بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 29 Mac 2010

Happy Birthday & Selamat Pengantin Baru :)




We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshiping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings

And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

by Maher Zain

Happy birthday, Atan...n congratulations on your wedding :)

pasangan pengantin, Salahudin & Hasmiza


Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...
Dikurniakan zuriat yang soleh & solehah...
dan semoga perkahwinan ini diberkati & dirahmati olehNya sentiasa...

p/s: rugi plaks rasa xde gambo ngan pengantin. isk.

Khamis, 25 Mac 2010

aku rasa sangat bosan. minggu ni minggu paling jiwa kosong. paling tak berperasaan. semua citer yang datang cam x brape engat dalam kepala aku ni. hari isnin hari tuh present fiqh muamalat. last presentor. haih semua muka dah layu dah menyampah tunggu bila la presentation nak abes. aku tak suka presentation sebab takde orang yang suka dengar orang bercakap. unless, orang yang nak bercakap tuh cantik, cute, handsome or macho. sure cakap bende takde isi pon orang akan dengar gak ngan penuh perasaan. bosan. petang tuh plak dapat markah test human resource. alhamdulillah. got A :)

hari selasa. tah. tak ingat plak ape yang blaku. oh lec research bg video untukmu ibu tuh. da cite dah. rabu. bersungguh sungguh aku nak ponteng kelas marketing tapi tatau la kenapa bertahan gak aku 2 jam dalam dewan kuliah. minggu ni sangat laa malass nak pegi kelas. tolong bagi nasihat kat budak malas ni weh.

hari hari aku bangun lambat skang ni. paling awal pun 7.30. bersubuh gajah aku tiap tiap pagi. astaghfirullah. tu yang jadi malass tu kot nak pegi kelas. nak jalan jauh g padang kawad lagi. haih syukur lah dapat gak naik bas free hari2. isk.

bayangkan weh tiap tiap hari berniat nak ponteng kelas tapi tak penah satu class pun minggu ni aku fail nak attend. geram betol aku. haha. hati tak penah ikhlas. isk.

minggu ni banyak assigment. individual marketing-done. ctu-in progress. group marketing-nothing. group hr-nothing (tapi aku wat summarize of the case je...heheh). past year fiqh muamalat. quiz bla bla bla. pastu awal april test selambak. semua terima tanpa perasaan. bila nak final weh?

wedding atan ahad ni. nape ntah aku rasa malas sangat nak pegi?

tak baik sungguh. kang bila aku punya majlis takde orang nak datang baru tau nak rasa ralat. g je la. pegi.

p/s: ni tengah mengisi masa baca blog orang. lama gak aku tak ambik tahu kehidupan orang lain nih. haha. blog cik cumey menarek ^^,

Rabu, 24 Mac 2010

Pesanan Dr. Ismail

*jadi anak yang soleh/solehah*
stat class je die tayang video pasal ibu ngan tema lagu "buatmu ibu". background plak cite air mata ibu ngan pondok buruk. kalau aku tak salah lah. aku tengok rileks je. siap boleh komen komen lagi time tengok video tuh. starting plak part seorang ibu melahirkan anak. pembedahan la tapi sebab baby tuh songsang. yang tuh aku ada sedikit perasaan. takut dengan darah -.-
kadang kadang aku pun sebenarnya dah hampir hampir lupa perasaan ada mak tuh macam mana. yang aku tahu rasa kehilangan je. kalau dapat mimpi tuh aku rasa la bahagia. tapi kalau realiti dah kosong. aku just boleh contact mak dengan yasin dan doa yang berterusan je. tu je wireless yang aku nak connect ngan mak. even mak tak pernah reply.
tapi aku rasa Allah yang tolong reply. buat jiwa aku rasa tenang. adalah sikit. kalau tak berterusan macam mana nak rasa kan...
mak dah tiada tapi abah masih di sini. walaupun aku tak pernah rapat ngan abah masa kecik kecik dulu (tatau lah mengapa) tapi bila da dewasa ni makin close plak. aku nak hargai abah. sebelum segala-galanya dah terlambat. mana tahu kot ajal aku sampai dulu ataupun janji abah terlebih dahulu sampai waktunya, takkan aku nak terus rasa ralat sampai mati? isk.
dulu masa hari hari terakhir mak, aku tak de pun borak borak ngan mak walaupun aku lah anak yang paling rajin call. bila aku cakap cakap ngan mak, bagitahu yang aku dah balik, rindu mak, masa tuh mak dah tak kenal aku dah. aku je nangis nangis cakap ngan mak tapi masa tuh mak tengah berjuang sakaratulmaut. dah tak kenal siapa siapa dah walaupun suami mak sendiri. dan aku terus dihimpit rasa menyesal sebab aku tak gunakan peluang yang bersisa untuk lebih mendekati arwah mak.
aku dah lama tinggalkan gombak. dah tiba masa untuk aku balik.
aku nak try balik tiap tiap minggu hanya semata mata nak jumpa abah. tu je. walaupun mungkin aku hanya jumpa abah time abah amik aku kat terminal n time abah anta aku balik shah alam. its better than never.

Rabu, 17 Mac 2010

Untuk Awak,

First of all thanks sangat sangat for all the great things you have done for me. Tetibe saya tersedar yang saya sangat bertuah punya awak sebagai sahabat saya. Bukan sekadar sahabat di kala senang dan susah tapi awak jugak lah yang jadi kakak pelindung saya. Saya tahu masih awal lagi usia persahabatan kita, belum pun cecah setahun, tapi hari ni saya nak bagitahu awak yang saya sangat menghargai kehadiran awak dalam hidup saya.

Saya tak mungkin lupa keprihatinan awak bila saya sangat sangat down masa awal sem dulu. Awak nampak mata saya bergenang genang tiap kali ingat sahabat kita yang hilang tanpa sebab. Saya ingat lagi masa tu kat HEP, saya sangat sedih kehilangan dia. Tambah pulak dengan keadaan rumah sewa, saya jadi sangat lemah. Tapi saya tahu dari situ saya dah punya awak. Lepas tuh awak terus prihatin dengan saya, awak teman saya mana saya pegi, awak bagi semangat, saya kene kuat. Awak tak pernah cakap yang awak akan ada di sisi saya setiap masa tapi saya tahu bila saya perlukan seseorang, saya boleh berharap pada awak.

Awak berkongsi banyak cerita dengan saya tapi saya simpan banyak rahsia tentang saya. Sampailah satu hari saya terbuka hati untuk cerita segalanya. Awak tak komen tentang pemergian ibu saya ke rahmatullah tapi lepas tu awak tak pernah cakap sesuatu yang buat saya rasa sedih mengingati dia. Awak bagi saya lagu ‘Jasa Bonda’ dan saya suka sangat. Mungkin orang lain akan fikir ‘pemberian’ awak buat saya sedih tapi muzik kan salah satu terapi? Awak kata awak kagum saya kuat, tapi saya lebih kagum dengan kekuatan yang awak ada.

Awak pengkritik yang memberi semangat untuk saya perbaiki kelemahan saya. Saya belajar jadi orang yang sabar dan tenang setelah mengenali awak. Walaupun rasa nak marah tapi kita masih boleh senyum dan ketawa. Awak ubah saya! Oh Tuhan, saya syukur mengenali awak. Awak selalu bagi nasihat yang buat saya berfikir. Kita sama sama mengajak menuju kebaikan. Saya tegur awak dan awak tegur saya. Tapi kita tak buat melalui kata kata, kita tunjuk melalui perbuatan. Saya jadi tenang bila bersama awak.

Ya Allah Ya Rabbi, panjangkan lah usia persahabatan kami ini. Jangan lah diuji sehingga goyah, sehingga hilang kepercayaan dan keyakinan antara kami. Redhailah kami, berkatilah kami. Berjaya kan lah kami dunia dan akhirat, peliharalah kehormatan dan kesucian kami dari maksiat dan hasutan iblis laknatullah. Ameen.

Jujur, saya menyayangi awak sebagai sahabat saya dan saya amat berterima kasih atas kehadiran awak dalam hidup saya. Terima kasih, Siti Mastura Zainol Abidin.

For The Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there's a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And there's a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

by: Maher Zain

lagu cinta untuk isteri :)

iCity

ni first view yg korang akan nampak kalau datang sini ngan jalan kaki. limpahan tanglung :)


pokok kristal berlampu. santek weh. tak tipu.

pak tua bersama mak tua. sweet kan gamba nih? ehem. ehem.


~no comment~

tempat dating aku ngan suami suatu hari nanti ^^,

Merak kayangan berlampu. sangat besar dan cantik. terpesona @.@

trade mark iCity kot. pokok krismas berlampu. lawa kan pic nih? thanks Loco :D

dalam showroom yang aku ade cite ritu. ni antaranya lah. pokok limau. yummy yummy. heheh

"bff"
Sekian, terima kasih.
Have A Nice Day >.<

Ahad, 14 Mac 2010

Hujung Minggu

Minggu ni aku balik Kluang. So tak dapat la nak update blog hari hari. Cewah..rajin gile haa update blog skang. Aku balik cam biasa la ngan bas. Tapi kali ni ngan abah n makcik. Spoil tol makcik ade skali. Isk. Masa tengah tunggu nak naik bas tuh tingat plak kat arwah mak. Dulu kalo g mane2 naik bas ni biasa ngan arwah la. Tak pena pena nye rasa tetibe naek ngan abah. So ade sedikit rasa pelik and at da same time rasa sedih. Best kan kalau makcik yang dok sebelah abah tu ade lah mak :)

then bila da masuk perut bas mula la dengar lagu sambil ketiduran. tatau kat mana tetibe bas bergegar. cuak weh. tak tahu laa pakcik tuh langgar ape tapi kat side sebelah aku. buatnye bas tuh hilang kawalan memang kat belah aku laa yang jatuh. orang orang dalam bas sume pakat jerit2 dah. tersentak kau. da laa sebelom terlelap tuh tengah ingat mati. sempat plak tuh aku mengucap sebelom tido. buatnya betol2 ajal sampai x ke tak sempat taubat? nauzubillah.

tapi aku selamat la sampai. dalam masa 2 jam setengah dari KL-Kluang. Laju. Laju.

Kat Kluang actually buat majlis aqiqah utk second nephew aku, Iskandar. Then cam saje pilih date tuh coz birthday si Haikhal. Kire dalam satu majlis ade doa selamat, aqiqah n tahlil utk arwah mak sekali la. Sebak. Sebak.

Tatau la nape wiken ni hati penuh kesedihan. penuh kesebakan. eh ade ke word kesebakan? huhu. Maybe sebab tengok abah beli buku "Malam Pertama Di Alam Kubur"...terasa perpisahan abadi kami semakin dekat. Yelah..hari hari berlalu makin dekat laa kite nak mati kan...tapi yg sebenarnya tiap kali tengok wajah tua abah, hati memang sebak. Wajah yang semakin dimakan usia tu lah yang tak penah jemu menyayangi aku..ambik berat..walaupun abah x pena call atau sms tanya aku sihat ke..exam camne ke...result okay ke...bla3 yg macam ayah2 orang lain buat..tp tu laa ayah terbaik yg aku ade. thanks abah. I LOVE YOU <3 Urm sonok bile satu family aku berkumpul. Last kitorang nye "reunion" (cey) masa beday aku ritu..29 januari kot..makan2 kat Klang sampai sesat larat tuh. Haha. Oh Iskandar sangat manja ngan aku. Protector die lah katekan. Asal nak membuli suh dukung, suh timang, suh bawak jalan2...mule laa nak wat muke chomel panggey Mak Su die..menggoda tol. haha. Haikhal aku tak larat weh. Aktif sangat. Iskandar baru 8 bulan.

Aku gerak balik kul 9 pg td. Tapi sampai KL nak dekat kul 2. Bas yg ni banyak benti plaks. Takpe la. Biar lambat asal selamat~

Jumaat, 12 Mac 2010

Taman Lampu

Semalam kan aku pose, habes klas kul 6. letey tak hengat gak la. balik balik bilik rehat jap, solat asar..layan cite cik yah pasal her new stalker. oh aku rasa dorang sama stalker senanye tapi maseng2 tanak ngaku. isk..malu2 kucen plak. da suke tuh ngaku je larh. haha. jangan mara cik yah :p
then abes cik yah punye story, mata aku da layut2 dah x bley bukak. penat sangat rasanya. jap lagi plak nak g bukak pose kat sek 7 ngan Loco. dah lama x jumpa la kononnya. Loco pun on je. Makan kat Barra. Feveret kedai mamak. Aku pun tatau mengapa.
Habis makan, Loco ajak g I-City. Die dah tau dah cane nak g sane. Masa tuh dah jam 9 malam. Dalam hati rasa macam tanak je pegi..kene balik kolej kott sebelom 11 malam. Tapi takpe lah Loco kate kat situ ade 'light show'..best laa kot kan.
So, kitorang pun jalan laa kaki dari sek 7 g I-City. Jauh gak la. Senak gak rasa kan pas makan kenyang kenyang terus jalan naik bukit. Tapi..tapi..bile sampai kat atas je...panorama die memang best laa sangat. Taman Lampu.
Jangan ditanya keterujaan aku n cik yah camne. Hanya orang yang mengenali kami pasti mengetahuinya. Hehehe. Loco mampu geleng pale je. Handphone Loco, terus jadik milik kami. Maklum lah, handphone aku radio pon xde..bluetooh apetah lagi. Jadi, kamera jangan dimimpi.
Aku tak sangka plak I-City seindah tuh. Semua berlampu kot. Masa masuk bilik yang cam showroom ke ape tah lagi laa teruja. Tapi orang ramai sangat. Then ade pokok krismas besar berlampu putih ngan tanglung kat atas sekali pon antara yang paling menarik la. oh aku wonder nape banyak sangat eh tanglung kat situ?
Pastu ade satu taman tuh cantik sangat...ade beberapa ekor "merak" berlampu yang cantik x agak. pastu pokok2 limau, kristal, pokok cam kat negara omputih tuh..alahai lupe lak nama..n macam2 lagi la..dating sure best. wahahahaa.
Banyak oh amik gamba. Da warning Loco siap siap dah jangan sesekali die brani nak delete. Hoho. So skang ngah tunggu beliau transfer gamba tuh kat kitorang. Nanti aku upload okay. Haha.
Jap lagi ade test 1 japanese, quiz 1 & 2 skali. Rileks je kan aku. Siap update blog lagi haa.

Khamis, 11 Mac 2010

Kesah Lecturer Marketing Plaks...

Nape laa ntah ramai orang nak moody hari ni. Nasib laa aku puasa, jadi kena banyak sabar & tenang. Walaupun terasa hati. tsk. tsk.

Lupe nak cite pasal semalam. al kesah lecturer marketing plak. semangat sangat nak donlod gamba2 objek2 kesayangan sampai lupa nak share.

Lecturer marketing aku ni suka bercerita. Suara dia memang kuat sampai kadang kadang tuh tak perlulah nak gune mic. Orang die cam sempoi sempoi gitu tapi islam tetap diutamakan. tu yang best tuh amik islamic banking ni :)

so semalam she talk about remaja remaja skang ni suka guna word "gila", "gile", "gilo" n yg seangkatan dengannya.

"kenape ye?" lecturer aku tanya.

bila tengok orang lawa, ensem je cakap,
"perghhhh cantik gile aweks tuh"
"woooo...ensem gile kot dat guy"

bila sakit hati,
"bengang gile oi!"
"marah gile aku kat budak ni..."

bile suke,
"suke gile"
"best gile"

yadda yadda. yang seangkatan laa senang cakap.

lecturer cakap lagi, (bukan bangga diri okay)
"saya selalu sebut macam ni. Ya Allah Ya Rabbi, teruknya budak ni. Ya Rabbi, kenapa jadi macam ni?"

"awak nak marah, nak lepas geram, awak dapat luahkan. pahala pun awak dapat. daripada awak asyik sebut perkataan gila. nanti jadi gila macam mana?"

"saya pelik la. kenapa ye kite lagi suka sebut gila dari sebut kalimah Allah?"

Astaghfirullah al-azim.

Pasni nak try tanak sebut gila etc.

Jom jom sebut

La Ila Ha Illallah
Subhanallah
Astaghfirullah
Allahu Akbar

dan jangan lupa,
selawat nabi.

Sallallahuala Muhammad
Sallallahualaiwasalam

senang kan nak kutip pahala?
semoga dirahmati Allah :)

Rabu, 10 Mac 2010

kesayangan

ni aku beli masa pegi kedah tahun 2008. pas abes diploma. first time kot aku g bila da dewasa ni. g umah ema n umah kakak. pastu ema bawak g jalan jalan kat Pekan Rabu, aku pon beli plate ni. tanda kenangan. rindu kat Ema :)



ni hadiah besday aku tahun ni. dari Jaja yang semakin comey n jelita. kikiki. cute kan? aku suke sangat. tp sayang nak guna. haha. ni pon baru je bukak plastik katak ni sebab nak amik gamba. hehe. thanks ja. rindu awak jugak even jumpa every weekend :)


yang ni plak hadiah harijadi aku dari Mas. cupcakes. so so cute. rasa cam nak makan je. tp made by towel la plak kan. huhu. oh ade lagi satu senanye Mas kasi tp lupe laa plak nak amik. cantik je tergantung kat board aku. words for best friends. suka sangat ^^,

ni plak siput magnet. aku beli sama ngan Nadia. so kat board die pon ade gak seketoi. comey kan menatang ni? haha

erkkk...tatau nape garfield ni nak interframe gak. selipar dalam bilik :D
first, tahniah buat kak lynn & abg jalil atas kelahiran bayi sulung mereka 9 mac 2010 lebih kurang pas asar tadi. girl. sure cute cam aku. kakaka.

second, test research methodology ari ni tak jadik. selamba je kan abg mail ni. rasa2 nak wat next week. 10 chapter. meroyan laa aku. haih. dan macam biasa, pesanan mc'd tak dilupakan. ingat tu, makan mc'd, jawab la kau kat akhirat.

third, aku rasa cam nak bengang laa sangat. aku ni biasalah laa kan pantang ada note book mulaa la nak conteng macam2. especially plak dapat lecturer yang wat aku menguap tanpa henti. tak tahan you. so one day tuh, aku pon conteng2 la penuh seni kat 1 page note book aku tuh. tetibe girl ni offer nak kaler2 kan. aku x kesah la. bagi je laa. pen2 kaler semua aku provide. pastu ade satu lg kelas ni cam ngantuk gile gak. die suh aku conteng pape then die nak kaler. aku pon wat la. aku nak lukis x pandai so aku lagi suke tulih pape. ape yg aku suke ke, quotes ke ape2 la. then die pon kaler kan. okay, tak kesah. pastu die amik gamba. tak kesah. die kate nak post kat blog die. pucat gak aku. masa tuh tak fikir ape sangat. but then aku bukak blog die. okay, die da upload dah. and claim as her. cam die lah yang menghasilkan semua ni without crediting to me. oh saya bukan gila glamor. tp rasanya cam satu perkara memalukan. its my 'job'. xde orang bley suke suki touch note book aku. then tetibe skang ade org expose kat blog die n claim die punye hasil. what the ~~~~...aku x leh terima weh. aku rasa sangat malu n its my privacy!! arghhhh. aku da text die suh remove, but she didn't do it. mesti sebab die tatau aku ade blog kan. haih.

fourth, aku sedang bahagia :)

Selasa, 2 Mac 2010

Lecturer Research Methodology

Tiap kali nak g kelas lec nih..memang liat semacam..every week journal..every week ugut kalau x baca journal..xde journal..diri kat depan..jadi patriotik..takpun nanti dia nak tanya..tapi setakat ni..sorang pun x pena kena lah. kalau kena malu gila kot, kelas da laa kat dk. huh.

dan hari ni ada kelas dia. as usual lah kan..doa ramai2
"mintak2 dr. ade hal. mintak2 xde kelas"

jangan kau mimpi.

walau bagaimanapun, his lecture is fun. cuma suka sindir2 anak2 melayu nih. graduated from us la katekan..

dan setiap kali beliau bercerita dengan kelakar x kering gusi, aksi2 beliau tak ketinggalan. tapi semua nak gelak sopan2. takut weh. kang kene soal x ke diam.

but the most thing yang aku selalu ingat pasal dia, is about Mc'D.

I am Islamic Banking student you. and most of the lecturers mmg slalu bagi nasihat2 kerohanian..more to islamic la senang cakap. terasa berkat. n about this lec, die selalu cakap,

"saya tatau la kalau masih ada lagi di antara awak ni yang makan Mc'D. memang awak laa yang sumbangkan kat amerika beli peluru, senjata tembak saudara kita. kalau makan jugak, suka ati. KAT AKHIRAT NANTI JAWAB."

setiap kali die sebut je, "KAT AKHIRAT NANTI JAWAB LA"

telan liur je laa tgk orang makan mc flurry, sundae bla3. fikir fikir. korang cane? makan lagik?

Alhamdulillah, sepanjang tahun ni tak sentuh lagi Mc'D. Harap2 iman kuat :)