بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 6 Ogos 2010

Abah

Abah still demam. Dah hari kelima. Tadi aku call abah sebab dalam minggu ni hari2 abah sms aku bagitahu tahap kesihatan abah macam mana. Hari ni baru aku call. (teruk kan aku?) Tak sempat nak cakap banyak batuk abah yang lebih dengar dari suara abah. Sedih. Abah ok ke ni? Sape yang jaga abah?

Masa hari Isnin, abah ada bagitahu abah demam. Tapi masa tu aku kat UM. Keje lambat settle so aku tangguhkan dulu nak balik umah jumpa abah. Esoknya baru aku balik. First time aku g umah abah sendiri dan akibatnya tersalah ketuk pintu rumah. Haih. Aku bawak sup tapi sebab dah lewat malam abah tak lalu nak makan. Memang panas badan abah masa tuh. Dan rasa macam first time jugaklah tangan aku ni sentuh dahi abah. Selama aku hidup, tak pernah tengok abah sakit sampai lembik. Makcik plak denggi. Masuk umah abah habis bersepah. Takde sape nak uruskan. Aku tak sempat nak jaga abah lama lama sebab esok tuh plak (Rabu) aku kene balik Shah Alam. Sure for attending class. Boleh je nak wat alasan kan tak dapat datang kelas sebab jaga ayah..tapi as father aku tahu abah tanak aku ponteng. sebab tuh aku gagah gak balik shah alam pagi2 tuh sampai terlepas beg sebab tetido dalam bas. ngantuk gile! tapi sekurang2nya lega dapat tengok abah.

then abah sms aku hari2 bagitahu keadaan die. terharu. selama ni tak pernah pon. aku tak pernah diberitahu kesusahan abah. sakit pening abah. yang aku tahu abah sihat je. abah tak pernah share sebab aku rasa abah tanak aku sedih. macam masa arwah mak dulu...tapi skang abah bagitahu aku dulu dari anak2 yang lain. mungkin sebab aku kat kl. mungkin sebab aku anak perempuan. mungkin sebab abah tahu aku sangat sayang abah.

dan disebabkan ini, aku rasa shah alam jauh. kenapa shah alam jauh dengan gombak? kalau guna public transport tambah dengan jam, makan masa lebih 2 jam!! kadang2 dah sama masa macam balik kampung naik bas ekspress. sungguh lah aku lelah. tapi mak abah aku, pernah mengeluh sepanjang menjadikan aku seorang dewasa? jaga aku selama 21 tahun..tak pernah kesah..tak pernah merungut. memang durhaka kalau aku mengeluh pasal jarak ni. astaghfirullah.

tapi aku memang nak jenguk abah hari2 cuma masalahnya tubuh aku tak cukup kuat untuk ulang alik gombak, pegi class, study, amik kuiz n test...aku just mampu doa je...doa kesihatan abah bertambah baik..doa aku diberi kekuatan untuk bagi kekuatan kat orang lain..doa mintak jadi sabar..doa je ke? usahanya?

Ya Allah ya Tuhanku, pulihkan lah kesihatan ayah ku. Izinkan lah dia menjalani kehidupannya seperti sediakala. Jangan ya Allah kau pisahkan kami ketika kami masih saling memerlukan antara satu sama lain. Amin.

Sungguh, risau dengan kesihatan abah. kenapa minggu ni aku ada modul?

1 ulasan:

it's about Me and You berkata...

pilu membaca entry ni.
aku tengok abah ko memang kelihatan seorang 'abah'.
muka yang tenang