بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 11 April 2013

Pejabat Baru

Alhamdulillah. Semalam, saya dah pun pindah ke pejabat baru. :')

Rasa macam mimpi pun ada. Plan nak pindah Isnin depan, tapi Allah takdirkan hari Rabu, 10 April 2013 bermulanya kehidupan baru di pejabat baru. Hihi.

Teruja. Awkward. Gembira. 

Dah meninggalkan Batu Caves. Sekelip mata je. Tak sempat nak rasa apa. Berminggu minggu tak jumpa opismate yang dah dari mula pindah dulu ke sini, tibatiba hari ni dah kembali jadi opismate. Tapi bilik asing. Dulu sebilik. 

Dapat bilik sorang sorang. Berlatarkan dinding berwarna pink. Kau ada? ;p

Cantik. Terharu. Tatau ah nape nak rasa terharu. Rasa dihargai la sangat kerja kat sini walaupun rasa performance kerja tu macam tah hapa hapa. 

Dah nak dekat setahun dah kerja kat sini. Mungkin dari segi gaji tu memang kecik untuk survive hidop kat KL. Nak belanja pun kena buat bajet. Kena buat kira kira bulan ni boleh beli apa, bulan depan boleh beli apa. Dah beli, senyap. Tak pandang benda lain dah. 

Tapi dapat la jugak simpan duit sikit sikit. 
Tapi dapat la jugak bayar takaful tiap tiap bulan.
Tapi dapat la jugak tolong bayar bil bil kat rumah tu.
Tapi dapat la jugak buat continuous payment tiap tiap bulan untuk manusia manusia yang senasib macam arwah mak.

Dapat la hulur sikit sikit.
Hulur kat family je yang tak dapat nak hulur banyak.
Segan dengan kakak abang gaji besau, adik bongsu je tak mampu nak hulur banyak. Kadang kadang tak hulur pun. Sobs.

Tapi kalau dah segala galanya pandang duit semata, memang takkan cukup lah pun. 

Ada banyak sebab kenapa masih ada di sini, masih setia di sini. 

Environment. Salah satunya.

Company penuh jantina lelaki. Yang menaip ini sajalah namanya perempuan. Dan masih si gadis. Gadis yang baru kenal tarbiyyah ketika waktu awalnya dia mula bekerja di syarikat ini. Sebab dah kerja dengan semuanya lelaki, si gadis ini lama lama tudung dah semakin labuh. Biar lepas ke bawah. Takde pin pin bahu. Err..tapi buat jugak kadang kadang. =_= Pakai stokin tangan, pakai stokin kaki, walau kadang kadang bila dah bukak tak reti pakai balik. At least, rasa lebih menjaga.

Sebab, mereka pun menjaga. Sama sama menjaga.

Kadang kadang bila tengok cermin rasa macam tak percaya ini ke Izzah?
Risau kalau tudung jarang. Risau kalau tudung nampak dada.
Dulu tak pernah pernah nak fikir sampai macam tu.

Begitu. Salah satu tarbiyyah yang saya dapat disini.
Syukur saya panjangkan. Alhamdulillah.

Haila. Tadi macam nak cerita pasal pejabat baru. Mula dah la kan menyimpang sana sini sampai Slim River.

Pejabat baru, letaknya di Setapak. Dekat dengan segala macam benda. Syukur dah tuu. Cuma satu, jauh dari rumah lah. Harharhar.

Pejabat baru, seronok menghias bagai. Siap letak pewangi. Punya semangat lah kan.

Pejabat baru, rasa lah pergi kerja naik tren. hewhew. Oh tadi hari pertama naik tren pergi ofis. Lepas tu tatau la apa nak dikatakan nasib, naik tren dengan ada sorang hamba Allah ni tetibe kejap kejap menjerit. Kejap kejap menjerit. Serius. Dia duduk bersila kat lantai. Lepas tu jerit apa ntah. Semua orang buat tatau. Ke dah memang selalu? Seriau rasa kot dia nak buat something unpredictable.

Tapi tu la manusia. Tengok je. Takde sape peduli.

----

Bismillah.
Mulakan hidup baru di Setapak.


2 ulasan:

lttlgjh berkata...

uiyooo nak gi melawat la kat opis baru. hehe

Izzah Sobki berkata...

mai la maii...datang sini bawak skali ilmu interior design! ahaha =p