بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahad, 8 Ogos 2010

Di Rumah Abah


Ye, aku kat rumah abah kat Taman Melati. Aku pun macam tak percaya. Dulu, aku la paling liat nak datang sini. Kalau orang tanya rumah abah kat mana selamba je aku jawab tak tahu. Aku ni jujur. Memang semula jadi. Tapi sekarang, dah nak masuk kali kedua dah aku datang sendiri rumah ni dan paling penting siap tido! kakak kagom gile. aku lagi laa kagom ngan diri sendiri. haha.

Aku homesick. Kelakar kan? Kalau kawan2 masa diploma dulu dengar kalimah 'homesick' dari mulut aku mesti bley ketawa guling2 tak percaya. Aku ni punya lah kental boleh tahan tak balik gombak..kawan2 aku buat reunion pon selamba je aku tak pegi..tapi semester ni..sekali je aku tak balik..masa 3rd week kot..aku pon tak ingat sebab apa..tapi betol laa memang tiap2 minggu aku rasa nak balik..siap beli kad touch n go demi kecepatan yang selesa. Tak tahan~

Gelak la. Gelak la. Gelak la. I just miss my abah. Abah yang semakin uzur. Tangan kanan abah dah tak mampu wat kerja berat. Even nak bukak tingkap kete pon tak larat. Oh kete abah manual je sebab yang auto tuh dah rosak. So tiap kali tengok abah ngan susah payahnya bukak tingkap bila nak bayar tol yadda yadda mesti cam touching gile. kan best kalo aku mampu belikan abah smart tag :(

Sebab tuh kot tetibe rasa dalam hati nak selalu balik rumah. Balik untuk jumpa abah walaupun aku ini bukan lah insan yang ramah tamah untuk bersembang sakan ngan abah. tidak lah aku reti bercerita berita berita sensasi aku ngan abah. ngan mak boley. ngan abah, oh! tidak..haha.

Tapi best la moment macam ni. Abah aku ni pendiam. Dulu masa kecik kecik memang sangat laa tak kamceng. Sampaikan penah rasa pelik kalau2 abah tibe2 dok sembang ngan aku. Dan memang pernah berlaku sekali je pon. Abah cite pasal adik beradik abah n zaman perang. Menguap sakan aku. Sebab tuh kot pastu abah tak pena share cite dah. Aiseyh...

Tapi bila aku masuk mrsm, masa tuh dah start konflik ngan abah. Abah nak kawin lain. Dan aku mula la wujudkan parti pembangkang dalam keluarga. Aku la presiden dan aku sorang je la ahli. Pastu aku buat plak kes kuar dari mrsm. frust gile abah. tapi aku cover balik ngan result spm aku walaupun tak lah gempak mana. dan insyaAllah lepas tuh aku takde dah kecewakan abah cuma takde dah la nak rasa jadik pelajar cemerlang ni. huhu. then konflik paling besa bila abah finally kawin gak masa aku baru je beberapa hari masuk uni. Aku tak benci abah tapi cam tak ley terima kenyataan di ibu tirikan. konflik konflik dan konflik sampai lah ke satu tahap aku luahkan apa yang aku rasa kat abah. pakai sms je la tapi. panjang berjela tapi bila jumpe depan2 kecut perut aku. haha. tapi betul lah, lepas tuh baru hubungan aku ngan abah jadi semakin baik n rapat. dan lama lama aku pon dah boleh kot terima kehadiran seorang ibu tiri dalam hidup aku. tsk. tsk. tsk.

aku just nak hargai abah selagi aku diberi peluang, diberi kesihatan yang baik dengan umur yang panjang, dikurniakan rezeki yang melimpah. nak berbakti ngan abah selagi mampu. nak bagi duit, aku yang tadah tangan kat abah. wawawa. sayang sangat kat abah. walaupun aku bukan lah jenis manusia yang reti menunjukkan rasa kasih dan sayang ni...

so apa yang aku mampu macam ni lah..balik umah selalu untuk jumpa abah. sebab aku baca buku, mak ayah semakin dimakan usia, semakin dorang rindu kat anak2. masa kite kecik2 dorang rindu kite punya kenakalan, mengade2, tangisan kite yang merengek2 tuh...bile kite dewasa, dah mampu berdiri sendiri bukan duit atau material kite yang mereka rindu, tapi perhatian dan kasih sayang kite. so, marilah kite hargai mak ayah kite selagi kite masih diberi nafas walaupun tak kisah lah if andai mak ayah kite pena buat silap dalam mengatur hidup. mak ayah kite tak perfect sebab bukan dorang yang menongkat dunia tapi dengan kewujudan dorang, itulah yang memperfectkan hidup kite.

saya cinta mak abah saya.
Sobki b Othman & Zakiah bt Hj Sulaiman.
Saya nak jadi anak yang baik, yang solehah, yang berbudi kepada dua insan yang paling saya cinta ini. Saya dah kehilangan seorang dan saya mahu menghargai sepenuhnya seorang lagi yang masih tinggal :)

Dan kerana itu saya lupakan ketidakselesaan di rumah ini kerana 'cinta' saya ada di sini :D

2 ulasan:

nurulnh berkata...

hey izzah..
mata aku mmg x blh bca yg background hitam n tulisan putih la..kepala aku serious berpinar..so sarankan awak tukar layout lagi..all the best! =D

Tulip Chantek berkata...

kalau aku rajin...