Alhamdulillah. 26 Januari 2013 hari tu, genap dah umur saya 24 tahun. Ikut kalendar Hijrah, lama dah pun umur 24 tuu. Hihi. Apa pun, syukur, Allah masih bagi nikmat nyawa sampai ke hari ni. Ramai dah adik adik yang lebih muda dari saya, yang dah kembali ke rahmatullah. Mudah2an Allah menempatkan mereka di Syurga yang indah di kalangan orang yang beriman. Aamiin.
Saya pun, bila bila masa je akan pergi buat selamanya. Entah kan sempat atau tidak untuk menyedari kehadiran Izrail yang menghampiri, moga moga saya selalu mempersiapkan diri. InsyaAllah. Bila tiba hari lahir, saya selalu ingatkan diri saya, saya dah semakin dekat dengan kematian. Dalam rasa seronok dan bahagia dengan setiap ingatan yang datang menjengah, perkara utama yang harus saya lebih sedar adalah, dekatnya saya kepada kematian. Semakin dekat. Hakikat yang pasti walau waktu tibanya adalah rahsia Ilahi.
Dan tahun ni, 26 Jan dilalui dengan rasa berbeza. Saya dah biasa melaluinya bersendiri. Dan saya mengisi hari yang berbahagia ini dengan berpuasa. Bahagia rasanya saja berpuasa di hari lahir. Tapi kali ni Allah izinkan kakak saya menemani saya melalui tarikh ini bersama sama. Dan rasa sepi di hati saya pun berlalu pergi. Alhamdulillah. Saya syukur sangat. Sebab selalunya, saya akan teringat dekat arwah mak. Dulu saya pernah baca blog seorang teman, masa hari lahir dia, dia ucapkan terima kasih pada mak dia sebab lahirkan dia. Saya cemburu sangat. Saya tak dapat peluang tu. Ataupun saya tak pernah guna peluang tu ketika berkesempatan melakukannya. Moga arwah mak redha saya menjadi anaknya. :'(
Allah. Dah 24 tahun dah usia saya. Dah bukan kategori remaja yang baru nak kenal dunia, tapi seharusnya dah jadi seorang daie yang cekal, kuat & tabah untuk mengejar akhirat sana. Terharu saya dengan bait2 doa yang dikirim, rasa mahu pula saya letak disini. Moga moga jadi ingatan bersama.
Aliya ni jiran saya kat kampung. Terharu saya baca doa ni. Walau tak rapat mana, sungguh saya syukuri atas doa yang dikirim ni. Jazakillah :')
Kak Nazariah ni pulak sepupu saya. Yang banyak kami kongsikan kisah suka dan duka bersama. Rindunya kat dia. Borak borak tentang hidup :') doanya agar saya menjadi mujahidah yang sejati itu, sungguh menyentuh hati. Allah, berat rasanya nak mencekalkan hati untuk bermujahadah untuk mencapai cintaMu :')
Nasihah ni pulak usrahmate saya. Tapi sekejap je dapat bersama. Sebab masa tu dia tumpang usrah sementara bercuti. Indahnya usrah, jumpa sekejap tapi mesranya berpanjangan. Alhamdulillah. Moga yang terbaik untuk adikku jua. InsyaAllah.
She is angah. Sepupu sebelah ayah. Kami ni sama sama takde mak. Mak dia meninggal Disember 2002, mak saya pula April 2003. Dekat sangat jaraknya. Masa mak dia meninggal, kami menangis sama sama. Sekarang, besar panjang dah semua. Ada masa, berchatting juga bertanya kaba. Alhamdulillah. Kak Ija pun sayang angah ketat ketat. Hihi.
And sure, kiriman2 sms dari sahabat yg terchenta, lebih menambah bahagia di hati saya. Jazakumullahu khairan khatira. Ros, Syira, Ema, Nadia, Ja, encik cool, Ili, Nazirah, Nanad dan beberapa nama lagi yang tak lupa tarikh ini. Terima kasih banyak banyak. :')
Saya takde nak berharap apa pun kali ni, cuma saya nak jadi lebih baik. Itu je.
Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran.
Notakaki: A big lovely thanks pada kakak, sebab mengisi hari. Thanks hadiahkan handbag yg cun itu. Suka sangat! =D *hugsss*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan