Hari minggu ni tak ke mana macam hari hari minggu biasa. Semalam pergi kenduri kahwin kawan sekolah, habis kenduri terus balik rumah. Hari ni pergi kenduri aqiqah anak saudara kawan sekolah, borak borak tak sampai 2 jam, balik rumah. Tak ke shopping mall. Jadi, duit pun tersimpan elok. Alhamdulillah.
Jadi, dah duduk rumah, takda kawan, dok mengadap bilik. cari bahan bacaan. Saja blog walking dah lama tak buat. Lepas tu tibatiba rasa nak stalk hamba Allah yang seorang ni. Saja la kot beliau ada wujud kat alam maya tang mana mana. Tak kenal sangat, hanya melihat beliau sebagai seorang manusia yang jenis berakhlak baik, yang disenangi ramai. Macam mana dapat ilham nak stalk tu pun tatau lah kan.
Jadi, jumpa beliau punya twitter dan blog. Blog tak aktif mana, tapi twitter boleh tahan maju. Dah cecah seribu ke atas tu kira aktif la kann. Tengok tengok camtu je. Semua tweet dengan yang sesama jantina. Haila. Ni memang tak salah sangka. Memang tengok kat luar jenis manusia baik, kat tempat lain pun kira baik jugak la ni. Bukan nak kata yang berkomunikasi lelaki & perempuan tu tak baik, tapi kan kalau nak cari kawan berhibur, tempat meluah rasa, bergurau senda, alahai, yang sama jantina tu ramai. Orang degil je yang suka melawan nak jugak kata kasih sayang tu hanya dapat dirasa bila ada connection dengan lawan jantina. K, sila kahwin. Tak payah bercinta menambah koleksi dosa yang tak pernah susut.
Tengok tweet sendiri..dah cecah 1700++. Adoi. Apa la yang di tweet kan sangat sampai dah cecah banyak camtu? Nak audit? Gigil gigil tangan nak mendelete kot. Kat twitter, selalu jugak berbalas tweet dengan kawan laki. Memanglah takda apa kan bukan buat drama kasih sayang pun, tapi Allah, izzah ni bila nak buat had batasan tu dengan lebih keras? Tak berakhlak seorang muslimah. Sobs.
Izzah kena berubah. Kena ada prinsip yang lebih tegas. Semua tu akan jadi saksi bila dah mati nanti.
T______T
Lepas tu stalk beliau punya blog pulak. Okay, clue. Beliau ni insan yang dah lama ditarbiyyah. So dia punya lifestyle tu memang tak lah nak berapa nak sama dengan manusia manusia yang suka buat benda lagha, macam I. Y___Y
Tapi dia, manusia biasa juga. Ada juga hal hal yang merunsing fikiran, ada juga hal hal yang membawa tekanan. Dalam jiwanya yang besar, tetap ada satu sudut yang dia rasa lemah, yang dia perlukan seseorang untuk encourage dia, bukan sekadar puji memuji dia atau hanya memandangnya di sudut yang tinggi sahaja. Ada sisi lemah, kekurangan padanya, sepertimana manusia yang lain juga.
Jadi orang yang baik, bukan satu perkara yang mudah.
Jadi orang yang dilihat baik, adalah perkara yang lebih dari susah.
Bila dilihat baik, automatically jadi contoh. Orang lihat sisi sisi yang baik sahaja. Syukur. Dari aspek itu, syukur. Mudah mudahan kebaikan itu memberi inspirasi untuk orang lain menjadi baik juga. Tapi bila dah jadi manusia yang dilihat baik, akan ada satu kekangan keadaan di mana orang baik tak boleh tunjukkan sifat sifat yang dianggap negatif seperti meluah rasa, dan merasa lemah.
Jadi, menjadi orang yang baik dan menjadi orang yang dilihat baik, kedua duanya membawa bebanan tanggungjawab yang besar. Sebab tu jugak kot, Allah sediakan orang yang baik untuk orang yang baik. Dan sebaliknya.
Bila baca blog tu, rasa terinspirasi pulak. Nak jadi lebih baik. Walaupun berat. Walaupun payah. Walaupun rasa macam lebih baik menyerah. Tak payah buat baik dah. Eheh. Tak baik begitu. Umat Muhammad bukan begitu sifatnya kann.
Dan ada satu entri tu, buat terdiam. Tak leh bagi link atau copypaste semua nanti kantoi pulee stalk siapa. Ahahaha. Al kisah tu berkenaan ujian ujian berat yang menimpa sahabat Rasulullah SAW. Macam contoh, Bilal. Bilal ni kita tau kan dia kena seksa kat padang pasir yang punya terik tu, kena hempap dengan batu besar tapi dia tetapi mengatakan, 'Ahad! Ahad! Ahad!' Tuhan yang satu. Tingginya pegangan akidah Bilal. MasyaAllah. Mungkin tak dapat nak rasa sangat lah kan besarnya perjuangan Bilal tu sebab bila masa pulak kita nak kena seret tengah padang pasir dan kena hempap batu? Kan. Tapi sebenarnya kita boleh rasa. Bila besarnya cinta kita kepada jihad untuk Islam, besarnya cinta kepada agama Allah. Selagi kita tak pandang serius agama ini, hati kita gagal merasa semua itu.
Dan sejarah Islam menyatakan pejuang pejuang hebat itu kebanyakkannya diseksa dengan seteruk teruknya. Bilal, Sumayyah. Talhah, Zubair..Maka, datanglah satu soalan bertanya,
'adakah kita pada hari ini tidak hebat kerana tidak ada seksaan seksaan sebegitu ke atas kita? perlu ke kita meminta diberi kesusahan supaya kita menjadi hebat?'
Dan jawapan yang diberi adalah:
"Kita diberi ujian berdasarkan iman kita. 'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya.(2:186)'. Sahabat menghadapi kesusahan setelah mereka mengamalkan Islam dan berdakwah. Kita tak dapat ujian yang susah sebab tak buat kerja!"
Terdiam. Yang membaca sambil lalu kat blog tu pun rasa terpukul dan terdiam. Ada hati nak mengeluh bagai susahnya dakwah, nak mengamalkan Islam padahal yang sebenarnya, apa kerja pun tak buat. T____T
Kena refleks banyak banyak. And take action too. Sampai bila nak masuk Islam separuh separuh. Sampai bila nak bergelumang jahiliyyah lagi. Astaghfirullah. Mudah betullah leka. Sobs.
I must be the one who change first.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan