بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rabu, 23 Februari 2011

Hidup Yang Sibuk

Jangan tengok hidup aku dari kaca mata facebook. Itu boleh dikatakan bahagian positif dalam diri aku. Hidup yang dilalui sekarang, banyak yang susah dari yang senang, banyak yang kecewa dari yang gembira, banyak yang sakit dari yang sihat, yadda yadda. Saje malas nak tunjuk. Annoying. Takpe. Ujian je semua ni kan? o_O

Pasal jari aku, terima kasih untuk yang bertanya. Alhamdulillah keadaan dia kadang2 okay, kadang2 menggelupas jugak. Cuma dah tak teruk la. Maybe sebab merajinkan diri bubuh krim, losyen bagai yang geli2 tu, lama2 jari ni dah okay sikit. Gatal2 pun dah kurang. Alhamdulillah.

Hidup bahagia je tapi kerja banyak sesangat. Haha. Boleh tak nak cakap aku sedih? Hari ni nak berhenti sejenak menjadi positif.

Semester ni prestasi aku jatuh sikit. Bukan sikit, banyak kot. Tu yang agak pressure. Rasa cam takde masa nak bergurau senda tak kira masa. Minta maaflah bagi yang terasa. Ada sesuatu dalam diri aku yang hilang. Dan belum dapat make sure lagi apakah itu. Masih tercari-cari.

Tapi satu yang aku mungkin jumpa, mungkin sebab aku tersentap kot. Aha. Entah lahh labuu. Dari first semester degree lagi aku memang agresif. Mungkin tak nampak di mata kasar sebab aku ni jenis diam je, suara pun dengar2 tak dengar bila bercakap. Nerd. Serius tak tipu. Tapi aku agresif dari segi buat kerja kot. Aku tak boleh kalau submit assignment yang aku rasa macam cikai2 je hasil kerja. Grammar salah, vocab salah, ejaan tak betul, aku tak suka. So dari dulu lagi aku selalu jadi tukang compile assignment betulkan apa2 yang patut. Pendek kata, nak bagi lecturer tengok student dia buat kerja sungguh2 walaupun mungkin hakikatnya malam nak hantar assignment baru terkedek2 nak pergi print.

Jadi mungkin disebabkan sikap ini, menjadikan aku sebagai leader dalam group work. Aku laa yang paling alert, nak kena buat apa, bila nak submit, arrange kerja yadda yadda. Semuanya boleh dikatakan smooth je sampai la last semester. Takdelah semua kerja aku lead, just macam aku ni penggerak la kepada sesuatu assignment. One of the reason, selain dari sikap aku sendiri, sebab aku ni gelabah, lambat paham soalan so kalau buat kerja last2 minute memang sawan la aku. Macam yang tengah dilalui sekarang -_-

Haih, tersentapkah aku? Aku bukan jenis makan dalam pun. Takde lah nak pegi psycho2 balik orang2 yang pernah sakitkan hati aku. Take revenge ke ape. Memang tu jauh menyimpang la dari diri aku. Tapi apa yang berlaku sekarang, menunjukkan macam aku tersentap. Haih. Menyesal pernah tahu.

Last semester, ade interpersonal conflict sikit dalam group aku. Bendanya settle tak settle senyap macam tuh je la. Tapi effectnya kat aku, aku jadi terlebih berhati2. Mungkin aku jadi takut, atau mungkin sebenarnya aku ni jenis yang suka beralah. Haih. *mengeluh lagi* Aku ade gtau kan, aku nye sikap agresif tu camne, then groupmate aku tersentap lak dengan cara aku sampai dia pena cakap kat the other mate yang lepas ni dia takkan dengar dah cakap aku, n dia akan pastikan lepas ni dia yang lead. Fine. It's not my choice to be a leader. Ya. Aku memang tersentap pun dengan statement itu. Sebab apa yang aku buat selama ni bukan sebab nak show off konon2 aku buat kerja hebat gila ke ape, it's for the sake of group assignment. Kate nak assessment mark tinggi, serius, boleh kata setiap semester most subject yang kitorang amik carry mark memang tinggi2, just depends kat final exam boleh perform more better atau tak je.

Dan semester ini, mungkin kerana kesentapan itu, aku dah tak agresif. Dah jadi diam balik macam zaman diploma dulu. Dah tak alert. Selalu tak ingat assignment2 yang bersusun. Buat2 jugak tapi tak serakus dulu. Dulu, sebok tanya itu ini. Make a date bila patut siapkan assignment itu ini, ajak discuss kat library, paksa groupmate stay for the sake of nak markah tinggi assignment dengan buat muka serius 'jangan bantah' dan macam2 lagi la. Tapi sekarang? Nothing. Nothing. Tak patut kan aku buat macam ni? Aku bukan tak sedar, sedar. Tapi rasa tak gembira la jugak nak buat kerja kalau mate aku sentap rupe2nya dengan aku...kerja dah la susah, kalau nak layan sentap2 ni memang tak jalan laaa...sekarang ni assignment buat je. sampai due date menggelabah macam nak sawan siapkan gila2. sebelum ni group aku tak pernah rasa macam ni. at least malam before nak submit tuh dah siap print, dah boleh senyum lega. lagi 2,3 hari before submission, dah sebok compile, betulkan balik apa2 yang kureng, tapi sekarang, 'aku hambik je keje kau, okay tak okay lantak je laa'...wuuu x seronok. aku bukan pandai sangat nak score gila2 time final nanti :(

Susah hati. Semangat aku macam hilang. Mungkin sebab kerja terlalu banyak kitorang tak dapat nak siapkan awal tapi, aih I know something going wrong in my teammate. Tak salah meluahkan apa yang kita tak puas hati, sebab mana lah ada semua perkara kita terima dengan hati terbuka. Kan? Tapi untuk kebaikan semua pihak, adalah lebih baik kita jadikan rasa tak puas hati tu kepada perbincangan kot. Capai kata sepakat. Dan aku pun tatau la camne nak settlekan ni. Sebab aku tahu ni pun dari orang lain, so memang tak best la. Nak tanya dia? Adoiii. Mungkin bagi dia, dah settle. Sebab dia dah tunjukkan apa yang dia tak suka, tak puas hati. Tapi aku dengan mate lagi sorang camne? Obvious gila dua2 sentap tapi malas nak cakap je.

Penat jadi positif walaupun hati rasa gembira. Sebab kadang2 bila tengok diri sendiri macam positif je manjang rasa macam hipokrit plak. Haha.

Dan disebabkan masalah 'jiwa' aku ni, dah banyak kali gak la aku cam terkena 'pop' test. Means, esok nak test malam tu baru aku tahu. Sawan okay. Sawan. Test 1 confirm2 dah marks macam budak tak pernah belajar.

Izzah, find yourself back!!



Dah lah. tanak tulis panjang. Ni pon dah cam sebak. thanks baca. Kalau sudi, komen. Tak sudi takpe. Hari ni tulipchantek jadi manusia biasa yang lemah.

5 ulasan:

nurulnh berkata...

go for it izzah! jgn digusarkan org keliling, nnt kita x kan ke mana..go go chaiyok! :)

plg penting, hadapi dgn senyuman! :))) *senyum kamben pun x pe* hehehe

viorviolet berkata...

BE STRONG!!

it's about Me and You berkata...

aku rasa takder group esaimen yang takder masalah.mesti ada konflik nyerr..bak kata nadia, hadapi dengan senyuman kambeng. rilekk r, next sem dah praktikal.mesti ko rindunyerr zaman2 siapkan esaimen ni

it's about Me and You berkata...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Tulip Chantek berkata...

thanks sayang :)

btw ja, aku mmg tingat ko masa aku face bende ni. huwaaaaaaaaa :'(