Alhamdulillah. Dah masuk minggu kedua nak bertukar ke minggu ketiga dah saya berpraktikal di bank. Segalanya baik dan mudah mudahan baik hingga ke akhir pertemuan. Sebenarnya dah banyak kali dah nak update blog tapi tak pernah siap tu yang kepam banyak banyak sampai dah 10 hari kerja. Ngeee Dan sepanjang 10 hari ni jugak, dah macam macam peristiwa berlalu. Manis, kelakar, gelabah, tension, takut, gembira yadda yadda. Tatau nak mulakan yang mana satu. Hehe. *nape ayat macam gedik semacam je ni? adoiii*
Okay lah, let’s start with the first day. Hari menggelabah sedunia sebab salah tengok tarikh praktikal tu kan. 4 JUN nampak 4 JUL. Ntah macam mane la saya melihat kan? Sampai tak tido dibuatnya malam nak praktikal tu. Haha. Sengal sungguh. Pagi pagi masa nak pergi kerja tu saya dah pakai lawa lawa dah. Saya pakai baju kurung warna pink sebab saya rasa saya cantik dengan warna tu. *ayat gedik sekali lagi* Jadi dengan rasa yang pura pura confident saya pun melangkah masuk ke bangunan megah bank tersebut ditemani seorang staff yang sudah saya kenali sebelum ini, kak Farid dan tanpa sedikit pun saya ceritakan kesengalan saya itu kepada beliau. Saya hanya mampu senyum pada setiap orang yang saya jumpa, bersalaman dan memperkenalkan nama. Dalam hati saya dah fikir kalau lah saya betul betul salah pasal tarikh tu dan dapat pulak malu lepas saya dah dok berkenalan dengan staff2 yang ada, memang takkan saya jejak dah bangunan ni. Dan tiada usaha lain yang mampu saya lakukan selain ‘bismillahi tawakkaltu alallah’ berulang ulang kali. Syukur Alhamdulillah, ketika hari saya melapor diri pengurus cawangan tidak ada. Jadi segala urusan saya diuruskan oleh Pn Emy, penolong pengurus cawangan. Itu pun dah cukup buat saya ketaq lutut. Tapi dengan rasa keyakinan bahawa ini satu ujian, saya gagahkan diri untuk bertenang dan ceritakan apa yang berlaku. Mujur, tiada apa yang menakutkan berlaku. Pn Emy dengan baik hatinya setelah mendengar kesilapan yang berlaku terus menghantar email kepada HQ untuk memaklumkan ralat di surat tawaran saya. Dan seterusnya saya diterima untuk berpraktikal di bank rakyat selama 20 minggu! Alhamdulillah
Dan hari hari yang seterusnya berjalan lancar. Minggu pertama yang paling manis. Saya ditempatkan di Unit Dokumentasi selama 6 minggu bersama Kak Ya, Kak Siti, En Zaharin & En Wan Zul. Ketua unit saya adalah En Zaharin dan beliaulah yang memperkenalkan saya dengan semua staff pada hari pertama saya berpraktikal. Dan melalui beliaulah saya diberi briefing tentang transaction & contract yang digunakan di sini. Melalui Kak Ya & Kak Siti pula saya belajar banyak perkara tentang apa sebenarnya kerja di bahagian dokumentasi ini. Ya. Rumit sampai ke langit rasanya. Minggu pertama memang berjalan lancar mungkin sebab info yang diberi kepada saya tidak terlalu banyak dan hasil kerja saya masih ditapis Kak Ya sebelum dihantar kepada En Zaharin untuk semakan kedua. Tapi masuk minggu kedua ini, kepercayaan sudah diletakkan di bahu saya dan kesilapan demi kesilapan sudah mula menunjukkan wajah. Mereka mendidik dengan baik, menegur juga dengan cara yang baik. Mereka memuji untuk kemajuan, dan mereka memperbetulkan kesilapan juga untuk kemajuan. Kemajuan diri saya, dan juga kemajuan organisasi. Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya saya agak memprotes di dalam hati sebab saya ditempatkan di sini kerana kekurangan staff, saya akhirnya mampu berfikir ini adalah stage pertama yang terbaik buat saya. Walaupun saya melangkah satu step (sepatutnya saya bermula di unit pembiayaan, kemudian dokumentasi, lepas tu operasi dan akhirnya susulan) tapi apa yang boleh saya katakan di sini, menjadi ahli ‘dokumentasi’ buat saya tersedar bila saya di unit ‘pembiayaan’ nanti jangan lah sekali saya susahkan mereka seperti apa yang berlaku sekarang. Aminn.
