بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 6 Ogos 2010

Allah Lebih Menyayangimu....

DaripadaNya kita datang, dan kepada Dia jualah kita kembali.

Baru dapat berita dari Nabila, cousin aku, elok je pas kua kelas jepun.

"Anak Kak Arie meninggal dunia"

Innalillah wa inna Ilahi rojiun. Terhenti langkah aku. Rania pergi jua? Tak terkata apa. Baru semalam terdetik kat hati nak call Kak Arie, tanya khabar Rania. Tapi tak tercall sebab sudahnya lupa. Last jumpa 31 Julai hari tu..Rania masih kat ICU. Kecik. Sangat kecik. Berat masa lahir just 2.41kg. Tapi since dilahirkan Rania memang tak pernah keluar dari ICU...inkubator dah jadi macam 'rumah kecik' Rania.

Arissa Rania bt Shahril. Lahir 21 Julai 2010 dan kembali ke rahmatullah 6 Ogos 2010. Hidup selama 16 hari. Rania sangat cantik. Putih. Mata bulat. Hidung mancung. Mulut pun cute je. Masa lahir Rania normal. Macam baby lain, aktif. Tapi dalam masa yang sama Rania sakit. Kalau ikut cerita Kak Arie yang aku tak berapa nak faham, masa nak melahirkan air ketuban terlalu banyak. masa tuh dah bukaan 2cm. mula2 nak lahir normal tapi komplikasi macam mana tah terpaksa gak bedah. Rania lahir sempurna sifat tapi seminggu lepas tu..buat scan kat otak..ada pendarahan. aku ingat lagi gambar tuh. besar lukanya. Tapi Kak Arie sangat kuat, sangat tabah. Kak Arie cerita dengan nada tenang je walaupun orang yang dengar macam nak banjir air mata. Kak Arie kata kemungkinan Rania akan jadi handicapped, slow, lembab etc tapi Kak Arie kena terima semua dugaan ini. Kak Arie senyum je masa tuh. Sumpah, sebak gila.

Masa 29 Julai plak, Rania tenat. Tapi aku tak dapat jenguk. Menyesal. Masa tuh Kak Arie cite memang berselirat laa segala macam benda kat tubuh kecil Rania. Tapi Rania sendiri kuat. Dia berjuang untuk hidup. Untuk hidup sebagai anak kepada Kak Arie n Abg Cain, adik kepada Kaka yang dah lama tunggu kelahiran Rania. Tapi memang Allah lebih menyayanginya. Hari ni, Arissa Rania kembali ke rahmatullah pada jam 4.35 petang di Al-Islam Medical Center, Kg Baru.

Rania yang mempesona,
semoga Allah menempatkanmu di Syurga Firdaus....

Al-Fatihah.



p/s: ku sangka kan ada rumate untuk berkongsi duka...tapi malangnya ku jua seorang diri di bilik ini. shopping & tengok movie? ku harapkan sekurang2nya walaupun tak sedih, respect laa sebuah kematian...

Tiada ulasan: