بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahad, 25 September 2011

Praktikal

Dah 3 bulan dah rupanya. Rasa macam baru je lagi dok menggelabah post kat facebook pasal salah tarikh daftar praktikal tu. Tup tap tinggal lagi sebulan setengah je rupenya aku kat sana. Entah apa yang aku belajar, entah apa yang aku dapat aku pon tatau la. Sebab praktikal sorang sorang je kan kat situ maka tatau apa yang aku buat selama ni sejajar dengan yang sepatutnya atau tidak. Hurm.

 

Hari tu pergi Shah Alam sebab nak jumpa advisor. Bertuah la jugak agaknya aku ni walaupun praktikal sorang sorang je kat Selayang tu tapi partner aku yang dapat sama advisor ni kebetulan praktikal kat bank rakyat jugak tapi cawangan Shah Alam. Macam best lah jugak kan dapat jumpa orang yang praktikal bawah satu bank yang sama ngan kite walaupun berbeza cawangan. At least, paham la camne kerja, environment, transaksi etc masing masing kan. Lepas tu baru tahu kat tempat dia rupanya ada lagi budak praktikal lain. Takpelah. Rezeki dia.

 

Tapi one thing la yang buat aku rasa macam sedikit tersentap, dia ada jadual praktikal. Something like macam minggu ni apa yang dia akan buat, minggu depan ape plak – in detail dari mula praktikal sampailah habis. Dalam bahasa lebih mudah, ada nampak la apa yang dia buat & belajar masa praktikal kat situ. Aku? Terbiar. Sepatutnya aku pun ada benda yang sama macam yang dia ada tapi dah ditakdirkan dapat supervisor yang macam tu, mungkin aku harus redha dan tabah je la. Lagipun tinggal berapa minggu je lagi. Aku memang dibiarkan hidup berdikari dan sendiri walaupun aku tahu jadual praktikal aku memang ada dalam pending job list encik supervisor. Dan terus dibiarkan pending sehingga lah kini. Jadual bertukar unit pun aku hafal sendiri. Tak pernah dapat briefing in words kat unit ni buat apa, unit tu buat apa. Just tahu & faham sendiri from my own observation je. Kalau salah aku faham, maka salah lah aku. Nak bercakap banyak, nak bertanya bagai tak reti. Pulak, supervisor aku gile gile. Hah. Memang. Kadang kadang aku pon leh jadi gile.

 

Bila tinggal lagi 8 minggu je dah nak habis praktikal dah mula dah rasa tiba di penghujungnya. Luckily cause I’ve been practical here. Walaupun selalu dibuli, dikutuk, diperli & jarang dipuji tapi harapnya aku terimalah semua ni sebagai satu perjalanan pengalaman kedewasaan. Aku dah malas dah nak gado gado ngan encik Supervisor. Aku dah malas dah nak menjawab dengan orang orang yang asyik nak cari pasal, mengutuk bagai. Sebab orang yang paling muda memang selalu rasa macam ni.

 

Haih. Setiap kali berakhirnya hujung minggu mula terasa sedih berjumpa Isnin. Sebab tatau apa yang akan orang cakap pasal kita, apa yang akan menyakitkan hati kita, everyday makes me feel down. Tapi rasa tak layak pun nak kata macam ni sebab gambarannya hidup aku jauh lebih senang dari apa yang orang lain lalui masa dorang praktikal. Dasar manusia tak sedar diuntung. Kan?

 

Takpelah. Tabah je la.

 

 

Notakaki: Lepas ni nak kena sibuk dengan project paper pulak. Ibarat weekdays di Selayang, weekend di Shah Alam. Harap tabah lah ye. Dan semoga idea pun tak kuncup lah ye.

Selasa, 20 September 2011

Happy Flying!

Ema terbang ke pangkuan suami hari ini. Mungkin ketika entri ini ditulis, beliau sedang berada di dalam flight menuju destinasi suatu kehidupan baru di United Kingdom bersama encik suami. Semoga selamat sampai sahabatku!

 

Tak perlu nak rasa sedih kerana ini kebahagiannya. Doaku mudah mudahan keduanya cekal & tabah hidup di rantau orang. Paling penting, bawa lah pulang anak comel bila pulang ke tanah air nanti! Hihi.

 

But I bet, I gonna miss her much. Walaupun dah jarang contact, tapi masih ada sekali sekala bertanya khabar. Cuma aku, sibuk lebih sikit dari dia. Tambah tambah sejak dah praktikal ni tiada kemudahan public transport memang nak tanak duduk je lah diam diam kalau takde sape yang sudi nak ambik. Huuuuuuu.

 

Harap harap ema akan rajin update facebook atau sekali sekala mengirim sms dari tanah London. Auwwww…..kaye sangat lah kan!

 

Heee. Rindu. Tapi gembira melihat kebahagiaannya Angel

 

 

Farewell Ema, 16092011

Farewell, 16092011 :’)

Isnin, 12 September 2011

Abah Datang Office

Terharu.

 

Pagi pagi tadi, masa sedang sibuk di pantri nak potong potong lemang sebab bank ada jamuan raya hari ni tiba tiba kak Naza datang bawak bungkusan plastik berisi makanan laju menuju ke aku seraya berkata,

 

“Ija, abah kamu datang bawak makanan ni haa. Pergilah jumpa dia. Ada kat kaunter depan.”

 

Ek??? Abah datang opis? Laju kaki melangkah mencari kelibatnya. Benar. Memang abah sedang duduk di situ menunggu aku. Segera abah disapa dan kami berbual seketika. Terharu rasanya hati apabila seorang ayah dengan kasih sayangnya datang bersinggah ke pejabat anak perempuannya hanya semata mata nak menghantar makanan kerana semalam ketika abah mengadakan rumah terbuka aku tak berkesempatan menghadirinya. Aku dah sms awal awal minta maaf kat abah bagitahu tak dapat nak datang dan tak sangka hari ni abah datang nak bagi aku rasa. Terharuuuuuu. Langsung tak tercapai dek akal ini abah akan datang buat kejutan macam tu.

 

Abah singgah tak lama tapi aku rasa gembira sangat bila dapat duduk rapat sebelah abah. Borak borak dalam 5,10 minit macam tu dengan abah tanya kabar dia. (ye, aku memang anak yang tak berapa nak mithali sebab aku memang jarang jumpa abah….) Dan lepas tu dapat tatap wajah abah yang semakin dimamah usia. Wajah itu semakin menampakkan keringat yang tidak pernah kering tetapi senyumannya tetap masih melambangkan abah masih kuat. InsyaAllah.

 

Aku sebenarnya tak tabah nak tengok wajah abah. Sebab akan sentiasa ada rasa sebak di dalam hati kerana di wajahnya tergambar seribu macam pengorbanan dan kasih sayang.

 

Ija sayang abah, Sobki Othman.

Ahad, 11 September 2011

Microwave Oven, Vacuum & Induction Cooker

Aku bodoh?

 

Dah nak jam 5 pagi tapi kepala dah risau gila. Baru je kebah dari demam & sakit kepala yang kritikal tapi nampak gaya nak rebah balik je ni? Allah.

 

Tak tahu lah tuah ke malang. Nak pengsan dah rasa menggoogle dari jam 2 pagi tadi.

 

Cerita aku ni sama je macam cerita blogger lain. Tapi takpe lah, aku ulang cerita.

 

Hari ni aku shopping barang dapur kat Giant Batu Caves. Ye. Memang sengaja dinyatakan dimana lokasinya. Dah habis shopping aku ajak la kawan aku makan. Memandang kan skarang kesihatan aku agak merudum jatuhnya maka haruslah rasanya aku berhati hati dengan tidak menskip makan sebelum ditempeleng oleh ahli keluarga yang terdekat mahupun jauh. Huhu. Dan ada satu spot dekat Giant memang aku menyampah gila nak lalu. Serius menyampah. Sebab kat situ berderet deret salesman. Tapi disebabkan nak pegi makan punya pasal terpaksalah lalu. Mungkin takdir. Hurm. Thinking smile

 

