بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 11 September 2009

110909

Malam yang sunyi. Tanpa seorang rumet pun. Memang seronok lah aku nak melayan blues sambil pasang lagu Hindustan n lagu raye. Haha. Sepi gile hati aku weh. Da lama kot tak rasa sepi macam ni. Program dengan PERMATA da habes semalam n aku tak sempat nak update blog sebab letih terlampau.

Bila kenang kenang balik rasa macam sedih pulak. Lepas ni bila buat program lagi next sem, ajk n sukarelawan maybe da x sama. Mungkin ja, abg zafri, nisa, fafmi dll terpaksa quit sebab komitmen lain. Ja da confirm confirm dah letak jawatan. Pasni xde dah buat keje sama sama ngan ja sampai lelah. Pegi jumpa orang tuh orang ni, merepek2 design untuk permata, pegi beli barang, jalan kaki jauh jauh turun naik bukit, jalan dalam hujan sampai lencun..haha (bengong lah)...xde dah nak rasa semua ni...

Dan bila diingat semula, ni la Ramadhan yang aku paling aktif berjalan di siang hari. Hampir setiap hari kot g AD. Jumpa en nik. Buat ape ntah aku pon jadi confius. Patut la semua orang kat situ cam da cam muka aku. Siap ade trade mark kot bila aku g sana. “en nik ada?“ haha. Sabar je lah. Jumpa dia pun atas urusan kerja semata kot. Pasni pun da xde da jumpa jumpa en nik. Macam da mula terasa janggal da x perlu g AD atau tanya kaba job macam mana. Sebab, aku baru pasan dari sebelum puasa lagi aku da stat rupa rupanya g jumpa en nik. Dan hari terakhir aku jumpa dia masa puasa ke sembilan belas. Wohooo hampir 3 minggu kot aku ‘berkamceng‘ ngan beliau. Dan habes je program aku da xde reason dah nape aku nak g sana. Berpeluh peluh turun naik bukit. Bawak ketas yang berat berat tuh. Pastu pasni x perlu dah perah otak nak mendesign yang sememangnya bukan bakat aku. Wakaka.

Sumpah terasa sunyi gila. Kalau tak sebelum ni busy je manjang sampai terlepas peluang nak bukak pose ngan sahabat sahabat yang lain. Sampai tak rasa cuti hujung minggu. Punya lah busy dengan kerja PERMATA dan tanggungjawab as student. So pasni hanya perlu mengadap akademik je lah. Dan harus lah perform better kan pasni. Aii xde alasan lah aku nak ponteng kelas da pasni. Wahaa...kantoi malas..isk.

Mungkin terasa sedih sebab x rasa share moment dengan ajk n sukarelawan pas abes program. Takde pon gambar barisan ‘tulang belakang‘ program ni. Dan mungkin jugak rasa terkilan sebab tak gratitude jasa en nik n en sa’aludin dalam membantu kami menjayakan program ni especially aku yang asyik menyemak je kat situ..malu la aku pasni nak jumpa dorang. Kalo x kenal xpe gak, ni nampak dari jauh pun da buleh senyum kot. Haih patut belasah luqman n nadia ni sebab ‘terlupa‘ dorang :p

Oh x cite pulak pasal program bakti ramadhan tu kan. Kene merepek lagi ni. Haha. Macam aku kate sebelum ni, tenaga kerja kitorang x ramai pun. And silap kat poster aku tak cukup info. So memang tak ramai la warga kampus yang datang menolong. Aku stay kat tapak dari pagi sampai abes program. Tak pegi kelas langsung weh. Gila sayang aku kat PERMATA. Haha. Xde lah. Aku mengantuk senanya n awal awal lagi memang da letih. Dahaga gila nak mampos kot. Da la stat keje lambat sebab bahan dapat lambat. Tapi paling sonok masa part kupas bawang kot. Masa tuh cam ramai gak la kitorang ade dalam 10++ kot. Pisau ada 2. Satu pisau potong daging n satu lagi pisau potong bawang. Aku dengan rakus terus capai pisau potong bawang. Ambik kau. Aku punye job kupas bawang besa kot seplastik besar. Dan aku tak sangka aku betul2 habiskan bawang bawang tuh sendirian berhad. Ade lah gak Ana n Najib tolong kupas gak tu pon last minute kot. Yang si Luqman tuh konon nak tolong aku kupas lah tapi buat semak je lebey. Carik carik kulit bawang pastu bersepah meja. Haih. Yang lain lain kupas bawang putih guna tangan tanpa pisau. Pastu nyusahkan aku nak basuh sebab kupas tak abes. Haha. Yang Fafmi plak suka meriahkan suasana. Ha yang menarik time tuh kitorang pasang lagu raya. Lagi laa rasa macam da duduk kat kampung je. Yelah gotong royong kupas bawang kan. Wahaa. Then Fafmi pon mula lah wat drama cam macek2 kat kampong. Bukak cite itu ini. Aku pon join je lah. Happy2 sket wat keje kan. Siap sesi mengupas, aku terus dapat title ‘ratu bawang’. Fafmi kasi. Shiott je.

Pastu sesi mencincang daging plak. Aku x join pon. Tengok n komen je. Heheh. Gpon badan da bau bawang kot time tuh. Luqman ngan gagah wat la keje tuh. Cincang macam guna pisau mainan. Tak jadi ape. Macam mana daging tuh bagi kat dia macam tuh jugak la dia campak dalam dulang. Aku pun tatau ape lah yang die hentak hentakkan guna pisau potong daging tuh. Then tuka giliran ngan aku. Saje nak test aku balik reti cincang daging ke tak. Heh. Aku lagi gagah tau. Aku buat lagi halus dari dia. Tapi kejap je la. Berat kot pisau tuh. Haha. Last last pacek catering gak yang buat. Settle.

Aku rasa start masak pas zohor dalam kul 2 gak kot. Agak lambat la dari plan. Time masak ni cam xde keje sangat so kitorang stat wat keje ‘kilang’ plak. Packaging barang nak kasi kat student. Effective gila wat keje. Lawak pun ade tengok dorang wat. Kitorang bagi buku program, bookmark,kurma n poskad palestin. Semua masuk dalam goody bag. Dalam kul 4 camtuh baru stat susun tupperware.

sesi kemuncak, pengagihan bubur lambuk stat dalam pas asar kalo x silap. Dalam 4.40 camtuh la kot. Mula mula aku wat job tutup bekas tupperware. Effective n efficient weh. Rasa cam nak sign contract keje kilang lambuk je pasni. Haha. Pastu aku tuka job packing bubur letak dalam goody bag. Ada satu tahap tuh ramai gila orang. Dok keliling kitorang. Aku ngan ja tukang masukkan bubur, nadia passing kat students. Cuak kot time tuh. Panik pon ade. Semua muka tabah gila tengok kitorang keje ngan penuh kelembutan. Haha. Da la panas nak mampos kot bekas tupperware tuh sampai aku rasa tangan aku ni da macam masuk dalam oven je. Aduyai. Tp sangat seronok bila ramai yang datang amik. Walaupun penat n kelamkabut tapi tengok kehadiran dorang yang datang amik bubur lambuk terus rasa cam semangat. Panas pun redah je. Sebab terasa dorang bagi support kat program kami. Bila dorang senyum, cakap terima kasih lagi la rasa dihargai  tapi aku tak lupa sorang mamat ni masa aku pas bubur lambuk, dia pegang tangan aku ngan selamba badak die je! Nak jugak aku baling bubur lambuk yang panas tu kat muka dia. Amek kesempatan plaks. Banyak je tempat ley pegang goody bag tuh. Tangan aku gak die nak pegang. Cit.

Edaran bubur lambuk agak cepat abes. Dalam kul 6 macam da xde je rasanya. Cam terkilan gak sebab ramai yang x dapat. Sian dorang. Da la bubur lambuk tuh sedap gila. Sumpah tak tipu. Tambah tambah plak aku antara orang yang wat persediaan bahan, lagi la sodap. Heheh. Pastu cam bese lah bukak pose sama sama plak kan pastu ngan permata. Air oren dia sedap gila. Air paling sedap sepanjang bulan pose ni. Heee. Then da dekat kul 10 gak la baru aku,ja,nadia,syamil n luqman balik bilik. Memang tak penah lah sebelum ni aku melepak lama lama kat perindu. Cam jakun gak tengok ramai gak laki kat uitm ni senanya. Hahaha.

Tapi bila da balik, da settle semua, ini lah yang aku rasa. Happy tuh mesti lah tapi seday. Sebab rasa macam tak percaya penat lelah ni da berakhir. Semua ni da jadi kenangan. Kenangan yang sangat manis. Macam tak rela 10 September 09 berlalu. Tapi keletihan tuh aku nak lah pergi. Sampai nafas pun tak teratur kot. Haih. Dan syukur sangat sangat sebab program ni berjalan lancar dan jaya tanpa ada sebarang masalah besar. Harap ukhwah kita akan lebih kukuh lepas ni walaupun mungkin pasni kita da macam lagi susa nak jumpa sebab komitmen komitmen yang lain. Isk seday gila plaks

Penat aku sepanjang bulan puasa ni berbaloi. Aku puas hati :D

And here special thanks to:

Cik siti zakirah ~ yang always willing buat keje publisiti sama sama ngan saya. Saya takkan lupakan hari yang kita basah lencun bersungguh sungguh nak anta design kat AD sampai kotor ofis en nik gara gara pakaian kita yang basah. Huhu. Awak yang paling banyak bersama saya bekerja bersama sama menjayakan program ini. Saya gembira dapat bekerjasama dengan awak. Mungkin ini peluang yang terakhir kan? Gila sedih.

Encik nik saiful ~ yang tak pernah mengeluh atau pun menolak setiap kali saya datang memberi kerja. Yang selalu menerima kehadiran kami dengan sabar dan sangat sangat banyak membantu kami. Saya takkan lupakan kesudian encik untuk datang bekerja pada hari ahad semata mata nak menyiapkan tasks yang kami bagi. Tanpa merungut, tanpa berkeluh kesah. Segala kebaikan encik hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih sangat sangat.

Encik luqman ~ yang selalu dibuli oleh saya ke sana sini. Dan juga selalu membuli saya balik dengan keje keje yang merepek untuk saya buat. Terima kasih sebab jadi pengarah program yang baik dan mesra alam. Haha

Cik nurulnadia ~ yang selalu bersusah hati dengan kerja kerja publisiti. Saya tahu awak cuba memberikan yang terbaik tapi komitmen awak sangat tinggi terhadap akademik. Terima kasih kerana menerima hasil kerja saya dengan baik. Terima kasih sebab menerima saya sebagai salah seorang barisan publisiti. Saya gembira bekerja sebagai biro publisiti, sebab itu lah peluang untuk saya pergi ke art & design. Walaupun sekadar lalu depan studio fotografi pun jadi lah.

Encik syamil
~ yang menghargai hasil kerja saya dan mempercayai saya sehingga ke hujung program. Tapi saya tanak update blog PERMATA sebab saya tak suka. Boley tak bagi alasan macam tuh? Huhu

Saya bukan siapa siapa dalam program ni. Tapi saya sangat gembira bekerjasama dengan kalian dan para ajk dan sukarelawan yang lain. Jumpa lagi pada program akan datang :)

Tiada ulasan: