بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selasa, 30 November 2010

Taggi

Tag ni amik dari sini sebab blogger tu kate kalau blogger lain x buat tag ni pas baca alamat pendek umur lah jawabnya.

Yang sebenarnya - saya mengisi masa lapang! haha

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
>> benda? handphone kot. sebab tu je yg ade dalam kepala skang walaupun handphone jarang dilayan buat masa ni. agaga.

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
>> tiket bas.

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
>> kahwin kt rumah lagi meriah rasanya. tapi mungkin buat kt kampung. tema? urm...tradisional sudah. kalau boleh tanak sanding pun. (errr...boleh la untuk gambar2 tapi bukan untuk tepung tawar renjis2 ape bende tah tuh...huhu)

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
>> tidak. single heart.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
>> hingga bertemu kembali di Syurga :)

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
>> dalam mimpi mimpi indah yang sayang rasa nak celik mata. keh3

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
>> 111 Wasiat Rasulullah SAW kepada Wanita Solehah. sepuluh hengget.

8. Apakah nama penuh korang?
>> TulipChantek :)

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
>> Mak. Tapi since mak dah xde, abah la kot.

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
>> Bakal suami. keh3

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
>> mesin basuh kan ada. apa gunanya?

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
>> dalam hati ni sekarang rasa nak pergi zuhal la. tipu je. nak pergi Belanda nak tengok Tulip! :)

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
>> peluk.

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
>> Tak tahu apa. Sebab baru jumpa blog beliau semalam. thanks cik zarl kerana promote :)


15. 5 perkara yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
>> keluarga dan sahabat
>> hubungan. a relationship.
>> kenangan & pengalaman
>> buku2 kesayangan
>> hadiah2 dari insan2 terbaek dalam hidup.


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
>> akan ku jumpa - azfar. lagu wajib sebelum tido!
>> muhasabah cinta - edcoustic. "sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku"
>> hope is a dream that never sleeps - kyuhyun (SuJu)
>> pelengkap hidupku - eren ft romi
>> taubat - opick


17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
>> 26 januari. rasanya tahun lepas kat kampung kot. kena baling telur n tepung! waaaaaa :(

18. 5 orang blogger yang korang nk tag
>> sapa yg dah baca tu, kalau korang tak buat. alamat pendek umur lah jawabnye. (amik jawapan sama ngan tikusmando :p)

Ahad, 21 November 2010

takde tajuk

Aku demam. Memang boring. Malam tadi tetibe muntah dengan teruknya. Sampai terjaga jam 4.30 pagi. Itupun sebab takut tertelan muntah. Nanti mati. Waaa boleh lak fikir camtuh. Huhu. Dan pagi ni terus demam. Haih.

Setiap kali demam macam ni lah. Paksa gak diri tido ngadap kipas walaupun sejuk cam nak mati. Ni sebab baca novel hlovate la ni. Pastu paksa gak wat keje cam biasa sebab Alang kate kalau demam jangan biar demam tuh kawal kite. Biar kite yang kawal dia. Wahhh sejak bila abang aku jadik doc nih??? tapi okay la. badan tak panas mane pun just lemah lembik sikit la. Haish. Demam berjangkit kot. tsk. tsk. tsk.

Urmmm...kakak baru balik. Lagi la menambah sedih. Ah malas nak layan. 3 hari je kakak kat kl senanye tapi dah dok sembang hari2 cam terasa gak la kan tetibe alone je plak kat umah ni. Semua orang takde. Kijam! Kakak, meh la dok kl balik! grrrrrrrrrrr........

dan juga semalam...mempertahan kan prinsip. bukan lah nak perasan diri ni baik sangat ke, alim ke, ape ke...just tanak didik diri pegi ke tempat2 camtuh. walaupun tahu bukan buat ape pun just dtg tengok orang, tengok persembahan yadda yadda, habis majlis balik. tapi once kite buat something yang selama ni kite elakkan, kite takkan boleh tinggalkan. mesti nanti akan menjadi2. so aku tanak jadi camtuh. keluarga aku percaya aku bukan jenis yang pegi tempat camtuh. so aku tanak ragut kepercayaan tuh. harap faham.

Ahad, 14 November 2010

Kerana Aku Bosan

1.Adakah anda rasa anda HOT?

saya tak suka perasan :p


2.upload gambar kegemaran anda


3. Kenapa anda suka gambar ini?

sebab berapa ratus ribu kali tengok pun tak pernah jemu :)


4. Bila kali terakhir makan pizza?

oh sukar untuk saya ingatkan balik kerana sesungguhnya kewangan saya tidak melayakkan saya untuk selalu makan pizza.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Sepi (instrumental). Sungguh dah lama saya tak melayan sepi. t.o.u.c.h.i.n.g.

6. Apa yang sedang anda buat selain dari buat tag ni?

chatting

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?

ija.
itu tandanya saya masih mempunyai keluarga :)

8.Tag lagi lima orang:

oh saya tanak jawab pada mulanya tapi sebab dah tertengok soalan bawah, terpaksa listkan jugak. heheh
1. jaja
2. nanad
3. ema
4. nadia
5. syira
(walaupun no 3-5 xde blog..buat2 je lah macam ade..huhu)

9. Siapa no 1?

kawan baik yang paling memahami.

10. Siapakah orang nombor 2?

pencinta gajah.
orang yang tak pernah bosan dengan saya. kan? kan? kan? :)

11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?

haiii...soalan. mestilah.

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?

insyaAllah...on going
*jawab dengan senyuman*

13. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.

Dia tabah.

Random Topics

  1. Kerana hari ini terlalu bosan, saya dah tak tahu mahu buat apa di rumah ini. Saya boring online. Tiada apa yang best nak dibualkan di facebook. Jenguk blog pun tiada yang update. Saya tak layan youtube sebab sesungguhnya broadband ini bukan milik saya. Bosan.
  2. Hari ini saya dapat email dari Nadia. Saya sungguh gembira kerana beliau cepat menunaikan permintaan saya. Malangnya hari ini saya langsung tiada mood untuk meneruskan 'aktiviti' saya. Semuanya gara-gara photoshop. Dah lama tak guna. Dah lama tak praktis. Blank & blur. Ah..mengaku saja bakat mengedit itu memang tiada T___T
  3. Sebenarnya saya sunyi. Saya tak tahu kenapa saya tertunggu-tunggu beliau online. Bila lampu hijau dah menyala saya rasa macam cuak pulak. Ntah pape. Tapi kemudian saya tegur juga. Dia sangat lemah ketika ini. Sampai demam. Kasihan. Semoga dia kuat untuk esok.
  4. Hari ini birthday ema kan? saya dapat panggilan hangit daripada dia. 1 jam. kong bateri handphone. apa2 pun saya gembira. ada teman bual bicara. selamat hari jadi, ema golek golek :p
  5. hari ni tak ber'sms' dengan nadia. menambah satu lagi sebab kebosanan.
  6. Tapi saya ber'sms' dengan dot dot dot. yelah nanti kang saya tak tanya khabar mula la nak tuduh2. sms cakap pasal praktikal. cakap pasal kerja part time. cakap pasal rumah sewa. Dia teruja tetapi saya tidak. Saya tak perlu hipokrit kepada orang yang sememangnya tidak sukakan saya.
  7. saya baru lepas check keputusan kolej. saje je buang masa. gagal. macam biasa. kalau nak tahu, dari awal semester buat degree sampai lah sekarang, memang tak pernah berjaya mintak kolej. maka, saya suka merempat. ah, sadis!
  8. saya boring.
  9. saya nak tengok movie. tapi tiada satu pon yang menarik. tak sanggup nak tengok 1 litre of tears lagi walaupun hati meminta-minta. kasihan dekat mata. nanti tak berhenti henti keluar menangis.
  10. ok lah. bye.

Selamat Hari Lahir :)

Ema dan Izzah :)

Selamat Hari Jadi, Ema.
Emarashida, sahabat pertama ketika menjejakkan kaki ke bumi UiTM 4 tahun yang lalu.
Terima kasih, Ema.
Banyak susah senang aku bersama kamu.
Banyak kenangan kita selama 4 tahun kita menempuh hidup yang penuh mencabar ni kan.
Jadi, di hari yang paling bahagia ini,
(mestilah paling bahagia kan..sebab ngan tarikh keramat ni la wujudnya kamu ke dunia..hehe)
aku just nak wish (macam biasa lah kan)
*Selamat Ulang Tahun yang ke 22*
*Semoga Panjang Umur*
(panjang umur dalam mendekatkan diri pada Yang Esa)
*Semoga bertemu jodoh dengan ehem ehem ehem*
*Semoga dapat kerja yang best dengan gaji yang menawan*
*Semoga bahagia dunia & akhirat*

perghh..basic gile. banyak sangat senanye nak cakap. tapi yang tuh aku cakap in private la yer. ceh, bajet je kan. huhu.

Ema, nanti aku datang Kedah (InsyaAllah), kite lepak2 lagi okay.
Take care.
Love you much :)



Haa dan tak lupa jugak nak wish birthday kat budak handsome ni,
Danial Ikhwan.
Happy 14th birthday, Danial.
May you success in everything you do.
Always believe in yourself because that's the only way you can achieve your dreams :)


Danial & Ayahnya...hehe

Jumaat, 12 November 2010

Tinggal atau Tinggalkan???

Gombak. Serious cuti ni aku tatau nak stay kat sini atau balik kampung atau pegi kedah. Tipu lah weh kalau aku tak rindu kakak aku yang satu-satunya di dunia dan di akhirat tuh. Kakak dah berapa belas kali dah ajak pegi sana. Aku mahu. Tapi tak mahu lama. Ada sesuatu di Gombak ini. Sesuatu yang dah lama aku harapkan. Aku bayangkan. Aku doakan.

Ya. Kembalinya seorang ayah ke rumah ini. Rumah keluarga Sobki & arwah Zakiah ini.

Aku dapat rasa yang abah nak pindah balik la ke rumah ni. Kembali lah abah. Ija tinggal 6 bulan je lagi nak belajar, pastu praktikal. InsyaAllah abah, Ija boleh jaga makan minum abah. InsyaAllah abah, abah tak rasa susah di rumah ini.

Dan petang tadi saje lepak minum ngan abah. (cey ayat x leh blah gune perkataan lepak tuh...huhu) pastu aku pon saje la nak buat topik aku bagitahu abah nanti aku nak balik kampung kot. saje2. tak pun nak pegi kedah. dok kl susah la nak dapat keje. so baik aku balik je. gitu lah lebih kurang. abah tak kate ape pon. pastu kitorang pun balik rumah. abah buat keje sikit pastu tetibe abah cakap, "abah ingat nak beli beras since Ija duduk kat rumah ni. Tapi dah Ija nak balik kampung tak jadi lah abah beli."

erk....bunyi macam kecewa. Aku memang berimpian nak kembali memasak pon. Tapi banyak benda yang xde kat umah ni. Susah bila takde seorang ibu yang menguruskan rumah tangga. Dan bila abah cakap macam tuh tetibe aku rasa macam tak jadi lah tinggalkan Gombak. Entah2 abah nak kembali ke rumah ni kan. Sebab bila aku balik ni la macam2 abah buat kat rumah ni. Lebih selesa. Jadi kalau aku tinggalkan rumah ni buat ape abah balik plak kan? aaaa tatau nak decide.

Stay je lah kan. Lagi pun aku dah biasa sunyi. Hidup dalam rumah yang ada nafas aku sorang je.

Saya Boring. Sila Paham.

Syarat-syarat :
1. 'Tag' dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men'tag' anda
3. Tag orang yg anda mahu tag.


Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
:: cari tempat praktikal sambil tengok siapa yang dah memohon.

2. 2 jam yang lalu?
:: sama. sambil berbalas-balas komen di 'mukabuku' (facebook..hehe)

2. Anda suka
:: buat orang bahagia dengan apa yang saya berikan. saya suka tengok senyuman mereka. tapi apa2 pun saya tetap suka tulip. selamanya.

3. Minggu lepas
:: melalui hari-hari perpisahan dengan sahabat tercinta. minggu merindui. sakit tau.

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
:: Pelengkap Hidupku
:: Bila Rindu
:: For The Rest of My Life

5. 3 binatang yang anda tak suka
:: lipas
:: labah-labah
:: segala jenis serangga & binatang terbang

6. 5 fakta tentang anda
:: saya takde kekasih dan takde skandal.
:: saya sayang sangat kat mak abah saya sampai saya rasa saya sanggup buat apa saja untuk mereka. serius!
:: saya suka baca buku tulisan pahrol mohd juoi
:: saya betul2 nak belajar bahasa isyarat sampai saya mampu berkomunikasi dengan adik2 saya yang pekak tanpa perlu dibantu orang lain.
:: Saya tak suka lelaki gatal.

7. tahun depan mungkin
:: saya akan berkahwin. haha :p

8. Saya tak reti
:: bercinta.

9. Saya pandai
:: jaga diri saya :)

10. Kawan saya
:: terbaik.

11. Saya ada
:: Masalah?

12. Saya seorang
:: yang unik.

13. Adik saya
:: pekak.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
:: tengok gambar2 lama
:: baca sms2 dari insan2 kesayangan
:: main game
:: dengar lagu
:: borak dengan nanad, ja, ema, nadia, syira dan awak :)

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
:: tidak pernah.

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
:: saya tak pernah bercinta. saya ni nampak macam orang ade pengalaman ke? haduiii

17. Saya rindu
:: mak. setiap saat. tapi sekarang saya tengah rindu semua orang jugak T___T

18. Saya tak sabar
:: nak jumpa keluarga saya :)

19. 5 laman yang anda slalu layari:
:: facebook.
:: blog.
:: ym.
:: yahoo.
:: google.

20. siapa yang anda mahu tag?
:: saya tatau siapa yang baca entri ni jadi siapa2 yang sudi anda dipersilakan :)

*diambil daripada cik nazira. heheh. halal ye babe :D

Khamis, 11 November 2010

Home Alone :)

yess. sudah kembali ke gombak. ini hari yang keempat. first day je dah keluar pegi dating ngan syira borak segala bagai sebab dah 2 bulan tak jumpa dan tak berapa nak update. rabu pegi mid valley dengan nanad kesayangan jalan sampai macam nak tercabut kaki tapi best gile sebab kami buat sesuatu yang bajet macam sweet & special. haha. dan lepas ni perlulah aku bertapa di rumah yang sunyi lagi sepi lagi keseorangan ni untuk mensetelkan segala macam hal pasal praktikal ni. nak setel cepatcepat tapi dalam masa yang sama rasa macam tak ready ape2 pun. resume ke, CL ke ape ke..semua takde. tapi nak setel cepat. camne lah kan. ni pon pinjam broadband abah nak mengonline bagai tapi facebook first. tak paham kan aku ni? aku pon tak paham gak. paper je la.

first week ni nak lepak2 dulu boleh tak? ok lah sambil2 buat ape2 yang patut pasal practical. aku tengah teruja ni nak godek2 cd yang nanad kasi. sweet kan? burn ape yg die suke kat dvd then bagi kat aku. even cam simple je tapi tang sentimental value tuh still lah ade kan. nanti bile2 jumpe bley la borak2 pasal ni cam ada common la kan sumthing yang kite suke. eceyh. apsal cakap nak gaya cam kapel. waaaaaa...but I do really love bende2 yg macam sweet ni. haha. nanad, sila gunakan sticker yang sy bagi sebaik mungkin. ho-ho.

oh btw, rini keluar result upsr kan. tak ingat pun secara jujurnya. orang takde adik. mane lah nak tetibe ingat kan. tau pon sebab baca post cikgu fekhry kat wall die. dan secara tibe2 terus la bersemangat nak sebok tahu result adik2. dan tadi masa tengah sebok2 nak reply segala komen kat fb, tetibe danial tego. eceyh, the romeo. muahaha. so the first thing yang nak diisukan mesti la result upsr die kan. die pon cam tetibe je nak cite ngan aku cam tacing la plak rasa. first die bagitahu dia ada fail satu. alahai, sedih betol. dan yang lagi sedih subjek yg fail tuh english. no wonder. itu cabaran untuk deaf person kan. memang obvious gak la die punye sedih tak terkata sebab fail tuh. aku pon sampai tatau nak terkate ape sebab cepat gak aku tahu result die. just mampu suh die sabar n kuatkan semangat la sebab result die yang lain okay apa. aku sangat2 la respect n kagum sebab danial dapat A kat PENULISAN!! aha can u believe a deaf person yang smart intelligent macam dia? dan math dia dapat B. sungguh la budak ni bukan budak pekak biasa. cume sains n pemahaman la yg dapat C. tapi still la aku rasa dia cam much more better dari Ali. tapi the best student belongs to Syazwan kot tak silap. tak kenal la tapi. dan lebih mengharukan cikgu fekhry cakap dia sangat bangga dengan danial. dan dia siap post lagi kata2 tuh kat wall budak tuh. walaupun bukan untuk aku tapi aku pon rasa tacing gak. penyayang sungguh cikgu ni. aku kagum. so, ape2 pon aku doakan danial akan terus success dalam kehidupan die yg seterusnye. nasib baik boleh fb kan. kalau tak pengsan aku nak guna sign language. haha.

happy hols! :)


Khamis, 4 November 2010

031110 - Kita berjumpa lagi :)

Semalam aku, Nadia & Ema sekali lagi pegi jenguk budak2 ni kat sekolah dorang. Susah jugak nak mintak izin datang sekolah ni sebab ada prosedurnya. Tapi dengan pertolongan cikgu Fekhry and Pn Rohana, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pak guard pon kire baiklah juga dalam rela tak rela nak lepaskan kami melawat kawasan sekolah. Yelah pegi tempat oku kan..kena plak guna sign language...budak2 tuh plak tak boleh bercakap...tambah plak pekak..so bahaya la if ape2 jadi kan...syukur pada Allah...niat kami dipermudahkan....

masa mula-mula datang...budak2 ni tengah main bola...nampak Roy aku sangat lah teruja..haha. tapi budak tuh macam tak ingat je aku. tsk. tsk. pastu kitorang jumpa en sani, cam penjaga budak2 laki ni la. beliau sangat baik. sebab dia lah yang bawak kitorang g asrama budak2 ni pastu tolong wat sign language untuk kitorang. blur gile! die teman kitorang dari mula sampai la kitorang balik. thanks sangat2 encik sani! :)

then masa kat sana ramai juga yang xde. 4 orang budak dajah 6 da kena kidnap awal2 dengan cikgu fekhry. bawak g main boling. termasuklah danial yang kacak itu. haha. kalau ade pon segan gile kot nak jumpa...lepas tu ramai jugak la budak2 yang baru kitorang kenal...cam Wana, Amina, Iman, erkkk..erkkk...ade la lagi beberapa yang mula la tuh kan lupe nama dorang. Wawa. Sebab kat sana kalau tanya nama dorang tak bagitahu nama panjang,...bagi sign name je. macam nama aku, jadi I dgn Z je...haha..boleh la pasni kalau nak panggil aku IZ :p Nadia jadi ND n Ema jadi Ea. tak ke susah tuh nak tahu nama penuh ape?

Apa2 pun rasa best sangat dapat jumpa dorang lagi tapi malangnya tak banyak amik gambar. yg guna phone aku plak terset vga...waaaaa...rasa cam nak meroyan! nampak gaya macam nak kena pegi lagi kan? haha. tapi pasni budak2 dajah 6 da xde..seday..seday :( hopefully boleh terus keep in touch ngan dorang n dalam masa yang sama nak praktis lagi guna bahasa isyarat ni. sungguh, nak sangat 'borak-borak' dengan dorang :)

okay, kat sini adelah sikit gambar2 yang tak berapa nak cantik untuk semalam punye kesah..huhu
masa ni budak2 ni tengah fikir sign name untuk ema...
e...a...ema :)

sebelum pegi makan tetibe en sani bagi sepatah dua kata tentang kedatangan kami...
sangat2 terharu...tak sangka kunjungan kami yang sekejap cuma itu amat dihargai...


beratur sebelum g makan...


dinner time.




class prep.

amina dan ema...
macam adik dan kakak je kan? :)


muka semua cuak kena panggil pegi opis...

encik sani tengah nak mula membebel...haha

the 8 budak bertuah yang kene 'denda'

'denda' dapat hadiah...haha

bahagia tengok Roy senyum...

sorry dik...hadiah birthday awak kecik je...hope ia bagi spirit :)

dan ini,
untuk penghayatan bersama...
a poem from a deaf...

I LIKE TO BE DEAF
(by Victor D. Valdez II)

I was born deaf and like the way I am.
When I am sad I hear nothing to cheer me up,
no music, and no company.
I can't hear the birds chirp in the morning,
neither the droplets of early morning dew.
I can feel,
look at the sky, it's colour of love.
Love brings us together,
but I can communicate,
even though I can't hear I use my imagination like if I were hearing.
Deafness makes no difference.
I am deaf, I accept it and won't change it.
Love mends your heart.
I am deaf.
but,
the rest of me is like YOU.

Wajah Adik-adik Anugerah Istimewa Dari Ilahi :)

kami budak baru belajar...
kalau salah tolong isyaratkan :D

the UiTM's students yang terpilih untuk belajar sign language :)

kakak kesayangan budak laki....


sebok je Yap ni nak tengok gambar dengan si Nadia yang penyayang :p

with the cutest :)

Tai Weng 'cakap' tak suka bergambar...lihat sikit aksi dia?

si cantik ni...lupe namanya :(

Danial Ikhwan...the Romeo..tak tahu lah kenapa...sebab paling hensem kot...wahaaa

suka sama ini budak nakal...fatin :)

Dengan Roy...erkk...terlebey mesra...ampun3

Adik-adik kesayangan Nadia...'kak ND' :)

Si comey Tai Weng menulis nama....

Tai Weng & Cikgu Pauline



Si comel...Fatin Najwa

Adilah

Hafizudin dan Rushdun


Yap...si kenit yang suka kamera...

Moh Tai Weng...'cikgu' cemerlang :)

Law

Roy si kerek....

Bila tengok2 balik gambar gambar ni...
percaya tak budak2 yang comel, yang cantik, yang hensem ni semua...
pekak?
dan majoritinya tak tahu bercakap..
suara pun dengar tak dengar....
kalau dengar pun sekadar jeritan dan gelak tawa....
hidup mereka sunyi tanpa bunyi
tapi itu tak menghalang mereka untuk gembira & bahagia
bersyukurlah
dengan nikmat Ilahi buat kita.....


Kakak Rindu Sangat Kat Adik...

Rindunya. Rindu pada adik-adik tersayang di SKPK Selangor. Adik Roy yang nakal, adik Fatin yang tersangat cute, adik Adilah yang peramah dan translator yang baik untuk saya, adik Moh Tai Weng yang mengajar sign language dengan penuh cemerlang, adik Daniel yang cool, ensem & macho (wawawa), adik Yap yang sangat aktif, dan adik adik adik yang sangat sangat kakak rindui.

Terima kasih buat adik adik yang teristimewa...yang dianugerahkan buat ibubapa ibubapa yang terpilih...adik adik yang mengajar kakak erti sebuah kehidupan di sebalik kelebihan yang adik adik miliki. Sebagaimana kakak teringin nak dengar suara adik adik berbicara dengan kakak tentang diri adik, apa yang adik suka, cita-cita adik terutamanya, macam itu lah juga kakak percaya adik juga mahu mendengar suara-suara kami. Suara ibu adik adik yang lembut dan mendamaikan, suara ayah adik adik yang mendidik dan berhikmah, suara cikgu cikgu dan segala macam lagi bunyi merdu yang Allah ciptakan. Namun percayalah adik, kekurangan itu adalah kelebihan buat adik. Bila adik tak mampu mendengar, maknanya adik tak perlu lemah semangat dengan kata kata nista orang lain yang mematahkan semangat adik. Apa yang penting adik kena kuatkan semangat dan yakinlah dengan janji Allah. Yakin lah dengan diri adik tentang kemampuan adik sebab dengan suatu kepercayaan itulah yang akan membentuk diri kita. Sungguh akak mendoakan kejayaan buat adik-adik yang kakak sayangi.

Dan adikku, walaupun pertemuan kita hanya sebentar cuma, namun dua hari menatap wajah adik-adik yang comel, yang tersenyum manja, yang riang, yang bersungguh-sungguh mahu menyampaikan pada kakak dan kawan-kawan kakak yang apa yang adik ingin 'katakan', ia sangat mengharukan. Maafkan kakak adik sebab masih amatur dalam bahasa isyarat. Bila jumpa adik, bila teringat kat adik, kakak rasa bersemangat nak belajar bahasa isyarat. saru-satunya cara untuk kita berkomunikasi. Kakak harapkan, dan kakak usahakan agar Allah bukakan jalan untuk kakak menyelami bahasa komunikasi adik supaya suatu masa nanti, kakak dan adik boleh berbicara tentang apa sahaja. InsyaAllah.

Dan semalam adik-adikku..3 november 2010, sekali lagi kakak dan kawan-kawan kakak datang melawat adik. kebanyakkan nya sudah lupakan kami. kecewa tahu. haha. tak lah adik. normal la tuh kan. tapi adik2 semua tetap excited dan teruja nak berbicara dengan kami. rebut2 nak bercakap kan. walaupun kakak sangat blur & blank dengan bahasa isyarat, adik sanggup eja demi nak kakak faham. terima kasih adik. terima kasih bagi kami peluang lihat kehidupan adik. dari adik bermain di waktu petang, mandi (aduh2..aksi 18 above adik tunjuk kat kami...ngaaaa), beratur nak pegi dewan makan, dinner dan seterusnya kita solat maghrib berjemaah sama-sama. solat jemaah yang paling senyap, tanpa suara. syahdu rasanya. adik yang pekak dan majoritinya tak mampu bercakap pun masih ingat Allah, belajar mendirikan solat seawal usia..semoga adik terus bersujud padaNya..

kadang-kadang kan adik..kakak lupe adik golongan orang kurang upaya..sebab bagi kakak adik sangat istimewa..tak tahu lah kenapa baru jumpa 3 kali kakak rasa sangat sayang dan rindu adik...dan yang paling menarik perhatian kakak, roy...kenapa ye? sebab roy nakal..roy kerek..roy pemalu..roy sombong..roy emo..haha...kalau lah kakak tahu malam birthday dia hari tu dia mengamuk sebab tak dapat hadiah...nak je kakak prepare something nak pujuk hati dia..walaupun siapalah kakak ni bagi dia kan...kakak nak dia happy...bahagia...dan macam tuh jugak lah yang kakak harapkan untuk adik2 yang lain..ahh adik, banyak sangat kalau mahu diluahkan di sini. jujurnya, kakak sangat merindui adik. sangat rindu. semoga kita berjumpa lagi :((

Selasa, 2 November 2010

Selesai Sudah Semester Empat :)

Alhamdulillah...exam dah habis semalam. time orang lain tengah dok sebok2 lagi nak menstudy, nak membaca, nak menghafal, nak mengira yadda yadda...aku dah bebas! ceyyy...berlagak lak bunyi. tidak lah. tak rasa apa sangat pun. rasa macam blank ade la. seminggu beb study cam gile. pas subuh terus selak note. takde tido petang dalam kamus hidup seminggu lepas. tetibe pagi tadi bangun cam tak tau lak ai nak buat ape. nak stay lagi kat sini sampai ahad, insyaAllah. Dan lepas tuh tamat lah sudah ceretera semester 4, Julai-November 2010...

Kejap je kan...dah setahun setengah aku amik degree dalam perbankan Islam ni. Dah mula terbiasa dengan term2 mudharabah, murabahah, riba, gharar, maysir, takaful, islamic economics yadda yadda. Alhamdulillah bila amik course ni adalah juga hafal2 hadith, hafal2 tafsir yang selama ni takde pon dalam diri. Syukur pada Allah.

Dan sekarang, apa yang paling dirasa dalam hati..detik detik bersama sahabat2 masa susah senang dari mula jejak kaki di Shah Alam dari Julai 2006 tinggal beberapa hari je lagi. Sahabat-sahabatku, Nadia, Zakirah dan Ema. Terasa sayu la plak sebab lepas ni bila aku balik, tatau la bila lagi boleh jumpa. Jumpa tu insyaAllah boleh tapi dah tak macam selalu. Semester ni semester terakhir kita. Ema dah sah2 ada plan tersendiri yang teristimewa pas habis belajar ni. Eceyh. Eceyh. Eceyh. Zakirah, akan melangkah ke alam pekerjaan. Jadi accountant! InsyaAllah :) dan Nadia, dah mula nak praktikal. Tinggal aku. Yang masih di sini. Di bumi Shah Alam yang terchenta..huuuu

Dan yang pasti, aku akan rindu masa minggu study week. Bangun pagi2 siap awal2 semata-mata nak study kat fakulti engine. Stay sampai petang atau kadang2 sampai malam. Study sama2 walaupun selalu selit2 dengan gosip, borak2, tazkirah agama dari ustazah kita (jeng3..siapakah?:p) dan macam2 hal lagi. Study sampai letih. Dan masa ni jugalah masa kita bersama. Kita study sama-sama walaupun subjek berbeza. Kita berbeza haluan, tapi kita masih bersama. Jujur beb, I'm gonna miss all these.

Dan semester ni jugak, semester terakhir untuk aku berumetkan Nadia dan Ema. Mana-mana aku toleh kat ruang bilik ni akan nampak dorang. Ema yang pendiam, dan Nadia si penghibur. Apa2 yang dia buat semuanya kelakar. Confius aku. Ema yang blank dan blur, selalu jadi mangsa buli aku. Sorry Ema. Sayang kamu bangat! Dua semester aku berumetkan dua insan ni. Bersama Nadia dari semester lepas dan Ema masa first semester di sini dan final semester dia di sini. The beginning and the ending. Oh saya akan merindui Ema si tukang kejut subuh saya pagi2 dan si Nadia yang selalu mendengar keluh kesah saya. Dan juga Zakirah, sahabat yang memahami. Walaupun tak sebilik we still keep in touch. Dia sahabat susah senang dan sukar didekati. Saya pasti akan akan merindui kata2 nasihat dia dan juga kadang2 kesengalan beliau. Mereka teman borak saya, teman yang mendengar, teman yang menasihati, teman yang saya gado hari2. Ah, sudah 4 tahun! Sudah 4 tahun kita kongsikan segala macam hal. Kita ketawa, kita menangis. Kita rebah, dan kita bangkit. Kita berada di sisi masing2. Sekejap je kan. Sekejap je...detik perpisahan bakal menjengah kita..

Terima kasih sahabat-sahabatku. Terima kasih untuk segalanya. dan juga mohon maaf atas kesilapan diri sepanjang usia persahabatan ini. Semoga korang2 semua success dalam kehidupan masing2 dan keep in touch okay...i know you will :)

Love you much