بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selasa, 2 November 2010

Selesai Sudah Semester Empat :)

Alhamdulillah...exam dah habis semalam. time orang lain tengah dok sebok2 lagi nak menstudy, nak membaca, nak menghafal, nak mengira yadda yadda...aku dah bebas! ceyyy...berlagak lak bunyi. tidak lah. tak rasa apa sangat pun. rasa macam blank ade la. seminggu beb study cam gile. pas subuh terus selak note. takde tido petang dalam kamus hidup seminggu lepas. tetibe pagi tadi bangun cam tak tau lak ai nak buat ape. nak stay lagi kat sini sampai ahad, insyaAllah. Dan lepas tuh tamat lah sudah ceretera semester 4, Julai-November 2010...

Kejap je kan...dah setahun setengah aku amik degree dalam perbankan Islam ni. Dah mula terbiasa dengan term2 mudharabah, murabahah, riba, gharar, maysir, takaful, islamic economics yadda yadda. Alhamdulillah bila amik course ni adalah juga hafal2 hadith, hafal2 tafsir yang selama ni takde pon dalam diri. Syukur pada Allah.

Dan sekarang, apa yang paling dirasa dalam hati..detik detik bersama sahabat2 masa susah senang dari mula jejak kaki di Shah Alam dari Julai 2006 tinggal beberapa hari je lagi. Sahabat-sahabatku, Nadia, Zakirah dan Ema. Terasa sayu la plak sebab lepas ni bila aku balik, tatau la bila lagi boleh jumpa. Jumpa tu insyaAllah boleh tapi dah tak macam selalu. Semester ni semester terakhir kita. Ema dah sah2 ada plan tersendiri yang teristimewa pas habis belajar ni. Eceyh. Eceyh. Eceyh. Zakirah, akan melangkah ke alam pekerjaan. Jadi accountant! InsyaAllah :) dan Nadia, dah mula nak praktikal. Tinggal aku. Yang masih di sini. Di bumi Shah Alam yang terchenta..huuuu

Dan yang pasti, aku akan rindu masa minggu study week. Bangun pagi2 siap awal2 semata-mata nak study kat fakulti engine. Stay sampai petang atau kadang2 sampai malam. Study sama2 walaupun selalu selit2 dengan gosip, borak2, tazkirah agama dari ustazah kita (jeng3..siapakah?:p) dan macam2 hal lagi. Study sampai letih. Dan masa ni jugalah masa kita bersama. Kita study sama-sama walaupun subjek berbeza. Kita berbeza haluan, tapi kita masih bersama. Jujur beb, I'm gonna miss all these.

Dan semester ni jugak, semester terakhir untuk aku berumetkan Nadia dan Ema. Mana-mana aku toleh kat ruang bilik ni akan nampak dorang. Ema yang pendiam, dan Nadia si penghibur. Apa2 yang dia buat semuanya kelakar. Confius aku. Ema yang blank dan blur, selalu jadi mangsa buli aku. Sorry Ema. Sayang kamu bangat! Dua semester aku berumetkan dua insan ni. Bersama Nadia dari semester lepas dan Ema masa first semester di sini dan final semester dia di sini. The beginning and the ending. Oh saya akan merindui Ema si tukang kejut subuh saya pagi2 dan si Nadia yang selalu mendengar keluh kesah saya. Dan juga Zakirah, sahabat yang memahami. Walaupun tak sebilik we still keep in touch. Dia sahabat susah senang dan sukar didekati. Saya pasti akan akan merindui kata2 nasihat dia dan juga kadang2 kesengalan beliau. Mereka teman borak saya, teman yang mendengar, teman yang menasihati, teman yang saya gado hari2. Ah, sudah 4 tahun! Sudah 4 tahun kita kongsikan segala macam hal. Kita ketawa, kita menangis. Kita rebah, dan kita bangkit. Kita berada di sisi masing2. Sekejap je kan. Sekejap je...detik perpisahan bakal menjengah kita..

Terima kasih sahabat-sahabatku. Terima kasih untuk segalanya. dan juga mohon maaf atas kesilapan diri sepanjang usia persahabatan ini. Semoga korang2 semua success dalam kehidupan masing2 dan keep in touch okay...i know you will :)

Love you much

2 ulasan:

it's about Me and You berkata...

beb,
i cry T_____T.
speechless

nurulnh berkata...

Touching! Korg sahabat aku spnjg aku study kat UiTM nie.. seriously... x kiralah byk mna kwn2 br aku, korg la yg plg knl aku dan aku plg knl korg... <3 u guys... i hope this is not the end of our frenship! it's just the beginning.. i'm gonna miss u guys! <3 <3 <3