بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 6 Ogos 2010

Yang Telah Pergi...

Tak payah recall jauh2...dalam sebulan ni dah banyak berita kematian....

  1. june 2010 - Ayah Alang Ahmad Shah kembali ke rahmatullah. Sudah lupa tarikhnya. Pakcik kat penang jua. Strok.
  2. 16 Julai 2010 - Sepupu Nadia kembali ke rahmatullah. Kemalangan jalan raya kat traffic light. Kene langgar dengan bas, bertembung dengan lori. Remuk kereta kancil. Meninggal di tempat kejadian. Yang lebih sedih, arwah sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung :'(
  3. 19 Julai 2010 - Ayah Gee meninggal dunia. Isnin jam 5.25 petang. Barah tulang. sebulan je sakit. Mengejutkan. Semoga Gee terus kuat & cekal. (ayah Gee, Shamsuddin.)
  4. 22 Julai 2010 - Ayah Aizat Putra@Lim bertemu Allah Yang Esa.
  5. 2 Ogos 2010 - Ayah Kak Ain & Keyla pula bertemu Ilahi. Allahyarham Abdul Halim b Sidek.
  6. 6 Ogos 2010 - Perginya anak buahku, Arissa Rania bt Shahril :'(
Jarak masa yang dekat kan? Semoga kita semua insaf dan mari sama-sama kita doakan kesejahteraan buat mereka semua. Semoga mereka di tempatkan di kalangan hambaNya yang solehin. Amin...

Al-Fatihah.

Tiada ulasan: