بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 29 Oktober 2009

Saya Pelajar Fakulti Kejuruteraan ^^,

Tipu je.

Tapi fac engine ala ala fac aku lah gak bila time time final exam cam skang ni. hari hari g engine skang. terasa gak la macam banyak ilmu masuk dalam kepala tapi letey badan tuh bile da tetiap hari g bley tahan gak la. ni skang da rasa letey gila sampai macam blur je. adoyai.

hari tuh merasa gak la stay up kat engine sampai 6 pagi ngan jah n yah. tp tido lebey tekun dari study la.

hari ni paper qmt. not bad. macam gembira gak lah jawab. agak smooth cuma stuck kat 2 soklan tuh. kalo salah sumer ilang la 20 marks aku oi T_T

oh tadi masa nak tulis fac apa kat ketas soklan tetiba rasa macam sebak. i'm not an accounting student anymore...

hari ni gembira. ada kenangan yang manis >.<>

Jumaat, 23 Oktober 2009

Minggu Ini Minggu Terakhir Semester Ini

Semalam kelas terakhir PD..dan bila dengar kata kata terakhir lec, rasa macam sedih laa juga. baru sedar yang sem ni da berakhir. Next sem jumpa lec lain plak, classmates lain, subjek lain yg confirm confirm makin susa punya.
One thing yang kurang bila wat degree ni, aku xde class yg betol2 aku permanent. subjek ni kelas lain, subjek tu kelas lain. classmates pon bersepah sepah sampai tak ingat dia ni, dia tuh classmates tang mana. kadang kadang macam seday jugak selalu tak alert ngan class, fac etc. tp nak wat cane..da jadual memang tak sama. ade subjek part 1, 2 and 3. so sah sah laa tak sama dengan mereka mereka yg ikut normal path kan. Heh. Takde ape la.
Aku tak sempat salam salam ngan cik mashitah sebab aku tak pegi pon kelas last die. padan muka aku. lepas tu menyesal. warkkk. masa last kelas ngan pn aini ritu pon cam seday jugak. aku suka sangat sensei ni. hopefully dapat jumpa dia lagi walaupun assessment mark aku rendah je. 32. arghhhhh. tp dalam semua paper yg aku amik sem ni, aku paling suka qmt. slack, lec ajar tara paham. haih. susa ati betol.
Final exam lagi 6 hari je oi. Cuak cuak jugak. Study study jugak. Tapi faham n mampu tak apply tuh tatau la kan. Doakan aku weh T_T
Semoga korang korang semua pon success jugak final exam nanti k. Mintak mintak kita semua tak keras tangan laa nak tulis jawapan yang macam panjang panjang tuh kan. Otak pon hope tak beku lah dalam aircond. Heheh
Gambatte kudasai!!!

Khamis, 22 Oktober 2009

Congrats On Your Convocation, buddies :)

Pegi konvo dak2 fsg ari ni. Sebenarnya berniat tanak pegi. Tatau lah kenapa. Agaknya sebab major kawan kawan aku yang konvo rini semuanya lelaki, macam segan lah jugak. Haha. Poyo tak ayat tuh?
Din tetiba sms aku dalam kul 10 pg. Masa tuh aku baru je bukak buku nak study. Die sms,
"aku konvo"
oh my! aku sangat lupa. then aku paham lah kan da die msg tuh takkan laa aku just nak wish congrats je. so dengan segala gelabah nya, sms kawan kawan yang ade, ajak g konvo sekali. hehe.
Aku sampai 1 jam lepas dorang da kua dewan. Nasib lah din ade lagi kat foyer. Konon konon g sana nak jumpa Din n Eddy. Din jumpa lah. Siap gambar2 lagi tp Eddy, haram. Kenapa ntah asyik terhalang je nak jumpa beliau ni. Frust jugak lah tak dapat tengok dia pakai jubah. Hurmm.
Pastu jalan jalan kat foyer, sempat jugak lah jumpa kawan kawan lain yg konvo jugak. Dan sempat aje amik2 gamba. Da laa guna kamera pinjam, pastu wat cam harta sendirik plaks. Adeyh.
So here the list of them, CONGRATS FOR YOUR CONVOCATION!!!!
:: aizuddin ahmad imran ::
:: nurul redzuan mansor ::
:: nur farhana yusoff ::
:: shida aka redzuan's gf ::
:: wan mohd faidhi wan azeland ::
semoga korang korang semua akan terus success dalam idop k :D

Jumaat, 16 Oktober 2009

mahu pergi dan lupa kan semua

sudah lelah dengan semua ini. sudah puas untuk lara.

maaf untuk segalanya

menyesal kenal kamu.

Ahad, 11 Oktober 2009

Doa Buat Bonda Yang Tercinta...

Ya Allah,
hari ini aku berdoa buat ibuku yang tercinta
ibu yang telah melahirkan dan mendewasakan aku
ibu yang telah banyak berkorban dalam menjadikan aku seorang manusia yang sempurna
yang mungkin datang dari keturunannya
namun lebih tepat datang dari kesungguhan dan kesabarannya dalam mendidikku
yang selalu melakukan yang terbaik, dengan penuh kecintaan
dalam melenturkan sikap sikap buruk yang ada dalam diriku.

Ya Allah,
rahmati ibuku
untuk waktu waktu yang telah dia korbankan
dan juga tenaga yang telah dia laburkan untuk anak seperti aku
yang pastinya tidak mampu untuk aku hitungkan.
Rahmati ibuku untuk segala pengorbanannya buatku
yang selalu dia korbankan untuk mencapai impiannya
hanya kerana mahu aku dapat menggenggam mimpiku.
Rahmati ibuku yang tidak pernah gagal berada di sampingku setiap saat aku perlukannya,
setiap saat aku perlukan keselesaan, galakan, atau hanya sekadar pelukan mesra.
Rahmati ibuku yang telah menyediakan tempat tinggal buatku
di mana aku berasa teduh di situ, aku merasa aman dan juga aku merasa ada nya asal usulku.

Yang paling utama, Ya Allah,
rahmati ibuku untuk cintanya yang tidak punya sempadan terhadapku
yang selalu mencintaiku walau dalam apa keadaan sekalipun
dan juga tanpa jemu menunjukkan rasa cintanya kepadaku
yang membuatkan aku rasa amat bernilai dan dihargai.

Ya Allah,
rahmati ibuku dengan cintaMu
anugerahkan lah rumah yang indah buat ibuku di alam sana
sepertimana yang telah dia anugerahkan buatku
tempatkan lah dia di taman Syurga yang bahagia
sepertimana aku selalu merasa bahagia di samping dia
dan lindungilah dia dari seksa api neraka dengan cintaMu
serta mandikan lah dia selalu dengan rahmatMu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
terlalu banyak pengorbanannya untuk ku kira,
terlalu mulia cintanya untuk aku nyatakan

Dan sesungguhnya Ya Allah,
aku mencintai ibuku, aku mengkagumi ibuku, aku menghormati ibuku,
dan aku selalu berharap agar Engkau kembalikan dia padaku...

kesah spageti :)

hari ni aku n ja g umah ema. semata nak masak spaghetti. plan da lama. tapi after 2 weeks baru ade masa nak masak. yelah. masak spageti je da 2 jam. haha

xde la menarek mana pun cuma nak bagitahu macam best sangat kerjasama masak masak kat dapo. wahaaa. x pena pena pon laa nak rasa before this kan. agak lama gak la nak masak since semua cam x pro agy kan. aiseh. then siap wat 'meatball' lagi weh. x ley blah. idea aku tuh. ngeh3. tp x lah sehebat pizza hut ke ape kan tapi yang penting housemates ema cam suka lah kan 'meatball' aku tuh. haha

pastu air plaks wat laici susu. sumpah la sedap gile. ja buat. hoho. boleh dah la nak kawen pasni :p

mood xde lah skang nak bebel panjang2. isk. tuh je la nak btau. gembira dapat spent masa dengan sahabat sahabat. oh nadia xde sebab dia pose :)

bye.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Second Evaluation Have Done!!! :))

Sangat gembira dan syukur.

Second Evaluation dah lega. Orang kelima present. Wohoooo. Dan yang paling suka, most of them love my slides. Dan ade sorang buddy tuh bitau, she amazed seeing my slides. Suka3x.

Yelah. The first evaluation was sucks la kate kan. So need to revenge on the second presentation lah kan. Haha.

Madam said, "your topic is interesting, your slides is good but u didn't make it fun because u didn't move"

ape ape je lah. yang penting dah lepas. lega ^^,

oh paling best, i am the only yg present betol2 tepat 8 minit. Good time management ryte? haha

p/s: kedukaan minggu ni macam dah pergi. Alhamdulillah :)

Khamis, 8 Oktober 2009

Gamat :)

Hari ni, first time dalam hidup, g tengok teater. GAMAT.

Haha. Macam x percaya je oh. Macam x penah teringin pon nak g tengok teater. Tapi ade keinginan nak tengok orkestra. Boleh tak macam tuh?

Teater Gamat best. Tak rugi tengok. Dan pas tengok teater tuh terus rasa tingin nak tengok teater lagi. Haha. Gila lah.

Aku suka Udang Galah. Kakak Gamat comey. Gamat lagi la comey. Pastu cam teruja gak lah tengok Amy Mastura aka Ibu Gamat n Natasya Hudson as Ikan Buntal.

Aku g ngan classmates Personal Development. Oh oh oh demi nak tengok teater ni semangat gila kot g beli baju baru. Kemeja you. Macam smart gila je rasa. Selama 3 tahun belaja ni macam x pena je pakai kemeja. Har3. Tapi ok lah kan. Pegi Istana Budaya kot. Proper la sket kan. But as usual, untuk masa masa sekarang ni, aku xde gambar g mane2 pon. Seday! :(

Tapi da view was amazing. Aku suka seni lah.

Tengah bayangkan diri sendiri hidup dalam dunia seni. Wahhh...indah :)

Sabtu, 3 Oktober 2009

Tugasan Bulan Ini

  1. 06102009 - test 2 QMT 425
  2. 07102009 - teater GAMAT, ini assignment MGT 543
  3. 08102009 - test 2 OPM 530
  4. 09102009 - evaluation 2 BEL 492 (mungkin kena)
  5. 12102009 - group presentation OPM 530
  6. 13102009 - test 3 QMT 425
  7. 14102009 - writing test BJP 401
  8. 16102009 - submit group project report OPM 530
  9. 16102009 - test 4 QMT 425
  10. 21102009 - listening test, submit group project report BJP 401

*speechless. banyak gila benda nak kene settle before FINAL EXAM weh...

