- Kerana hari ini terlalu bosan, saya dah tak tahu mahu buat apa di rumah ini. Saya boring online. Tiada apa yang best nak dibualkan di facebook. Jenguk blog pun tiada yang update. Saya tak layan youtube sebab sesungguhnya broadband ini bukan milik saya. Bosan.
- Hari ini saya dapat email dari Nadia. Saya sungguh gembira kerana beliau cepat menunaikan permintaan saya. Malangnya hari ini saya langsung tiada mood untuk meneruskan 'aktiviti' saya. Semuanya gara-gara photoshop. Dah lama tak guna. Dah lama tak praktis. Blank & blur. Ah..mengaku saja bakat mengedit itu memang tiada T___T
- Sebenarnya saya sunyi. Saya tak tahu kenapa saya tertunggu-tunggu beliau online. Bila lampu hijau dah menyala saya rasa macam cuak pulak. Ntah pape. Tapi kemudian saya tegur juga. Dia sangat lemah ketika ini. Sampai demam. Kasihan. Semoga dia kuat untuk esok.
- Hari ini birthday ema kan? saya dapat panggilan hangit daripada dia. 1 jam. kong bateri handphone. apa2 pun saya gembira. ada teman bual bicara. selamat hari jadi, ema golek golek :p
- hari ni tak ber'sms' dengan nadia. menambah satu lagi sebab kebosanan.
- Tapi saya ber'sms' dengan dot dot dot. yelah nanti kang saya tak tanya khabar mula la nak tuduh2. sms cakap pasal praktikal. cakap pasal kerja part time. cakap pasal rumah sewa. Dia teruja tetapi saya tidak. Saya tak perlu hipokrit kepada orang yang sememangnya tidak sukakan saya.
- saya baru lepas check keputusan kolej. saje je buang masa. gagal. macam biasa. kalau nak tahu, dari awal semester buat degree sampai lah sekarang, memang tak pernah berjaya mintak kolej. maka, saya suka merempat. ah, sadis!
- saya boring.
- saya nak tengok movie. tapi tiada satu pon yang menarik. tak sanggup nak tengok 1 litre of tears lagi walaupun hati meminta-minta. kasihan dekat mata. nanti tak berhenti henti keluar menangis.
- ok lah. bye.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Ahad, 14 November 2010
Random Topics
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan