIENCE and everlasting FAITH in You."

Aamiin.

Hati diduga lagi. Iman diuji lagi. Allah..Allah..Allah..semua ini punya hikmah. Semua ini berlaku atas izinMu dan kerana itu aku yakin ujian ini tidak lah suatu yang sia sia untuk hambaMu yang sabar dan bertaqwa. Dengan izinMu, jadikan lah aku salah seorang dari golongan itu, Ya Rabb.

Ujian kali ini, aku mahu menelannya. Menelan bukan bererti telah berputus asa, atau patahnya sebuah harapan, tapi aku mahu menjadi hambaMu yang redha. Aku telah banyak sekali diuji, dan aku telah banyak kali jatuh rebah ke lantai bumi. Tetapi kali ni ya Allah, jangan Kau tarik hidayah yang telah Engkau kurniakan atas kekhilafan diri aku yang serba hina dan banyak kekurangan ini. 

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (kurnia)"
Ali Imran,3:8

Terlena dan terjaga. Dan hati terkenang sebaris kata kata itu. Allah..Allah..Allah..dia seorang hambaMu yang baik. Dan Engkau mengizinkan aku mengenalinya sebagai seorang hambaMu yang baik dan beriman. Dan aku yakin dia sedang bermujahadah di jalanMu, sedang memperbaiki dirinya untuk menjadi hambaMu yang taat dan bertaqwa. Ya Allah, tetapkanlah iman di hatinya, dan masukkanlah dia dalam golongan hambaMu yang sabar dan kuat. Dan untukku ya Allah, terimalah aku sebagai hambaMu yang redha dan sabar dengan ketentuanMu. Sungguh, perancangan & aturan Mu adalah yang terbaik untuk aku dan dia. Ampunilah kekhilafan kami saat kami terleka pada nikmat duniawi. Ampunilah kami ya Allah :'(

Sabar, redha dan yakin. Itu kuncinya.
Jaga iman, jaga hati, jaga diri. 

Moga kasih & redha Allah milik kita. 

InsyaAllah.


Dann..[tak habis lagi..hoho]..inilah peluang yang Allah beri untuk aku kembali ke tikar sejadah, membasahkan lidah dengan zikrullah & mathurat, mendekatkan aku lagi dengan ayat ayat cintaNya, dan yang lebih utama, untuk merasa bahawa Dia sentiasa dekat. Lebih dekat dari siapa siapa pun. Allah..Allah..Allah..dalam ujianMu sentiasa ada nikmat cinta pada hambaMu. Terima kasih Ya Allah, kerana memilih aku untuk diuji :')

*******************************************************
aku seorang insan yang sedang bermujahadah...
agar ada Dia dihatiku...
aku belum sampai tahap menyintaiNya...
tetapi...
aku yakin aku telah memulai langkah...
untuk mencintaiNya..

terimalah aku Ya Allah.
Aaminn

 

Khamis, 22 November 2012

Berjanjilah

Berjanjilah,

Walau apa yang berlaku,
Kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah,
Walau apa pun yang akan terjadi,
Kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.

Berjanjilah,
Bahawa walau sekuat mana kita diduga,
Tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya DIA “kenapa”..

Berjanjilah,
Bahawa,
Walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
Kita masih juga akan tetap percaya,
Bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
Seperti suatu masa dahulu.

Berjanjilah,
Bahawa,
Walau apa pun yang terjadi,
Kita akan sentiasa optimis dan percaya,
Bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah,
Untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
Mempersoal takdir dan bertanya mengapa,
Lantas berputus asa.

Berjanjilah,
Untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
Tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.

#Janji pada diri.

via seorang insan.


Selasa, 20 November 2012

Semalam

Semalam kita seriang kicau burung camar
Mengharapkan sesama ku dibelai manja
Di saat ini aku kesepian keseorangan 
Kau tiada lagi derai tawamu hilang di telan masa

Kini kau dan aku jauh terpisah
Entah bila dan di mana kita kan bersua
Akan ku doakan agar kau bahagia
Di samping yang Esa kau diredha, selamanyaaa
Oh ibu...

**********************************

Lagu nasyid zaman sekolah. Lagu ni kira dah lama la jugak since sekolah pun dah 7 tahun ditinggalkan. Nyanyi by kumpulan nasyid sekolah yang paling tip top lah time tu, An-Nusra SMKSP. Punya tacing & syahdu la lagu ni sampaikan dengar je dah nak meleleh. Sampai sekarang pun masih terngiang ngiang lirik nye. 

Masa mula mula dengar lagu ni, arwah mak pun baru je meninggal. Tatau la kalau sebelum tu dorang dah nyanyi sebab mungkin bila mak dah takde baru nak alert ada lagu untuk mak rupanya. Lagu ni macam tabah, but deep inside anak tu rasa sepi & alone tanpa wanita yang dipanggil ibu itu. Macam tuan punya blog ni lah lebih kurang.

Dah terpisah jauh sangat. Dan semakin jauh semakin rindu. Dah takde bende dah kat dunia ni yang boleh bawak dekat dengan mak. Baju baju dah takde bau mak. Otak dah tak ingat suara mak. Gambar gambar lama pun tak dapat nak dekatkan jarak yang jauh. Cuma ada satu je la, doa. Bila sedih, doa. Bila rindu, doa. Doa, pengikat hati. 

Rindu nak berkasih sayang dengan mak lah. Alahai. 

Isnin, 15 Oktober 2012

"I want to be remember as a girl who always smiles even when her heart is broken, and the one that could always brighten up your day even if she couldn't brighten her own."



14.10.2012


I almost got injured yesterday. A big injured maybe. 

Tatau lah nak kata. Terkejut. Sudah pasti. Dan rasa macam Allah tu bagi peluang hidup sekali lagi. Kali yang ketiga dah mungkin. 

Lama fikir dan termenung, tarbiyah apa yang Allah nak bagi kali ni.

Semalam, dalam salah satu public toilet shopping complex yang terkemuka, ada satu toilet yang flush tak berhenti. I didn't expect yang tu petanda akan terjadi something bad, which is all of sudden tekanan air yang terlalu kuat kat atas kepala tu dengan izin Allah boleh menembus siling dan menghasilkan air yang sebegitu deras. I was in there. In that toilet, and of course, its locked. Panik tak payah cakaplah. Air mencurah curah sampai habis basah lencun seluruh badan. Plus, bukan air je yang melimpah ruah, serpihan siling yang pecah tu pon habis mengotori tudung, baju & kain. Almost cry. 

Keluar je dari toilet tu semua orang pandang blur tatau nak buat apa. And me, obviously la lagi menganga tengok diri sendiri worst sangat dah masa tu. Dan air tu still melimpah limpah dengan sangat derasnya. I still in shock and luckily Nadia was there. Masing masing diam.  And suddenly, siling depan toilet tu runtuh. Pecah berbelah belah. In front of my eyes. It's fall at the place where I was standing before. Ya Allah. Bayangkan lah if I din't move, if I was still there, possibility sangat nak kena timpa dengan siling tu. Allah. Allah. Allah. Dia selamatkan saya. 

Terkejut sampai speechless. And suddenly blackout. 

..............................

Masa tu nak solat Maghrib. And I was sitting at the back, waiting for Nadia to perform her prayer. Baju basah & kotor. Dan rasa macam perlukan bantuan orang to take me home. Tapi bateri phone out terus. Memang ujiannnn. 

And in front of me, ada sorang akak yang dalam lewat 30-an maybe, sitting there. And suddenly she asked me, "adik dari mana?"

Dan mulut pun laju bercerita, I was in that toilet, yang siling runtuh tu. 

Terkejut akak tu. Lantas bertanya, "adik ada buat salah apa apa ke hari ni? Mungkin kejadian tu satu ingatan untuk adik?"

Tak nervous kau dapat soalan macam tu?

"Kalau bukan salah adik, mungkin salah orang lain yang terkena pada adik sebagai satu pengajaran buat adik."

Diam. Dan tazkirah berlangsung lebih kurang 5-6 minit. Terasa seperti sedang berusrah dengan akak yang muncul tiba tiba depan mata. Siapa akak ni? Dah la baru ditimpa musibah, lepas tu akak ni datang bagi peringatan. Tak lagi bertambah nervous kau jadinya?

Malam tu sampai rumah badan dah sejuk semacam. 


****************

Memang hubungan silaturrahim dengan air tak berapa baik lah. Dah kali ketiga accident dengan air.