Aku ditahan oleh seorang salesman. Ikut hati memang nak blah je. Tapi entah lah kenapa macam cerita blogger lain aku boleh lah pulak rasa nak mendengar. Dia datang kat aku dengan bertanya, “akak dah dapat RECYCLE BAG ni? haa bila akak dah shopping kat giant akak layak untuk dapat hadiah percuma minyak masak dari kami bla bla bla.”  Alah takat minyak masak tu aku tak heran sangat la. Lepas tu dia mintak aku jawab survey. Jawab je la. Ingatkan dah settle dah. Tak jugak. Cakap bla bla bla bagai pap! dapat voucher RM50. Oh lupe ni company jual barang elektrik. Excellent Homestyle. Aku google memang tak jumpa. Lepas tu bila dah dapat voucher tu then kat dalam tu ada menang pulak lagi free gift. Entah macam mana aku boleh terbertuah sangat ni, aku dapat 2 free gift – vacuum & induction cooker worth dalam RM 6000++. Hurm. Aku balik google semua orang dapat benda sama. Tapi part yang tak boleh blah semua salesman kat situ terkejut bagai nak rak tengok aku dapat hadiah sampai 2 bende. Sebab kalau ikutkan memang tak boleh sebabnya ikut term & condition barang free gift tak boleh lebih dari RM4000 tapi aku dapat RM6000. Memang melampau la kan? Aku tak juling sangat tengok harga tu tapi tengok barang dorang macam best sesangat je. Dalam hati memang ada la rasa teruja. Ohohoho. Orang semangat nak kawen kannn. Opsss!

 

So dorang punye lah tak puas hati dengan hadiah aku yang sangat best tuh maka dorang pun call lah penaja. Hurm. Barang tu jenama Kitchen Queen. Brand from Italy. Lepas tu penaja tu pon nak jugak cakap dengan aku. Siap mintak no serial lagi pastu nak confirm balik dalam 1 minit lagi. Kawan aku dah buat muka boring tak percaya tapi aku nak gak tabah hati dengar. Tak paham betol. Patot bawak boyfriend. Mesti kena lecture time tu jugak. Ahaha. *masalahnya boyfriend pon xde. okay. diam* Then orang tu plak bagitahu memang betullah voucher tu valid sebab ada 20 keping je voucher macam tu. Haih. Bodoh betul rasanye bila fikir balik. Tahu tak bila aku google semua orang dapat ayat yang sama? Semua orang jadi 20 orang yang bertuah. Ahaha. *gile kejap. kene tipu ke tak ni? adoii* Sleepy smile

 

Tapi aku sebenarnya tak lah excited sangat nak jadi 20 orang tu tapi macam best je kot barang2 dia. Adehhh. Tapi nak dapatkan free gift tuh for sure lah nak kena beli barang dia kan. Dan barang dia pon paling murah RM 2998. Tambah 2 ringgit jadilah 3 ribu. Murahhhh ke? So dorang pun tanya apa barang yang aku suka. *dorangg tak tanya pun barang apa yang aku nak beli…taktikkkk* So aku pon dengan jari berinai tu tunjuk lah mixer. Well, masih cinta baking kan. Harga dia RM 3698. Cantik ok. Tapi lepas tu aku tukar nak microwave oven pulak. Harga sama. Dan barang yang aku pilih ni yang paling mahal. Tak beragak pulak kan pilihan aku…..Annoyed

 

Tapi aku tanak beli pon. Wei. Mane mampu kot. Agak2 la praktikal pon dapat elaun seratus ade hati plak aih nak beli barang elektrik harga 3 ribu. pergh. karut gila aku ni. Mula mula aku dah berjaya dah tolak walaupun encik manager siap datang tolong hasut suruh beli. Lorh. Aku tak suke lah merepek2 berhutang bagai ni. Encik manager punye kecewa aku habiskan air liur nak dekat segelas terus memblahkan diri apabila aku dengan tegasnya menolak untuk membeli. tapi salesman kat situ tanak jugak patah hati. Dorang kesian sangat kat aku punye pasal dorang bagi aku book dulu barang tu dengan bayar deposit seratus. dan aku boleh hold nak bayar balik semua tu sampai bila bila. sampai bila bila. ok? tapi barang aku tak dapat lagi sebab aku bayar harga book je. if aku bayar at least seribu, baru dapat 1 barang. cukup 3 ribu berapa ratus tah baru lah dapat bawak balik ketiga tiga barang itu – microwave oven, vacuum & induction cooker. Tapi dia punya barang aku dah macam yakin je high quality. tapi tatau lah kan. tak penah membeli. huhu. oh pasal boleh reserve tu pon dialami oleh orang orang lain juge. Ekeke. Same je pengalaman aku ni? Huwaaaa. Kena tipu ke aku ni? Tapi rasa cam marketing strategy je ni. Haih. susah hati. Confused smile

 

Tapi yang buat aku lebih susah hati sebab ni. Masa tengah dorang dok mengayat suruh membeli tu, aku ade cucuk duit kat machine yang macam kite cucuk mase mula mula nak confirm password tuu..then dari situ dorang check baki duit aku layak ke tak nak beli barang dorang wei. Eh tak ke gile duit pinjaman baru masuk lepas tu nak lesap macam tu je kat barang elektrik yang macam lah aku nak gune sangat. tsk. tsk. Dan masa dorang check tu dengan selambanya dorang dah deduct duit aku lima ratus. LIMA RATUS OKAY! aku mase tuh terus muka dah pucat ni kejadah sesuke ati sedut duit aku ni? aku pon dengan agresifnya berkata,”saya tak kata pun nak beli?kenapa tetibe nak deduct duit saya?” dalam hati paham2 sendiri la. dah sayu gile sebak jangan tanya. mau kena lempang laju2 dengan ahli keluarga kalau dorang tahu. then setelah berjaya mengkonfirmkan tak mahu so dorang cucuk kad aku lagi sekali dan buat ‘void sale’. harap2 kembali la 500 tu balik kan. tapi aku tak check pon lagi baki. Alahai risau gile. risauuuuuuuuu. jangan lah wei tetibe celik2 pagi esok pegi atm tengok2 duit dah lesap. sebab mula2 dorang dah mintak aku bayar half price dalam RM1600. Ah memang tak lah kan. Tapi lesap gak lah duit aku seratus sebab booking. Tapi boleh ke dorang sesuke ati nak sedut duit aku? UUUU..aku keje bank pon tatau wei! Sleepy smile

 

Tapi aku nak lah barang barang dia. Wahh confident tak aku? Tapi aku tanak dorang amik duit aku sekarang! dorang kate leh bayar bila dah kerja nanti. Huwaaaa. *pening* Sick smile

 

Tak sabar nak check duit kat atm pagi pagi esok. Sasau & risau okay. Boleh ke duit kat atm tu disedut? EEE saspen! Crying face

Jumaat, 9 September 2011

You Kufur!

Nauzubillah min zalik.

 

Pengalaman pertama berhadapan situasi seperti ini. Hari ini hari yang santai. Semangat kerja peratusnya meningkat. Seawal pagi dah mula call pelanggan dan kemudian diri sendiri yang menawarkan untuk membantu memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang hadir ke bank. Lewat petang, pelanggan semakin ramai dan akhirnya bantuan aku diperlukan untuk menguruskan mereka. Aku beralih meja dan syukur pelanggan aku bukan dia.

 

Permulaannya aku tidak tahu bagaimana kerana tibanya aku di situ di bahagian klimaks – you kufur!

 

Tidakkah tergamam rasanya bila seorang muslim yang lain, yang pakaiannya cukup menutup aurat, kalau dilihat dari wajahnya dapat kita bayangkan dari keturunan yang baik baik tetapi dengan lantangnya bersuara menghakimi bahawa kita adalah kufur hanya kerana kita tidak berupaya membantu memberi bantuan kewangan padanya yang benar benar memerlukan. Katanya tidak perlulah nak mengakui kononnya sebuah institusi yang berasaskan Islam tetapi bila orang yang betul betul memerlukan datang meminta bantuan, permintaannya diketepikan. MasyaAllah.

 

Sudah dua bulan setengah aku di sini. Dan aku bukanlah bijak pandai untuk menghakimi pula adakah benar institusi tempat aku mengenal dunia perbankan ini benar benar berlandaskan syariah atau tidak. Tetapi aku percaya, ia sebuah bank koperasi yang berlandaskan syariah dimana pelaksana pelaksana nya juga mementingkan aspek ini dalam setiap urusan. Jika orang lain tidak, itu yang aku akan perjuangkan sebab itu matlamat aku kenapa aku memilih jurusan ini 2 tahun lalu.

 

Dia seorang yang berilmu tinggi. Pembiayaan yang diperlukan itu adalah untuk menyambung pengajiannya ke peringkat phd dan juga anaknya yang baru mahu mengenal alam universiti. Sedangkan aku disitu hanyalah seorang pelajar tahun akhir dan pegawai yang berurusan dengannya adalah seorang pegawai kontrak lepasan diploma. Benar. Kami tidak setanding dia. Suara kami juga tidak lantang seperti dia. Katanya dalam agama yang suci ini ilmu itu adalah sampai akhirat, bukan semata mata dunia. Kerana itu dia seharusnya dibiayai & dibantu. Dan sejurus itu dikatakannya pada kami, kufur. Nauzubillah.

 

Sampai terdetik di hati aku, ‘kau berdakwah untuk murtadkan saudaramu?’

 

Aku seorang Muslim yang masih tercari cari cahaya petunjuk ke jalan yang diredhaiNya. Ilmu aku jugak masih cetek dan iman di dada pun ternyata nipis. Tetapi sejauh mana Islamnya aku adalah antara aku denganNya dan begitu juga insan lain. Dan pendapat aku tentang agama ini, ia perlukan keyakinan & kepercayaan yang kukuh tentang kebenaran & keindahan yang tersendiri kerana ia adalah agama Allah. Dalam rukun Iman pun kita perlu percaya pada 6 perkara iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Qiamat dan Qada’ & Qadar. Dan pandangan aku pada mereka yang seringkali mengkritik agama ini sedangkan mereka sendiri adalah seagama denganku kerana lemahnya kepercayaan & keyakinan pada agama ini. Renung renungkan lah.

 

Aku tidak mengatakan dia sebegitu tetapi dengan kelantangannya berkata untuk pergi ke agama lain sememangnya mengejutkan. Memang benar apa yang dikatakannya tetapi apabila dengan beraninya dia berkata mahu pergi ke agama itu, tidakkah kedengaran pelik? kepercayaan & keyakinan nya pada perkhidmatan bank ini adalah haknya. Keberanian untuk mengkritik adalah juga haknya tetapi untuk memburukkan agama itu benar benar membangkitkan kemarahan.

 

Dan permintaan nya ditolak bukan kerana tidak mahu membantu. Dengan gajinya sememangnya dia mampu untuk menyelesaikan pembiayaan dalam tempoh yang singkat malangnya dia benar benar tidak layak untuk membuat permohanan tersebut walaupun kesnya dinaikkan sehingga berurusan dengan pengurus cawangan. Dia kalah.

 

notakaki: institusi perbankan bukanlah suatu urusan keluar masuk duit & horey! Bergaullah dengan ahlinya dan fahamilah transaksi yang terlibat, fahamilah dengan benar apa itu syariah & Islam dan kemudian selidikilah. Hakimilah dengan akal, bukan dengan hati.

Selasa, 6 September 2011

Kemboja Di Pusara Bonda

Pagi pagi Aidilfitri di tahun ini, awal awal lagi keluarga kami dah berkunjung ke pusara bonda. Lama rasanya tidak datang bertandang. Kerana lama juga rasanya tidak pulang ke desa. Pagi yang indah itu, kelihatan ramai saudara seagama yang berpakaian segak menawan berziarah ke pusara insan tersayang masing masing. Dan kaki kami melangkah laju menuju ke pusara yang tuannya telah banyak berkorban tenaga, masa & air mata untuk kebahagiaan kami.

 

Ada sepohon kemboja yang mewangi di pusaranya. Pokoknya sudah besar. Dan kuburnya kelihatan bersih. Hanya ada helaian helaian kecil daun kering. Ada hamba Allah yang budiman yang terlebih dahulu datang menziarahinya dan menanam pohon kemboja itu. Bunga putih. Sungguh menawan hati.

 

Nisannya sudah dikotori tanah. Telah lama. Bonda pun sudah 8 tahun meninggalkan kami selamanya. Tapak tangan ini…setiap kali datang berziarah pasti akan mengusap sayu nisan yang tertulis nama cinta hati itu.

 

Al-Fatihah. Zakiah bt Hj Sulaiman. Kembali ke rahmatullah pada 19 April 2003 bersamaan 17 Safar 1424H pada usia 50 tahun. Amin.

 

Ayat itu seperti sudah terhafal di minda. Ada rasa sebak di dada di pagi raya yang mulia itu. Sejenak termenung di situ. Dan sebelum berlalu pergi sempat ku toleh pada pusara bonda,

 

“Selamat Hari Raya, mak”

 

 

 

Notakaki: Aidilfitri kali ini sungguh memilukan.