Rindunya. Rindu pada adik-adik tersayang di SKPK Selangor. Adik Roy yang nakal, adik Fatin yang tersangat cute, adik Adilah yang peramah dan translator yang baik untuk saya, adik Moh Tai Weng yang mengajar sign language dengan penuh cemerlang, adik Daniel yang cool, ensem & macho (wawawa), adik Yap yang sangat aktif, dan adik adik adik yang sangat sangat kakak rindui.
Terima kasih buat adik adik yang teristimewa...yang dianugerahkan buat ibubapa ibubapa yang terpilih...adik adik yang mengajar kakak erti sebuah kehidupan di sebalik kelebihan yang adik adik miliki. Sebagaimana kakak teringin nak dengar suara adik adik berbicara dengan kakak tentang diri adik, apa yang adik suka, cita-cita adik terutamanya, macam itu lah juga kakak percaya adik juga mahu mendengar suara-suara kami. Suara ibu adik adik yang lembut dan mendamaikan, suara ayah adik adik yang mendidik dan berhikmah, suara cikgu cikgu dan segala macam lagi bunyi merdu yang Allah ciptakan. Namun percayalah adik, kekurangan itu adalah kelebihan buat adik. Bila adik tak mampu mendengar, maknanya adik tak perlu lemah semangat dengan kata kata nista orang lain yang mematahkan semangat adik. Apa yang penting adik kena kuatkan semangat dan yakinlah dengan janji Allah. Yakin lah dengan diri adik tentang kemampuan adik sebab dengan suatu kepercayaan itulah yang akan membentuk diri kita. Sungguh akak mendoakan kejayaan buat adik-adik yang kakak sayangi.
Dan adikku, walaupun pertemuan kita hanya sebentar cuma, namun dua hari menatap wajah adik-adik yang comel, yang tersenyum manja, yang riang, yang bersungguh-sungguh mahu menyampaikan pada kakak dan kawan-kawan kakak yang apa yang adik ingin 'katakan', ia sangat mengharukan. Maafkan kakak adik sebab masih amatur dalam bahasa isyarat. Bila jumpa adik, bila teringat kat adik, kakak rasa bersemangat nak belajar bahasa isyarat. saru-satunya cara untuk kita berkomunikasi. Kakak harapkan, dan kakak usahakan agar Allah bukakan jalan untuk kakak menyelami bahasa komunikasi adik supaya suatu masa nanti, kakak dan adik boleh berbicara tentang apa sahaja. InsyaAllah.
Dan semalam adik-adikku..3 november 2010, sekali lagi kakak dan kawan-kawan kakak datang melawat adik. kebanyakkan nya sudah lupakan kami. kecewa tahu. haha. tak lah adik. normal la tuh kan. tapi adik2 semua tetap excited dan teruja nak berbicara dengan kami. rebut2 nak bercakap kan. walaupun kakak sangat blur & blank dengan bahasa isyarat, adik sanggup eja demi nak kakak faham. terima kasih adik. terima kasih bagi kami peluang lihat kehidupan adik. dari adik bermain di waktu petang, mandi (aduh2..aksi 18 above adik tunjuk kat kami...ngaaaa), beratur nak pegi dewan makan, dinner dan seterusnya kita solat maghrib berjemaah sama-sama. solat jemaah yang paling senyap, tanpa suara. syahdu rasanya. adik yang pekak dan majoritinya tak mampu bercakap pun masih ingat Allah, belajar mendirikan solat seawal usia..semoga adik terus bersujud padaNya..
kadang-kadang kan adik..kakak lupe adik golongan orang kurang upaya..sebab bagi kakak adik sangat istimewa..tak tahu lah kenapa baru jumpa 3 kali kakak rasa sangat sayang dan rindu adik...dan yang paling menarik perhatian kakak, roy...kenapa ye? sebab roy nakal..roy kerek..roy pemalu..roy sombong..roy emo..haha...kalau lah kakak tahu malam birthday dia hari tu dia mengamuk sebab tak dapat hadiah...nak je kakak prepare something nak pujuk hati dia..walaupun siapalah kakak ni bagi dia kan...kakak nak dia happy...bahagia...dan macam tuh jugak lah yang kakak harapkan untuk adik2 yang lain..ahh adik, banyak sangat kalau mahu diluahkan di sini. jujurnya, kakak sangat merindui adik. sangat rindu. semoga kita berjumpa lagi :((
Tiada ulasan:
Catat Ulasan