*nanges*

Rabu, 10 Oktober 2012

Dalam Diamku

Ya Allah ...,
Atas kehendak rasa
Aku mencintainya dalam diam
Jika diamku membawa sebuah isyarat
Jagalah pandangan dan hatiku dari segelintir nafsu...
Yang membutakan mata

Ya Allah.....,
Jika yg kurindu dlm diamku akhirnya bukan untukku
Leburkanlah rasa ini
Bersama waktu mengalun pergi
Kikiskanlah rasa ini
Yang sangat tak bertepi

Aamiin Ya Rabb

-- Pelangi --


Ahad, 16 September 2012

Untitled.

Assalamualaikum :')

Bila kita ditimpa musibah, kita kena senyum. Tanda Allah pilih kita, sayang kita, supaya kita lebih dekat kepada Dia. Bukan begitu? *pujuk-pujuk hati*

Saya taklah sakit mana, kalau nak compare dengan orang lain yang dah terlantar sakit berbulan bulan bahkan bertahun tahun. Memang, mungkin saya jauh lebih sihat dari mereka. Tapi inside me, I know something is not right. Dan saya memang tak sesihat orang orang lain di sekeliling saya walaupun hakikatnya saya bukanlah pemilik wajah yang pucat mahupun pemilik tubuh yang kurus kering macam pelarian. Tak saya tak macam tu.Lagipun ramai orang cakap kulit saya cantik dan wajah saya pun even without make up, tak lah lesu macam orang sakit. So celah mana nak kata saya sakit?

And I didn't wish for that pun. Ade ke orang mintak sakit? Takde kan. Tapi lately kesihatan saya memang merudum jatuh. Saya jarang sakit teruk. Tapi sekarang, kalau saya sakit, macam demam ke, sakit perut ke, sakit kepala, memang teruk sangat. Sekarang ni kalau demam, mesti demam panas yang kaw kaw. Sampi lembik. Dan selalu jugak demam lately. Lepas tu since last year, bila sakit perut mesti sampai muntah yang sampai senak la rasa. Lepas tu sakit macam senggugut yang sampai kena tuam perut sebab dah blank tatau nak buat ape sebab sakit yang mencengkam cengkam. Dan pernah jugak sakit kepala, yang sampai tak boleh nak keluar even nak beli makanan, so last last terlantar sakit sorang sorang sampai rasa nak hentak kepala ke lantai.

But nobody cares.

Yang tolong risau dah okay ke belum tu adalah, tapi nak jumpa yang boleh gagah nak make sure kita betul betul okay, frankly speaking, tak ada. I live by myself. 

And last week, I was sick to death. And maybe because I am depressed too. But what I got is something that I just can only...smile.

It hurts my feeling when I see me, or anyone else who is sick, but the people around them think that it is nothing. Sampai lah satu tahap bila orang tu admit sakit kritikal, baru lak dok gelabah bagai cari penawar, suggest itu ini walhal semua orang tahu, mencegah lebih baik dari merawat. Isn't it?

So tak payah lah nak bagi kata kata manis to me, when the truth is you are really not willing to.

I was going to check up my condition to the preferable doctor, and I was going it alone. Actually takde la masalah pun nak pegi sorang since I know the way where to go and how to get back home. But one thing I realize is, orang sakit perlu kan teman. Tak kisah lah sakit ape pun yang dia rasa. Critical or not. While I was walking, I'm taking a look to those peoples around me. Wajah wajah yang sedang menerima hakikat, yang diri mereka dah tak sihat macam masa mereka kat dunia luar. Yeah. I was in the hospital. So people, bila jumpa orang yang awak kasihi kesihatan dia dah tak sesempurna dulu, give the courage by being beside him/her. That the most thing that he/she need from you.

Tapi takpe, as for me, I will going alone. Since I don't want you to skip your job, just to accompany the unhealthy me.

But still, I'm trying again to find someone will be willingly be by my side, just to encourage the depressed me.


****************************************
Saya senyum melihat dunia. 
Yang pada ketika saya juga sedang senyum tertawa gembira, dunia juga turut serta bersama saya.
Namun, apabila saya jatuh tersungkur menyembah kerana musibah, 
dunia pun berlalu meninggalkan resah dan gelisah.
Dunia yang sementara, pinjaman buat seketika.
Seperti mana kawan, yang sejati itu terlalu sukar untuk ditemukan.






Khamis, 13 September 2012

Kau Pergi Jua.

Macam biasa, bukak je facebook terus scroll baca baca mana post yang menarik tertarik. Sampai terhenti kat status seorang teman ni, tentang pemergian seorang insan ke rahmatullah. 

Pap!

Terus ingat Fizah. Hari tu dapat tahu Fizah sakit. Pun dari status teman yang sorang ni jugak. Masa tengok gambar tu rasa sayu je kawan kawan ofis yang pompuan majoriti datang ziarah Fizah masa beliau sakit. Tapi memang tak terjangkau dek akal, Fizah sakit memang kritikal.

KANSER RAHIM. STAGE 4.

KANSER.

RAHIM.

Terkesima depan laptop. Ya Allah, beratnya dugaan yang Engkau timpa kan padanya. :'( 

Dan sebab sejak dua menjak ni rasa macam ramai pula yang kena kanser, memang terasa moral down bersama sama. Sebab mak dulu pun sakit kanser. How strong they was, how deep we love them, He love them more.

13 September 2012. 
26 Syawal 1433H.
12.45pm

She was pronounced dead.

Fizah, awak dah sihat.
Walaupun saya tak sempat nak contact awak bertanya khabar, saya akan selalu doakan kesejahteraan awak di alam sana.
Fizah, walaupun kita kenal sekejap sahaja. Tapi kita tetap ada kenangan.
Fizah, kita berdua suka bake choc cake :')
Fizah, dulu kalau saya takde kawan borak atau nak melepak atau ada benda yang saya tak faham, saya selalu menyebok kat bilik awak. :')
Fizah, rempeyek awak jual paling marvelous yang penah saya makan walaupun saya bukan la suka sangat makan kerepek tu. Tapi awak punya memang terbaik! :')
Fizah, awak pendiam je orangnya. Lagi pendiam dari saya kot. Hihi. :')
Fizah, awak tak kenal erti putus asa. Dan saya percaya hingga ke hujung nyawa pun awak masih tegar berjuang. :')
Fizah, semua orang akan merindui awak. Dan termasuk juga saya. :')

Fizah, semoga rumah baru awak adalah seperti taman Syurga yang indah. Aamiin.


Al-Fatihah.
For the late Nor Hafizah Hashim, 1984-2012.


May you rest in peace, the survivor of cancer.

She's standing 3rd from the left.

Isnin, 13 Ogos 2012

I Wish :')

Puan Ema yang dikasihi Ilahi, jangan pula awak terasa hati membaca entri saya ini. Peace, no war! <3

Black Tulip Flapover Purse. Debenhams.

Masalahnya kat Debenhams. Dan lebih masalah sebab Debenhams tu kat United Kingdom. 

Lama dah jumpa purse ni. Dan masa jumpa tu mampu telan air liur berkali kali je la. Telan air liur tak batal puasa kan. Maunya tak, harga dah £20.00. Kalau convert seratus lelebih la gak kan. Semata mata tulip nak spent banyak tu? Bazir sangat kau ni Jahhh.

So lama lama terasa lupa. Tapi dah siap bookmark dah pun kat impian dalam diam. Cehhhh 87 kali. Dan tiba tiba rasa nak tengok balik masa saja saja stalk barisan bookmark yang sikit punya banyak tu dan mendapati harga dah drop jadi £16.00 dan kalau convert lebih kurang RM78.00. *jatuh rahang bawah* Murahh dah ke Jahhh?

Aii dengan kualiti & design yang sungguh menggoda, dan lebih menggoda sebab ada tulip, lagi menggoda sebab kombinasi pink & hitam, pulak tu tulip yang berwarna pink (walaupun lebih chenta tulip putih..hehehe),   memang tak payah nak fikir panjang sangat, *sambil terus berdiri tegak* terus berteriak kuat kuat dalam hati, oh pleaseeee jadilah engkau milik ku wahai  Black Tulip Flapover Purse. Sobbbs. 

Tapi agak macam tak berapa nak tercapai lah impian dalam diam ni kan. *Telan air liur lagi*


Dan dan kenapa sanggup jugak nak spent, sanggup jugak nak beli if ada boleh la nak beli (hoiii kalau international postage je dah at least £7.00..memang duduk bersimpuh la nak membayarnyeeee) sebab, nak guna duit hasil bekerja :')

Eheh macam duit tu berkepok kepok tak penah guna pulak je gayanya?

Sebab dulu sebelum kerja, selalu fikir first gaji nak beli apa. Tatau la kenapa rasa semangat di situ. Memang lah dah gaji berkali kali dan dah menghabiskan duit pun berkali kali, tapi I want this, really, for me :'). 

Dan I have no other reason, I just want to own this purse. Really want it. 

Tapi lihat lah apa Debenhams cakap kat saya. T_____T

So, anyone live there? And going to back to Malaysia soon? Mari lah tolong belikan untuk sayeeeee =D

Rabu, 8 Ogos 2012

Aurat

Dengan izin Allah SWT, menutup aurat itu dah jadi satu keperluan yang utama untuk saya setiap kali nak melangkah kaki ke luar walau hanya ke kedai depan rumah jalan kaki lima minit sampai.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :')

Menutup aurat dengan sempurna. Bukan sekadar menyarung tudung di kepala.

:)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
An-Nur,24:31

Sudah jelas tertulis di dalam kalamullah ini, akan suruhan kepada perempuan-perempuan yang beriman untuk memelihara kehormatan mereka dan termasuklah sekali aurat yang seharusnya dipelihara. Bukankah aurat itu 'hadiah istimewa' untuk encik suami? Mengapa dibiarkan menjadi tatapan insan yang belum pasti akan bersatu membina rumah tangga bersama?

Dan pada jam 2.24 am ini, saya menyeru dan mengajak sahabat sahabat yang dikasihi kerana Ilahi, marilah kita berusaha memperbaiki akhlak dan peribadi kita melalui pakaian kita. InsyaAllah.

Dan melalui pengalaman saya sendiri, tidak ada satu pun perubahan yang saya lakukan secara drastik. Semuanya berperingkat. Dan bagi saya walau berapa pun umur saudari sekarang, tidak ada lewatnya untuk memperbaiki selagi nyawa masih dikandung badan.

Mari mulakan dengan handsock dan stokin.

Saya mula berjinak jinak dengan handsock dan stokin sejak di zaman belajar lagi. Tapi tak istiqamah. Kejap pakai kejap tak. Kali pertama saya beli handsock, 3 pasang RM10.00. Dan itu je la handsock yang saya ada sampai habis belajar. Sampai buruk lah senang cakap. Stokin pulak saya guna jenama Scarlet. Warna dia saya suka tapi jarang ya amat. Tapi saya tetap jugak pakai walaupun tak istiqamah. Masa tu pakai sebab nak 'rasa'. Nak rasa apa perasaan nya pakai pakaian seorang muslimah. 

Rasa tenang. Rasa selamat. At least, rasa dihormati oleh kaum lelaki. Mereka tak mudah nak sentuh tubuh kita sesuka hati. Subhanallah. :')

Tetapi yang lebih utama adalah niat. Dan tentulah niat saya ketika itu, saya teringin nak tutup aurat dengan sempurna. Walaupun perkataan sempurna tu saya belum faham lagi macam mana ketika itu. Dan juga penting, keinginan. Keinginan nak hidup ikut syariat Islam, walaupun mungkin environment yang kita lalui tak macam tu. Kena berani buat. Kena cari kekuatan. Mesti!

Dan saya mula istiqamah pakai handsock & stokin ni sejak saya praktikal. Tempat saya praktikal ketika itu ramai staff lelaki. Dan kalau saya tak pakai handsock sangat lah rasa tak selesa. Dan perasaan tak selesa ni pun, kita kena didik. Ajar diri rasa malu orang tengok tangan kita, lengan kita walaupun lengan kita sangat cantik. Didik diri kita kalau rasa tak mampu nak gapai Syurga, jangan buat orang lain pula masuk Neraka kerana kita. Menampakkan aurat, menambah dosa orang yang melihat. Dosa sendiri tak payah cakap lah kan. 

Next step, pakai baju longgar longgar sikit. Kasi labuh. Jangan kata nanti tak cantik, orang tak pandang, yang sebenarnya gadis solehah tu la orang lagi suka nak tengok. Sejuk je mata memandang. Tapi jangan pulak terpesong niat. Pakai sopan sopan sebab nak lebih menarik perhatian. Astaghfirullah. 

Yang sebenarnya, bila kita dah mula pakai handsock & stokin, automatically rasa segan nak pakai baju yang singkat dan ketat tu hadir. Tak sesuai nak dipadankan dengan handsock & stokin bukan? :)

Kemudian, tengok pulak tudung kita. Tudung bawal definitely lah jarang. Cuba tanam rasa malu, "aku pakai tudung, tutup rambut tapi leher nampak. Kadang kadang rambut yang terkeluar sikit tu pon boleh tengok. Sungguh tak selamat rambut aku ni dari neraka. Euwww sayang rambut!" Tak sayang ke rambut? Mahkota seorang wanita. Sayangnya kalau dibiarkan dibakar dalam api neraka. Tak dapat nak belai belai dah.

Kalau tak nampak keadaan tu kat diri sendiri, cuba tengok orang lain yang pakai tudung bawal atau ape jenis tudung yang jarang la senang cakap. Ape rasanya. Tak sama macam perempuan bertudung tapi memakai pakaian ketat seolah tak berbaju? 

Makanya, belilah inner neck. Pakai jangan sekali tinggal sebelum letak tudung bawal tu atas kepala. Tak panas pun pakai inner neck tu. Jangan risauu :)

Dan saya pun pemakai tudung bawal jugeeee. T___T tapi walaupun dah pakai inner neck, lama lama saya rasa tak sempurna lagi ni aurat ditutup. Tutup leher tapi dada nampak jugak. Hem. Hem. Kalau reti pakai shawl atau pashmina, pakai. Lilit lilit lah macam mana pun asalkan tutup dada dan labuh cukup kat belakang. Jangan pulak nanti nampak pakaian dalam punya garisan. Adoi. Sila maluuuuu. Pakai tudung sarung terus cam ariani pon okay, tapi tengok jenis jugak. Tudung tu biasanya tak jarang, tapi ketat sampai boleh nampak bentuk telinga. Maka berhati hati lah ye.

Jadi saya sekarang ni, dah jumpa tudung yang berkenan di hati. Cukup syarat seperti yang saya mahu. Senang pakai, tak jarang, cantik. Hewhew. Tudung akel :)

Dan stokin pun saya dah tak pakai dah yang Scarlet tapi saya beli stokin kaki Syria. Lebih tebal, lebih selesa. Dan tak licin pun. 

Sekarang ni kalau susah sangat nak cari, google je online. Banyak je online shop yang jual kelengkapan menutup aurat ni. Either hati tu nak ke tidak je. Tapi cubalah. Cuba. 

Jangan kata tak sampai seru, jangan kata belum tiba masa, sebab mati nya kita tatau bila. Cuba satu persatu. Dan selalu lah bermonolog dengan diri. Cuba berubah. Pedulikan environment kita macam mana. Sebab yang nak memperbaiki diri itu kita, bukan keadaan sekeliling kita. InsyaAllah, bila kita jadi baik orang sekeliling kita pun akan merasa kebaikan itu.

Rasulullah SWT bersabda, "Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu." (hadith sahih daripada Abu Hurairah, Ibn Mas‘ud, Anas bin Malik, Salman al-Farisi, Suhal bin Sa‘ad dan Ibn Abbas radiallahu ‘anhum, dikeluarkan oleh Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Thabarani dan lain-lain. Lihat Sahih Muslim – no: 145 (Kitab Iman, Bab Menjelaskan bahawa Islam bermula sebagai yang asing.......).

Maka berbahagialah orang orang yang asing itu.

Apakah andai menutup aurat dengan sempurna itu akan terasing dengan nikmat dunia? 

Ya. Sebab hati kita akan selalu merindui nikmat akhirat. Bukankah akhirat itu kekal abadi? :)

Kejarlah kebahagiaan dan kejayaan di dunia tetapi perlu diingat selalu yang kekalnya hanya di alam akhirat.  

Mari berusaha sahabat sahabatku. Orang menyerah diri sepenuh hatinya kepada Allah pasti tidak akan sesekali dirugikan usahanya dan pasti Allah itu pemeliharanya. Bukankah Allah itu sebaik baik pemelihara? Yakin lah dengan sepenuh hati, diriku ini hanya milik Allah SWT dan apabila aku mati setiap perbuatan ku akan menjadi saksi untukku. 

Ayuh, mulakan langkah pertamamu!