Bekerja di sini, suasananya boleh dikatakan meriah. Mungkin kerana lelaki lebih ramai dari staff wanita. Dan minggu pertama juga saya rasa macam nak pengsan kene ngorat. *ayat gedik kali ketiga* ayat2 encik lelaki ini masyaAllah manis sungguh! Bila saya buat air kemain pujinya. Tak pernah tak habis air yang saya buat. Sampai saya rasa malas nak bancuh air. Haha. Bila saya senyum kemain pujinya. Manis la, lawa la. Okay dah. Tetibe terasa geli nak cerita yang lain lain. Haha. In short, saya selesa bekerja di sini. Kalau staff2 lelaki lebih lebih sangat kak Ya & kak Siti akan back up saya. Heee. Staff2 wanita pun baik2 semua. Walaupun tak semua ramah dengan saya dan saya pun tak lah ramah dengan semua orang tapi rasanya perhubungan sesama staff agak baik di sini. Rasa tak puas hati yadda yadda tu normal lah kan tapi rasanya sebab semuanya telah matang, hal seperti itu tidak menjadi sesuatu yang serius. Syukur. Bos aka pengurus cawangan baik orangnya, mementingkan hal agama. Di sini, setiap pagi akan ada morning briefing dan sebelum dimulakan kami akan membaca doa beramai ramai. Dan setelah selesai briefing, kami akan bersalaman sesama kami. Mungkin kerana formula yang mudah ini, ketenangan itu dirasai. Muzik juga peneman kami di kala waktu kerja dan Alhamdulillah, muzik yang selalu dimainkan itu adalah ayat ayat suci alQuran. Walaupun kadang kadang disusuli lagu lagu jiwang tahun 1990an. Aduhaiii.
Supervisor saya adalah seorang lelaki, En Aizat namanya. Dan kami berkenalan pada hari kedua saya berpraktikal. Orangnya macam biasa, BAIK tapi beliau agak sedikit ganas & otai. Hoho. Hari hari kami bergaduh dan hari hari kami melawan cakap. Tapi dia banyak menolong saya disebalik suka membuli. Adoii. Tatau lah nak describe macam mana encik supervisor ni haa. Tugasan saya, dia yang menjadualkan. Tapi sehingga kini belum ada lagi kerja saya di bawah pengawasan beliau. Oh encik supervisor panggil saya kak long. Jarang sekali saya dengar dia sebut nama saya. Tapi kalau dia lupa memang nak kene sekeh laju laju lah kan. Dan minuman kegemaran beliau adalah nescafe. Itu sangatlah ketara. Tapi masalahnya, orang2 yang kerja satu level dengan kami, kebanyakkannya allergic nescafe. Dah tu takkan saya nak bancuh nescafe khas untuk dia sorang je. Amboii. Kat sini dorang demand air macam2. Haha. Pernah sekali ketua unit pembiayaan suggest kat saya kalau tak faham boleh tanya kat abg Ijat (most orang kat sini bahasakan diri beliau kepada saya dengan panggilan abg Ijat) dan saya terus laju menjawab, “en aizat ni garang” dan terus blah. Tahu beliau balas apa kat saya? KFC snack plate 1 set for lunch! Terdiam terus saya. Walaupun dia belanja untuk semua orang sekali tapi untuk saya, saya sorang je dapat 1 set. Dan dia sendiri siap letak atas meja saya sebab tahu saya mesti segan punye nak join kaum lelaki makan sekali sebab tinggal saya sorang je perempuan kat situ. Oh kejadian ini berlaku di ofis sebab ada sekali tu saya tak keluar makan. Saya sebenarnya nak keluar tapi nak pegi lambat sikit tapi tetibe rezeki saya datang dari beliau pulak. Heee. Alhamdulillah. terima kasih encik supervisor
