بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahad, 10 Februari 2013

Sakit.

Hidup dalam ramai. Tapi jiwa terasa kosong.

Bila keadaan macam ni mula menguasai diri, tangan mula bekerja nak cari sesuatu, untuk memujuk hati. Blogwalking blog dan tumblr, bukak file yang tersimpan ayat ayat cinta, supaya hati dapat rasa sedikit ketenangan. Buat renungan,  buat muhasabah.

Sakit.

Dah tahu, solat tu direct connection dengan Tuhan. Boleh cerita apa sahaja. Dia Maha Tahu, Maha Mendengar. Dalam Al-Baqarah Allah dah ingatkan;

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."

Ayat 45 dan 46.

Solat tu berat, bagi orang yang tak rasa Allah dalam hatinya. Solat tu berat, bagi orang yang tak menghayatinya.
Solat tu berat, bila dalam jiwa tu kosong, takde roh hamba yang menyembah Tuhannya. Takde rasa takut. Takde rasa lemah.

T______________T

Kalau hati tu tak tenang, rasa sedih, zikir. Tu pun Allah dah ingatkan dalam Ar-Ra'd;

"Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk orang orang yang bertaubat kepadaNya; (iaitu) orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Ayat 27 dan 28.

Salah satu zikir yang paling best, Al-Mathurat. Dah tahu, bila amalkan mathurat pagi petang, atau at least sekali sehari, memang hati rasa tenang dan lapang je, tapi tu pun masih malas, masih berlengah. Banyak je alasann.

Jauh betul nak sampai pintu Syurga, apatah lagi nak jadi calon sang bidadari. Dalam mimpi pun tak tercapai.

Allah, rindunya nak memiliki walau seorang hambaMu yang soleh sebagai sahabat dan teman. Seseorang yang boleh ingatkan aku kepadaMu, seseorang yang saat aku rebah dan terluka, dia segera hulurkan tangan dan memberi semangat supaya aku bangkit tak menyerah. Seseorang yang ingin bersamaku mencari redhaMu, menggapai redhaMu. Seseorang yang sama sama ingin membahagiakan, walau ujian dariMu tak ada henti datang menduga.

Allah, jika tidak Engkau anugerahkan aku sahabat sebegitu, anugerahkan seseorang yang sebegitu untuk menjadi buah hatiku, suamiku. Yang akan membawa aku kepada SyurgaMu, kerana redhaMu kepadaku, dan kepada Dia.

Terasa rindu pada sahabat sahabat dikasihi.

Teringat pesan Ja kala nak berdoa, masa nak doa tu anggap macam kita tengah cakap dengan Tuhan. Cerita apa yang kita rasa hari tu. Allah memang tahu, tapi mengadulah. Cakap macam contohnya,"Allah penatnya aku hari ni. Banyaknya kerja aku nak kena buat nak selesaikan. Allah, kau redhalah aku. Supaya aku senang melakukan semua ini."

Buat. Memang rasa lain. Tapi tak istiqamah.

T___________T

Hai iman. Ko dah mendatar sangat.

Sakit.


Tiada ulasan: