Balik rumah, tidur dulu. Dengan harapan semua ni mimpi.
Hari yang sungguh panjang dan penat.
Office dipecah masuk.
[heboh kat orang, dirompak. Dey, rompak dengan pecah masuk pun tak reti beza. Rasa nak koma tahan malu]
Pagi ni, setelah bercuti CNY hingga Selasa, bermalas malasan rasanya nak jejak ke office. Sampai office dah pukul 9 lebih, tengok tengok office mate semua tengah berkumpul kat luar. Mata masing masing pulak dok fokus menanti si gadis ini tiba dekat.
"Office kena pecah"
"Hah?!!"
"Tak percaya pegi la masuk tengok."
Laju menuju atas. Tak sabar nak tengok tempat sendiri. Pintu bilik terbuka luas. Bilik bos pun. Tapi perkara pertama yang dilihat, desktop Harith yang hilang. Mejanya kosong. All the things gone. Yang tinggal hanya sebiji mouse. Tempatnya bersepah teruk. Lepas tu nampak 'dinding compartment' meja Asyraf dikeluarkan, tapi desktopnya ada. Desktop Arafat pun ada. Bukhori hilang semua juga. Hanya tinggal external hard disk. Meja Bukhori ada desktop, dslr dan kamera digital. Hilang semua.
Eh tempat aku????
Kedudukan saya, berhadapan pintu. Bukak saja pintu, akan terlihat saya dulu. Biasanya begitu. Tetapi kawasan saya, ada 'dinding compartment' juga. Saya lihat meja, eh, desktop ada. Printer ada. Handphone ada. Bukak laci, cari buku cek, ada juga. Alhamdulillah. Ya Allah, syukur. Tempat saya, macam langsung tak berusik. Sungguh, tidak ada satu apa yang berubah. Macam mana saya tinggalkan pada hari Jumaat, itu lah keadaannya sama pada hari ini. Subhanallah. Allah melindungi saya? :')
Di bawah, desktop receptionist hilang. Yang tu saya bergenang mata. Habis lah data customer & sales. T_____T Mesin fotostat Xerox tu pun hilang. Mesin tu baru beli :( Tempat receptionist memang bersepah teruk. Nauzubillah. Bilik Hazri & Haswadi, sama juga. Bersepah teruk. Desktop Hazri hilang. Burn data petty cash. Nanges laju laju.
Ringkasannya, dari 9 desktop yang ada, 5 daripadanya hilang. Empat yang tinggal, desktop saya, Arafat, Aliff dan Asyraf. Tp Aliff & Asyraf tu dah berhenti. Maknanya, kerja kerja saya dan Arafat saja yang terselamat. Tidak berusik. Alhamdulillah. Syukur. Syukur :')
Setiap orang ada harta yang hilang, atau pun berusik. Kecuali saya. Semua orang pun rasa pelik, kenapa tempat saya sedemikian rupa seolah dilindungi? :') Maha Suci Allah, hikmahNya saya tatau. Saya pegawai akaun, data penting perniagaan syarikat banyak ada pada saya. Flow kewangan, semuanya hanya saya yang tahu. Tetapi, hakikatnya, saya ni ada buat backup. Semua data tu ada dalam external hard disk. Saya update setiap hari. Tapi, andai desktop tu pun lesap, meroyan jugeeee Y_____Y
Syukur tak ada apa. Tapi kerugian, besar jugeeee. Van syarikat pon lesap. Alahai.
Dan hari ni memang masing masing tak dapat nak kerja, walau cik sorang ni mampu sebenarnya nak buat kerja sebab tak ada kehilangan. Hihi. Tunggu polis datang memang barang tak boleh nak usik. Tu pun dah sampai lunch break. Dok berkumpul depan office, habis segala isu semasa dibualkan. Nak mengenang nasib, benda dah jadi. But one thing I respect, orang laki die cool je depan musibah. Maybe sebab majoritinya ikhwah, atau memang sifat lelaki camtu, cool je. Masing masing tatau nak kata apa, walau yang hilang tu harta sendiri.
Moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Ujian ini, ujian bersama. Ada hikmah yang perlu kita ambil. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan