بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 13 Ogos 2012

I Wish :')

Puan Ema yang dikasihi Ilahi, jangan pula awak terasa hati membaca entri saya ini. Peace, no war! <3

Black Tulip Flapover Purse. Debenhams.

Masalahnya kat Debenhams. Dan lebih masalah sebab Debenhams tu kat United Kingdom. 

Lama dah jumpa purse ni. Dan masa jumpa tu mampu telan air liur berkali kali je la. Telan air liur tak batal puasa kan. Maunya tak, harga dah £20.00. Kalau convert seratus lelebih la gak kan. Semata mata tulip nak spent banyak tu? Bazir sangat kau ni Jahhh.

So lama lama terasa lupa. Tapi dah siap bookmark dah pun kat impian dalam diam. Cehhhh 87 kali. Dan tiba tiba rasa nak tengok balik masa saja saja stalk barisan bookmark yang sikit punya banyak tu dan mendapati harga dah drop jadi £16.00 dan kalau convert lebih kurang RM78.00. *jatuh rahang bawah* Murahh dah ke Jahhh?

Aii dengan kualiti & design yang sungguh menggoda, dan lebih menggoda sebab ada tulip, lagi menggoda sebab kombinasi pink & hitam, pulak tu tulip yang berwarna pink (walaupun lebih chenta tulip putih..hehehe),   memang tak payah nak fikir panjang sangat, *sambil terus berdiri tegak* terus berteriak kuat kuat dalam hati, oh pleaseeee jadilah engkau milik ku wahai  Black Tulip Flapover Purse. Sobbbs. 

Tapi agak macam tak berapa nak tercapai lah impian dalam diam ni kan. *Telan air liur lagi*


Dan dan kenapa sanggup jugak nak spent, sanggup jugak nak beli if ada boleh la nak beli (hoiii kalau international postage je dah at least £7.00..memang duduk bersimpuh la nak membayarnyeeee) sebab, nak guna duit hasil bekerja :')

Eheh macam duit tu berkepok kepok tak penah guna pulak je gayanya?

Sebab dulu sebelum kerja, selalu fikir first gaji nak beli apa. Tatau la kenapa rasa semangat di situ. Memang lah dah gaji berkali kali dan dah menghabiskan duit pun berkali kali, tapi I want this, really, for me :'). 

Dan I have no other reason, I just want to own this purse. Really want it. 

Tapi lihat lah apa Debenhams cakap kat saya. T_____T

So, anyone live there? And going to back to Malaysia soon? Mari lah tolong belikan untuk sayeeeee =D

3 ulasan:

it's about Me and You berkata...

hampir setiap entry mesti terselit nama ema, ko obses kat ema ke hape. ema, hati-hati!!HOHO.

Izah, nanti aku tolong usha kat pasar malam okay purse macam tu.ko tak boleh nak membazir sangat, simpan duet nak g umrah tahun depan.

cik tulip berkata...

hoiiii...ape ekau merepek ni budakk kecittt...cissss

oho aku masih menyimpan ye untuk umrah tapi nak pegi tahun depan rasannya tak mampu lagi. gaji aku seribu kurang dari ko ye jajah.

kalau ada kat pasar malam & sebijik camni memang aku gasak je. wajib beli.

emarashida berkata...

sori sesangat makcik izzah. peace!