Rabu, 16 September 2009

Kenangan Ramadhan

Aku baru sedar apa yang terbuku dalam hati aku sebenarnya rindu. semalam habiskan sepanjang malam borak dengan ana, cerita pasal mak dan ayah sampai dua dua menangis sebak. ana dah kehilangan ayah dan aku sebaliknya. ini raya ketujuh aku tanpa mak dan ini raya kedua ana tanpa ayah.

macam aku yang sangat rapat dengan mak, macam tu jugak lah ana dengan arwah ayah dia. dan semalam jugak baru sedar bila ana sedih selama ni bukan sebab masalah lain, tapi rindukan ayah. dan aku pon vice versa. kadang kadang rasa nak bercakap ngan seseorang yang aku rindu sangat kat arwah mak. saja nak bercerita sekadar untuk mendapatkan lega. tapi ramai orang fikir bila aku buat macam tu aku hanya mengundang kesedihan dalam diri tapi sebenarnya tak. susah nak explain.

bila bercakap dengan ana, aku tahu yang kitorang sama sama nak cerita walaupun semua tuh da tinggal kenangan. dan aku rasa lega finally aku menangis jugak sebab macam mana tabah sekali pun kita takkan dapat lupakan orang yang kita sayang tambah tambah plak kalau ada kenangan time time tertentu macam nak raya ni.

kenangan terakhir aku bersama arwah mak tahun 2002.

dan aku baru tersedar yang ramadhan terakhir bersama mak, kitorang sangat banyak buat kuih raya. sanggup x tido malam sebab nak buat kuih raya. sungguh sungguh wat almond london. mak kata mak suka sangat buat almond london dengan aku. dan jangan mimpi aku nak wat almond london dah pas mak pegi. pastu masa tuh jugak semangat wat kek coklat. mak rajin wat biskut raya. dan aku pun rajin tolong mak kat dapur. aku kan minat bakery. maybe sebab influence mak jugak kot.

ada satu malam tuh borak panjang ngan mak. x penah rasa macam tuh sebelum ni. mak cite pasal aku, kakak n siblings aku yang lain. mak cakap mak paling sayang aku. haha. macam sedih je ingat. x sedar pon masa tuh rupa rupanya raya terakhir bersama mak. tak terfikir pun tahun depannya mak dah xde. dah x dapat nak cium tangan mak pagi raya. x perasan pun rupa rupanya tahun depan tuh bila pagi raya perkara utama adalah pergi ziarah pusara mak. dan berterusan macam tuh tiap tiap tahun.

could you imagine that?

kim salam kat mak ayah ek. selamat hari raya. maaf zahir batin.

Selasa, 15 September 2009

Emosi Terganggu

1) sebab sebelum balik kames ni kene present PERSONAL DEVELOPMENT yg tak mendevelopkan personal aku pon. weh bas kul 4 present kul 2 weh. gila x rasa aku teruja nak balik camni. dah la xde idea nak wat public speaking merepek repek depan dak dak kelas. haila. malas gila aku nak settlekan menatang yang satu nih.

2) sebab lagu raya asyik berkumandang sana sini. pagi pagi naik bas dah layan lagu MUSAFIR DI AIDILFITRI. tu belom lagi layan lagu CAHAYA AIDILFITRI or AIR MATA SYAWAL. x ke sentap gila aku dengar. orang orang macam aku ni mana lah gembira layan lagu raya weh. wat sebak je ade lah. nak sambut raya pun bukan semangat pon. beli je baju baru sekadar cukup syarat. dah xde dah riang ria raya ni. dah lama dah rasa tuh hilang. sejak 7 tahun lepas.

3) sebab dah xde bende nak disibukkan melainkan study. n automatically dah jadi malas sebab keinginan untuk bercuti sangat meluap luap.

4) sebab x dapat bukak pose ngan kawan kawan. haih, perlu ke sentap? perlu. sebab pose tinggal lagi 5 hari je tp semua plan cancel. n aku kecewa. haha.

5) sebab x dapat nak luahkan apa yang aku rasa even dalam blog nih.

6) sebab aku sedang rindu banyak perkara dan aku mahu menangis tapi tak boleh.

7) sebab masih gagal beli TUDUNG COKLAT TUA untuk dipakai di pagi raya nanti. free hair je lah. buleh? kakakaka.

8) sebab annoyed bile on facebook tp masih on jugak setiap ari dan setiap kali dapat peluang.

9) sebab macam macam sebab lah.


NAK CUTI!!! CEPAT LAH KHAMIS OI!!!!!

Isnin, 14 September 2009

Selamat Hari Jadi Kakak ku Oh Sayang :)

Aha..di kesempatan bulan yang penuh barakah ini adinda bagi chance laa kat kakanda yang tercinta untuk diexpose kan kat sini...hihih..

first of all...happy birthday yg ke dot dot dot la yer kakak ku sayang...sorry laa sangat wish lambat..nasib baik x lupe tros tau...hikhik..blagak gile ramai org yg wish..naseb baek lah xde depan mata..kalo tak mau gak baling telur ngan tepung cam yg adinda kene mase besday ritu..haih x puas ati nih x dapat revenge lagi..hohoh..

aha...macam biasa lah kan...nak wish doa yang terbaik laa untuk kakak..cepat cepat lah kawin..da x sabar ni nak timang niece pulaks..asyik2 nephew je..wakaka..kecik ati haikhal n azri kalo tau maksu ckp camni..sowie..maksu sayang korang forever k anak2..thehehe

kakak nak hadiah ape ni? adoyai..duit sehengget buleh? ok laa tuh. dr bagi penampo. wahaaa..raye nnt jgn lupe eh duit raye. xde maknenye nak elak. kang nyesal x bg duit raye kat adik kesayangan. ~p

urmm xde bende dah kot nak merepek..saje curik2 mase jap update blog..kat lab ni haa..selamba je aku bukak blog.

suke ati ah~
Kadang kadang ada sesetengah perkara yang kita nak sangat tahu kita tak seharusnya tahu sebenar benarnya macam mana, dan
kadang kadang ada sesetengah perkara yang kita amat amat suka kita tak perlu tahu seluruhnya tentang itu.
sebab kadang kadang kita tak dapat terima kekurangan pada sesuatu yang kita suka.
dan kadang kadang kita rasa kecewa bila tahu yang sebenarnya tak seperti apa yang kita harapkan.
aku selalu menyesal setelah tahu apa yang aku nak tahu. haha.
lebih baik lepas ni jangan bertanya, jangan mencari.
biar je keadaan berlalu seperti biasa. sebab memang betul, realiti tuh tak selalunya gembira. hurm. terima je lah kan?

tak suka facebook~

Ahad, 13 September 2009

Jumpa abah :)

Hari ni, setelah hampir 2 bulan tak balik umah, finally aku balik jugak. semata nak bagi baju melayu abah :)

dah lama sangat rasa tak kua kl especially naik lrt. aku naik bas turun kat bangsar. jakun gile tengok tetibe da tersergam bangunan menara UOA kat situ. cam rs da tersala turun bas je. heh. punya lah lama x balik umah kan. mane la nak tahu. then beli tiket lrt, buat hal plak. x accept kad aku. cam cuak lah jugak kan. tau la aku da lama x naek tren tp jgn la wat gelabah kan. mau x panik aku jap. sebelum ni x pena plak buat hal. haih.

sampai putra, abah datang amik. macam teruja je kan jumpa abah. tapi hati berdebar debar gile nak sampai umah. last aku jumpa abah masa tuh kepala abah botak lagi. berguling je aku gelak. skang rambut abah pon da panjang balik. uban da makin banyak. isk sedih. rasa macam abah da tua...

malas lah nak cite apa jadi kat umah kan. disaster.

aku plan nak bukak pose sama sama ngan abah rini. tp plan fail. abah nak bukak pose ngan macek. hurmmm..sedih. terpaksa g mengendeng kat kak arie. bukak pose sama sama ngan abang cain n kaka. wuuu rindu gile kat lil kaka. makin comey dak tuh. geram3x.

pas maghrib..xde la maghrib sgt..da masuk isyak pon kot tyme tuh..baru gerak balik shah alam...rushing gile aku rasa..kul 10 ade meeting plaks.igtkan nak tido dalam kete tp x jadik. layan blues je aku kat belakang. igt nak borak2 ngan abah tp xde mood laa plak bile macek ade skali. nyebok je lah.

oh masa nak masuk umah td kan..baru abah tau pasal abang aku tuh. abah nak drop aku je tadi tp aku tanak kua kete. aku btau abah ritu chik pukul aku..takut nak masuk umah dah.sore dah sebak gile dah. on the spot bergenang tros air mata. gila kantoi! abah terkejot gila. terdiam abah jap. abah tanya nape..tatau nak kate ape. rasa cam sebak gile. pastu aku btau yang die halau aku dari umah. sebab tuh aku da x balik dah. abah diam je dengar. maybe nak tanye lagi tp sebab aku cam da seday sangat x jadik kot. tp abah teman la aku masuk umah. amik amik barang then trus blah. cey, cam drama je rasa. ha-ha.

xpe lah. bende dah jadi. terima je lah kan. raya nanti jumpa abah lagi. insyaAllah.

senyum je. doa banyak banyak kat Allah mintak tabah kan hati. kan?

Jumaat, 11 September 2009

110909

Malam yang sunyi. Tanpa seorang rumet pun. Memang seronok lah aku nak melayan blues sambil pasang lagu Hindustan n lagu raye. Haha. Sepi gile hati aku weh. Da lama kot tak rasa sepi macam ni. Program dengan PERMATA da habes semalam n aku tak sempat nak update blog sebab letih terlampau.

Bila kenang kenang balik rasa macam sedih pulak. Lepas ni bila buat program lagi next sem, ajk n sukarelawan maybe da x sama. Mungkin ja, abg zafri, nisa, fafmi dll terpaksa quit sebab komitmen lain. Ja da confirm confirm dah letak jawatan. Pasni xde dah buat keje sama sama ngan ja sampai lelah. Pegi jumpa orang tuh orang ni, merepek2 design untuk permata, pegi beli barang, jalan kaki jauh jauh turun naik bukit, jalan dalam hujan sampai lencun..haha (bengong lah)...xde dah nak rasa semua ni...

Dan bila diingat semula, ni la Ramadhan yang aku paling aktif berjalan di siang hari. Hampir setiap hari kot g AD. Jumpa en nik. Buat ape ntah aku pon jadi confius. Patut la semua orang kat situ cam da cam muka aku. Siap ade trade mark kot bila aku g sana. “en nik ada?“ haha. Sabar je lah. Jumpa dia pun atas urusan kerja semata kot. Pasni pun da xde da jumpa jumpa en nik. Macam da mula terasa janggal da x perlu g AD atau tanya kaba job macam mana. Sebab, aku baru pasan dari sebelum puasa lagi aku da stat rupa rupanya g jumpa en nik. Dan hari terakhir aku jumpa dia masa puasa ke sembilan belas. Wohooo hampir 3 minggu kot aku ‘berkamceng‘ ngan beliau. Dan habes je program aku da xde reason dah nape aku nak g sana. Berpeluh peluh turun naik bukit. Bawak ketas yang berat berat tuh. Pastu pasni x perlu dah perah otak nak mendesign yang sememangnya bukan bakat aku. Wakaka.

Sumpah terasa sunyi gila. Kalau tak sebelum ni busy je manjang sampai terlepas peluang nak bukak pose ngan sahabat sahabat yang lain. Sampai tak rasa cuti hujung minggu. Punya lah busy dengan kerja PERMATA dan tanggungjawab as student. So pasni hanya perlu mengadap akademik je lah. Dan harus lah perform better kan pasni. Aii xde alasan lah aku nak ponteng kelas da pasni. Wahaa...kantoi malas..isk.

Mungkin terasa sedih sebab x rasa share moment dengan ajk n sukarelawan pas abes program. Takde pon gambar barisan ‘tulang belakang‘ program ni. Dan mungkin jugak rasa terkilan sebab tak gratitude jasa en nik n en sa’aludin dalam membantu kami menjayakan program ni especially aku yang asyik menyemak je kat situ..malu la aku pasni nak jumpa dorang. Kalo x kenal xpe gak, ni nampak dari jauh pun da buleh senyum kot. Haih patut belasah luqman n nadia ni sebab ‘terlupa‘ dorang :p

Oh x cite pulak pasal program bakti ramadhan tu kan. Kene merepek lagi ni. Haha. Macam aku kate sebelum ni, tenaga kerja kitorang x ramai pun. And silap kat poster aku tak cukup info. So memang tak ramai la warga kampus yang datang menolong. Aku stay kat tapak dari pagi sampai abes program. Tak pegi kelas langsung weh. Gila sayang aku kat PERMATA. Haha. Xde lah. Aku mengantuk senanya n awal awal lagi memang da letih. Dahaga gila nak mampos kot. Da la stat keje lambat sebab bahan dapat lambat. Tapi paling sonok masa part kupas bawang kot. Masa tuh cam ramai gak la kitorang ade dalam 10++ kot. Pisau ada 2. Satu pisau potong daging n satu lagi pisau potong bawang. Aku dengan rakus terus capai pisau potong bawang. Ambik kau. Aku punye job kupas bawang besa kot seplastik besar. Dan aku tak sangka aku betul2 habiskan bawang bawang tuh sendirian berhad. Ade lah gak Ana n Najib tolong kupas gak tu pon last minute kot. Yang si Luqman tuh konon nak tolong aku kupas lah tapi buat semak je lebey. Carik carik kulit bawang pastu bersepah meja. Haih. Yang lain lain kupas bawang putih guna tangan tanpa pisau. Pastu nyusahkan aku nak basuh sebab kupas tak abes. Haha. Yang Fafmi plak suka meriahkan suasana. Ha yang menarik time tuh kitorang pasang lagu raya. Lagi laa rasa macam da duduk kat kampung je. Yelah gotong royong kupas bawang kan. Wahaa. Then Fafmi pon mula lah wat drama cam macek2 kat kampong. Bukak cite itu ini. Aku pon join je lah. Happy2 sket wat keje kan. Siap sesi mengupas, aku terus dapat title ‘ratu bawang’. Fafmi kasi. Shiott je.

Pastu sesi mencincang daging plak. Aku x join pon. Tengok n komen je. Heheh. Gpon badan da bau bawang kot time tuh. Luqman ngan gagah wat la keje tuh. Cincang macam guna pisau mainan. Tak jadi ape. Macam mana daging tuh bagi kat dia macam tuh jugak la dia campak dalam dulang. Aku pun tatau ape lah yang die hentak hentakkan guna pisau potong daging tuh. Then tuka giliran ngan aku. Saje nak test aku balik reti cincang daging ke tak. Heh. Aku lagi gagah tau. Aku buat lagi halus dari dia. Tapi kejap je la. Berat kot pisau tuh. Haha. Last last pacek catering gak yang buat. Settle.

Aku rasa start masak pas zohor dalam kul 2 gak kot. Agak lambat la dari plan. Time masak ni cam xde keje sangat so kitorang stat wat keje ‘kilang’ plak. Packaging barang nak kasi kat student. Effective gila wat keje. Lawak pun ade tengok dorang wat. Kitorang bagi buku program, bookmark,kurma n poskad palestin. Semua masuk dalam goody bag. Dalam kul 4 camtuh baru stat susun tupperware.

sesi kemuncak, pengagihan bubur lambuk stat dalam pas asar kalo x silap. Dalam 4.40 camtuh la kot. Mula mula aku wat job tutup bekas tupperware. Effective n efficient weh. Rasa cam nak sign contract keje kilang lambuk je pasni. Haha. Pastu aku tuka job packing bubur letak dalam goody bag. Ada satu tahap tuh ramai gila orang. Dok keliling kitorang. Aku ngan ja tukang masukkan bubur, nadia passing kat students. Cuak kot time tuh. Panik pon ade. Semua muka tabah gila tengok kitorang keje ngan penuh kelembutan. Haha. Da la panas nak mampos kot bekas tupperware tuh sampai aku rasa tangan aku ni da macam masuk dalam oven je. Aduyai. Tp sangat seronok bila ramai yang datang amik. Walaupun penat n kelamkabut tapi tengok kehadiran dorang yang datang amik bubur lambuk terus rasa cam semangat. Panas pun redah je. Sebab terasa dorang bagi support kat program kami. Bila dorang senyum, cakap terima kasih lagi la rasa dihargai  tapi aku tak lupa sorang mamat ni masa aku pas bubur lambuk, dia pegang tangan aku ngan selamba badak die je! Nak jugak aku baling bubur lambuk yang panas tu kat muka dia. Amek kesempatan plaks. Banyak je tempat ley pegang goody bag tuh. Tangan aku gak die nak pegang. Cit.

Edaran bubur lambuk agak cepat abes. Dalam kul 6 macam da xde je rasanya. Cam terkilan gak sebab ramai yang x dapat. Sian dorang. Da la bubur lambuk tuh sedap gila. Sumpah tak tipu. Tambah tambah plak aku antara orang yang wat persediaan bahan, lagi la sodap. Heheh. Pastu cam bese lah bukak pose sama sama plak kan pastu ngan permata. Air oren dia sedap gila. Air paling sedap sepanjang bulan pose ni. Heee. Then da dekat kul 10 gak la baru aku,ja,nadia,syamil n luqman balik bilik. Memang tak penah lah sebelum ni aku melepak lama lama kat perindu. Cam jakun gak tengok ramai gak laki kat uitm ni senanya. Hahaha.

Tapi bila da balik, da settle semua, ini lah yang aku rasa. Happy tuh mesti lah tapi seday. Sebab rasa macam tak percaya penat lelah ni da berakhir. Semua ni da jadi kenangan. Kenangan yang sangat manis. Macam tak rela 10 September 09 berlalu. Tapi keletihan tuh aku nak lah pergi. Sampai nafas pun tak teratur kot. Haih. Dan syukur sangat sangat sebab program ni berjalan lancar dan jaya tanpa ada sebarang masalah besar. Harap ukhwah kita akan lebih kukuh lepas ni walaupun mungkin pasni kita da macam lagi susa nak jumpa sebab komitmen komitmen yang lain. Isk seday gila plaks

Penat aku sepanjang bulan puasa ni berbaloi. Aku puas hati :D

And here special thanks to:

Cik siti zakirah ~ yang always willing buat keje publisiti sama sama ngan saya. Saya takkan lupakan hari yang kita basah lencun bersungguh sungguh nak anta design kat AD sampai kotor ofis en nik gara gara pakaian kita yang basah. Huhu. Awak yang paling banyak bersama saya bekerja bersama sama menjayakan program ini. Saya gembira dapat bekerjasama dengan awak. Mungkin ini peluang yang terakhir kan? Gila sedih.

Encik nik saiful ~ yang tak pernah mengeluh atau pun menolak setiap kali saya datang memberi kerja. Yang selalu menerima kehadiran kami dengan sabar dan sangat sangat banyak membantu kami. Saya takkan lupakan kesudian encik untuk datang bekerja pada hari ahad semata mata nak menyiapkan tasks yang kami bagi. Tanpa merungut, tanpa berkeluh kesah. Segala kebaikan encik hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih sangat sangat.

Encik luqman ~ yang selalu dibuli oleh saya ke sana sini. Dan juga selalu membuli saya balik dengan keje keje yang merepek untuk saya buat. Terima kasih sebab jadi pengarah program yang baik dan mesra alam. Haha

Cik nurulnadia ~ yang selalu bersusah hati dengan kerja kerja publisiti. Saya tahu awak cuba memberikan yang terbaik tapi komitmen awak sangat tinggi terhadap akademik. Terima kasih kerana menerima hasil kerja saya dengan baik. Terima kasih sebab menerima saya sebagai salah seorang barisan publisiti. Saya gembira bekerja sebagai biro publisiti, sebab itu lah peluang untuk saya pergi ke art & design. Walaupun sekadar lalu depan studio fotografi pun jadi lah.

Encik syamil
~ yang menghargai hasil kerja saya dan mempercayai saya sehingga ke hujung program. Tapi saya tanak update blog PERMATA sebab saya tak suka. Boley tak bagi alasan macam tuh? Huhu

Saya bukan siapa siapa dalam program ni. Tapi saya sangat gembira bekerjasama dengan kalian dan para ajk dan sukarelawan yang lain. Jumpa lagi pada program akan datang :)

Selasa, 8 September 2009

Jemputan Untuk Semua Warga Kampus UiTM Malaysia :)

p/s: edaran bubur lambuk akan bermula jam 5 petang ya. sape2 yg free sila laa datang either kat perindu or dataran cendekia :)


ok x design? :)

Isnin, 7 September 2009

gotong royong

Hari ini hari yang penat juga. Walaupun x sepenat semalam tapi masih berkerja keras demi persatuan tercinta. cey3...mula dah nak mempoyoskan diri. haha.

ouh ya..nak tahu...rini besday en nik...ngeh3..aku teka je sekali betol..tanya direct kat en nik sendirik plak tuh. terkejot beliau aku dapat tafsir besday die 7 sept. hohoh. selamat hari jadi, en nik. semoga tercapai segala impian dan diberkati Allah selalu :)

ok. tak bley lebey2.

hari ni, kitorang ramai2 bergotong royong prepare program utk kames ni. kitorang park kat perindu dari kul 3 sampai laa nak dekat kul 10 malam. da macam prepare nak wat hantaran pon ade. tp best jugak la. aku suka walaupun cepat bosan. haha. wat keje ape ek tadi..urmm ikat riben kat bookmark, tampal sticker, tampal poster, bungkus kurma..yadda2...urm bookmark aku design gak tp rasa cam x brape lawa je. rugi lak rasa x mintak tolong syamil je buatkan...kalo dia wat mesti smart je. jeles aku. kakakaka.

oh 'adik bongsu' yang bernama luqman tuh amat lah suka mencari pasal ngan aku. geram gile weh. berani die menggosipkan aku ngan seseorang. pastu g kecow2 kan kat sumer orang. cit3. da laa ngumpat aku belakang aku je. macam laa aku x dengar. mencabar aku nih. nanti lah kau..aku buli teruk2 nanti baru tahu. hoh. gelenya mu nih.

ok. habis da mara.

then rini merasa gak laa aku berbuka ngan ahli permata. memang ade rasa teringin gak nak berbuka reramai n tak sangka tercapai gak hasrat tuh :) most makan nasi ambeng, aku tidak lah kan. tp masa berbuka share nasi ambeng ja ngan nadia.makan bertiga. ukhwah gila. haha. ok jugak lah tp kalo makan sorang kenyang ya amat kot.

pastu da habis makan g semayang, sambung keje balik. aku mula dah nak masuk zone mengantuk. asyik menampal je. da laa luqman ngan nadia asyik gado je. rimas pale otak aku dengar. ade je benda nak diisukan. haih. dalam kul 9 camtuh baru settle kot. kemas2 sumer. aku da x larat masa tuh. cey suke suki aku je bagi arahan berhenti keje. hoho.

kitorang bawak segala barang yang banyak tuh ngan tenaga aku, ja, nadia, luqman n nisa g perindu brape ntah. yg penting naik tangga sambil ketawa ok. bayangkan lah penatnya macam mana. nak termuntah pon ade. barang2 tuh nak simpan kat bilik syamil. kames nanti baru bawak turun. x saba rasa nak tunggu program. hopefully berjaya sbb ni laa program permata yang aku rasa aku banyak contribute dari segi tenaga, masa dll. so aku berharap sangat kepada Yang Maha Esa, permudah kan lah perjalanan program ni nanti walaupun tenaga kerja kami dianggarkan sangat sedikit. huhu.

kul 10 baru blah dari perindu. g pusat sukan tampal poster. pastu g dc. nisa nak beli makanan. sekali g kedai abang la plak. adoyai. 'abang' aku tuh asal nampak aku je mula laa nak tercontrol2..sengih manjang. pastu kawan die suke laa nak senyum2 tengok aku. da laa berpeluh gila aku time tuh. backhand sekali baru tau. ngade2 laa abang2 ni. hish. bila aku datang dan2 nak bersembang, dan2 tunjuk rajin. malu laa aku macam ni. haha

kesimpulannya, nak dekat kul 11 jugak laa baru jejak bilik. haih. keje berlambak x sempat nak sentuh pon. risaunya. malam ni tanak tido la. takot x sempat nak cover list-to-do this week :(

xpe izzah, buat je keje ngan ikhlas. bagi full effort. ape pon resultnya nanti ko insyaAllah akan puas ati. ingat lah even x berjaya pon Allah mengira setiap titik peluh usaha.

wahhh..motivate diri sendiri! :)

ok2. cukup sampai di sini.

oyasumi nasai :D


Ahad, 6 September 2009

Penat Ya Amat

Hari ni seharian lepak kat Art & Design. Waduh waduh macam dah ade dua fakulti plak aku skang. ari ni g ngan ja, nadia n syamil. macam biasalah kan, jumpa en nik. settle kan mane yg tak settle agy. janji ngan beliau jumpa kul 10.30..10.15 aku, ja n nadia da terpacak da kat opis dia. kosong. tanya dia, baru nak on the way...sabo je laaa...syamil pon lambat gak datang..

sementara nak tunggu tuh, kitorang pon usha2 laa ape2 yg ade kat opis die. bahan2 bacaan sumer. sekali terpandang deretan punch card. terasa plak tingin nak tau ape name sebenar en nik. menjuling kau baca setiap nama tapi x jumpa langsung nama 'nik'. jadi, berlakulah assumption2 seperti ini.

"nama dia bukan nik kot..tp saje2 nak panggey nik..kan ramai je yang name sebenar lain panggilan lain..cam pakcik aku nama fuad, panggey hamdan. kan menyimpang tuh...."

so kitorang rasa maybe name en nik adelah mane2 name yg cam xbest yg kat dlm senarai tuh...baru nak teka2 lagi tetibe en nik sampai. tros laa kitorang blakon buat2 konon lama tunggu dia. cey en nik x layan pon. tros punch card ajak naik opis. haa nampak je dia pegang kad yg mane kitorang pon ape agy tros ar mangat nak usha nama dia. tau x nama dia ape?

"saari"

aku dah rasa nak gelak berguling dah. camno nama "saari" ley tuka jadi "nik" ni? nik da laa nama keturunan kan...

tapi ni bukan lah agenda utama nak jumpa beliau ari ni. naik opis dia tros tunjuk design poster n tag. n macam biasa en nik mmg jarang komen. kalo komen pon bila software yg aku gune x ley bukak kat pc die. pastu syamil lak datang bawak design poskad, buku program n sticker. en nik sangat baik. tak pena mara even kitorang selalu bg keje banyak2 kat dia. terima je sumer. walaupun die siapkan lambat. bahahaaaa :p

so pas usha2 segala design, yg dalam folder aku save "ART & DESIGN (en NIk)" tuh, beliau pon tros memulakan kerja demi melayan kerenah kami. hehehe. (weh, malu gile dow aku g save name folder tuh siap buh nama dia..en nik nak tergelak kot tgk...aku ngah mengong2 kot tyme tuh wat2 keje..saje je letak name beliau..pastu lupe lak ai nak delete balik..isk) first skali en nik tunjuk hasil poster. ish aku tanak laa komen ape2 kan since aku yg wat. x best laa kalo aku yg bangga sendiri ke ape. tp bile semua cam suka n especially syamil as presiden pon suka, aku amat lah gembira :) syukur, hasil kerja aku memuaskan hati orang orang yang menilai :D

after dat kitorang pon mula laa wat keje2 printing yang lain. aku da wat opis en nik tuh cam 'opis' aku je ah. selamba jalan ke hulur hilir usha segala yang ada. wahaaa. usha je bukan sentuh ape2 pon. buat2 keje sumer cam laminate, redesign yadda yadda..kul 3 masih x settle. rasa cam bersalah lak kat en nik. memula ade gak laa beberapa orang opismate die dtg tp semua kul 1 da blah da. en nik je stay settlekan keje kami. die dah la bercakap cam malu2 kucen, tp opis die mmg meriah la ngan gurau senda kami. nadia gelak kuat x ley blah kot...meriah gile. membebel satu hal gak. adoyaii.. pastu ade laa skali tuh syamil tanya aku, aku ni orang pahang ke? terkejot gak aku kan. x pena2 laa plak org kate aku ni org pahang n ape yg menunjukkan ciri2 org pahang tuh? aishh. pastu aku cakap la tak. then syamil teka lagi. aku ni org kelantan ek? heee aku da agak dah. aku gelak je. da bese dah ngan soklan merepek camtuh. aku jawab, "saya orang malaysia laa..kecuali sabah sarawak. ha-ha" tros aku blah. malas aku aih bila orang tanya aku asal mana ni. confius nak jawab. haha.

pastu aku datang lak mengendeng kat en nik, tgk die design. ade syamil sekali laa kan. usha2 mula laa nak mengomen. terkeluar plak loghat kedah. aku, "aii da jadi orang kedah plak dahh". ja da gelak2 dah. haa sebab tuh laa aku cakap aku ni orang malaysia tp more kpd semenanjung. en nik dengar die gelak je. mesti pikir 'dak pompuan ni asyik merepek je laa dari td'...gahahaaaa

tp pas zohor tuh, dalam 3 lebey camtuh aku da start ngantuk dah. yelah, tido lambat. bangun sahur awal. pastu x tido2 dah. memang standard aku laa pas zohor da start2 mabuk bulan2 pose ni. jadi, suasana pon mula senyap. xde dah nak gurauu2 senda ni.en nik pon cam da letey. so kitorang pon g 'kilang' menjakunkan diri tgk proses cutting, n packaging. aku da brape kali tgk pon still teruja. haha. orang2 kat situ semua baik2. suka senyum. suka tanya. n suka sebot en nik tuh 'abg nik'. tau laa aku jumpa dia hampir setiap hari tp sebot en nik sudaaa...cam mengada ngada lak aku nak panggey die 'abg nik'..aaaawwwwww :p

dalam dekat kul 4 jugak kot baru kitorang blah. syamil balik dulu. then sebelom nak balik tuh memang biasa laa borak2 kejap ngan en nik, then ja tanya nama punch card en nik yg mane? gile direct jah tanya depan en nik...dia cam diam kejap pastu die kate yg num 3 dari atas. cey mangat gile g tgk. mule2 aku da rs cam kene main gak, name yg ketiga tuh pompuan kot. agak2 laa en nik nak melawak pon kan..rupe2nya nama dia kat blakang nama pompuan tuh. punch card pompuan tuh panjang sangat sampai tenggelam punch card dia. n punch card dia plak bawah kepada nama 'saari' tuh. so, nama sebenar beliau 'nik saiful bahari'....ouhhhhhhhhh. maka, assumption kami salah. pastu ja selamba je btau yg kitorang igtkan nama en nik, 'saari'. haha. nak tergelak en nik dengar~merepek je dak2 ni dari td..

urm janji nak jumpa en nik lagi rabu nanti. mintak2 dia call aku pagi. malas ai nak g AD tgh2 ari buta. berpeluh sakan kot nanti...urmmm.

balik dari AD, g perindu lak. mata aku da ngantuk gile sakan kot. nak jumpa en azhar amik kurma n bekas. luqman da la xde. geram aku ngan dak tuh. janji nak jumpa 4.30 so lepak jap kat bus stop lama. sumpah aku sangat penat n ngantuk. kitorang 3 plak senyap. masing2 da penat kan. tau ape jadi? aku tertido kat bus stop tuh! punye la terpejam2 sampai terlelap. ish. dasat gile. sedar pon sebab ja panggey aku. seb bek xde orang kat situ. kalo tak malu gile aku. wahaaa. tunggu punya tunggu, bazar perindu macam sepi je. call luqman baru laa dak tuh nak g tanya en azhar cane. tu pon atas arahan aku. ngade2 tol. then rupe2nya en azhar x dpt dtg rini sbb masalah apa ntah. aiya nak ngamok je rasa tunggu bodo kat situ sampai tertido. xpe. dugaan kan bulan2 pose ni. then tros balik jalan kaki dari perindu sampai mawar. singgah dc beli makanan nak berbuka. penat2 ya amat.

sampai bilik da 6 lebey. katil bersepah gile. tensi je tengok. baring jap konon2 nak ilangkan lelah sekali tertido tros. biasa la tuh kan. sedar da kul kul 7. menggelabah gile tros bangun semayang asar. tatau laa bley lagi ke x. gile mamai. tunggu sampai berbuka, semayang n makan. lepak2 jap atas katil. tengok2 handphone. tp xde sms. mata pon da kembali melayu. berangan2 jap sandar2 kat dinding, sedar2 pale da kiok dah. tertido. sakit leher aku. x ley tahan dah ni. pas makan kan kenyang. tambah lak letey. ambik posisi...zzzzzzzzzzzzzzz. heheh. aku baru je bangun kul 10 td. tu pon letey still x hilang. tp kene bangun gak sbb da dua hari x sentuh buku. wiken aku kan on saturday je. isk :(

so ni je lah kesahnya. nak g study jap. daaaa~

Sabtu, 5 September 2009

Senyumlah, sinar bahagia itu selalu ada :)

dah lama kan..tak cakap benda2 positif since peristiwa balik rumah ari tuh. senanya banyak je bende2 happy tp x berkesempatan nak share kat sini.

so, i'll try today k :)

first of all, about my study...i like islamic banking :) walaupun sebelom ni aku x penah terfikir pon nak amik course ni. yelah, aku kan nak amik art & design...hurmmm. aku x ramai kawan pon kat sini sebab aku yang pilih untuk jadi macam tuh. aku x banyak ingat nama orang, x banyak save num phone orang sebab semua ni aku yang pilih. kalau ade orang tegur, aku balas. but i never start any conversation melainkan ngan kawan2 yang memang aku da kamceng. and aku gembira sebab aku berpeluang mengenali kawan2 baru aku - tasya, mas n azie. especially tasya. i learn a lot from her :)

life aku x penah x busy. and my wiken is only on saturday. gile. gile. gile. so, hari ini adalah hari melupakan buku dan segala bende yg merepekkan pale otak aku. ibarat kate aku, 'today is time for clubbing'. ha-ha. aku busy sebab join persatuan gak kot. xpelah. i love charity :) skang ni kitorang ngah plan program bubur lambuk on this 10th september (bday jihan nih kan?), and aku adalah biro publisiti. aiyaya. since last week cam da tiap2 hari je aku g art & design, jumpa en nik. print takwim, tazkirah, bookmarks yadda yadda. sampaikan semua orang kat situ asal nampak aku je da tau aku nak jumpa en nik. everyday en nik. sian beliau. asyik2 ngadap muke aku je. huhu. xpe2 settle program saya x kaco da k. tunggu sem depan plaks~

oh ya btw, i design bookmarks n poster tau for dis program :)

kalo x lawa tuh diam2 je lah.

hurmmm..walaupun dalam hati sedih..(iskk..bulan ramadhan memang selalu bersedih...1-teringat arwah bonda yang telah meninggalkan diri ini, 2-banyak sangat dosa nak minta ampun dari Tuhan,entah sempat ke tidak?) jadi, bulan ramadhan selalu nya cam insaf sikit la. insaf time sembahyang je kot. shuishhhh. pastu tambah plak ngan "trauma", stress selalu menguasai diri. tapi syukur, aku ada dua sahabat baik yang tak luntur baiknya dalam suka dan duka. mereka lah yang selalu bagi kekuatan dan inspirasi pada aku dan mereka jugalah yang membuat aku selalu percaya pada diri. mereka adalah harta yang Allah kurniakan buat aku dan aku sangat berharap harta ini dapat dibawa hingga ke syurga - nadia, ja n ema. aku rasa aku cam x pernah appreciate dorang kat sini tapi aku harap dorang akan selalu ingat yang dorang selalu penting untuk aku :)

cuma aku harap persahabatan ini tidak diuji dengan ujian yang terlalu berat sehingga meruntuhkan ukhwah kita...dan semoga kita saling mempercayai dan membimbing dalam perjuangan kita di dunia yang fana ini.

paling seronok ramadhan kali ini, sambutannya sederhana tapi kenikmatannya terasa di sudut jiwa. seronok berbuka puasa bersama sama, berjemaah bersama sama, berterawih bersama sama.

salam ramadhan ya sahabati. semoga ramadhan kali ini ramadhan yang terbaik buat kita :)

Isnin, 31 Ogos 2009

Baju Melayu Untuk Abah

Fisrt time beli baju untuk abah. haha. Sepasang baju melayu n kain 'plekat'. kaler ijau you...tp x bg abah lagi..nak gosok cun2 dulu..ngehehh..next wik nak ajak abah datang shah alam la..ley bukak pose same2 then bg baju melayu ni..huuuu

dah lame gile babeng x jumpa abah. harap call n msg je. isk.

harap harap abah suka.





p/s: kamera aku da rosak. malas nak fikir dah. nak kumpul duit. nak beli nikon.

Ahad, 23 Ogos 2009

Bermimpi ke Syurga?

Pagi tadi aku mimpi pelik. Mimpi macam dunia nak musnah. Mula mula Allah tarik nikmat air. Habis dunia kering kontang. Pastu Allah tarik nikmat udara. Semua tumbuhan macam dibekukan. Pastu aku pun lari lari nak selamatkan diri. Tatau la nak selamat kan dari apa kan. Mimpi bukan jelas sangat pun.

Pastu agaknya masuk scene kedua kot, aku dah mati. Aku tatau aku ada kat mana tapi tempat tu cam satu tempat yang terapung coz xde bende yang menahan or menggantung tempat tuh. and tempat tuh orang sederhana ramai dan mungkin semuanya Islam sebab pastu ade Imam mengimamkan solat kami. Tapi aku tak nampak pun muka Imam tu tp dalam mimpi tuh beliau cam seorang pemimpin yang sangat dikagumi dan dihormati.

dah habis semayang, kitorang nak dibawa ke satu tempat. ada pintu. dari celah pintu dah nampak cahaya. pastu tetibe dalam mimpi tu aku rasa sedih sangat. sebab aku teringat yang aku mati xde sape pon yang tau. family aku semua tatau yang aku dah mati. mesti dorang sangat seday.

then tak lama pastu aku tersedar. macam da dekat nak mati je rasa. takut gila feel cam ni...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Sahri Ramadhan...

aku rindu nak balik rumah. last aku balik mase cuti tetibe ritu je. after dat, aku tak penah balik langsung.

aku rindu abah. dah lama x jumpa abah.

hari ni hari yang sebak. bukan hari ni je. memang selalu dah macam ni. bila ingat abah rasa sedih. rasa nak nanges. pastu tangkap leleh sorang sorang. iskk..nape ntah?

ritu aku bg msg kat abah,
"abah sihat? i love you."

sure abah terkejot gile. da 20 taon aku idop first time kot cakap camtuh kat ayah sendiri. selama ni x pena pon. tau contact abah sebab nak mintak duet je. ish burok gile pangai.

tatau nape selalu sangat tingat abah kebelakangan ni. nak jumpa abah tapi tamao balik umah. trauma. sedih. takut.

harap sangat puasa hari pertama esok dapat bukak pose sama sama ngan abah.

harap harap abah sihat selalu.

hari ni gak amat rasa rindu pada kakak n abang abang aku yang lain. macam dah lama sangat rasa x jumpa dorang. harap msg n call je yg menghubungkan kitorang.

aku tak suka dengan apa yang aku rasa sekarang.

macam ade satu perpisahan abadi akan menyapa.

Ahad, 2 Ogos 2009

i'm gonna miss lil kaka sooo muchhhh :)


aku da sampai kolej since semalam, jumaat.

malam terakhir kat umah cousin, kaka yang comel tetibe kamceng gile plaks ngan aku. rajin cite ape2 ntah kat aku. bace buku la. melukis la. tengok gambar la. celoteh macam2. layann je la. rindu kat sore kaka yg comel. kuat gile laa btw kan.

dalam 1 am camtu, kaka memang bese x tido lg. cite die sume panjang2 gile. report berjela jela aktiviti seharian die. aku on laptop ajak die tengok upin & ipin. adoyai..sore dorang da cam serupe je aku dengar. cam nak gigit je rase tengok dak2 comey ni bercakap.

pastu layan plak lagu kanak2. kaka da menari sakan gile dah. gelak berguling guling aku. terus segar balik. kaka ajak men ketapi plak. layannn. layannn. bukan senang nak wat kaka kamceng ngan aku tau.

pastu dalam kul 2 aku da mabuk mabuk ayam dah. suh kaka baring, aku tepuk2 die. alahai manjas gila. bawak bantal busuk die baring sebelah aku siap pusing ngadap aku lagi. pastu rapatkan pale die ngan aku. cucuk2 pipi la, hidung la. then sengeh sorang2. sweet gilas dak nih. haha.

macam tau2 je aku nak blah. mula laa semangat nak manje2 ngan aku kan...

esoknye bile aku nak gerak, kaka kiss aku. muke da bajet seday. seday lak aku kan. pasni lame laa plak da x dgr sore kaka. hukhuk. rindu kt die.

ariesha zulaikha

lil kaka yg comey :)

Rabu, 29 Julai 2009

Blues Again~

Lantak la korang nak kate or rasa ape bile bace entri2 aku kali ni. sebab aku x mampu nak menanges di hadapan umum, so kat sini je laa aku mampu gtau ape yg aku rase. [walaupun da cam berazam tanak cite seday2 kat sini..haih]
skang ni aku menumpang kat umah cousin aku agy. maybe sampai abes cuti la kan. n abah masih tatau ape yang blaku kat aku. tatau harus ke tak gtau abah...
i am not belong to gombak anymore. T_T
selama ni aku rajin balik umah sebab nak jumpa abah je. itu pun bukan selalu dapat. biasa time aku merengek suh abah amik kat putra, n masa aku merengek suh abah anta aku balik shah alam. tu je chance aku nak jumpe abah. xpon kadang2 abah bawak g lunch. susah. nak jumpa ayah sendiri pon susah. tp xpela. mungkin memang itu yang Allah aturkan. hubungan aku ngan abah baik apa...
aku rasa aku memang dah ada penyakit trauma yang baru skang ni. bila aku rasa instinct macam ada lelaki yang marah, automatically aku rasa kecut perut. tetibe rasa cam vibrate satu badan. n tetibe rasa nak nanges.
aku rasa hubby cousin aku x brape suke aku stay lame2 kat sini.
aku dah mula fikir nak beralih tempat ni. tapi nak duduk kat mana?
oh sedih gila jadi 'penumpang jalanan' nih...
aku selalu takut ngan hubby cousin aku. die cepat marah, muke masam x bercakap. kalo die cakap pedih gile ayat. aku pena kot kene sound sbb wat anak die terjaga dari tido walaupun aku sangat x sengaja. bergenang tros aku kene mara dpn org ramai. T_T hurmm..die dah ade gaya cam x brape suke aku kat sini. yelah. aku dok sini xde benefit ape pun. menyusahkan lagi ade la kan.
nak harap adik beradik yg lain semua jauh. kakak still ngan induksi die lg kat penang. alang dok hostel tmpt keje die. sumer laki. xkan nak tido sebilik plak kan? sumbang mahram laa plak. abg sulung aku x tau laa die da tau ke x pasal aku ni. senyap je. aku pon tatau nak cite kt die cane.
haih. abang n abah manusia paling protector untuk aku. dorang x ley tengok aku hidup susah. pak long n mak long lagi la. x izin aku menanges. ni pon dorang tatau gak. isk sedih gile kalo dorg tau aku sampai camni.
macam mana aku nak cite kat dorang yang nurani aku sangat terluka?
siapa yang suka hidup menumpang? siapa? siapa yang suka meraih simpati orang? siapa?
kalo tengok in real aku ok je. relaks je ley gelak2. tp bile sebut pasal rumah, diam. aku tengah pk kalo orang tanye aku asal mana, maybe pasni aku kene gtau aku asal malaysia je kot. pandai2 lah kau pilih aku nak asal mane. best gak tuh.
hope pasni da xde cuti panjang. xtau nak merempat kat mane. cey, selfish gila request. orang lain semua ada umah la...kau sorang je xde umah izzah T_T
tak sabar nak balik kolej. cepat lah abes cuti.

Isnin, 27 Julai 2009

Dah. Dah. Takde guna nak sedih. Semua pun dah berlaku. Marah atau sedih macam mana pun takkan mampu ubah sejarah. Memang dah berlaku. Sedih untuk orang yang pentingkan diri sendiri, ego macam tu memang satu kerugian. Rugi. Dan kalau kalau aku diberi kesempatan dan kekuatan pasni, harapharap dapat hentak kepala dia. Tapi aku takkan buat pun. Orangorang yang akal pendek, fikiran sempit je akan wat tindakan macam tuh.

Nak tahu cerita?

Aku kena pukul dengan seorang lelaki. kelmarin. die sepak, terajang aku macam orang gila. menjerit jerit macam akal dah putus. die halau aku keluar dari rumah atau die akan pukul aku dengan lebih teruk lagi. nitemare. aku sangat takut. sebab, dalam rumah tu hanya aku dan dia je. die serang masa aku dalam bilik. aku nak lawan tapi sejauh mana kekuatan seorang perempuan? aku tak nangis pun masa keluar rumah. aku bawak duit ngan handphone je masa tuh. die suruh aku angkut semua barang aku tapi siapa dia nak halau aku?

kenapa dia marah?

sebab aku tegur sikap dia. sorry. aku lupa orang selfish, ego memang pantang ditegur. dan maybe itu akibat terbaik untuk aku.

tapi aku bukan tegur secara kasar. aku cuma tanya je. cuma silap sebab aku yang paling muda dalam keluarga, aku selalu salah dalam memberi pendapat. mana mana aku pergi pun pendapat aku selalu salah. kenapa ntah?

mungkin aku sepatutnya diam. jangan luah apa yang aku rasa. supaya nanti aku jadi macam dia. dan mungkin kau. pendam dan dendam.

siapa dia?

.

.

.

.

.

.

.

.

abang aku.

tak percaya? percaya je. aku tak tipu pun. memang dari dulu dia tak suka aku. jangan lah tanya kenapa sebab aku pun tak pasti apa jawapan sebenarnya.

dia adalah abang yang seharusnya aku seorang adik boleh berharap perlindungan daripada dia. dia seharusnya menjadi seorang lelaki yang mengerti kaum hawa sekuat mana pun, segagah mana pun mengharungi perit getir hidup tetap masih seorang hamba yang lemah yang akan selalu berharap kaum adam untuk melindungi bukan untuk menyakiti. dia adalah amanah dari dua roh yang telah bersatu menjadi ibu bapa kami yang mengharapkan kami hidup dengan aman dan damai setelah ketiadaan mereka. tapi hakikatnya, itu tidak pernah berlaku.

dia membuat aku sangat takut kepada kaum adam. dia buat aku teramat terkejut dengan suara yang meninggi. dia membuat aku berasa gementar bila mengingati tendangan, sepakan dia terhadap aku. dan pasti, dia membuat aku trauma.

aku tak pernah dihina sebegini sepanjang aku hidup.

jika lelaki seperti ini yang akan menjadi pendamping aku, mampukah hawa yang lemah seperti aku berdiri teguh dalam mempertahankan hak aku?

dia telah menghalau aku keluar dari rumah yang ibu bapa kami sediakan untuk perlindungan kami. dia telah membuat aku malu pabila tetangga mendengar suara teriakan kami. suara tengkingan dia yang menggila.

adik beradik aku yang lain semuanya jauh. dan cerita ini masih belum sampai ke pengetahuan abah. jika abah tau, akibatnya pasti menjadi sejarah. seboleh mungkin biarlah abah tatau. abah dah cukup bersusah hati bila aku tak dapat kolej masa register dulu. hidup menumpang sana sini. dan kini aku menumpang lagi. hati ayah manakah yang tidak akan berasa sedih melihat anak perempuannya hidup sebegini?

shit. dah mula sedih.

dah tatau nak kata apa. cuma harap korang yang baca, doakan lah aku kuat dan tabah. juga sabar dan redha menghadapi semua ini....


mungkin lagu ni sangat sesuai untuk aku kot..

I couldn't tell you why she felt that way,
She felt it everyday.
And I couldn't help her,
I just watched her make the same mistakes again.

What's wrong, what's wrong now?
Too many, too many problems.
Don't know where she belongs, where she belongs.
She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies, broken inside.
With no place to go, no place to go to dry her eyes.
Broken inside.

Open your eyes and look outside, find the reasons why.
You've been rejected, and now you can't find what you left behind.
Be strong, be strong now.
Too many, too many problems.
Don't know where she belongs, where she belongs.
She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies, broken inside.
With no place to go, no place to go to dry her eyes.
Broken inside.

Her feelings she hides.
Her dreams she can't find.
She's losing her mind.
She's fallen behind.
She can't find her place.
She's losing her faith.
She's fallen from grace.
She's all over the place.
Yeah,oh

She wants to go home, but nobody's home.
It's where she lies, broken inside.
With no place to go, no place to go to dry her eyes.
Broken inside.

She's lost inside, lost inside...oh oh yeah
She's lost inside, lost inside...oh oh yeah




Ahad, 26 Julai 2009

Ya Allah
ketika aku hidup di dunia ini
Kau uji aku
dengan sukarnya mencari tempat untuk aku berteduh
tempat untuk aku berlindung
Kau uji aku
sehingga aku menangis di malam hari
kerana rapuhnya hati aku menghadapi ujianMu ini
Ya Allah
rumah yang pernah menjadi kenangan buat aku
dan juga insan insan yang aku cinta
kini tidak lagi mampu membahagiakan aku
menggembirakan aku
mahu pun membuat aku rasa aman berteduh di situ
Ya Allah
andainya aku ini tergolong di kalangan hambaMu yang redha dalam menerima ujianMu
yang sabar menempuh ujianMu yang berat untuk aku pikul
dan andainya aku berhak untuk meminta sesuatu dariMu
kau makbulkan lah pinta ku ini
Ya Allah
apabila telah sampai janji ku untuk meninggalkan dunia ini
kau dirikan lah aku sebuah rumah yang indah
di mana di dalamnya terisi kebahagiaan, keamanan dan ketenangan
supaya ketika aku berada di dalamnya
aku akan sentiasa merasa cinta
jadikan lah ia sebuah rumah dimana tidak mungkin aku akan merasa hiba dan kecewa
sepertimana yang sedang aku rasakan kini...
Amin Amin Amin

Khamis, 16 Julai 2009

Permulaan Hidup

Nobody can go back
and start at a new beginning
but EVERYONE can start today
and make a new ending...

Aku dah mulakan hidup baru dengan melupakan sejarah sejarah hidup yang aku benci. Tapi permulaan hidup bukan untuk mencari musuh, bukan untuk memutuskan sebuah hubungan. Aku selalu hidup dengan terikat pada janji dan harapan. Hidup macam ni selalu buat langkah aku tersekat,selalu buat aku rasa serba salah. Tapi aku tak pernah rasa hidup macam itu seperti salah, tetapi lebih menjadikan aku seorang yang memendam apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. Dan bila yang terpendam melebihi muatan sepatutnya dan ditambah dengan masalah masalah yang tak pernah reti nak blah, emosi akan menguasai akal.

Aku memang menyampah ingat perjalanan hidup aku 1 minggu lepas. Ia bodoh. Sangat bodoh. Hari hari pindah barang. Hari hari menangis. Call kakak, menangis. Call member, menangis. Sebelom tido, meleleh lagi. Bukan tanak terima dugaan Allah tapi masa tu mungkin emosi lebih menguasai akal, aku x leh nak terima, face dengan someone yang bagi aku sangat ego, selfish & irresponsible. Aku x dapat terima melihat diri aku sanggup bersusah untuk orang lain tapi at the end yang susah tu masih jugak aku.

Sebab tu aku benci dengan janji janji ni. Aku tak leh nak paksa semua yang berjanji ngan aku wajib tunaikan no matter wat but at least kalau dah x dpt nak tunaikan tuh, bgtau la. jangan lah da sampai last minute atau sampai aku sendiri yang tanya baru nak gtau. macam lah aku nak mengamuk kalau gtau cancel pon. pastu agak2 aku cam bengang tuh jangan lah lagi nak cari pasal macam aku plak yang salah. aku rasa bende cam nih mmg bende paling aku pantang skali la. berat mulut ke berat tangan ke berat hati ke or berat segala bende nak gtau aku "that plan is cancel". tipu lah kalau aku kate aku x frust, but at least bgtau awal2. then ask for apologize. susah kah?

about the faculty, aku rasa cam bersepah2 orang yang aku kenal blaja kat "school" yg sama. quite interesting but a lil bit weird. haha. kat situ ade kak nadia, kak aiman, sha, aidil, andy, hus, hafiz, dila, sarah, azni dll yang aku ala ala x expect gak la terjumpa kat situ kan. hahah. tp yg satu course ngan aku aidil je lah. tu pon die da jadik senior aku 1 sem.

islamic banking is a quite interesting course for me. lecturers pon cam best gak, selalu ade tazkirah time break masa class. kasi tiup iman sikit dalam dada ni. huhuu. kawan2 pon ok la. yang rapat ngan aku azie, tasya n mas. n yes, i'm still da youngest. pastu selalu dpt soklan nape umo aku baru 20 da ade dip? aiya, pasni aku nak gtau aku dak stpm je la. mesti semua senyap pasni. huhu. malas aku nak explain aku ni lompat kelas n masa dip aku wat 2 thn setengah je. dats y aku grad masa umo 20. sekian...

oh aku degree ni tros masuk part 2. dpt wat pc lah katekan. ngeh3. tp course part 2 yg aku amik 1 je. operation management. tu pon terpaksa amek coz organizational behavior da dimansuhkan. cet. elektif plak tuh. pastu 3rd language tpaksa gak amik jepun (dalam rela..kahkahkah) sebab arab full.hurm.aku amik 6 paper all.so da major paper come from part 3. tu sebab aku kene drop 2 course part 2 sebab da full. dan dengan senang hati, kp aku suh wat intersesi next sem..haila haila.adeyhh..gile seram otak aku tgk course2 part 3 yg cam gile2 tuh gak. paling seram mesti la presentation skills n personal development kan coz byk presentation n project. tp ritu blaja qmt pon da serabut gila. menganga je tara paham lec aja ape. adoyai. risonye aku. pale otak da macam lembab je ngan nombor. ke da memang semula jadi lambat?huishh jangan...

kelas plak mmg campo gile2 la. ade part 1,part 2,part 3..mmg haram la nak igt nama. muka mungkin, tu pon blur nak igt dak ni, dak tu kelas mana. senang ckp, mmg tak penah lah aku rasa life camni. classmate bertuka2 every subject. bukan every sem tau. ke life degree mmg camni? bahaha. sadis gile aku br nak rasa...

jadual? jumaat paling x best. kelas dr pagi smpai kul 5. tp slase ade 1 clas je. 8.30 pg. pastu ley ronggeng2. hahah.

k lah. saje nak merepek. da lama x merepek kat sini. thanks for reading. n sorry pada sesape yg da berbulu lebat kot sentap ngan ayat2 aku kan. hahah

oyasumi nasai!! :D

Rabu, 24 Jun 2009

cuba nak hilangkan tensi....

taggi from Iee yg Comey :D

4 names that friends call you:

  • izzah
  • jijahh
  • eza
  • naza

4 things you've done in the last 30 minutes:
  • chat ngan Iee & kawan Ewang yang aku sangat menyampah
  • mkn chocolate indulgences yg Zarl blanja. Weeeee x)
  • main ngan momo
  • sms

4 gifts you would like to receive:
  • drama, anime & movies from JAPAN yg Ryo, Nino, Eita, Toma, Hideaki blakon.
  • quotes yg bagus
  • tulip yg selalu cantik
  • album
  • kalau mampu kasi la aku dslr :D

4 of your favourite hobbies:
  • main games
  • amik n edit gambo
  • jalan jalan sampai sesat
  • bace komik

4 places you want to go for vacation:
  • pulau yang indah
  • tempat2 sejarah
  • theme park
  • kalo ngan org tersayang, mane2 pon boley :p

4 things always found in your bag:
  • purse
  • tissue
  • kunci
  • handphone

Top 4 you love so much:
  • Allah SWT
  • Rasulullah dan para Nabi
  • Arwah mak
  • keluarga dan sahabat

Top 4 things 'special' for you:
  • sms2 yg ade sentimental value. hoho
  • kenangan
  • gambar
  • kamera. sangat penting.

Top 4 who you would like to answer this survey:
  • jaja
  • afiq
  • azyan
  • hazy

Hypertensi

  • tensi dengan preparation nak register u 5hb Julai ni.
  • tensi dengan trip nak ke PD.
  • tensi dengan isu yang remeh temeh
  • tensi dengan soalan yang pelik pelik
  • tensi dengan masalah

H.Y.P.E.R.T.E.N.S.I

Rabu, 17 Jun 2009

Telah Ku Pilih JalanMu

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

credited to AFIF.



Selasa, 16 Jun 2009

may may

Sangat lama tak merepek kat sini. Banyak perkembangan dunia maya yang aku tak sempat nak tahu. Cey, bajet busy laa konon. Haha.

Banyak perkara perkara yang menarik yang berlaku sepanjang bulan mei n jun nih. mungkin lah. yg serabut pun banyak gak. hurm. here the list

3 May 2009 - kelahiran cahaya mata sulung cousin aku, fuad n kak ija. congrats!!! dan puteri comel itu diberi nama AINA NAZIRAH bt AHMAD FUAD.

Hari yang sama, birthday Ewang. Dan aku langsung lupa. Haha. Maaf ya.

8 May 2009 - NANAD stay kat umah aku. 4 hari. Tapi hanya 2 hari je aku betul2 dapat spent ngan die. Masuk hari ketiga aku da start keje kat kedai 5 hengget tuh. haih. Sedikit sesal. Sebab x dapat nak lepak lepak ngan DIDIL, SYA n NAZRA. xpe lah. next time ok? :D

10 May 2009 - mula kerja kat kedai lima hengget. tapi bertahan 8 hari je. da cite kan? x yah la ulang banyak banyak kali lak kan. hoho

18 May 2009 - kerja kat kedai printing plak. sampai hari ni. quite interesting. wat label, name tag, bisnes kad, kad kahwin, stamp etc. so sape2 nak kawen pas ni ley la order kad kawen kat aku k. hakhak. aku suke keje sini :D walaupun kadangkadang bosan :(

23 May 2009 - NADIA datang umah aku. sebab esoknye kitorang nak g raptai konvo. disaster day. nak menangis aku. haih. oh nadia teman aku keje time nih. sonok :D

24 May 2009 - raptai konvo. hari yang kelamkabut jugak. pas amik jubah n dengar taklimat, aku nadia n gee g jejalan kat tiga serangkai. cey bajet nak mengimbas kenangan la kunun. sampai kat sane rasa nak muntah tengok 3 bangunan tuh. same je dari dulu. haha

then aku n nadia g hang out kat times square plak. ingat nak cari kasut laa nak konvo nih kan last last x beli ape pun. hanya buang tenaga je. huhu. balik rumah tak saba saba nak mampos atas katel tp biasa lah kan, jumpa best buddy, mulut x reti nak benti pot pet pot pet. sedar sedar due2 da x sedar merepek ape then due2 senyap. haha

25 May 2009 - NADIA balik. wuwu.

28 May 2009 - Hari paling sejarah. KONVOKESYEN. ohohoho. finally, YES! Family aku sumer datang n plus pak long, mak long n abang ja. shukerrr :D urm gamba x banyak la kat aku. nnt laa pos. tu pon kalo rajen. hurm.

anyway, thanks to nur, shaza n fadh yang datang mase kitorang konvo tuh. n also meme yg kebetulan ade kat uitm. heheh.

aku rase x ramai ah yang tau aku konvo ritu. n mostly yang aku de gtau pon lupe mase ari aku konvo tuh :(

29 May 2009 - jam 4 pagi aku dah ade kat kampung. balik berdua ngan abang. kakak naik kete pak long. abah balik kemudian n twins langsung x balik. hish. penat nak mampos rase even jarak kl-perak xde lah jauh sangat kot. kulit kaki aku terkoyak gara gara pakai kasut bertutup masa konvo tuh. sakit wohh.

pas semayang jumaat, aktiviti menyelesaikan persiapan majlis kawin kak lin bermula. first, aku handle bahagian paper bag. ade lebey kurang seribu kot nak pack. dah macam keje kilang je aku time tuh. wuhuu. pas wat paper bag, ilek2 jap kul 3 lebey wat telur plak. telur masak kukus. aku tukang cuci, asingkan telur yang da masak, yang belom masak, yang kotor etc. sepanjang hari main ngan telur. dan sedara mara aku mula lah buat ayat lucah pasal telur. mengong lah. sampai rasa geli aku nak urus kan 1000 biji telur tuh. haha. sabar2.

malam, kak lin selamat dinikahkan dengan abg jalil. semoga bahagia & berkekalan dunia akhirat :)

30 Mei 2009 - jujur, aku tak pernah busy gila masa majlis kenduri. biasa aku dok melayan tetamu je x pon bagi telur. itu dulu. masa kanak kanak. bahaaaa. kenduri kali ni, keje aku asyik dok dapo je. aku pon x paham la nape aku x ley nak kua dari dapo tuh. cais. jam da 11 pagi, aku ngah sibuk tolong abg joey masak untuk lauk pengantin plak. aku da glabah dah time tuh tak siap apa. tetibe nadia call, gtau die da sampai ngan mak dia. hah kau. kelamkabut tuka baju sume. berpeluh sakan aku. sumpah buruk time tuh. harap baju je lawa. huhu.

eh nadia mane? nadia halim la. cam haru je rasa. member datang beb time kenduri kat kampung. kalau kat kl tuh xde la heran sangat kan. huhu. tapi x sempat borak sangat ngan die time tuh. bajet busy lah katekan. oh mase tuh job aku agihkan lauk untuk tetamu plak. appa daa. baju da cun keje bagi lauk. hukhuk. gambo tanak show off la. burok. kah3.

haa the other job aku mase tuh - part time photographer. senang nya dalam hati, kalau dapat gune dslr... tunggu laa lagi 16 tahun kot baru dapat. kah3

31 Mei 2009 - g penang. majlis sebelah pihak lelaki plak. kitorang konvoi 9 bijik keta kot. manyak seyh. biasa je la kenduri kat sane. kenduri sebelah lelaki mane lah meriah sangat kan. then pas settle kat sane, anta kakak balik umah die kat kedah. cey alang2 da g penang la kan. sampai umah kakak da nak maghrib. abang da stat malas dah nak bawak kete. die rase nak balik kampung balik then esok baru nak balik kl. aku da cuak dah. aku keje kot 1 jun tuh. agak agak la nak bercuti sakan pon kan. bukan aku yang kawen pon. ngeee...mase tuh mule laa ade nak membebel nape aku x amik2 agy lesen kete. haila. nanti aku amik la ngan lesen lori tros. cet. kua dari alor star, hari dah malam. aku x igt kat mane tp jalan jam lame gile. perghhh..bosan siot. da laa kete abg aku radio die x ley pakai. pastu ley pasang kaset je. kaset plak 1 je. jiwang nak mati. merana jiwa aku. last2 abang aku bagi video cam, suh aku record pe2 yg cam best. cey, mule laa nak jakun kan. kot2 dapat gambo pelik2 ke kan. hurmm..haram.

kul 3 pagi, kitorang baru sampai tapah. tak jadi singgah kampung sebab aku nasihatkan, alang2 penat, bia penat sekali je. xyah nak sambung2. cey, walhal risau x dpt dtg keje senanye. wahaha. lepak kat tapah agak lama la. tengok video. makan2 jap. mata aku da x mampu bukak dah mase tuh. tp kakak pesan jangan tido, teman abang. aduii betapa mithali nya aku nih aku x tido pon tau sepanjang perjalanan yang terlebey jauh tuh. sampai umah, memang tido x sedar diri la. haha

hurmmm..banyak kan things happened may ritu? wuhuuuu

tu je lah laporan utk bulan mei. yang june punye nanti2 lah. haha

bye2 :D

Khamis, 21 Mei 2009

Al-Fatihah

Opah baru meninggal petang tadi. Dalam 4.30 ptg camtuh kot. Tapi aku tak balik pon. Mula lah rasa terkilan dan menyesal. Aku nak balik tapi takde duit. Isk3. Aku ngah keje masa abah call tadi. Abah da gerak dah balik kampung naik bas. Dah sampai pon kot. Aku ingat nak balik gak pas abes keje tadi tapi da sampai umah letey gile la pulak sampai terlelap. Pastu nak mintak Abang tolong antakan g duta tapi da lesap plak. Chik ada tapi tido. Malas lah aku nak mintak tolong die. Kakak balik jugak tapi gerak dari Kedah la kan. Alang aku tatau la. Tak balik kot.

Ni Opah terakhir yang aku ada. Mak tiri kepada arwah mak aku. Lama dah Opah sakit. Terbaring je kat katil die. Last aku jumpa pon masa raya tahun lepas. Walaupun tak rapat tapi terasa jugak kehilangannya. Sebab boleh kata tiap kali raya memang aku suka singgah umah Opah. Kalau balik kampung pon sambil jalan jalan keliling kampung memang da jadi habit drop kejap kat umah Opah. Even x borak ape ngan Opah sebab Opah mmg da x larat tapi saje la singgah borak2 ngan makcik aku yang tinggal kat situ. Sambil jenguk2 Opah sekali.

Pasni Opah dah takde lagi. Opah da pegi jumpe Tok Hj Sulaiman, Opah Fatimah, mak nyah n mak. Opah akan kembali jumpa keluarga yang dah lama Opah tak jumpa.

Semoga Allah melimpahi rahmat ke atas roh nenek ku dan semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba yang Solehah.

Al-fatihah buat Allahyarhamah Sibah..

Selasa, 19 Mei 2009

8 hARi sEMiNggU (:

Aku keje. Jadik sales assistant kat kedai lima hengget. Tapi bertahan untuk 8 hari je. Dengar cite memang selalu kedai tuh bertuka tuka staff. Aku pon tak pasti la kenapa n tak sangka jugak aku sala sorang yang benti cepat tuh. Bahaha :p

Tak ramai pon keje situ. 6 orang je. Aku n Peejah dak baru, pastu ade Sofia, Kak Jas, Kak Ayu n Kak Zila.

First day keje, 10 Mei 09. Bersamaan hari ibu. Cam seronok tengok dak2 kecik beli hadiah untuk mak dorang. Banyak customer yang datang mase tuh anak2 lah kan nak celebrate mak dorang. Cam best je kan. Masa arwah mak ade dulu aku pena kasi hadiah masa hari ibu nih sekali je. Tu pon hanya sekeping kad yang aku wat sendirik. Tahun depannya mak dah takde.

Oh masa ni Nanad ade kat umah aku. Sian gile aku kat die sbb kene lepak lame kat lua. Nasib la ade Sya time tuh. Dapat la die tumpang jap sementara tunggu aku balik. Bersalah gile kot aku rase time tuh sbb balik kul 11 malam. Wuwu.

Hari kedua keje, aku sebak gila. Sebabnya, Nanad dah balik. Die datang lepak 4 hari kat umah aku tapi aku dapat spent masa untuk die 2 hari je sbb masuk hari ketiga aku da stat keje. Customer plak x ramai time tuh bergenang genang gak ah aku terkilan x dpt anta die g putra. Huhu.

Hari ketiga, Lin datang jumpa aku. Masa tuh aku da start rase tension gile dah keje sbb kaki sakit gile weh berdiri 8 jam tiap2 hari. Then bile balik umah plak nak jalan pon terjengket2. So ape gunanya keje kalo badan x mampu kan. Huuu. Bincang2 ngan Lin, aku rasa nak keje tempat lain n Lin boley nak replace aku kat kedai tuh. Cam terharu gak la kan. Huhu. Habes rehat, teros aku cakap ngan Kak Zila yang aku nak benti. Tapi Kak Zila suh aku ilek dulu keje sampai seminggu kalo tak nanti gaji tak kire. Adohai. Nak tanak setuju je lah. Sia sia lah kan aku diri 8 jam kalo ape pon x dpt.

Sofia blanje aku n Peejah pepsi rini sbb kitorang datang keje. Die bet kitorang keje sehari je sbb give up nak datang second day. Sofia kalah kene laa blanje. Haha. Tq2 :D

Hari keempat, keje macam biasa. Masa ni ramai jugak customer beli sampai 20 bende skali. Letey gak laa nak amik barang barang yang tinggi atas rak kan. Pastu baru aku tau dak baru xde cuti first week keje. Oh sangat lah menangis mendengar khabar itu. Walaupun aku da confirm benti after a week tapi nak tahan seminggu tuh sakit gak.

Hari kelima, stok baru sampai. Banyak gile penuh kedai. Kene siap kemas semua stok sebelum petang. Then manager call komplen kat Kak Zila yang aku n Peejah tak wat keje. Shiottt. Barang banyak sangat kot sampai blank tatau nak watpe. Tak lama pastu manager datang. Cina, boyish, dan lagi pendek dari aku. Wakaka. Aku tatau pe name sebenar die tapi kitorang sume panggey die Nene@Nenek. Tapi aku sebot Nenek je tros. Haha. Manager nih sangat lah huru hara. Arah itu ini sampai semua naik tension. Memang hari kelima aku keje tuh penuh ngan tekanan wat semua orang. Dan sebelum balik kami mintak sangat sangat esok Nenek x datang nyemak agy. Haha

Hari keenam, hari Jumaat. Yang menarik, tengok brape ramai lelaki Islam berkeliaran masa muslim yang lain ngah sujud tunaikan sembahyang Jumaat. Tak pelik pun tengok orang melayu dating hari jumaat berkepit kepit dengan bangga. Hari ni busy jugak sbb week skolah nak celebrate Hari Guru plak kan. Tapi dapat customer yang baik memang senang hati nak melayan. Kebanyakan nye cikgu2 yang datang. Dan ade sorg cikgu tuh die datang nak beli paper bag. Pelik gak aku sbb die amik semua yang comey2 je. Saje la aku borak2 ngan die n rupe2 nye cikgu yang comey ni nak kasi hadiah kat anak2 murid die sempena hari guru nanti. Sweet kan? Biasa student je bagi hadiah kat cikgu ni cikgu plak bagi hadiah kat student. Comey2.

Nenek x datang hari ni. Happy. Tapi sebok call complain itu ini. Fyi, bos n manager usha kitorang keje via cctv. Ape2 yg dorg x puas ati dorg akan direct call. Bos org Jepun. Tingin tol aku nak jumpa. Haha.

Hari ketujuh, kedai pack ngan customer. Nenek pon datang tolong ape2 yang patot tp still la ngan huru hara die. Tekanan betol. Aku tak sabar gile dah nak tunggu aku benti. Masa rehat, aku lepak kat Dunkin Donut. Tumpang makan je. Borak2 ngan Naufal, die keje kat situ. Bagi chance kat die kenal2 aku before aku benti. Haha. Die tuh suke sangat mengusha. Tension gak aku. Then sempat gak aku borak2 ngan bro yang jage kopok leko kat playground tuh. Ceh bajet ramah la konon aku ni before resign. Haha. Bukan selalu pon.

Mungkin sebab aku dah nak benti, aku jadik semakin rajin kot layan customer. Ade skali tuh, sorang customer laki ni nak beli spek. Die tanya aku harga spek tu brape.

Aku, "5 hengget bang"

Customer, "Betul ke ni? Nape murah sangat?"

Aku, "Nak bayar 10 hengget pon bleh je..." (ngan mimik muka selamba)

Customer, "Oho..eksyen ko ek..."

*sengeh*

Gurau gurau ngan customer. Pas bro tuh baya spek yg die berkenan, sempat agy tuh datang menayang ngan aku. Die cakap, "ensem woh. mesti ramai awek cun syok nnt nih"

Bahahaha. Suke hati kau lah labu.

Sebelum balik Kak Zila, Kak Ayu n Kak Jas gtau aku kene stay jage kedai (means tido dalam kedai la) atas arahan Nenek. Dorang kate setiap tahun bila hari guru sorang staff kene stay dalam kedai n kali ni Nenek pilih aku sbb pendiam sangat. Heleh. Ingat aku takot ah tuh. Nak menipu pon bia la cemerlang. Kak Ayu siap offer nak bawakkan tilam n bantal la itu la ini la. Aku gelak je. Kalau aku ni budak aku percaya kot penipuan dorg tuh. Saje je lah nak kenekan aku mentang2 laa aku dah nak benti. Haha

Hari kelapan, hari terakhir keje-17 Mei 2009. Hari yang aku sangat rajin tapi sangat lah diam. Cey, walhal aku mmg x banyak ckp pon. Cume bezenye last day nih, aku malas nak greeting, aku malas nak promote barang pwp. Aku banyak tolong customer cari barang, bagi kotak kosong kat cashier n sangat aktif menolong semua org yg perlukan assistance dan senyuman manis juga diaktifkan even penat nak mampos. Rehat pon lambat gile kul 8.30 baru dpt kua selepas 7 jam keje. Mase tuh baru lah rasa sakit gile seluruh badan wat keje non stop n xde off since first day keje. Letey2.

Tapi last day keje kenangan manis wat aku. First time aku dapt rehat ngan Peejah since first day kitorang masuk x pena ade chance nak rehat sama2. Lepak2 ngan die, makan asam, gelak2, have fun. Walaupun baru 8 hari tapi da jadi member cam da lame kenal. Masa nak closing, Nenek blanja ice lemon tea stiap sorg. Cam terharu gak la. Baik gak Nenek ni even slalu wat kitorang tension. Heheh. She's nice. She's nice. Even huru hara sket, die x pena pon mara aku ke apa cume suke mengarah je. Dan walaupun die x sempat nak ingat name aku tapi pena je die senyum ngan aku, cakap elok2 kan. Heeee :D

Kesimpulannya, kawan kawan yang keje kat situ sume baik2 n saling tolong menolong. Kalau aku ade pape masalah aku suke refer kat Sofia n Kak Jas. Pastu kalau masa keje kena marah ke ape kan bile nak balik nanti dorang akan datang sendirik mintak maaf kat kite. Bukan senang weh nak jumpe senior baik cam dorg kan. Actually cam seday gak ah senanye sbb aku benti cpt sangat x sempat nak kamceng2 agy ngan dorg tp abah pon x kasi la aku keje situ. Asal kat umah je jalan da x betol.

Pape pon, walaupun 8 hari seminggu je, ia satu pengalaman baru untuk aku :D

Hope korang semua tabah la ye keje situ. Heheh