بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 2 April 2010

Meroyan~

  1. handphone ade kemungkinan pergi buat selama lamanya sebab petang tadi hujan yang teramat lebat..handphone kena air time on the way nak balik dari kelas. dah jemur. bukak segala tapi still icu. handphone, awak akan tinggalkan saya? please jangan. kite dah bersama hampir 5 tahun..takkan semudah ni awak nak tinggalkan saya kesunyian? tsk. tsk. saya tak sanggup kehilangan awak. please..please..sedarkan diri awak...huhu
  2. dan disebabkan hal ini aku gagal mengawal emosi dengan baik jadi aku pun mengonlinekan diri setelah cam agak lama rasa tak bersosial. kekeke. kat bilik takde orang lagi laa parah jiwa aku. nak balik umah ari ni tak jadi plak sebab abah takde. pegi bagan serai katenye.
  3. aku adalah seorang kerani. kekeke. best tol da 'keje' skang. manjang jadi tukang compile n edit assignment. takde lah kesah sangat sebab aku suka.tapi yang menjadikan aku meroyan bila group ngan hamba2 Allah yang pandang remeh ngan assignment. buat cincai. jawab cam budak nak amik PMR. sangat lah menyakitkan hati & mata. tsk. tsk. ari tuh group aku sangat lepas tangan nak wat report dgn alasan busy sesangat nak present bel. eceyh..macam aku tak penah amik bel. dah tahu banyak keje takyah la nak berhibur bagai. pandai2 la bahagi masa. ni senang2 je lepas tangan. tak tulih nama kang baru tahu.
  4. assignment islamic financial planning pon aku dapat 2 org member baru. susah ati gak nih. due2 suke ponteng kelas. cane la ley sesat tetibe jadi grup member aku? nak contact payah..nak jumpa susah. haih. hopefully bile dorang submit nak compile nanti xde la just bagi segaris ayat je cam dak2 grup hr aku buat. suruh bagi problem statement...btol2 haa die bagi segaris ayat problem without explanation. !@#$%^&* darah tinggi you. sian azie.die yang kene compile plak kali ni.nak sound lebey2 tak bley. kang kene serang kat facebook. ganas betol. huhu
  5. minggu depan test berderet deret kecuali kames. n plus submit assignment skali. menarik kan life aku sem ni? non stop keje. terasa belaja. wakaka. n once again aku bertugas utk compile assignment planning. hope group aku tak menambah susahkan aku. please la. be professional doing your work. aku tak suka alasan banyak keje ni.semua orang sama okay.
  6. ade satu perkara yang mampu buat aku senyum hari ni. tadi sensei bagi tengok assessment mark japanese. setakat quiz 1 & 2, oral test n reading test, aku dapat 28.5 over 30. syukran. syukran. Alhamdulillah :D

Tiada ulasan: