Aku bodoh?
Dah nak jam 5 pagi tapi kepala dah risau gila. Baru je kebah dari demam & sakit kepala yang kritikal tapi nampak gaya nak rebah balik je ni? Allah.
Tak tahu lah tuah ke malang. Nak pengsan dah rasa menggoogle dari jam 2 pagi tadi.
Cerita aku ni sama je macam cerita blogger lain. Tapi takpe lah, aku ulang cerita.
Hari ni aku shopping barang dapur kat Giant Batu Caves. Ye. Memang sengaja dinyatakan dimana lokasinya. Dah habis shopping aku ajak la kawan aku makan. Memandang kan skarang kesihatan aku agak merudum jatuhnya maka haruslah rasanya aku berhati hati dengan tidak menskip makan sebelum ditempeleng oleh ahli keluarga yang terdekat mahupun jauh. Huhu. Dan ada satu spot dekat Giant memang aku menyampah gila nak lalu. Serius menyampah. Sebab kat situ berderet deret salesman. Tapi disebabkan nak pegi makan punya pasal terpaksalah lalu. Mungkin takdir. Hurm.
Aku ditahan oleh seorang salesman. Ikut hati memang nak blah je. Tapi entah lah kenapa macam cerita blogger lain aku boleh lah pulak rasa nak mendengar. Dia datang kat aku dengan bertanya, “akak dah dapat RECYCLE BAG ni? haa bila akak dah shopping kat giant akak layak untuk dapat hadiah percuma minyak masak dari kami bla bla bla.” Alah takat minyak masak tu aku tak heran sangat la. Lepas tu dia mintak aku jawab survey. Jawab je la. Ingatkan dah settle dah. Tak jugak. Cakap bla bla bla bagai pap! dapat voucher RM50. Oh lupe ni company jual barang elektrik. Excellent Homestyle. Aku google memang tak jumpa. Lepas tu bila dah dapat voucher tu then kat dalam tu ada menang pulak lagi free gift. Entah macam mana aku boleh terbertuah sangat ni, aku dapat 2 free gift – vacuum & induction cooker worth dalam RM 6000++. Hurm. Aku balik google semua orang dapat benda sama. Tapi part yang tak boleh blah semua salesman kat situ terkejut bagai nak rak tengok aku dapat hadiah sampai 2 bende. Sebab kalau ikutkan memang tak boleh sebabnya ikut term & condition barang free gift tak boleh lebih dari RM4000 tapi aku dapat RM6000. Memang melampau la kan? Aku tak juling sangat tengok harga tu tapi tengok barang dorang macam best sesangat je. Dalam hati memang ada la rasa teruja. Ohohoho. Orang semangat nak kawen kannn. Opsss!
So dorang punye lah tak puas hati dengan hadiah aku yang sangat best tuh maka dorang pun call lah penaja. Hurm. Barang tu jenama Kitchen Queen. Brand from Italy. Lepas tu penaja tu pon nak jugak cakap dengan aku. Siap mintak no serial lagi pastu nak confirm balik dalam 1 minit lagi. Kawan aku dah buat muka boring tak percaya tapi aku nak gak tabah hati dengar. Tak paham betol. Patot bawak boyfriend. Mesti kena lecture time tu jugak. Ahaha. *masalahnya boyfriend pon xde. okay. diam* Then orang tu plak bagitahu memang betullah voucher tu valid sebab ada 20 keping je voucher macam tu. Haih. Bodoh betul rasanye bila fikir balik. Tahu tak bila aku google semua orang dapat ayat yang sama? Semua orang jadi 20 orang yang bertuah. Ahaha. *gile kejap. kene tipu ke tak ni? adoii*
Tapi aku sebenarnya tak lah excited sangat nak jadi 20 orang tu tapi macam best je kot barang2 dia. Adehhh. Tapi nak dapatkan free gift tuh for sure lah nak kena beli barang dia kan. Dan barang dia pon paling murah RM 2998. Tambah 2 ringgit jadilah 3 ribu. Murahhhh ke? So dorang pun tanya apa barang yang aku suka. *dorangg tak tanya pun barang apa yang aku nak beli…taktikkkk* So aku pon dengan jari berinai tu tunjuk lah mixer. Well, masih cinta baking kan. Harga dia RM 3698. Cantik ok. Tapi lepas tu aku tukar nak microwave oven pulak. Harga sama. Dan barang yang aku pilih ni yang paling mahal. Tak beragak pulak kan pilihan aku…..
Tapi aku tanak beli pon. Wei. Mane mampu kot. Agak2 la praktikal pon dapat elaun seratus ade hati plak aih nak beli barang elektrik harga 3 ribu. pergh. karut gila aku ni. Mula mula aku dah berjaya dah tolak walaupun encik manager siap datang tolong hasut suruh beli. Lorh. Aku tak suke lah merepek2 berhutang bagai ni. Encik manager punye kecewa aku habiskan air liur nak dekat segelas terus memblahkan diri apabila aku dengan tegasnya menolak untuk membeli. tapi salesman kat situ tanak jugak patah hati. Dorang kesian sangat kat aku punye pasal dorang bagi aku book dulu barang tu dengan bayar deposit seratus. dan aku boleh hold nak bayar balik semua tu sampai bila bila. sampai bila bila. ok? tapi barang aku tak dapat lagi sebab aku bayar harga book je. if aku bayar at least seribu, baru dapat 1 barang. cukup 3 ribu berapa ratus tah baru lah dapat bawak balik ketiga tiga barang itu – microwave oven, vacuum & induction cooker. Tapi dia punya barang aku dah macam yakin je high quality. tapi tatau lah kan. tak penah membeli. huhu. oh pasal boleh reserve tu pon dialami oleh orang orang lain juge. Ekeke. Same je pengalaman aku ni? Huwaaaa. Kena tipu ke aku ni? Tapi rasa cam marketing strategy je ni. Haih. susah hati.
Tapi yang buat aku lebih susah hati sebab ni. Masa tengah dorang dok mengayat suruh membeli tu, aku ade cucuk duit kat machine yang macam kite cucuk mase mula mula nak confirm password tuu..then dari situ dorang check baki duit aku layak ke tak nak beli barang dorang wei. Eh tak ke gile duit pinjaman baru masuk lepas tu nak lesap macam tu je kat barang elektrik yang macam lah aku nak gune sangat. tsk. tsk. Dan masa dorang check tu dengan selambanya dorang dah deduct duit aku lima ratus. LIMA RATUS OKAY! aku mase tuh terus muka dah pucat ni kejadah sesuke ati sedut duit aku ni? aku pon dengan agresifnya berkata,”saya tak kata pun nak beli?kenapa tetibe nak deduct duit saya?” dalam hati paham2 sendiri la. dah sayu gile sebak jangan tanya. mau kena lempang laju2 dengan ahli keluarga kalau dorang tahu. then setelah berjaya mengkonfirmkan tak mahu so dorang cucuk kad aku lagi sekali dan buat ‘void sale’. harap2 kembali la 500 tu balik kan. tapi aku tak check pon lagi baki. Alahai risau gile. risauuuuuuuuu. jangan lah wei tetibe celik2 pagi esok pegi atm tengok2 duit dah lesap. sebab mula2 dorang dah mintak aku bayar half price dalam RM1600. Ah memang tak lah kan. Tapi lesap gak lah duit aku seratus sebab booking. Tapi boleh ke dorang sesuke ati nak sedut duit aku? UUUU..aku keje bank pon tatau wei!
Tapi aku nak lah barang barang dia. Wahh confident tak aku? Tapi aku tanak dorang amik duit aku sekarang! dorang kate leh bayar bila dah kerja nanti. Huwaaaa. *pening*
Tak sabar nak check duit kat atm pagi pagi esok. Sasau & risau okay. Boleh ke duit kat atm tu disedut? EEE saspen!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan