rindu nak berblog. kekeke.
final lagi 4 hari weh...T_T
tapi badan da rasa letih sangat. letih sebab awal2 pagi dah pegi fac..petang nak ke malam baru jejak bilik. bile kat bilik masalah lain lak datang. bertambah tambah penat jiwa aku ni. tengah cuti plak la tuh. lagi la terasa jauh ngan Tuhan. isk. isk.
minggu ni hari hari ada kelas. even sampai jumaat. jumaat siap ade test jepun lagi. rasa cam kantoi gila :( tak sempat nak revise sebab sibuk sangat nak wat drama n study subject lain. dan akibatnya, banyak kotoba yang aku da lupe...tsk. tsk. tapi jepun sem ni sangat memberansangkan. aku pun terkejut. assessment mark da chantek dah - 37/40. last sem dapat 32 je kott..hopefully sem ni jepun dapat A :)
pasal drama tuh..really thankful. walaupun just bertiga je ngan azie n mas, drama x banyak masalah. even masing2 otak x brape nak kreatif but finally rasanya not bad jugak. sensei suka. hee. hee. sensei kate gamba pon cantik, pandai cameraman ni amik...arigato gozaimasu, jaja yang paling comey :) skrip bagus..bla3...sampai kitorang rasa sensei ni bias ke...then dapat usha markah sensei bagi...skrip 8/10, performance 17/20...ehem ehem..so boleh laa kitorang jadi actress plak pasni. kikiki... jadi mendengarkan dan melihatkan ini, rasanya dapat gak la aku senyum segaris untuk minggu yang menyesakkan napas ni. huahuahua.
banyak bende berlaku senanya 2,3 minggu ni tapi x sempat sempat nak update. isk. isk. sem ni cam banyak kesedaran. aku pun tatau datang dari mana. rasanya sem ni agresif betol bila tang buat assignment. memang pantang la group aku kalau ade yang main2 ni. cam akibatnya, kitorang g delete nama 2 orang group member HR yg kitorang rasa x contribute ape2. lepas tu cuak x brani nak jumpa. pasal keje financial pon g report kat lecturer gak. pastu lecturer pon cam terpengaruh je ngan kitorang. bila gal tuh present lecturer asyik bangkang je. oh jangan lah begitu. kitorang cuma nak kerjasama yang baik je. walaupun aku yang paling panas hati sebab terpaksa siapkan keje die. huhu.
aku tension dengan rumet. aku x faham ape yang berlaku. mungkin aku yang terlebih pressure tapi keadaan perlu jadi camni? dah lima hari x bercakap. katanya, xde ape2. tapi sentiasa mengelak. hari tuh kantoi kan jam 3 pagi?
aku cemburu tengok orang lain rilek2 je boleh online berjam jam, layan facebook sampai berderet deret update, boleh gayut2, boleh lepak kat dc borak borak ngan member, boleh kua dating..aku nak on fb pon if sempat laa aku g lab. tu pon just tgk notifications aku je. x sempat nak g tgk page orang. nak sosial pon by sms je. tu pon more on studies. jarang orang nak sms ngan aku skang ni. haha. oh ja masih rajin. trimas :)
ade kawan pon x dapat nak borak even just for a stupid things. Semua serious. Haha. Harap2 ade orang sms aku pon yang antanya sebok plak nak cakap pasal feeling. Tetibe nak membebel pasal life style aku ni yang x pena ade boifren..guna hp biasa yg even radio pon xde..apatah lagi kamera kan..paling kuang hajau siap tuduh aku ni lesbian. What? Lesbian?! Sebab aku ni asyik kawan ngan pompuan je. Xde taste kat lelaki. Seriously, kau ni bodoh kan? Huh. Geram gile aku. Pastu suke laa nak calling2 time tgh2 malam di mana ketika itu aku dah di alam mimpi..pastu mule la nak anta msg aku tak sudi la, x suke dia la, aku hina die la…letih aku. Last2 aku malas nak reply die msg gak lagi..berjela jela panjangnye. Aku bace sekali pastu lupe terus. Die tulis lak balik ayat tuh kat fb. Haha. Psiko u know. Malas nak layan. Apsal plak aku hina die? Aku jaga diri aku sebagai seorang gadis muslimah je. Dan memang pun, aku tak percaya dia. So?
Dah senyap yang sorang ni datang lak lagi sorang. Pandai kan dorang ni pilih timing. Kagum laks aku. Yang ni tak abes abes la nak ajak kua. Duduk kat seksyen 7 tuh je. Seb bek laa x penah jumpe. Huhu. Aku rasa dah cukup cukup lah dunia skandal ni. Dah rasa segan tergedik gedik ngan laki. Oh pasal mamat yang menuduh aku hina dia tuh, dia cakap aku x pena call dia. Aku sombong. Lupe kawan. Apsal plak? Aku memang jarang pun call orang. Selalu pun kalau x gajah kecik, anne. Xpun vior or keira. N syira. Aku ulang2 orang yang sama je kot. Dah x kenal tuh x payah la nak menuduh. Haih.
Aku pun dah malas nak fikir bila nak ade bf ke..bile nak kawin ke..(kawin?woooshhh)…tp xde laa sampai x usaha langsung..kikiki…cume aku rasa better laa focus kat study…dari aku gembirakan family aku ngan calon menantu yg baik (cewahhh…) baik aku wat dorang tersenyum bangga ngan kejayaan aku dalam akademik. Dah lama rasanya aku tak jadi kebanggaan keluarga.
Aku nak berjaya dalam bidang yang aku ambik skang. I do love Islamic Banking. And I have no regret meninggalkan dunia accounting. Haha. So I need to work hard laa kan?
Gambatte!!!
1 ulasan:
hey! hey! this line...
"hari tuh kantoi kan jam 3 pagi?"
hahahaha..malu siottt... :ppp
Catat Ulasan