Selama saya di sini, saya amalkan sikap berkawan dengan semua. Saya datang alone, tanpa student praktikal yang lain. Apa kerja yang mereka bagi, saya terima & belajar melaluinya. Saya anggap ini semua satu proses pembelajaran dan saya gembira menerimanya. Kalau dulu saya tak boleh nak makan sorang sorang, tapi kini Alhamdulillah saya mampu bergerak sendiri walaupun mereka pulak yang rasa kesian tengok saya sorang2. ehehe. Saya jarang bercakap dengan lelaki in real life tapi sekarang saya harus melaluinya. Pegawai pegawai atasan saya semuanya lelaki, dan di level saya sahaja ada 12 orang staff termasuk bos dan 10 daripadanya adalah lelaki. Ia sememangnya agak janggal untuk saya. Tapi bak kata encik boss, anggaplah ini semua cabaran dan jadikan setiap cabaran sebagai satu peluang dan selesaikan cabaran dengan alternatif2 yang pelbagai. Errr..tapi bukan lah peluang nak mengorat pulak ye…Hahaha. Apa kesukaran yang saya alami disini, saya akan cepat cepat tabahkan hati. Ada masanya saya juga ada rasa tekanan disebalik kegembiraan, kesusahan disebalik kesenangan. Saya bekerja di situ, tiada meja untuk saya. Saya hanya menumpang sedikit ruang di meja Kak Ya, untuk memudahkan kerja kerja di unit dokumentasi. Saya hanya duduk di atas kerusi plastik yang comel, tiada kerusi empuk yang selesa atas faktor tidak muat untuk diletakkan di ruang yang sempit itu.
meja & kerusi comel saya. hee
Untuk tiga minggu yang pertama ini, saya tiada kenderaan untuk ke pejabat kerana sepupu saya diberi cuti akibat keguguran sejak minggu pertama saya. Ya, salah satu sebab saya berpraktikal di situ kerana adanya sepupu saya. Walaupun kami tidak berada di unit dan level yang sama. Maka, buat masa ini saya menumpang mana2 staff yang sudi dan kebiasaannya kak Farid. Terima kasih kak. Mudah2an Allah murahkan rezeki akak sekeluarga. Tapi minggu depan kak Farid takde maka saya perlu menumpang kak Jun untuk pergi kerja. Balik pun macam tu jugak. Kadang2 kak Ya tumpangkan saya. Heee. Malu tahu? Menyusahkan ramai orang. Saya tiada teman nak bercerita, saya tiada teman nak borak. Dan syukur, saya ada Syira di sisi. Pada dia saya ceritakan setiap hari peristiwa di tempat kerja. Haha. Terima kasih sahabatku! Tapi paling sedih, saya tiada duit nak beli barang selain digunakan untuk makan. Haha.
Tak mengapalah. Mana ada perjalanan hidup yang segalanya lancar. Ye dak? Minggu depan saya ditugaskan untuk menjadi emcee sepanjang minggu bagi morning briefing. Tatau lah macam mana. Sejak dua menjak ni saya agak malas nak rasa cuak & gelabah. Kalau rasa pun kejap je. Kite tengok je lah ye macam mana nanti.
Doakan saya. Mudah2an 20 minggu berpraktikal ini adalah suatu perjalanan yang manis dalam hidup saya. InsyaAllah. Aminn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan