بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 4 November 2010

031110 - Kita berjumpa lagi :)

Semalam aku, Nadia & Ema sekali lagi pegi jenguk budak2 ni kat sekolah dorang. Susah jugak nak mintak izin datang sekolah ni sebab ada prosedurnya. Tapi dengan pertolongan cikgu Fekhry and Pn Rohana, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pak guard pon kire baiklah juga dalam rela tak rela nak lepaskan kami melawat kawasan sekolah. Yelah pegi tempat oku kan..kena plak guna sign language...budak2 tuh plak tak boleh bercakap...tambah plak pekak..so bahaya la if ape2 jadi kan...syukur pada Allah...niat kami dipermudahkan....

masa mula-mula datang...budak2 ni tengah main bola...nampak Roy aku sangat lah teruja..haha. tapi budak tuh macam tak ingat je aku. tsk. tsk. pastu kitorang jumpa en sani, cam penjaga budak2 laki ni la. beliau sangat baik. sebab dia lah yang bawak kitorang g asrama budak2 ni pastu tolong wat sign language untuk kitorang. blur gile! die teman kitorang dari mula sampai la kitorang balik. thanks sangat2 encik sani! :)

then masa kat sana ramai juga yang xde. 4 orang budak dajah 6 da kena kidnap awal2 dengan cikgu fekhry. bawak g main boling. termasuklah danial yang kacak itu. haha. kalau ade pon segan gile kot nak jumpa...lepas tu ramai jugak la budak2 yang baru kitorang kenal...cam Wana, Amina, Iman, erkkk..erkkk...ade la lagi beberapa yang mula la tuh kan lupe nama dorang. Wawa. Sebab kat sana kalau tanya nama dorang tak bagitahu nama panjang,...bagi sign name je. macam nama aku, jadi I dgn Z je...haha..boleh la pasni kalau nak panggil aku IZ :p Nadia jadi ND n Ema jadi Ea. tak ke susah tuh nak tahu nama penuh ape?

Apa2 pun rasa best sangat dapat jumpa dorang lagi tapi malangnya tak banyak amik gambar. yg guna phone aku plak terset vga...waaaaa...rasa cam nak meroyan! nampak gaya macam nak kena pegi lagi kan? haha. tapi pasni budak2 dajah 6 da xde..seday..seday :( hopefully boleh terus keep in touch ngan dorang n dalam masa yang sama nak praktis lagi guna bahasa isyarat ni. sungguh, nak sangat 'borak-borak' dengan dorang :)

okay, kat sini adelah sikit gambar2 yang tak berapa nak cantik untuk semalam punye kesah..huhu
masa ni budak2 ni tengah fikir sign name untuk ema...
e...a...ema :)

sebelum pegi makan tetibe en sani bagi sepatah dua kata tentang kedatangan kami...
sangat2 terharu...tak sangka kunjungan kami yang sekejap cuma itu amat dihargai...


beratur sebelum g makan...


dinner time.




class prep.

amina dan ema...
macam adik dan kakak je kan? :)


muka semua cuak kena panggil pegi opis...

encik sani tengah nak mula membebel...haha

the 8 budak bertuah yang kene 'denda'

'denda' dapat hadiah...haha

bahagia tengok Roy senyum...

sorry dik...hadiah birthday awak kecik je...hope ia bagi spirit :)

dan ini,
untuk penghayatan bersama...
a poem from a deaf...

I LIKE TO BE DEAF
(by Victor D. Valdez II)

I was born deaf and like the way I am.
When I am sad I hear nothing to cheer me up,
no music, and no company.
I can't hear the birds chirp in the morning,
neither the droplets of early morning dew.
I can feel,
look at the sky, it's colour of love.
Love brings us together,
but I can communicate,
even though I can't hear I use my imagination like if I were hearing.
Deafness makes no difference.
I am deaf, I accept it and won't change it.
Love mends your heart.
I am deaf.
but,
the rest of me is like YOU.

Tiada ulasan: