It’s 3.27 am already and I still not yet sleep. Masuk tidur awal gila dah rasanya, jam 1030 malam tadi. Tatau dah aku nak cakap camne. Sepanjang hari ni sakit jantung & sakit perut aku jadinya. Huhuhuhuhuhu.
Tau tak aku salah tengok tarikh praktikal?
Dan aku baru sedar kesilapan tu jam 1030 pagi tadi. Memang, aku sakit jantung bila tengok tarikh kat surat tawaran tu 4 JUN 2011. 4 JUN. Bukan 4 JULAI seperti yang ku sangkakan selama ni. Ya Allah, bayangkan lah aku da tengok surat tu berulang kali tapi aku langsung tak boleh nak sedar yang tarikh tu tak seperti yang aku apply masa aku hantar application kat bank. Aku sepatutnya mulakan praktikal on 4 JULAI 2011 sampai 18 November 2011. Tapi kat surat tu tertulis 4 JUN 2011 sampai 8 November 2011. Bayangkan tarikh mula & tarikh tamat pun salah! Dan aku tak sedar!! Oh adakah aku gile ketika menerima tawaran tersebut?
Haih. Aku rasa otak aku tak center time tu. Aku dapat call yang permohonan aku berjaya sebelum exam final ritu. Dan aku rasa aku tak silap dengar pun yang tarikh praktikal aku start 4 Julai. Lepas tu aku dapat surat tawaran masa tengah exam. Mungkin sebab aku dah nampak nombor 4 dan 8 maka otak aku tak dapat nak beza yang bulan tu dah salah. Atau mungkin kalau kat surat tu tertulis 4 Ogos aku dapat bezakan sebab Ogos & Julai huruf sangat tak sama. JUN. JUL. hah. sekali pandang memang careless macam aku. Lepas tu bank asyik push2 suruh reply surat penerimaan atau penolakan secepat mungkin dan mungkin disebabkan itu otak aku tak berjaya mengesan kesilapan yang amat jelas dihadapan mata. Tambahan pula, tempoh latihan praktikal tu tertera 4 bulan. Sama macam yang aku mohon. Tapi kalau start on Jun & habis on November, sah sah la aku praktikal 5 bulan. Ye dak? Pastu check2 kalendar balik 4 Jun 2011 tu hari Sabtu. So mungkin terdapat ralat di sinikan. Masalahnye, it’s exactly a month ago & aku langsung tak sedar untuk maklumkan kepada pihak bank! Okay, aku rasa nak gile jap. Dan bank pun langsung tak call tanye nape aku tak datang melapor diri. Huwaaa kijam tak?
Lagi satu masalah yang menambah rumit, aku dah buat confirmation letter dari UiTM dan kat surat tu pon same, start 4 Jun 2011-8 November 2011. Adakah akak opis tu mengalami kekaburan yang sama dengan aku sebab die pun takde tanye pasal tarikh tu? Lagipun aku ni antara yang awal jugak dapat penempatan latihan praktikal so mungkin lah kot surat aku ade orang berminat nak baca dengan teliti sikit? Aku orang kedua dapat bank dalam course aku. Wei sumpah tak paham nape aku jadi camni. Dugaan apakah ini?
*Nanges laju laju*
Tapi aku nak admit, dari mula aku dapat surat tawaran tu aku rasa semacam. Aku ada rasa macam lain sikit tapi memang sampai sudah aku tak dapat kesan. Dan surat tu pulak elok je ade atas katil selama cuti ni sampailah aku simpan dalam drawer. Dan ia disimpan kemas bersama bahan2 praktikal yang lain dalam satu fail. Tapi langsung, Tuhan tidak membuka hatiku untuk menyedari kesilapan itu.
Tatau lah esok ni camne. Gagah je la pegi opis dan explain ape yang berlaku. Btw, aku dah buat confirmation ngan pegawai yang bertugas yang handle permohonan aku ni, kata dia dalam sistem aku start 4 Julai. Mungkin terdapat ralat di surat tawaran. Mudah2an Allah mudahkan urusan ku esok. Cuak, menggelabah, nebes yadda yadda jangan tanye.
Ya Allah, ku yakini apa yang berlaku ini adalah ujian darimu berdasarkan sifat & sikap diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kekhilafanku, dosa2 ku dan permudahkan lah urusan ku esok. SesungguhNya hanya Engkaulah Yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik kejadian ini. Ya Allah, jangan kau lemahkan aku setelah kau beri aku kekuatan. Aminn.
2 ulasan:
all the best bestie. i'm praying for you. inshaAllah everything will turn out fine (: ameen.
gud luck eza :) its ok sebab bank pun tulis 4july kan :)
Catat Ulasan