Terharu.
Pagi pagi tadi, masa sedang sibuk di pantri nak potong potong lemang sebab bank ada jamuan raya hari ni tiba tiba kak Naza datang bawak bungkusan plastik berisi makanan laju menuju ke aku seraya berkata,
“Ija, abah kamu datang bawak makanan ni haa. Pergilah jumpa dia. Ada kat kaunter depan.”
Ek??? Abah datang opis? Laju kaki melangkah mencari kelibatnya. Benar. Memang abah sedang duduk di situ menunggu aku. Segera abah disapa dan kami berbual seketika. Terharu rasanya hati apabila seorang ayah dengan kasih sayangnya datang bersinggah ke pejabat anak perempuannya hanya semata mata nak menghantar makanan kerana semalam ketika abah mengadakan rumah terbuka aku tak berkesempatan menghadirinya. Aku dah sms awal awal minta maaf kat abah bagitahu tak dapat nak datang dan tak sangka hari ni abah datang nak bagi aku rasa. Terharuuuuuu. Langsung tak tercapai dek akal ini abah akan datang buat kejutan macam tu.
Abah singgah tak lama tapi aku rasa gembira sangat bila dapat duduk rapat sebelah abah. Borak borak dalam 5,10 minit macam tu dengan abah tanya kabar dia. (ye, aku memang anak yang tak berapa nak mithali sebab aku memang jarang jumpa abah….) Dan lepas tu dapat tatap wajah abah yang semakin dimamah usia. Wajah itu semakin menampakkan keringat yang tidak pernah kering tetapi senyumannya tetap masih melambangkan abah masih kuat. InsyaAllah.
Aku sebenarnya tak tabah nak tengok wajah abah. Sebab akan sentiasa ada rasa sebak di dalam hati kerana di wajahnya tergambar seribu macam pengorbanan dan kasih sayang.
Ija sayang abah, Sobki Othman.
4 ulasan:
aku syg ayah aku gak.. i like this entry.. :)
like kene tekan button like itu..hee..sangat sangat terharu wei :')
izah, xde button like ke??? hehehe
adoi. mgalir air mte :')
Catat Ulasan