بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 15 Mac 2013

14.03.13 | And She Lost Her Dad.

Malam tadi, waktu sedang riang ria di facebook, Lela tiba tiba tanya Nanad ada kat mana sekarang. Tanpa prasangka, terus kongsikan khabar yang sehari sebelum tu ayah Nanad sesak nafas, Nanad ada kat Kelantan sekarang. Jom sama sama doa. 

Lela reply,
"eh u tau x ayah dia da mninggal?"

Berderau jantung. Apa? Meninggal?

Terus laju mencari handphone. Ada satu sms dari Nanad.

"Salam..jijah aku jz nk bgtau, ayah aku dah xde..baru je td. Mintak maaf sangat2 tak sempat bawak ko datang ziarah. Tq ye atas doa ko selama ni."

Inna lillahi wa inna Ilaihi rojiunn.

Teruk betul rasa, dah dekat sejam baru baca sms tu. 

Doa aku tak makbul lah Nad.

Masa ko bgtau ayah ko sesak nafas tu, aku terus mintak kat Allah, andai waktu ayah ko dah tiba, bagi kesempatan waktu untuk ko dan keluarga untuk jumpa dia, tengok dia pergi depan mata. At least, bagi kesempatan waktu untuk ko sampai, untuk tengok dia pergi. 

Tapi ko tak sempat tengok dia pergi.

Cuma Allah bagi kesempatan waktu untuk ko jumpa dia dalam keadaan masih ada nyawa. Harap ko hargai peluang yang Allah bagi tu :')

Maafkan aku Nad. Takda kat sisi nak berkongsi rasa, nak bagi kata kata ketabahan yang mungkin.

Moga Allah izinkan plan kita jadi kenyataan, nak balik ke kampung ko hujung bulan ni. Takpe lah takde rezeki aku nak ziarah arwah masa hidup, moga Allah izinkan aku ziarah arwah di pusara yang masih merah.

Ko tabah sangat, aku pulak yang menangis.

Almost half a year ayah Nad sakit. Rasanya sebelum Ramadhan. Sakit kanser buah pinggang. Stage 4. Tapi tak sekali pun aku datang ziarah. Hanya bertanya kaba keep on update dari Nad. Nak contact mak Nad pun tak tersempat sempat. Procrastination. Itulah sikap.

Ayah Nad sakit lebih kurang sebulan rasanya kat Gombak. Lepas tu bawak balik ke Kelantan, sampai Allah jemput kembali ke rahmatullah.

Ayah Nad pergi malam Jumaat. Hari yang berkat. Hari yang mulia. Moga Allah muliakan Ayah Nad, atas perjuangan dan pengorbanannya selama ini.

Apa yang Nad lalui hari ini, adalah keadaan yang lebih kurang sama yang pernah aku lalui 10 tahun dulu. Hidup pasti akan berubah selepas ini. Keadaan dah tak sama. Dan hidup sebenarnya dah lama pun berubah, sejak bermulanya insan tercinta tu jatuh sakit.

Aku tak harap kau untuk tabah, Nad. Sebab kau yang aku kenal memang dah dilahirkan tabah dan kuat. Tapi di sebalik sebalik itu aku tahu ada waktu waktu nya kau lemah dengan ketentuan takdir, dengan ujian Ilahi. Moga dengan kesabaran & kekuatan yang kau ada ni, Allah pilih kau untuk jadi hamba yang selalu dekat dengan Dia. Allah bukan takat sayang kat ayah kau je, tapi Allah sayang kau, keluarga kau. Dalam ujian ini, moga Allah ampunkan sebahagian besar dosa dosa yang ada.

Hayat kita kat dunia ni, memang sungguh la sekejap. Ibarat satu jam setengah je kite hidup kat dunia ni nak dibanding dengan akhirat sana. Sampai masanya nanti, kau akan ikut jejak ayah kau dan aku pun akan ikut jejak mak aku. Ketentuan yang pasti.

Moga Allah melimpahkan kekuatan untuk kau dan keluarga. Aliff, moga moga dewasa sebagai lelaki yang gagah. Aliff baru sepuluh tahun, aku doakan dia kuat macam kakak kakak dan abang dia. Aamiin.

Doa aku untuk arwah ayah ko, insyaAllah berterusan walaupun dia dah takde. Dulu aku doakan kesembuhan dia, sekarang ni aku doakan kesejahteraan dia. Aku tak mampu nak janji yang aku akan sentiasa ada untuk kau, tapi doa doa aku untuk kau, InsyaAllah tak pernah putus lagi Nad.

Sayang kau Lillahi Ta'ala, sahabatku. 

Al-Fatihah. 
Allahyarham Hasdi bin Mohamood.
14 Mac 2013






Tiada ulasan: