بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 22 November 2012

Berjanjilah

Berjanjilah,

Walau apa yang berlaku,
Kita masih akan selalu memandang langit dengan pandangan yang sama.

Berjanjilah,
Walau apa pun yang akan terjadi,
Kita masih akan mendongak ke langit dengan rasa lapang didada.

Berjanjilah,
Bahawa walau sekuat mana kita diduga,
Tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya DIA “kenapa”..

Berjanjilah,
Bahawa,
Walau hujan dan petir akan tetap membuat langit kelam,
Kita masih juga akan tetap percaya,
Bahawa mendung akan akhirnya pergi, dan langit akan kembali biru,
Seperti suatu masa dahulu.

Berjanjilah,
Bahawa,
Walau apa pun yang terjadi,
Kita akan sentiasa optimis dan percaya,
Bahawa semuanya akan akhirnya nanti baik-baik sahaja.

Berjanjilah,
Untuk tidak akan melihat langit dengan pandangan mata berkaca,
Mempersoal takdir dan bertanya mengapa,
Lantas berputus asa.

Berjanjilah,
Untuk tetap mendongak ke langit dengan harapan dan doa.
Tersenyum, dan percaya bahawa DIA sangat tahu apa yang sedang dilakukan-NYA.

#Janji pada diri.

via seorang insan.


Tiada ulasan: