بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perjalanan Hidup. Papar semua catatan

Ahad, 11 September 2011

Microwave Oven, Vacuum & Induction Cooker

Aku bodoh?

 

Dah nak jam 5 pagi tapi kepala dah risau gila. Baru je kebah dari demam & sakit kepala yang kritikal tapi nampak gaya nak rebah balik je ni? Allah.

 

Tak tahu lah tuah ke malang. Nak pengsan dah rasa menggoogle dari jam 2 pagi tadi.

 

Cerita aku ni sama je macam cerita blogger lain. Tapi takpe lah, aku ulang cerita.

 

Hari ni aku shopping barang dapur kat Giant Batu Caves. Ye. Memang sengaja dinyatakan dimana lokasinya. Dah habis shopping aku ajak la kawan aku makan. Memandang kan skarang kesihatan aku agak merudum jatuhnya maka haruslah rasanya aku berhati hati dengan tidak menskip makan sebelum ditempeleng oleh ahli keluarga yang terdekat mahupun jauh. Huhu. Dan ada satu spot dekat Giant memang aku menyampah gila nak lalu. Serius menyampah. Sebab kat situ berderet deret salesman. Tapi disebabkan nak pegi makan punya pasal terpaksalah lalu. Mungkin takdir. Hurm. Thinking smile

 

Aku ditahan oleh seorang salesman. Ikut hati memang nak blah je. Tapi entah lah kenapa macam cerita blogger lain aku boleh lah pulak rasa nak mendengar. Dia datang kat aku dengan bertanya, “akak dah dapat RECYCLE BAG ni? haa bila akak dah shopping kat giant akak layak untuk dapat hadiah percuma minyak masak dari kami bla bla bla.”  Alah takat minyak masak tu aku tak heran sangat la. Lepas tu dia mintak aku jawab survey. Jawab je la. Ingatkan dah settle dah. Tak jugak. Cakap bla bla bla bagai pap! dapat voucher RM50. Oh lupe ni company jual barang elektrik. Excellent Homestyle. Aku google memang tak jumpa. Lepas tu bila dah dapat voucher tu then kat dalam tu ada menang pulak lagi free gift. Entah macam mana aku boleh terbertuah sangat ni, aku dapat 2 free gift – vacuum & induction cooker worth dalam RM 6000++. Hurm. Aku balik google semua orang dapat benda sama. Tapi part yang tak boleh blah semua salesman kat situ terkejut bagai nak rak tengok aku dapat hadiah sampai 2 bende. Sebab kalau ikutkan memang tak boleh sebabnya ikut term & condition barang free gift tak boleh lebih dari RM4000 tapi aku dapat RM6000. Memang melampau la kan? Aku tak juling sangat tengok harga tu tapi tengok barang dorang macam best sesangat je. Dalam hati memang ada la rasa teruja. Ohohoho. Orang semangat nak kawen kannn. Opsss!

 

So dorang punye lah tak puas hati dengan hadiah aku yang sangat best tuh maka dorang pun call lah penaja. Hurm. Barang tu jenama Kitchen Queen. Brand from Italy. Lepas tu penaja tu pon nak jugak cakap dengan aku. Siap mintak no serial lagi pastu nak confirm balik dalam 1 minit lagi. Kawan aku dah buat muka boring tak percaya tapi aku nak gak tabah hati dengar. Tak paham betol. Patot bawak boyfriend. Mesti kena lecture time tu jugak. Ahaha. *masalahnya boyfriend pon xde. okay. diam* Then orang tu plak bagitahu memang betullah voucher tu valid sebab ada 20 keping je voucher macam tu. Haih. Bodoh betul rasanye bila fikir balik. Tahu tak bila aku google semua orang dapat ayat yang sama? Semua orang jadi 20 orang yang bertuah. Ahaha. *gile kejap. kene tipu ke tak ni? adoii* Sleepy smile

 

Tapi aku sebenarnya tak lah excited sangat nak jadi 20 orang tu tapi macam best je kot barang2 dia. Adehhh. Tapi nak dapatkan free gift tuh for sure lah nak kena beli barang dia kan. Dan barang dia pon paling murah RM 2998. Tambah 2 ringgit jadilah 3 ribu. Murahhhh ke? So dorang pun tanya apa barang yang aku suka. *dorangg tak tanya pun barang apa yang aku nak beli…taktikkkk* So aku pon dengan jari berinai tu tunjuk lah mixer. Well, masih cinta baking kan. Harga dia RM 3698. Cantik ok. Tapi lepas tu aku tukar nak microwave oven pulak. Harga sama. Dan barang yang aku pilih ni yang paling mahal. Tak beragak pulak kan pilihan aku…..Annoyed

 

Tapi aku tanak beli pon. Wei. Mane mampu kot. Agak2 la praktikal pon dapat elaun seratus ade hati plak aih nak beli barang elektrik harga 3 ribu. pergh. karut gila aku ni. Mula mula aku dah berjaya dah tolak walaupun encik manager siap datang tolong hasut suruh beli. Lorh. Aku tak suke lah merepek2 berhutang bagai ni. Encik manager punye kecewa aku habiskan air liur nak dekat segelas terus memblahkan diri apabila aku dengan tegasnya menolak untuk membeli. tapi salesman kat situ tanak jugak patah hati. Dorang kesian sangat kat aku punye pasal dorang bagi aku book dulu barang tu dengan bayar deposit seratus. dan aku boleh hold nak bayar balik semua tu sampai bila bila. sampai bila bila. ok? tapi barang aku tak dapat lagi sebab aku bayar harga book je. if aku bayar at least seribu, baru dapat 1 barang. cukup 3 ribu berapa ratus tah baru lah dapat bawak balik ketiga tiga barang itu – microwave oven, vacuum & induction cooker. Tapi dia punya barang aku dah macam yakin je high quality. tapi tatau lah kan. tak penah membeli. huhu. oh pasal boleh reserve tu pon dialami oleh orang orang lain juge. Ekeke. Same je pengalaman aku ni? Huwaaaa. Kena tipu ke aku ni? Tapi rasa cam marketing strategy je ni. Haih. susah hati. Confused smile

 

Tapi yang buat aku lebih susah hati sebab ni. Masa tengah dorang dok mengayat suruh membeli tu, aku ade cucuk duit kat machine yang macam kite cucuk mase mula mula nak confirm password tuu..then dari situ dorang check baki duit aku layak ke tak nak beli barang dorang wei. Eh tak ke gile duit pinjaman baru masuk lepas tu nak lesap macam tu je kat barang elektrik yang macam lah aku nak gune sangat. tsk. tsk. Dan masa dorang check tu dengan selambanya dorang dah deduct duit aku lima ratus. LIMA RATUS OKAY! aku mase tuh terus muka dah pucat ni kejadah sesuke ati sedut duit aku ni? aku pon dengan agresifnya berkata,”saya tak kata pun nak beli?kenapa tetibe nak deduct duit saya?” dalam hati paham2 sendiri la. dah sayu gile sebak jangan tanya. mau kena lempang laju2 dengan ahli keluarga kalau dorang tahu. then setelah berjaya mengkonfirmkan tak mahu so dorang cucuk kad aku lagi sekali dan buat ‘void sale’. harap2 kembali la 500 tu balik kan. tapi aku tak check pon lagi baki. Alahai risau gile. risauuuuuuuuu. jangan lah wei tetibe celik2 pagi esok pegi atm tengok2 duit dah lesap. sebab mula2 dorang dah mintak aku bayar half price dalam RM1600. Ah memang tak lah kan. Tapi lesap gak lah duit aku seratus sebab booking. Tapi boleh ke dorang sesuke ati nak sedut duit aku? UUUU..aku keje bank pon tatau wei! Sleepy smile

 

Tapi aku nak lah barang barang dia. Wahh confident tak aku? Tapi aku tanak dorang amik duit aku sekarang! dorang kate leh bayar bila dah kerja nanti. Huwaaaa. *pening* Sick smile

 

Tak sabar nak check duit kat atm pagi pagi esok. Sasau & risau okay. Boleh ke duit kat atm tu disedut? EEE saspen! Crying face

Ahad, 17 Julai 2011

Minggu Kedua

Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua nak bertukar ke minggu ketiga dah saya berpraktikal di bank. Segalanya baik dan mudah mudahan baik hingga ke akhir pertemuan. Sebenarnya dah banyak kali dah nak update blog tapi tak pernah siap tu yang kepam banyak banyak sampai dah 10 hari kerja. Ngeee Laughing out loud Dan sepanjang 10 hari ni jugak, dah macam macam peristiwa berlalu. Manis, kelakar, gelabah, tension, takut, gembira yadda yadda. Tatau nak mulakan yang mana satu. Hehe. *nape ayat macam gedik semacam je ni? adoiii*

 

Okay lah, let’s start with the first day. Hari menggelabah sedunia sebab salah tengok tarikh praktikal tu kan. 4 JUN nampak 4 JUL. Ntah macam mane la saya melihat kan? Sampai tak tido dibuatnya malam nak praktikal tu. Haha. Sengal sungguh. Pagi pagi masa nak pergi kerja tu saya dah pakai lawa lawa dah. Saya pakai baju kurung warna pink sebab saya rasa saya cantik dengan warna tu. *ayat gedik sekali lagi* Jadi dengan rasa yang pura pura confident saya pun melangkah masuk ke bangunan megah bank tersebut ditemani seorang staff yang sudah saya kenali sebelum ini, kak Farid dan tanpa sedikit pun saya ceritakan kesengalan saya itu kepada beliau. Saya hanya mampu senyum pada setiap orang yang saya jumpa, bersalaman dan memperkenalkan nama. Dalam hati saya dah fikir kalau lah saya betul betul salah pasal tarikh tu dan dapat pulak malu lepas saya dah dok berkenalan dengan staff2 yang ada, memang takkan saya jejak dah bangunan ni. Crying face Dan tiada usaha lain yang mampu saya lakukan selain ‘bismillahi tawakkaltu alallah’ berulang ulang kali. Syukur Alhamdulillah, ketika hari saya melapor diri pengurus cawangan tidak ada. Jadi segala urusan saya diuruskan oleh Pn Emy, penolong pengurus cawangan. Itu pun dah cukup buat saya ketaq lutut. Tapi dengan rasa keyakinan bahawa ini satu ujian, saya gagahkan diri untuk bertenang dan ceritakan apa yang berlaku. Mujur, tiada apa yang menakutkan berlaku. Pn Emy dengan baik hatinya setelah mendengar kesilapan yang berlaku terus menghantar email kepada HQ untuk memaklumkan ralat di surat tawaran saya. Dan seterusnya saya diterima untuk berpraktikal di bank rakyat selama 20 minggu! Alhamdulillah Rolling on the floor laughing

Dan hari hari yang seterusnya berjalan lancar. Minggu pertama yang paling manis. Saya ditempatkan di Unit Dokumentasi selama 6 minggu bersama Kak Ya, Kak Siti, En Zaharin & En Wan Zul. Ketua unit saya adalah En Zaharin dan beliaulah yang memperkenalkan saya dengan semua staff pada hari pertama saya berpraktikal. Dan melalui beliaulah saya diberi briefing tentang transaction & contract yang digunakan di sini. Melalui Kak Ya & Kak Siti pula saya belajar banyak perkara tentang apa sebenarnya kerja di bahagian dokumentasi ini. Ya. Rumit sampai ke langit rasanya. Minggu pertama memang berjalan lancar mungkin sebab info yang diberi kepada saya tidak terlalu banyak dan hasil kerja saya masih ditapis Kak Ya sebelum dihantar kepada En Zaharin untuk semakan kedua. Tapi masuk minggu kedua ini, kepercayaan sudah diletakkan di bahu saya dan kesilapan demi kesilapan sudah mula menunjukkan wajah. Mereka mendidik dengan baik, menegur juga dengan cara yang baik. Mereka memuji untuk kemajuan, dan mereka memperbetulkan kesilapan juga untuk kemajuan. Kemajuan diri saya, dan juga kemajuan organisasi. Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya saya agak memprotes di dalam hati sebab saya ditempatkan di sini kerana kekurangan staff, saya akhirnya mampu berfikir ini adalah stage pertama yang terbaik buat saya. Walaupun saya melangkah satu step (sepatutnya saya bermula di unit pembiayaan, kemudian dokumentasi, lepas tu operasi dan akhirnya susulan) tapi apa yang boleh saya katakan di sini, menjadi ahli ‘dokumentasi’ buat saya tersedar bila saya di unit ‘pembiayaan’ nanti jangan lah sekali saya susahkan mereka seperti apa yang berlaku sekarang.  Aminn.

 

Bekerja di sini, suasananya boleh dikatakan meriah. Mungkin kerana lelaki lebih ramai dari staff wanita. Dan minggu pertama juga saya rasa macam nak pengsan kene ngorat. *ayat gedik kali ketiga* ayat2 encik lelaki ini masyaAllah manis sungguh! Bila saya buat air kemain pujinya. Tak pernah tak habis air yang saya buat. Sampai saya rasa malas nak bancuh air. Haha. Bila saya senyum kemain pujinya. Manis la, lawa la. Okay dah. Tetibe terasa geli nak cerita yang lain lain. Haha. In short, saya selesa bekerja di sini. Kalau staff2 lelaki lebih lebih sangat kak Ya & kak Siti akan back up saya. Heee. Staff2 wanita pun baik2 semua. Walaupun tak semua ramah dengan saya dan saya pun tak lah ramah dengan semua orang tapi rasanya perhubungan sesama staff agak baik di sini. Rasa tak puas hati yadda yadda tu normal lah kan tapi rasanya sebab semuanya telah matang, hal seperti itu tidak menjadi sesuatu yang serius. Syukur. Bos aka pengurus cawangan baik orangnya, mementingkan hal agama. Di sini, setiap pagi akan ada morning briefing dan sebelum dimulakan kami akan membaca doa beramai ramai. Dan setelah selesai briefing, kami akan bersalaman sesama kami. Mungkin kerana formula yang mudah ini, ketenangan itu dirasai. Muzik juga peneman kami di kala waktu kerja dan Alhamdulillah, muzik yang selalu dimainkan itu adalah ayat ayat suci alQuran. Walaupun kadang kadang disusuli lagu lagu jiwang tahun 1990an. Aduhaiii. Winking smile

 

Supervisor saya adalah seorang lelaki, En Aizat namanya. Dan kami berkenalan pada hari kedua saya berpraktikal. Orangnya macam biasa, BAIK tapi beliau agak sedikit ganas & otai. Hoho. Hari hari kami bergaduh dan hari hari kami melawan cakap. Tapi dia banyak menolong saya disebalik suka membuli. Adoii. Tatau lah nak describe macam mana encik supervisor ni haa. Tugasan saya, dia yang menjadualkan. Tapi sehingga kini belum ada lagi kerja saya di bawah pengawasan beliau. Oh encik supervisor panggil saya kak long. Jarang sekali saya dengar dia sebut nama saya. Tapi kalau dia lupa memang nak kene sekeh laju laju lah kan. Dan minuman kegemaran beliau adalah nescafe. Itu sangatlah ketara. Tapi masalahnya, orang2 yang kerja satu level dengan kami, kebanyakkannya allergic nescafe. Dah tu takkan saya nak bancuh nescafe khas untuk dia sorang je. Amboii. Kat sini dorang demand air macam2. Ghost Haha. Pernah sekali ketua unit pembiayaan suggest kat saya kalau tak faham boleh tanya kat abg Ijat (most orang kat sini bahasakan diri beliau kepada saya dengan panggilan abg Ijat) dan saya terus laju menjawab, “en aizat ni garang” dan terus blah. Tahu beliau balas apa kat saya? KFC snack plate 1 set for lunch! Terdiam terus saya. Walaupun dia belanja untuk semua orang sekali tapi untuk saya, saya sorang je dapat 1 set. Dan dia sendiri siap letak atas meja saya sebab tahu saya mesti segan punye nak join kaum lelaki makan sekali sebab tinggal saya sorang je perempuan kat situ. Oh kejadian ini berlaku di ofis sebab ada sekali tu saya tak keluar makan. Saya sebenarnya nak keluar tapi nak pegi lambat sikit tapi tetibe rezeki saya  datang dari beliau pulak. Heee. Alhamdulillah. terima kasih encik supervisor In love

 

Selama saya di sini, saya amalkan sikap berkawan dengan semua. Saya datang alone, tanpa student praktikal yang lain. Apa kerja yang mereka bagi, saya terima & belajar melaluinya. Saya anggap ini semua satu proses pembelajaran dan saya gembira menerimanya. Kalau dulu saya tak boleh nak makan sorang sorang, tapi kini Alhamdulillah saya mampu bergerak sendiri walaupun mereka pulak yang rasa kesian tengok saya sorang2. ehehe. Saya jarang bercakap dengan lelaki in real life tapi sekarang saya harus melaluinya. Pegawai pegawai atasan saya semuanya lelaki, dan di level saya sahaja ada 12 orang staff termasuk bos dan 10 daripadanya adalah lelaki. Ia sememangnya agak janggal untuk saya. Tapi bak kata encik boss, anggaplah ini semua cabaran dan jadikan setiap cabaran sebagai satu peluang dan selesaikan cabaran dengan alternatif2 yang pelbagai. Errr..tapi bukan lah peluang nak mengorat pulak ye…Hahaha. Apa kesukaran yang saya alami disini, saya akan cepat cepat tabahkan hati. Ada masanya saya juga ada rasa tekanan disebalik kegembiraan, kesusahan disebalik kesenangan. Saya bekerja di situ, tiada meja untuk saya. Saya hanya menumpang sedikit ruang di meja Kak Ya, untuk memudahkan kerja kerja di unit dokumentasi. Saya hanya duduk di atas kerusi plastik yang comel, tiada kerusi empuk yang selesa atas faktor tidak muat untuk diletakkan di ruang yang sempit itu.

DSC02706

meja & kerusi comel saya. hee

Untuk tiga minggu yang pertama ini, saya tiada kenderaan untuk ke pejabat kerana sepupu saya diberi cuti akibat keguguran sejak minggu pertama saya. Ya, salah satu sebab saya berpraktikal di situ kerana adanya sepupu saya. Walaupun kami tidak berada di unit dan level yang sama. Maka, buat masa ini saya menumpang mana2 staff yang sudi dan kebiasaannya kak Farid. Terima kasih kak. Mudah2an Allah murahkan rezeki akak sekeluarga. Tapi minggu depan kak Farid takde maka saya perlu menumpang kak Jun untuk pergi kerja. Balik pun macam tu jugak. Kadang2 kak Ya tumpangkan saya. Heee. Malu tahu? Menyusahkan ramai orang. Saya tiada teman nak bercerita, saya tiada teman nak borak. Dan syukur, saya ada Syira di sisi. Pada dia saya ceritakan setiap hari peristiwa di tempat kerja. Haha. Terima kasih sahabatku! Tapi paling sedih, saya tiada duit nak beli barang selain digunakan untuk makan. Haha. Crying face

 

Tak mengapalah. Mana ada perjalanan hidup yang segalanya lancar. Ye dak? Minggu depan saya ditugaskan untuk menjadi emcee sepanjang minggu bagi morning briefing. Tatau lah macam mana. Sejak dua menjak ni saya agak malas nak rasa cuak & gelabah. Kalau rasa pun kejap je. Kite tengok je lah ye macam mana nanti.

 

Doakan saya. Mudah2an 20 minggu berpraktikal ini adalah suatu perjalanan yang manis dalam hidup saya. InsyaAllah. Aminn Nerd smile

Jumaat, 1 Julai 2011

Empat Julai Dua Ribu Sebelas

Aku sebenarnya malas nak fikir. Fikir benda yang tak nampak ni buat serabut jiwa raga je lah kan. Nak prepare ape pun tak tahu. Tiga hari lagi je ni haa sebelum nak praktikal. Cuak tak payah tanyelah. Saspen bagai semua rasa sampai rasa macam tanak cakap bende lain dah melainkan cerita praktikal. Hah gemuruh tak beragak plak kan. Bila fikir pasal transport lagi la cam resah gelisah tak sudah. Kadang kadang rasa menyesal pulak mintak Selayang sebab kene nyusahkan orang tumpang kete pegi & balik. Hurm. I should choose Melawati or Setapak branch instead of Selayang I think. But well, tak terfikir kan. Dan mungkin aku taklah tabah sangat nak duduk rumah sendiri lama lama. Ni pun otak dah nak separuh gila dah. Nasib takde schizo je.

 

Aiyaya…I wish all the best for myself for this 4 months practical training! Who me? Sila lah bekerja keras untuk kemajuan diri dan juga syarikat yang anda berkhidmat wahai diri ye! Ia sangat mendebarkan bila fikir “aku nanti praktikal kat bank”…“aku nanti praktikal kat bank”…“aku nanti praktikal kat bank”…“aku nanti praktikal kat bank”…“aku nanti praktikal kat bank”…okay sudah. Orang lain praktikal kat company yang lagi besar, dan lagi sibuk so tak payah nak cuak lebih sangat ye. Well, I could not ignore this feeling! Crying face

 

Ntahlah. Nak taip ape pun tahu. Fikiran dah entah ke mana. Plus rasa kecewa abah tak dapat hantar daku nanti..sobs sobs Crying face dan my cousin pun takde kat umah on this Monday. So I don’t know what will be my first day. Camne lah nak ke opis nanti ni? huuu Disappointed smile

Rabu, 15 Jun 2011

Menghitung Hari

Haih. Tak pernah lagi ni cuak gile vavee nak dapat result. Adakah ini petanda bahawa aku akan mengalami kegagalan buat kali kedua? Sad smile 

Serabut nye otak ni haaa. Mood pun sampai dah nak tanak je ade. Hari hari check email yahoo. Hari hari bukak student portal. Hari hari tengok post kat event. Huwaaa. Sejak bila aku jadi terlebih concern ni? Haila.
Result paling takut nak tengok - Risk Management. Urmmm. Last paper selalu buat spoil result. Tatau la ape mende yang aku jawab masa paper risk ritu. Dah macam nak sewel dah tahan ngantuk. Dah la yang jage tu ustaz Advance Fiqh. Tak bersemangat betol jadinye. Uuuu. Carry mark? urm. 37 over 50. tak tinggi lah. huwaaaa. jangan lah fail. jangan lah fail. Crying face 

Result kedua takut nak tengok - Islamic Capital Market. Tapi paper ni berjemaah kot cuak. So takpe lah kot. Cehh konon. Sekali orang lain semua pass tetibe aku terkantoi. Camne??? *sigh* Carry mark cukup2 jalan je. Same cam risk. Tapi jawab cam gile.  

Strategic Management? Haih. Rasa macam boleh jawab. Tapi dulu lecturer penah cakap half of this class will fail during the final exam. Dan salah seorang yang terkena tu is me! Sebab? Tatau jawab soalan. Kena sebijik pop quiz terus menganga nak hentam ape pun tak buleh. Dah la suke ponteng kelas, assignment tak hantar, quiz tak ambik, camne lah nak score? Mati laa aku camni...carry mark langsung tatau plak tu. Test? Haih. Macam budak tak pernah belajar. Sleepy smile 

Qawaid Fiqhiyyah. Boleh la. Tapi carry mark pulak rendah gile vavee. Alahai tensionnye aku macam ni! Paper yang boleh buat, rasa macam score tapi carry mark pulak rendah macam nak tersungkur. Bila takleh nak jawab, carry mark pulak tinggi. Tapi bagus lah yang tak leh jawab carry mark ok, ye dak? Urmm.  

So dari enam subjek yang aku ambik, kirenya 2 paper je la yang aku macam konfiden? advance fiqh muamalat dan islamic banking & financial services. yosh! tu pon belum tentu dapat A noks. Camane la nak naikkan pointer kalau jawab exam pun tak yakin? Camne nak dapat 2nd class upper ni? Haih. Tension.Annoyed 

Bagi result exam tu laju laju sikit boleh tak UiTM?Disappointed smile

Khamis, 31 Mac 2011

Selamat Tinggal March!

Ya. Saya sungguh gembira menanti tarikh hari ini kerana esok akan bermulanya April. Takde yang menarik pun untuk April cuma rasa March 2011 ni macam panjang sesangat umpama sebulan tu dah jadi macam 2 bulan! Sungguh. Saya teramat amat lelah melalui bulan ini. Syukur Alhamdulillah segalanya hampir selesai...

Dan esok saya ada test. tapi tak study pun lagi. dah tatau nak beristighfar macam mana. rasa macam nak tampa2 diri sendiri melihat kemalasan diri. takde kesan. sungguh malas teramat sangat hari ni. pagi2 lagi dah ponteng kelas strategic management tanpa rasa bersalah. dah bangun, dah mandi, tapi lepas je mandi terus baring balik ke katil, hantar sms kat kawan, "sy ngantuk. tak pegi kelas kot." dan terus tidur dengan nyenyaknye sampai lah habis kelas pagi. teruk kan? -_-"

semalam ada dinner. malam pra graduan. kononnya letih sangat lah semalam tu yang ngantuk sesangat pagi ni. alasan. lepas tu tolong group siapkan assignment advance fiqh, belasah je la. macam sedih tengok hasil kerja tapi malas nak komen ape2. terima aje lah. itu pon bagi sumbangan last minute sebab leader call tetibe mintak pendapat. huuuu...biarlah. tanak fikir dah.

yang tahu sekarang, terlalu seronok march dah nak habis. haha. sumpah hidup dah macam zombie. bulan ni je berapa kali dah tak tido sepanjang malam. lepas tu selamba je pegi kelas pagi jam 8.30 tu dengan otak kosong blur dah macam ape je. makan pun dah selalu skip mana ikut sempat je. memang rosak habislah jadual kehidupan normal. nak tanya kaba orang? memang taklah. kejap2 boleh. lebih2 dah rasa takde mood. tangan tuh dah malas je nak menjawab. aha. mintak maaf la bagi sesape yg tersentap.

dan akibat sibuk yang tak hengat ni, akhirnya khamis lepas, 24 march 2011, jatuh sakit dengan begitu teruknya. memanglah demam je tapi demam sampai meracau. tak kritikal ke tuh? tak ingat sangat keadaan masa tu macam mana. yang tahu pagi tu sempat lagi pegi kelas amik test, balik tuh sempat jumpa abah dan lepas tu balik bilik, tido. sedar2 je badan & katil dah sama2 panas. tatau siapa yang lebih panas. boleh lak camtu kan. then tunggu rumet balik konon nak harap ihsan sampai la tetido2 sedar2 dah maghrib badan dah jadi makin panas sampai dah tak berapa sedar. masa tu nafas dah tetibe mengah, mimpi pelik2, bercakap ntah apa2..tetido..bangun. memang tak selesa sesangat sampai lah tetibe capai phone call kakak n menangis! aha..memang pelik gile fikir2 balik kenapa sampai macam tu..maybe sbb badan panas sgt kot kan..pastu kawan2 cam x caye lak sy demam kan..saba je lah...then dengan bantuan rumet, seb bek die ade kete kan, g lah klinik..60 hengget kau. terus sehat. huwaaaa...

dan esoknye haruslah pulak pegi opkim (operasi khidmat masyarakat) kat melaka. 3 hari. bosan gila. tak sihat kan. satu kampung kenal budak pendek ni demam. dan dikecualikan dari aktiviti pagi sabtu. lepas tu sentap tengok gamba muka takde. huuuu. balik sini balik kulit dah gelap semacam. menci. tapi sungguh la. rindu kg bukit pulau. kg moden yg cantik & damai. dan rindu rumah mak angkat walaupun mak angkat buat tak peduli je kat kitorang :( rumah dia cantik. sangat tradisional. tapi dia punya panas & sejuk memang hyper. rumah atap zink kan...oh dapat sibling akak student marketing. so kecik ati kat situ kenapa sy sorg je yg x dpt dgn student islamic banking??? diskriminasi! tp xpelah. kawan baru sy baik. walaupun tak pernah jumpa lagi kat fakulti. dia kate die free hair. tp masa kenal pakai tudung. huuu..confius.

errr...nanti2 lah updet lagi ye? tetibe terasa janggal nak post blog. dah lama tak melayan kan. haha. maklumlah skang ni sibuk bercinta dengan buku. kehkehkeh. adios!


notakaki: korang, if rasa2 nak demam tuh banyakkan minum air masak k? skang ni bila panas, panas sesangat, bila sejuk, sejuk sesangat...jaga kesihatan okay? semoga Allah memelihara kita semua. ni da batuk seminggu. dalam kelas memekak je bunyi batuk sy sorang. huhu. sorry!

Khamis, 10 Februari 2011

Sakit :'(

Sedih rasanya melihat nasib jari. Sungguh kritikal. Ini bukan sakit yang dibuat main main, ni sakit sampai mengeluarkan air mata. Alergi dah ditahap maksima. Sedih. Dan sangat sakit. Jari jemari di tangan kanan menggelupas habis. Empat jari semuanya. Ibu jari je yang masih dalam keadaan selamat. Jari kelingking dah macam tak berupa. Luka teruk. Mana tah datangnye? Jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan tapak tangan semuanya menggelupas, luka, kering dan berdarah. Wuuu. Wuuu. Alergi sabun. Sebelum ni setakat sabun basuh baju tu je tapi sekarang shower foam pun dah boleh buat aku serba salah nak letak kat tangan. Sakit ya amat woo time mandi. Tu belom lagi kalau aku guna pinggan mangkuk cawan yang perlu dibasuh. Pedih gila. Okay sarung tangan tak beli lagi sebab tak sempat nak keluar. Dah letak ubat. Pedih! Pedih! Ni keadaan alergi paling teruk sepanjang aku hidup! *menangis*

Aku ni right handed. Anak melayu. Nak menulis haruslah menggunakan tangan kanan. Mujurlah bukan musim test bagai sekarang ni maka takdelah tangan ni aktif sangat menulis tapi kadang2 tu bila buat kerja harus jugak tulis nota kan? Tak tahan lama. Gatal semacam jari jemari ni. Makan? Dah berapa hari dah ni makan tak guna tangan. Means, guna sudu garfu lah kan. Sungguh tak nikmat. Rasa macam nak beli sudu garfu pakai buang je. Senang. Tak payah cuci. Tak payah menambah sakit. Ini bukan alasan orang malas ye. *kembali menangis*

Dah banyak hari jugak ni jari jemari berada dalam keadaan kritikal. Semua yang lihat nak buat muka ngeri. Aku yang dapat sakit ni lagi la ngeri kott? Walaupun dah bubuh ubat tanpa jemu hingga melekit2 tangan...euwww..tapi maybe kurang berkesan jugak sebab aku perlulah kot mandi setiap hari sekurang2 nya dua kali sehari. Maka dah shower foam pun buat aku pedih takkan mandi guna air semata? Gila. Cuci muka? Haha. Sakit weh. Tak tipu. T_____T

Ni jari kelingking dah sampai kejang. Luka kat dalam. Aigooo. Sentuh pun sakit. Harus tindakan apakah? Jumpa doktor sudah. Letak ubat sudah. Tak tahan ni. Sakit. Sakit sangat sangat.


Jari, cepat sembuh ya?



*sambung nangis*


Selasa, 25 Januari 2011

21 Tahun Bernyawa

Alhamdulillah...jika diberi nikmat umur yang panjang, esok bertambah setahun lagi umur aku di dunia. Dah 21 tahun diberi nikmat nyawa, apakah aku ini di bumi Allah?

Teringat dulu masa tingkatan 1, dapat tawaran sekolah agama. Punyalah tanak duduk asrama, belajar bahasa arab, pakai tudung labuh, tangan bercekak yadda yadda, tarik muncung panjang aku tanak terima tawaran. Tapi abah yang beria pujuk, seronok sangat anak bongsu dia dapat sekolah agama. Dan akhirnya aku kalah, dengan hati yang tak rela dan tak suka, bertahan lah jugak 5 tahun aku kat situ. Tapi bila segalanya selesai, bila aku dah melangkah ke alam universiti, bila umur dah menginjak dewasa, rasa bersyukur sangat aku bersekolah kat situ. Kat situlah aku menambah ilmu agama, kat situ lah bila aku sedih, lemah & kecewa, aku boleh lepak surau lama2 baca mathurat sampai rasa tenang dalam jiwa walaupun masalah tak selesai selesai. Kat situ lah aku jumpa cikgu cikgu yang baik, yang sangat prihatin dengan aku, yang boleh keep in touch, yang boleh borak macam kawan. Kat situlah adanya cikgu cikgu yang begitu prihatin dengan pencapaian aku dalam pelajaran, sampai datang bertanya kat aku, jumpa 4 pasang mata, semata-mata tanak tengok aku kecundang dalam beratnya dugaan hidup. Mana aku nak balas jasa mereka mencurah ilmu, berkongsi pendapat, menghulur kasih & perhatian, macam mana nak balas?

Di situlah belajar mengenal erti kawan dan lawan. Siapa di sisi masa susah dan senang. Siapa yang ingat bila aku jauh, siapa yang dok sibuk call aku tanya khabar. Siapa yang gagah di sisi walaupun masa tuh semua orang tak suka kat aku. Siapa yang bagi semangat masa orang lain sibuk dok maki aku depan orang ramai, malukan aku masa berhimpun, dan macam2 hal lagi. Walaupun mungkin hanya seorang atau dua, tapi di situlah aku belajar sesuatu tentang hidup.

Bila dah masuk universiti, cabaran dah jadi bertambah besar. Dari alam remaja bertransformasi ke alam dewasa. Belajar erti persahabatan. Masa ni baru kita boleh nilai siapa yang boleh terima baik buruknya diri kita. Kalau aku, buruk lagi banyak dari baik. Baru kenal macam mana susahnya belajar, susahnya nak cari ilmu, nak save dalam kepala, nak apply masa exam. Lepas tu gagal. Jatuh bergolek2 tertinggal jauh kat belakang. Baru sedar kejayaan masa silam tak menjamin kejayaan masa hadapan! hoheh. Mungkin jugak belajar mengenali cinta? Jatuh cinta, bahagia, dikecewakan, jadi benci, cuba lupakan, tapi tak boleh sebab rindu, lepas tu jatuh cinta balik. Love is a cycle, right?

ah banyak sangat yang aku jumpa sepanjang 21 tahun seorang izzah melihat dunia ini.

aku belajar bahawa,
sahabat bukan sekadar ada masa susah & senang walaupun jasad dia jauh beribu batu, tapi sahabat jugak orang yang berani condemn kita bila kita sebenarnya buat salah dengan bahasa yang sangat direct sampai rasa macam nak bagi penampar sebab kenapa masa tu dia tak bagi semangat?! sebab sahabat yang baik tanak tengok kite kecewa di kemudian hari dengan lebih teruk. takpelah kita sedih menangis meroyan hari ni sebab esok hari baru akan bermula.

Aku belajar bahawa,
mengenali seseorang adalah mudah. Samaada untuk suka atau tak suka adalah pilihan.

aku belajar bahawa,
sekiranya jatuh cinta dan gagal, just cry. try to limit the feelings, build the boundaries. Sebab tak payahlah usaha macam gila untuk orang suka kat kita, macam mana kita tak suka orang usaha cam gila nak dapatkan kita. dan dengan memberitahu bahawa kite in a relationship dan show off kat dunia betapa bahagianya kita adalah suatu tindakan yang kurang ajar sebenarnya. tambah2 pulak kalau kita cerita kat sumone yang kite tahu die suka kat kita. tapi kalau dah sampai seru mendirikan masjid, bagi je la tahu dengan cara yang paling elok sebab orang yang suka kita, dia mampu terima hakikat yang mengecewakan tu. tak pernah rasa? dan dalam proses mengecewakan orang yang suka kat kita, treat lah dia seadanya. bukan sengaja nak sakitkan hati dia. means, kalau dia contact, jangan layan selalu tapi jangan sampai ignore terus. sebab orang tak plan pun nak fall kat kita yang banyak kelemahan ni, dan bukan senang2 abc je nak campak perasaan tu. buat2 biasa. lama2 dia boleh faham & terima kenyataan, yang kita adalah lebih baik diletak sebagai kawan. Jangan tamak okay? si dia kau nak, yang suka kau pun kau nak sekadar mengisi masa lapang.

lepaskan lah perasaan itu. perasaan pada orang yang tak mampu menghargainya. perasaan pada orang yang tak suka kita ada perasaan tu. learn to let go. InsyaAllah, hikmahNya akan terhijab bila tiba masanya.

Aku belajar bahawa,
dalam suatu hubungan, kepercayaan adalah keutamaan. lepas tu diikuti kejujuran dan keikhlasan. tapi semua ni perlu kena tempat dan caranya. Percayalah pada dia instead of listening to others. Sebab cara kita mengenali dia tak sama dengan cara orang lain menilai dia. Secara jujurnya, aku banyak kali kawan dengan bf orang. Dan aku tak suka. First, secara senyap2 aku akan dapat title, nak rampas bf orang. Second, aku menyusahkan hati gf orang if hubungan aku dgn bf orang lebih baik dari hubungan gf bf. Third, kedudukan aku macam 'perempuan simpanan'? But it depends on how we manage the relationship thingy & friendship thingy. Kita perlu jaga hati dia, dan jugak hati kawan. Tu pun kalau kita nampak nilai erti seorang teman. Dan aku pilih untuk percaya orang yang aku kenal instead of follow what the others said about him/her.

Aku belajar bahawa,
ilmu perlu dicari. dalam hidup perlu banyak persoalan dan kita mesti usaha untuk cari jawapannya. but don't over the limit. hidup banyak cabaran, banyak dugaan. Tapi itu bukan halangan untuk berjaya. Gagal adalah perkara biasa. Ia hanyalah rezeki yang tak berpihak pada kita.

Aku belajar bahawa,
bukan senang nak jadi seorang izzah. Bukan senang nak cari dan kekalkan izzah dalam diri.

It's not easy to be strong. To accept the fact that hurt me the most. But I learned.


Tapi yang paling aku fikir dalam kepala,
apa tujuan aku hidup di dunia ni?

Selasa, 4 Januari 2011

Dunia Survival Sudah Bermula

Dah masuk musim exhausted overdose. Hari ni dah register kolej tapi tak pindah barang lagi la. Dapat bilik level 4 again, selang sebuah je dengan bilik roomate lame. bilik jauh ke hujung dekat dengan fakulti engine as compared to sem lepas agak lah dekat dengan tangga nak keluar. mula2 rasa macam sedih la jugak dapat bilik jauh kott..level 4 tuh tak lah kisah sangat sebab dah kate rayuan kan jangan nak lebih2. tp bila fikir balik, bagus gak dapat bilik sekarang ni. at least takde la nampak sangat bayangan roomate sem lepas kan. bila lalu bilik 3b0439 tadi rasa macam tacing plak haa..

tension betol. mana2 bahagian kat uitm ni semua ade kenangan dengan diorang. tu belum lagi jejak fakulti engine tuh. nak sedih tak boleh. nak gembira lagi macam tipu. plain je rasa. petang tadi pegi seksyen 7 lagi la rasa macam sebak. sebelum ni kalau pegi sini selalunye dengan diorang, n plus luqman kadang2. beli stationery, makan2, jalan2, discuss pasal permata. alahai. terbayang bayang. agaknye cam ni la kot kan feeling yang fik selalu rasa. yang aku selalu buat2 tanak rasa walaupun memang tengah je berlaku dalam diri. sebab lagi sedih jadinya kalau sama2 sedih. macam kelakar je haa bila lalu kedai cd ternampak bayang luqman dengan nadia suka gado2. pastu pernah sekali aku dengan nadia meroyan2 kat situ sebab permata. nampak bayang je la kan. orangnye takde pun. lepas tu makan kat barra tapi kali ni bukan dengan nadia n luqman lagi. teringat2 nadia yang selalu tak habis makan, lepas tu luqman akan kutuk2. luqman suka makan roti naan pastu kitorang pau die. eheh. dah takde dah semua ni ye?

s.e.d.i.h.

dah terasa kesukaran & cabaran2 yang akan mendatang bila dah jadi student part 5 ni. dengan high expectations dari lecturer lagi la buat terasa cuak. adoiii ape ni..tak start lagi dah negatif. tampa laju laju kang. Allah dah permudahkan jalan pun boleh rasa lemah semangat lagi ke? astaghfirullah. kalau nak compare aku dengan mas, lagi kesian kat die. tadi terpandang raut wajah die yang selalu tenang & selamba tu aku plak yang terasa tabahnya hati die. mas tak dapat kolej sem ni so sama macam aku die kene merayu. dia buat rayuan lagi awal dari aku tapi sampai skang still tak dapat result. kesian. takde tempat nak pergi. first day dia terpaksa dok hotel dekat ngan jakel tuh. skarang tumpang rumah kawan kat sek 7 plak. dulu masa aku melalui hidup macam tu mane tahan kot. meroyan je manjang. tapi mas memang cool habis walaupun die sangat susah hati. makan tak lalu. register course tak settle. banyaknya dugaan dia. Ya Allah, permudahkan lah. harap2 ade rezeki die esok. aku lak rasa sebak tengok orang terlebih cool ni. huhu.

kena cari ayat penyembuh semangat. tetibe rasa down sampai kerak bumi dah ni. T___T


Khamis, 20 Mei 2010

broadband seminggu

esok kak ayu takde. outstation g china. satu minggu. dan entah macam mana tetibe kak ayu amanahkan aku amik and send order utk stamp selama seminggu die xde ni, kire sgala hal pasal order stamp bawah tanggungjawab aku laa. ni akibat rajin sangat selalu offer diri tolong scan kan order kot. tu aku terpilih tuh. huhu. risau gak aku weh. order nak check betol2. pastu baru ley Justify Fullscan. then kene kire betol2 make sure xde silap dari co aku baru send email kat co stamp tuh. pastu nnt bile delivery kene check invoice skali. make sure semua betol. kalo sala pape ke kene call, kalau order tak sampai kene tanye, call. adeyyy, ni yg part susah ni. segan. hakhak.

tapi x kesah la. belajar.

keje okay. stakat ni xde lagi dapat customer yang menyusahkan or complain2. alhamdulillah. yelah dah ari2 cakap ngan lemah lembut gemalai tambah plak ngan wajah manis senyuman berseri takkan laa customer nak marah2 kot? haha. bajet sungguh. tapi better laa layan semua ngan baik kan. walaupun xde komisyen or extra pay ke ape tapi tanggungjawab gak laa tuh mewujudkan hubungan baik ngan customer. cey, budak bisnes weh. agaga.

aritu dapat customer husband n wife. mesra sangat. hubby die cam sengal2 sket, funny lah kan. wife die cam manje2 camtuh. means, cakap lembut je even die geram je ngan hubby die maen rebut2 pen time nak tulis order. asyik gelak je la tgk gelagat dorang. akak tu sweet sangat. tutup aurat lengkap n hubby die pon nampak muka bersih je. anak dah sorang. pas dorang tinggalkan booth aku pon still bergurau senda ketawa. bahagia kan? :)

aku keje ari2 masuk kul 2.30-7.00 sampai laa hujung bulan ni. yang best tuh tak yah opening n closing laa. kire x perlu laa aku nak terjengket2 bukak/tutup pintu kedai. pastu xde laa terkial2 nak susun sticker. datang just jage booth pastu wat keje2 printing. kire org yang dapat shift tengah cam aku ni keje banyak sket laa kadang2. tapi seronok. kalau tak termenung je laa aku kat situ. haduii. tapi skang dah mule tensi ngan sorang hamba Allah ni. jujur, tak suka orang berlagak2 ni. berlagak kaye, berlagak pandai, berlagak terer yadda yadda padahal tak lebih daripada tahap orang biasa. lepas tu menyusahkan orang lain. cam hamba Allah ni, die selalu opening so die laa yang bertanggungjawab susun barang2 ngan baik n kemas. yang jage semua perempuan weh. tapi susun sticker punye laa bersepah2. main suke suki je letak mane2 dan. lepas tu menyusahkan orang shift seterusnye nak cari sticker. balik nak punctual datang nak lambat. kadang2 tu tgh settlekan order customer pon ley tetibe campak kat aku. mane laa tahu job die cane. then kalo silap ke ape cane? aku lak bertanggungjawab? responsible laa sket. bos aku dah selalu sangat dah membebel2 pasal die. amik order stamp x tulis detail betol2 pastu menyusahkan nak kene call customer. selalu sebab die kene tuka order. ni aku nak handle keje ni seminggu tatau laa cane. mau kene sound gak kang minah ni.

pastu satu advantage keje kat sini, duit sales yang kitorang pegang tuh ley jadik advance ngan tolak duit gaji. cam kire desperate nak gune duit ke, ley laa amik dulu duit sales, then hujung bulan nanti tolak je laa ngan gaji. keje ni kene amanah sket la. sebab kadang2 kalau sales banyak ratus2 gak ah pegang cash. biasanya duit tuh bagi kat kak ayu bile die datang x pon bank in je. aku bukan nak kate ape la..tapi cane kalo asyik advance je sampai melebihi duit gaji yg sepatutnya? tuh da kire hutang tuh. nak kate gune untuk duit makan, shopping boleh plak. tatau la. eksyen cam kaye sangat. boring i you.

oh entri ni title broadband seminggu? haha. kak ayu bagi aku broadband kedai pegang seminggu coz nanti aku yang kene email order2 tuh sumer. so broadband ni aku yang jage sorang n aku boleh bawak balik. online free seminggu beb :)

Rabu, 31 Disember 2008

Ceritera Dua Kosong Kosong Lapan

JANUARI

Sememangnya meninggalkan kenangan yg cukup manis untuk aku. 26 Januari yg terindah dlm sejarah hidup. Aku, Nadia, Nur, Ili, Shaza, Hana n Hazim melakar kenangan di Genting Highlands theme park ms birthday aku yg ke-19. Tak lupa juga Tira & Andy yg join tp terpisah sebelum sm2 menjejak kaki ke Genting. Genting yg enjoy. Genting yg penuh memori. Tak mungkin aku lupekan jeritan ketakutan Nadia masa naik Pirate Ship. Larian Marathon Nur masa dikejar clown. Haha. Jgn mara kawan :). A moment we talked, laughed, taking pictures. Sweet sangat!!


"Terima Kaseh. Terima kaseh. Terima kaseh."

Januari juga mengeratkan hubungan kami 8 beradik. Nur, Anis, Ili, Aku, Hana, Nadia, Dina sama sama merancang surprise party untuk Shaza masa birthday dia yg ke-20. Perancangan yg agak susah direncanakan sebab Shaza selalu datang bilik. dan juga dengan pelbagai idea utk menjadikan surprise itu betul betul menjadi kenyataan. Finally, we did it! Wakaf kat Tasik Shah Alam menjadi korban utk kami meraikan Shaza yg sememangnya tak sangka akan akan ada kejutan seumpama itu. so meriah. so happening. hopefully, kenangan itu juga menjadi yg terindah buat Shaza sepanjang 2008.


"Happy 20th Birthday, Dearest Shaza"

FEBRUARI

Gathering 3rd batch hostel SMKSP di Berjaya Times Square juga adalah kenangan yg cukup indah untuk kami setelah hampir 3 tahun x bersua muka. Especially aku yg suka bg alasan busy. Heheh. Ramai jugak yg dtg walaupun sebenarnya saje saje ajak jumpa. Main bowling kat Ampang Bowl. And aku antara orang yg tercorot dlm game tuh. Yeay yeay..I dun like boling. Alasan? Tangan saya yang punya jari pendek ni rasa bola mana mana pon berat. lagipon saya main macam buang duit je sebab bola saya cintakan longkang. That's why I don't play bowling..after dat kami g makan kat food court. dan masa tuh barulah terasa kemeriahan berjumpa. borak borak. taking pictures. as usual camera aku menjadi bahan penting. haha. x sangka plak aku sorang je yg bawak kamera. mentang mentang laa hangpa semua da pakai handphone canggih canggih, kamera pon jadi lupa bawak yer. haha. thanks a lot buddies. lepas balik gathering tuh rasa nak nangis pulak. bila lah lagi dapat jumpe korang lagi. sad. sad.


"the last shot"


candid, we are so happily laughed ryte?


"the gathering cake"

Aha..bulan ini jugak menyaksikan perselisihan faham aku ngan one of my best buddies, Nadia. Persengketaan yg tidak menggunakan kata kata. Hanya diam dan saling tidak mahu memandang. Egoistik. Dan akhirnya pertelingkahan ini berjaya diselesaikan masa awal intersesi, sekitar bulan lima kalau aku x silap. itupun dengan bantuan Hana. Hana selalu ajak aku datang bilik. Suro aku borak borak ngan dia. Aku pulak masa tuh rasa segan je sebab Hana and Nadia rumate. Sampai laa one day Hana ajak aku, Nadia n beberapa kawan lain sama sama pegi pasa malam. Bermula dari situ, persahabatan aku n Nadia kembali jernih. Yadda Yadda.

MAC

Awal bulan ini..aku dikejutkan dengan satu masalah besar yg ditimbulkan oleh ex bf best buddy aku. Rencana yg mampu menjatuhkan maruah dan mencemar duli seorang perempuan. Ikutkan hati mahu jugak aku tikam tikam lelaki itu x pon carik carik muka dia sebab berani sungguh ugut best buddy aku. lagi membuatkan aku gentar bila lelaki itu beritahu yang dia kenal abang aku sebab satu sekolah. wahh menggelupur itik aku cerita perihal lelaki itu terus kepada abang aku. Tak sanggup aku kalau aku pula yg difitnah dia. Maklumlah, aku pernah je gaduh ngan dia sampai dia kata nak datang Shah Alam sebab nak jumpa aku-satu satunya perempuan yang berani cabar dia. Ala last last die x dtg pon. Penat aku je menggelabah cuak. haha.

APRIL


Bulan exam kalau x silap aku. Exam yg menentukan layak ke tidak aku melangkah kaki ke degree untuk semester july 2008 nanti. Oh bulan ini juga ulang tahun pemergian arwah emak ke rahmatullah, 19 April 2003 yg lalu. dah 5 tahun mak pergi. isk isk isk. dan disebabkan malam itu aku agak sedih n emosional..aku mendapat perhatian yang sangat aku hargai...ketika itu aku ditemani sms sms dari ema, eddy, aizuddin imran, berry n ewang. ade yg menyentuh topic berkenaan arwah mak n condition aku tp aku lebih senang msg dgn eddy masa tuh. sebab kami bercerita tentang luar topic. bercakap ttg apa aku dah x igt tp bukan pasal arwah mak. din pon sama. thanks buddies :)

MEI

Cuti. Huh..makin susah pulak aku nak igt peristiwa peristiwa yg berlaku. urm kalau x silap bulan ini lah bermulanya intersesi. Aku rumate dgn Ili. Nur n Anis plak sebilik. Sebelah bilik aku je. Dina rumate ngan Shaza n Hana plak rumate ngan Nadia. Mase ni pon happening gak. Kawan ngan Nur, Anis n Ili memang meriah. Ade je bahan utk diborakkan, diusikkan. Kenangan..sweet sangat. Disebabkan kami berempat agak close mase tuh..ade plak panggilan tertentu utk kami. Anis sebagai Kak Long, Nur sbg Kak Ngah, Ili sbg Kak Chik n semestinya aku sbg adik yg bongsu. heheh. Xde sgt bende menarik yg blaku rasenye. Oh mase ni aku Class D kot...ke C? ntah. aku pon ingat ingat lupa. yang aku ingat aku classmate ngan Gee, Ema, Tira, Zirin dll. Asal habes class je Gee, Ema n aku laa org paling first kluar. Wajib! Ntah apa yg dikejar sangat pon aku tatau. haha.

Lupa, bulan Mei bulan sejarah untuk warga Fast Track Accountancy Batch July 2006. Kami adakan dinner di Hotel Quality, boleh jalan kaki dari Sacc Mall. Jujur, dinner ni best untuk org yg menganjurkan, yg dikenali, yg dpt makan banyak, yg photographer amik gamba dorg time pose cantik ensem, yg dpt anugerah, dan yg seangkatan dengannya. For me, I hate everything about dinner. Sorry kalau ada yang terasa.

JUN

Result untuk final sem diploma aku akhirnya diumumkan. Masa dpt result aku diam je. Aku x cerita pada siapa siapa. Bila jumpa kawan kawan, tengok mata mereka da bengkak bengkak menangis, aku masih diam. Pura pura macam aku x tengok lagi result aku. Jujur, aku susah sangat nak berterus terang. Akhirnya setelah semua desak desak suro aku tengok result, akhirnya aku mengaku. Failed 3 subject. Yadda yadda. Aku seorang je yg x nanges. Still diam macam biasa. Bila balik bilik malam tuh rasa sedih, kecewa mula merajai hati. setelah agak lama aku pendam kekecewaan tuh barulah aku lepaskan tangisan dalam kegelapan malam. kebetulan, rumate aku xde mase tuh. so line clear laa kalau nak nanges kuat kuat pon. Aku tahu result aku masa maghrib. dan aku simpan je rasa tuh sampai masa aku nak tido. Sumpah, sakit gila!

Mase bulan ni jugak diadakan farewell party untuk Zirin. Katenya, x continue study for degree. Nak keja dah. N geng aku plak masa ni berhadapan dengan konflik yg agak rumit. Misunderstanding. Haih. Malam tu jugak menjadi sejarah untuk aku n Dina. We're open tonight. Agak suspen pada mulanya. Kami berjumpa di hujung tangga blok mana ntah. Selepas sesi soal jawab dan jujur menjawab..akhirnya kami sama sama minta maaf dan menangis. Seday sangat rasa time tuh. dan macam biasa untuk aku yg semakin susah mengalirkan mata di hadapan manusia, aku hanya mampu bergenang air mata je. Ahaha. Sesi open ni aku rasa x sampai sejam pon tp kami berteleku kat tangga tuh hampir 3 pagi! Thats nothing to say, aku percaya Dina. Thats all. Habis bual bicara ngan Dina, aku sambung plak ngan geng aku yang lain. As a conclusion, malam itu kami semua menangis. Dan aku mengalirkan air mata ketika lampu dipadamkan, aku balut badan dengan selimut sampai tutup seluruh wajah, akhirnya aku teresak esak juga sekali lagi dalam kegelapan malam.

JULAI


Sem baru bermula. Aku tidak lagi bersama dengan kawan kawan masa aku mula mula menjejakkan kaki ke UiTM Malaysia ini. Mereka dah melangkah ke dunia sarjana muda perakaunan yang lebih mencabar. Cuma aku bersama beberapa orang teman yang ketinggalan dalam menyempurnakan diploma fast track yang menyesakkan jiwa. Mula mula melangkah masuk ke kelas junior punyalah malu. Kelas pertama aku adalah audit. Audit yang tak pernah mudah. Tapi aku bersyukur sebab aku dapat lecturer yang bagi aku sangat best n bagus. PM Zuraidah Mohd Sanusi. She's sporting, suke wat klaka dan x pernah didik kami bahawa audit itu mudah. Ahaha. The other two subjects pon dapat lecturer yang bagus. Pn Noor Aishah Anan untuk Law n Pn Norli Ab Talib untuk Investment.

Permulaan sem sangat merumitkan. Aku jadi rendah diri dengan kawan kawan yang pernah seangkatan dengan aku. Seboleh mungkin aku mengelak dari terserempak dengan mereka. Seboleh mungkin aku mengelak untuk memulakan bicara. Mereka x pernah pula pandang hina or sinis pada aku yang dah tertinggal ni tapi riak simpati mereka lebih membuatkan aku sedih. Asal jumpa je tanya kelas macam mana? lecturer ok? study ok? oh oh oh soalan soalan lazim itu sangat lah membuatkan aku rasa ada jurang antara aku dan mereka. kan lebih baik bercerita tentang sesuatu yang diluar topik itu. xpon kalau bertanya biarlah hanya sekali. tapi x ape, sy tahu kamu semua ambil berat kan? terima kasih.

Dan disebabkan pelbagai rasa negatif ini, akhirnya aku sendiri yang membina tembok antara aku dan kawan kawan satu batch. aku rasa aku x hipokrit ketika ini. semua orang nampak yang aku sentiasa mengelak dan lebih banyak diam bila diajak berbual.

OGOS


Ogos pula menyaksikan perselisihan faham antara aku dan Gee tentang cerita masa lalu. Terkejut cicak aku masa dapat msg dia yang tiba tiba berbaur marah. Tanpa sebarang sebab, tanpa apa apa permulaan tiba tiba aku dituduh menghasut seseorang supaya berhati hati dengan Gee. Aku tak ingat aku pernah cakap macam itu. Mungkin pernah. Mungkin ketika itu aku marah. Mungkin kerana aku tak puas ati. dan mungkin juga aku saja nak bergurau lantas terkeluar kata kata itu. Malam itu jugak aku settlekan dengan Gee. Alhamdulillah, setelah masing masing berkata benar (mungkin) aku dan Gee kembali berkawan seperti biasa. Jujur di sini, aku rasa terhina bila aku diperlakukan begitu. Mana mana pun orang suka mengata, mengumpat. Aku tahu jugak apa yang orang pernah cakap pasal aku, tapi xde la pulak aku nak serang. Lagi membuatkan aku sedih, malam sebelum
aku menerima msg dr Gee, aku baru je merana sebab kamera aku rosak kerana terjatuh. Kamera tuh hang yang membuatkan aku fikir tamatnya riwayat kamera kesayangan aku. Mau tak menangis aku malam tuh. Siap hentak hentak barang lagi sebab terlalu marah. Aku tak salahkan Gee, cuma aku rasa terkilan kerana timbulnya cerita tentang itu. Mengapa? Sebab tak puas hatikah dengan tindakan aku yang tiba tiba pulang awal? yang tidak mahu berkata apa apa ketika majlis berlangsung? atau sebab layanan aku yang dingin ketika itu? untuk orang miskin macam aku, harga sebuah kamera digital yang dihadiahkan ketika ulang tahun kelahiran aku tidak ada galang gantinya. Thats why I am so sad n terus menangis di khalayak ramai!

Ok. Enough. Dah macam emo plak. Urm kalau x silap bulan ni jugak bermulanya al kisah aku dengan Persatuan Mesra Masyarakat (PERMATA). Aku sertai bersama Ema, Ja n Nadia. Mulanya agak kekok juga sebab selama ni aku hanya kenal student Accounting je n ada laa beberapa orang dari FSG n FKM. Tapi da lama lama ok juga. Program pertama aku bersama PERMATA, Warna Warni Malaysiaku sempena sambutan Kemerdekaan yang ke-51. Aku jadi
biro publisiti bersama Nadia, Iffah n Qila. Sumpah, penat. Pegi Pusat Islam, HEP, Seksyen 2, Kolej Anggerik, FSPU, DC yadda yadda. Memang amatlah penat tp pengalamannya tak mungkin aku lupa. Sayangnya bila program ini dianjurkan aku tidak turut serta. Aku berada di kampung ketika itu kerana keluarga aku mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah mak.

Bulan ini juga aku mendapat berita dari Abang Fadh yang Kak Ika (Rusyka Hana) telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalan raya. Innalillah wa Inna Ilahi Rojiun. Sungguh aku tak percaya bahawa hilang sudah seorang Rusyka Hana yang ceria, salah seorang kawan yang agak rapat ketika aku bekerja dulu. Al-Fatihah.

SEPTEMBER

Sekali lagi gathering untuk 3rd Batch Hostel SMKSP. Tapi lebih kepada gals. Ala tak ramai mana pun. Masa ni Fara da nak fly. Saje kua ramai ramai jumpa borak. Yang datang masa tuh Hana, Aku, Shanad, Fat, Nazirah, Farah, Izzanis, Ein and adik Ein. Gather kat Pizza Hut KLCC, buka puasa together. Paling kenangan, aku belikan kek untuk Fara n Shanad. Shanad, untuk birthday dia n Fara sebagai tanda farewell. Then, staff kat Pizza Hut tu raikan bersama sama kami. Dorang nyanyikan lagu birthday. So so happening! Haa masa ni Ema n Nadia temankan aku tapi dorang gedik tamao makan sama sama jadi dorang berdua duaan buka puasa kat KFC. Huhu. Anyway, thanks to all yang melakar tarikh 6 September 2008 sebagai kenangan manis buat kita semua yang meraikannya :) termasuk juga untuk Cik Ema n Cik Nadia yang tanpa jemu menemani daku. Eceyh :p


"Our last gathering together before Fara fly to UK"

Haa masa bulan ni 2 kali aku wat surprise kat Pizza Hut KLCC. Second time is for my beloved sis. Surprise for her birthday. Semua siblings aku ade termasuk bakal sis-in-law aka girlfriend Alang aku. Hoho. N since that bile makan kat sana je aku mesti cari sorang pekerja nama Dafi. Hoho, kalau awak awak pegi sana sampaikan salam saya kat Abang Dafi ye. Ekeke. Dia nampak biasa je tp saya suka. Lalala.

20 September pula sekali lagi aku menyertai program anjuran PERMATA. Kali ini diberi nama Tautan Ukhwah Permata yang diadakan di Rumah Orang Orang Tua, Kuang, Selangor. Kali ini aku memegang amanah sebagai Biro Program bersama Sarah di mana aku rasa aku lah biro paling x guna dan tidak menyumbang apa apa melainkan sentiasa hadir tiap kali ada meeting. Di sini juga aku sempat mengenali seorang nenek yang kami panggilnya Mak Lang. Uniknya, Mak Lang hanya mahu bercakap dengan aku je. Ketika aku mula mula datang dan kebetulan lalu depan katil dia, Mak Lang terus menunjuk ke arah aku dan mencium aku berkali kali. Pelik!
Tapi aku biarkan sahaja. Mungkin raut wajah aku mengingatkan dia pada seseorang. Aku hanya mampu senyum dan cuba berbual bual dengan dia. Tapi Mak Lang lebih suka menatap wajahku yang ayu ni (ayat tambahan..hikhik) sambil terus mencium seluruh wajah aku. Mak Lang kate kan aku lawa, comey. Adoyai. Malu saya tau. Sebenarnya Mak Lang ni ada penyakit Alzheimer. Dah nyanyuk pon. Tapi Mak Long (tuan rumah) kata, Mak Lang memang penyayang. Cuma peliknya masa tu Mak Lang tak pulak aku nampak borak borak ngan orang lain. Ntah laa. Cuma aku harap Mak Lang diberi kesihatan yang baik dan teruskan kehidupan dengan hati yang tabah. Sedih tengok atuk atuk nenek nenek yang tinggal kat situ. Mereka cuba senyum walaupun dalam hati aku tahu semestinya mereka sedih menjalani ibadah puasa tanpa anak anak di sisi...

OKTOBER

Raya yang paling menyedihkan dalam sejarah hidup. Buat pertama kalinya dalam hidup aku meluahkan apa yang aku rasa terhadap abah. Dan semenjak itu aku terus takut balik rumah. Haha. Sampai lah su
dahnya kakak beritahu abah berpindah rumah barulah aku berani melangkah pulang. Abah tak marah pun. Tak ungkit apa apa pun. Aku je yang suke menggelabah kamben. Dan rasanya hubungan aku n abah pun bertambah baik kot selepas itu. Terkesankah dengan luahan hati seorang anak?

Rasanya bulan ni takde bende sangat kot. Dah nak final pon. First paper aku law, 29 Oktober. I'm struggling like a dog masa jawab soalan law. tak cukup masa pon. ada 1 soalan 15 markah aku x sempat nak goreng apa apa n ada 1 soalan 30@40 markah yang aku x sempat siapkan. Huhu

NOVEMBER


Bulan ni agak tertekan sebab still dalam mood final exam. Abes je final weekend tuh aku terus g jalan jalan kat Melaka dengan sis aku. Sebenarnya, aku temankan dia menjalani kursus di sana. Pendek kata, aku jalan sorang sorang la. Masa di sana aku banyak berhubung dengan Wan n Zirin sebab dorg je kawan aku dari Melaka. Hari pertama aku bersama kakak melawat Taman Mini Malaysia. Hari kedua, aku membuang masa di
Melaka Mall kot name pasaraya tuh. Sangat bosan. Aku asyik ulang alik je dari Jusco n Melaka Mall. Last last aku tgk Igor. Wayang paling membuangkan masa yang pernah aku tengok. Haih. Esoknya pulak aku kua ngan Zirin pegi Bandar Hilir. Sempat laa aku g A Famosa, Bukit St. Paul, Istana Melaka dan shopping shopping complex yang ade di persekitaran dataran Pahlawan tuh. Tu je rasanya tempat yang aku sempat pegi kot.


A Famosa. Huduh sungguh rupaku ketika ini...


Istana Melaka yang dah dijadikan Muzium


"Taman Mini Malaysia, Rumah Kutai PERAK"

Ha masa aku kat Melaka family aku dikejutkan dengan berita yang abang sulung aku dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Mujurlah tiada apa apa. And aku x sempat pon nak melawat dia sebab bila aku balik KL dah kua hospital pon siap lepak lepak kat Johor lagi main ngan anak dia. Sabau je lah aku. Neway, Alhamdulillah sebab Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Abang.

DISEMBER

Bulan paling stressed sepanjang tahun. Tiga minggu pertama aku dibebani dengan masalah harga diri dan maruah seorang perempuan. aku sangat stressed sebab hari hari aku dengar kata kata yang macam mulia dari lelaki lelaki itu dan perempuan perempuan ini. Sampai pening aku. Jujur, aku x pernah berhadapan dengan masalah ini. Ketidaksucian. Aku rasa bingung bila sang lelaki dengan mudah berkata tentang perkara itu, dan yang perempuan pula mengaku. Tapi masih mengulang perbuatan yang sama. Masa ini juga aku mula tahu apa itu Pekida, Double 7. Dunia underground. Dunia penipuan lelaki dan perempuan. Dan aku tak sabar sabar nak keluar dari belenggu ini sebab sememangnya bukan masalah aku tapi aku pulak yang terbeban kerananya.

Minggu keempat, aku menjejakkan kaki ke Negeri Jelapang Padi. Lama sangat dah aku x pegi Kedah. Kali terakhir mungkin ketika arwah Mak Nyah kembali ke rahmatullah, 6 tahun yang lalu. Di Kedah, aku menempek di rumah Ema. Sempat lah kami jalan jalan di Pekan Rabu, Muzium Negeri, Muzium Padi dan Kuala Kedah. Sempat jugak tolong Ema bakar ikan kat umah dia. Menarek ^^, agak lama aku stay kat sana..lebih kurang 7 hari dan 1 hari aku habiskan bersama kakak. 25 Disember kakak bawak aku jalan jalan ke Langkawi. Seronok. Tapi amatlah letih. Macam macam tempat jugak kami pergi like Galeria Perdana, Pasir Hitam, Makam Mahsuri, Pusat Kraf Malaysia, Pekan Kuah yadda yadda. Shopping coklat. best! Beli barang2 kamera, beg, amik gambar. All best! Naik feri, naik cabel car. Fuhh, syok! even penin penin sket. heheh. Hurmmm..Kedah meninggalkan kenangan manis yang x mungkin di lupa!


"Curik curik amik gambar. hoho"


With beloved Ema, "Menara Alor Setar"


"Muzium Negeri Kedah"

Finally, the hot story is coming. Yang aku rasa ramai orang tertanya tanya. Aku telah ditawarkan oleh UiTM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan bagi sessi Dis-Apr 2009 di UiTM Shah Alam. Aku sepatutnya mendaftarkan diri di DSB pada 27 hb yang lalu. The truth is, aku langsung x datang untuk mendaftarkan diri. Thats why I'm still here at home :)


Itu sahaja ceritera 2008.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca :)

Selasa, 18 November 2008

Bye Bye Diploma In Accountancy..I Can't Wait For My Degree :)

yeap! I just finished my diploma courses..15th nov ritu..hepinye..n hopefully layak lah kan aku melangkah ke degree next sem..huee..n a lot of things happened since aku extent 1 sem in diploma neyh..ok..aku sepatotnye blom dikire extent okey coz aku finish diploma mase semester 5..cume bg budak fast track mcm aku ni more than part 4 dikire extent laa..caiss.


ok..talk about exam..aku amik 3 paper...waduhh banyak jugak seyh!! malunye nak bgtau! haha :p
urmm aku amik law346-introduction to partnership & company, maf380-investment analysis n aud390-auditing. tiga paper yg sangat susah n killer. n kalo x standard mcm tuh xde laa ramai yg fail termasuk aku kan? lalala. lecturer sem ni mmg best esp law. mmg rs sayang je nak lepaskan law even before this aku sangat ANTI law. ok, to be honest, i HATE reading. sbb aku membaca sgt lambat n teliti words by words. stupid kan? so antara 3 subject yg aku amik ni..law n audit is full reading. bosan. bosan. bosan. n even sampai amik exam pon i'm not fully understand what it is auditing? haha. see? amik 2 kali pon still t-a-d-a-p-a-h-a-m. n please audit! jgn rosakkan result aku nnt ye. i've struggle for you. huhu


hurmm..kalo xde aral untuk aku melangkah ke degree ni..insyaAllah 28 dis ni bermula laa satu episod baru lg dalam life aku. n kali ni bersama dgn kawan2 baru jugak. n I'm still not decide which class i'll going to. maybe class D sebab da kenal ramai jugak kat kelas tuh even xde omong omong kosong dgn dorg. haih..x kesah laaa.yg penting hopefully dpt lecturer ok. heheh.


by the way, aku takot jugak senanye nak masok degree ni even da excited gile nak tinggalkan dip. yelah..mcm susah je. masuk2 je da part 4. aku dengar maf410, far 400 mcm susa bangat je. haiyohh sape laa nak jadi lecturer tambahan aku neyh?? angkat tangan. heheh. tapi tapi aku x sabar oh nak amik third language. maybe....JAPANESE LANGUAGE. ngeee..gediks kan. aku takot amik mandarin since aku neyh kureng cerdik so kalo amik mandarin macam lagi menyesakkan kepala hotak je. arab pon bagus jugak. tapi tapi aku da pena amik arab n x minat pon. huhu. tapi kalo amik arab lagi maybe x susa sgt kot...tapi lagi skali..i really love JAPANESE!!! ahh x kire laa..nak amik jepun gak. past year questions jepun pon aku da ade taw. hoho. mangat gile kan?? kan??


n mcm biase laa..bile masuk new sem..ade laa semangat baru..azam baru..tapi tapi x pikir lg..kalo pk pon xnak bgtau :p


neway, a BIG CONGRATULATIONS bwat kawan2 yg akan g konvokesyen 30 NOV 08. kan best kalo kite dpt grad same2 :)


Satu

ok..this is not my first blog..urmm aku sendiri kurang pasti yg ni blog aku yg ke berape ntah (haha) sebabnye..aku mmg suke tuka2 blog..tuka2 url..sampai aku sendiri lupe..tp kali ni hope tak lah kan..coz skang ni aku da bwat due blog active..satu private n satu lg public. yeah..this blog is for public! :)

aku pon takde idea sangat nak ckp pasal ape..dats why name blog ni omong kosong. heh. n skang ni aku br je stat cuti. so pandai2 laa aku cr bahan nak menyemakkan blog aku ni. haha

n to anyone..tahniah sebab berjaya jumpe blog ini :p