بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahad, 16 Disember 2012

Lelah

Entah kenapa lately selalu dah rasa lelah. Lelah dengan semua ni. Hal hal dunia yang tak berkesudahan. Hati dah rasa penat, dah rasa jemu. 

Penat mengeluh sedangkan dah tahu sabar penyelesaiannya. 
Penat berduka sedangkan dah tahu zikrullah pengubatnya.
Penat mengalah sedangkan doa adalah senjata.

Begitu.

Dah hilang mood nak bercakap banyak. Lebih baik mendengar dan memerhati. Dan mengerti dari apa yang didapati.

Betullah. Ujian kali ni dah sampai tahap max. Terdiam terkaku sampai dah tak tahu nak kata apa. Terduduk tak tahu nak berkongsi dengan siapa. Semua orang pun ada masalah, dan masalah dorang lebih berat dari apa yang aku rasa. 

Mungkin la.

Bukan senang nak jadi kuat, bukan senang juga nak didik hati supaya sabar dan redha. 

Ibaratnya seperti aku yang kehilangan bonda ini, yang tak berhenti pula aku merindui dan mengingati nya tetapi orang sekeliling, apabila berjumpa aku, topik utamanya adalah tentang bonda mereka. Mereka tahu aku orang yang kehilangan, tetapi mereka tetap juga nak berkongsi rasa dan cerita tentang apa yang masih mereka miliki. 

Aku mendengar dan berkongsi rasa. Tapi lama kelamaan cerita cerita itu dah jadi terlalu pahit untuk aku telan. 

Hidup. Perjuangan.

Adakala, ada cerita yang perlu kita tapis. Ada cerita yang perlu kita pilih pada siapa untuk kita berkongsi rasa. Manusia, tak mampu terima semua buruk baik kita. Sebab kita pun tak mampu nak terima semua baik buruk orang. Apa yang kita mampu adalah belajar untuk menerima, dan bertolak ansur. Kita sendiri tak perfect, apatah lagi orang lain untuk jadi perfect macam yang kita nak.

Belajarlah untuk terima, kita yang mula mula salah. Mudah mudahan kita akan lebih usaha untuk perbaiki diri kita. InsyaAllah.

Ya Allah, berikan 'izzah.

Tiada ulasan: