بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahad, 15 Ogos 2010

Saya Rindu Ramadhan Bersama Mak Saya :'(

Kali terakhir Ramadhan bersama tahun 2002. Dah 8 kali Ramadhan tanpa mak. Rindu bangun sahur pagi pagi mak kejut. Tak payah nak pasang alarm clock sampai nak pekak telinga. Lepas tuh sahur ramai ramai ngan adik beradik..ngan abah. Kalau masa kecik kecik dulu aku orang last yang mak kejut. Biar aku tido lama kata mak. Mak yang penyayang sungguh. Rindu! Tapi bila dah masuk sekolah menengah, mak suka kejut aku dulu. Tolong mak kat dapur, hidangkan makanan. Kadangkadang tuh mak tak sempat nak kejut sebab harumnya bau masakan mak dah buat aku terjaga dulu. Pagi pagi aku suka minom milo so nanti mak mesti bancuhkan secawan untuk aku sebab biasanya family aku tak suka sangat milo2 nih. Milo panas. Terbaik dari mak. heee.

Bila time nak berbuka pulak, mak rajin buat kuih. Mintak je la kuih apa mesti mak akan buat. Tapi ikut turn la. Aku suka kuih kaswi & kuih keria. haih nak eja pon tak reti. So biasanya aku la yang menang espicially bila aku yang ada kat umah. Aku ni memang anak mak kan? Manja sangat. Menempek je ngan mak. Tak boleh nak berpisah. Mana la tak berbulu2 kakak & abang2 ngan aku. Tapi dah mengade2 ngan mak pun kena laa mengade2 gak kat dapur. Basuh pinggan ke, masak nasik ke, kang aku masak lauk kang muntah hijau lak family aku nanti. Sebab tuh aku rapat ngan mak kut. Aku suka apa yang mak suka & mak pun macam tu...

Masa arwah mak masih sihat, masa tuh family aku dok kat Hulu Kelang. So kadang2 mak ajak la aku jugak pegi terawih kat masjid Al-Ridhuan. Tapi masa tuh kecik. Tau main je. Tak rasa nikmat terawih tuh macam mana. Semalam aku saja pegi terawih kat masjid tuh lagi dengan Syahirah. Sebak rasa hati nih tengok makcik2 yang bersungguh nak terawih walaupun terpaksa solat atas kerusi. Kalau arwah mak masih hidup pon, mungkin terpaksa macam tuh jugak. Tapi mak dah pergi dulu jumpa Allah.

Part yang paling aku rindu, buat kuih raya dengan mak. Sebab lepas mak pergi, aktiviti ni tak pernah diulang lagi. Kalau ada yang ajak pon aku menolak. Pelik rasanya buat kuih raya dengan orang lain. Aku suka Almond London. Suka sangat2. Aku suka time nak celup kuih tuh dalam coklat lepas tuh masukkan cepat2 dalam bekas dia. Sebab kerja yang ni aku pantas. Kalau nak uli2, bentukkan kuih, itu kerja mak. Aku tak reti sangat. Bila dah siap acuan semua, masak guna oven yang kakak hadiahkan kat mak. Mak memang suka sangat since dapat oven tuh. Dan sementara nak tunggu biskut2 tuh masak, masa ni lah nak sembang2 ngan mak. Cerita pasal arwah opah yang meninggal masa umur mak 5@6 tahun, cite pasal sekolah, cite pasal keluarga, cerita pasal cite kat tv...anything can be. Takde topik terlarang antara aku dengan arwah. Rindunya melalui lewat lewat malam bersama arwah bonda. Berbicara tentang segala cerita, bergurau senda tertawa...hanya kami berdua. Puasa terakhir yang indah bersama mak.

Tapi sekarang. Kesepian. Dah takde sahur sama sama dengan family. Masing2 sendiri. Duduk pon dah tak sekali. Berbuka pon memang dah tak rasa. Tatau abah makan apa, abang makan apa, kakak, alang, chik..semua masing2. Tau nanti bila raya jumpa and pretend tak rasa apa. Tapi yang sebenarnya Ramadhan bulan ibadah mendekatkan diri pada Allah. Berusaha mencari malam Lailatul Qadar. Ini semua perasaan yang mengganggu jiwa je kan. Apa apa pun, masih gak sangat rindu dengan arwah ibuku, Zakiah bt Hj Sulaiman...

Al-Fatihah.

Tiada ulasan: