بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Selasa, 17 Disember 2013
Aiman Azlan: A Letter From Single Aiman To Married Aiman
Sabtu, 21 September 2013
The Reflection of Me
Khamis, 1 Ogos 2013
Raya Untuk Aku
Khamis, 4 Julai 2013
Mutabaah Amal 1434H
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Moga memperoleh Lailatul Qadr!
:)
Sabtu, 1 Jun 2013
Malam Sunyi
Jam pukul 4 pagi dan tiba tiba aku terjaga. Tersedar. Isyak belum tunaikan lagi. Terlelap dalam sibuk aku berfikir.
Jiwa aku runsing.
Lately, aku hanyut dalam puisi puisi fynn jamal. Kenal dia dah lama, tapi baru sekarang nak mengerti jiwanya bagaimana. Banyak yang sama. Puisi lagu Biar itu aku dengarkan jutaan kali. Berulang ulang. Lagu buat sang ayah, yang peluh jerihnya tak ada noktah demi kesenangan anak anak.
Aku cintakan abah. Mahu dia bahagia, mahu dia ke Syurga. Abah yang tak banyak cakap, jiwa sepinya tak siapa yang tahu. Kadang kadang bila boleh fikir dengan waras, betapa kosongnya hidup lepas mak meninggal dunia, lara lagi jiwanya abah kehilangan isteri yang tercinta. Mak dulu, dalam sakitnya masih gigih hidangkan makanan, masih gigih tanakkan nasi untuk suami dan anak anak. Mak dulu, dalam perjuangannya nak menghapus pergi virusnya kanser, masih mampu untuk senyum, masih mampu bagi kekuatan buat anak anak dan suami. Aku lahir dari ayah bonda yang gagah perkasa. Syukur padaMu Tuhan.
Ada banyak puisi puisi fynn jamal yang meresap ke jiwa aku. Buat aku sesak nafas. Jangan jatuh, menemui ayahbonda, cerita perempuan kecil dalam jamban, bila dah suka etc. Banyak. Bukan jiwa aku sorang yang pernah remuk. Bukan hati aku sorang yang pernah lara. Di luar sana, berjuta yang rasa. Yang lebih parah pun ada, sampai tak terbilang jari. Cuma yang redhanya, mungkin tak seberapa. Allahualam.
Lagi satu yang menghambat jiwa aku, movie pendek Sebelah Sayap. Part yang buat aku termenung panjang, saat mat tanya, "masa dia stress, masa dia perlukan ko utk cerita, kau ada? Kau pernah nak dengar masalah dia? Pernah cuba nak faham dia?" Lebih kurang gitulah ayatnya.
Kita ini, ramai sangat yang perasan sibuk, walaupun kita hakikatnya memang sibuk. Tapi jika dengan sibuk kita itu hingga diabaikan hak orang lain yang harus kita tunaikan, kita bukanlah manusia yang sibuk tapi menolak tanggungjawab yang ada. Selagi namanya manusia, kita adalah daie. Apatah lagi jika kita adalah Muslim, nyata kita adalah daie. Penyeru kebaikan, pembawa ke jalan Tuhan. Tapi, terlalu ramai abaikan amanah ini. Kalau tak mampu ajak orang lain, at least, ajak diri sendiri tu ke Syurga.
Bila kita perasan baik, itu tanda iman kita dah tercemar akan sucinya. Bila perasan baik, tak mahu bergaul dengan yang kita pandang belum baik atau tak mungkin baik, atas alasan tak mahu jadi macam dia, you are wrong sister. You never know apa kebaikan tersembunyi yang ada dalam diri dia yang mungkin saja dapat bantu anda lebih erat dengan Tuhan. Tell yourself, cuba faham orang lain, jangan selfish perasan hidup ini is only about you.
Nak kejar Syurga, tapi kejar sorang sorang. Tak best. Itu pun kalau dapat masuk.
Jaga diri, walau di mana kamu berada, walau dengan siapa kamu bersama. Kita bukan lagi muda, esok lusa mungkin telah tiada.
Notakaki: update by phone. Gigih.
Isnin, 13 Mei 2013
She.
Isnin, 22 April 2013
Aku.
Dan aku rasa macam tu sebab bila aku cuba nak jejak, jarang yang punya kelapangan waktu. Atau cuba melapangkan waktu untuk aku.
*senyum*
Atau pun mungkin aku sebenarnya yang berlebih lebihan dalam meminta. Astaghfirullah.
Khamis, 11 April 2013
Pejabat Baru
Company penuh jantina lelaki. Yang menaip ini sajalah namanya perempuan. Dan masih si gadis. Gadis yang baru kenal tarbiyyah ketika waktu awalnya dia mula bekerja di syarikat ini. Sebab dah kerja dengan semuanya lelaki, si gadis ini lama lama tudung dah semakin labuh. Biar lepas ke bawah. Takde pin pin bahu. Err..tapi buat jugak kadang kadang. =_= Pakai stokin tangan, pakai stokin kaki, walau kadang kadang bila dah bukak tak reti pakai balik. At least, rasa lebih menjaga.
Sebab, mereka pun menjaga. Sama sama menjaga.
Kadang kadang bila tengok cermin rasa macam tak percaya ini ke Izzah?
Risau kalau tudung jarang. Risau kalau tudung nampak dada.
Dulu tak pernah pernah nak fikir sampai macam tu.
Begitu. Salah satu tarbiyyah yang saya dapat disini.
Syukur saya panjangkan. Alhamdulillah.
Haila. Tadi macam nak cerita pasal pejabat baru. Mula dah la kan menyimpang sana sini sampai Slim River.
Pejabat baru, letaknya di Setapak. Dekat dengan segala macam benda. Syukur dah tuu. Cuma satu, jauh dari rumah lah. Harharhar.
Pejabat baru, seronok menghias bagai. Siap letak pewangi. Punya semangat lah kan.
Pejabat baru, rasa lah pergi kerja naik tren. hewhew. Oh tadi hari pertama naik tren pergi ofis. Lepas tu tatau la apa nak dikatakan nasib, naik tren dengan ada sorang hamba Allah ni tetibe kejap kejap menjerit. Kejap kejap menjerit. Serius. Dia duduk bersila kat lantai. Lepas tu jerit apa ntah. Semua orang buat tatau. Ke dah memang selalu? Seriau rasa kot dia nak buat something unpredictable.
Tapi tu la manusia. Tengok je. Takde sape peduli.
----
Bismillah.
Mulakan hidup baru di Setapak.
Selasa, 9 April 2013
Mutabaah Amal 2013
Ahad, 7 April 2013
Refleks.
Isnin, 25 Mac 2013
Negeri Darul Naim
Well, both were passed away because of cancer. Walaupun keadaan tu tak sama which means abah Nad terbaring je since mula sakit dan mak aku pulak lumpuh masa saat akhir, aku dan Nad sama sama dah rasa dan lalui perasaan tengok parents sendiri terlantar sakit tu macam mana dan akhirnya pergi mengadap Ilahi. Perasaan tu, yang melalui je akan lebih faham dengan jiwa, bukan dengan rasa simpati.
Tak menangis, cool, hidup macam biasa, memang tu satu lambang kekuatan hati. Dan juga redha dengan takdir Ilahi. Tapi pada yang menangis, yang selalu sebut, bukan pula lambang tak redha. Setengah orang yang tak merasa, menghalang orang orang sebegini untuk berkongsi kisah satu pengalaman perjalanan hidup, kerana rasa mengenang akan menambah duka. Tapi percayalah, jika seseorang itu bercerita dalam keadaan bersahaja, hakikatnya dia redha, dan dia cherish the moments yang Allah bagi kesempatan untuk rasa. Cerita tu tak buat sedih or pilu or what so ever negative feeling pun, tapi sebenarnya dapat melepaskan rasa yang terbuku. Kalau orang nak cerita, biarkan. Dengarkan. Dan jika yang mengalami itu tidak membuka mulut untuk berkongsi, maka biarkan. Beri dia masa. Jangan desak untuk tahu keseluruhan cerita. Kerana menerima kenyataan ini, perlu kekuatan diri yang besar. Dan yang penting, jangan melihat dengan rasa simpati. Itu akan buat orang yang diuji rasa lebih berat. Allah dah takdirkan begitu, dan adakah takdir Allah itu tidak baik hingga perlu kita melihatnya dengan simpati. Beri dia kekuatan. InsyaAllah.
Aku cuma ada jiwa yang besar. InsyaAllah.