بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 20 Februari 2009

Siapa Betul?

Aku suka dengar pendapat orang. Aku tak kisah nak tadahkan telinga atau rabunkan mata hanya nak tahu pendapat orang di luar sana macam mana. Walaupun kadang kadang apa yang disampaikan tak jelas maksudnya, tapi aku masih ingin tahu. Memang kadang kadang pendapat orang x semestinya baik, dan kadang kadang lebih kepada mengkritik. Tapi dari situ akan hadirnya idea idea yang lain.

Jujur, aku x brapa suka dikritik. Dan aku rasa siapa siapa pun x suka dikritik. Tambah tambah plak kritikan yang pedas. Rasa terbakar hati mendengar. Tapi siapa aku nak suruh kau perlahankan suara atau berkata menggunakan kata yang berhikmah?

Aku sememangnya rimas dengan pertelingkahan. Kalau aku diajak face-to-face or bertikam lidah ni, aku mesti lambat bg respon. Sebab aku ambik masa yang lama untuk fikir. Sebab orang macam aku ni kalau terus jawab on the spot nanti emosi lebih menguasai akal. Jadi, aku fikir orang lain pun yg terlalu rakus nak menang, menjawab bertalu talu, semuanya lebih emosi dari akal. Dan, aku sangat menyampah melihat atau mendengar keadaan ini.

Rileks lah. Pendapat orang xde salah pun. Lain orang lain lah pemikirannya. Guna suara rendah okay. Orang orang kat Malaysia ni tak pekak. Dan, bila ada pendapat yg berbeza dgn kita, tak payah la melenting. Sebab kau akan nampak bodoh dan jadi dungu. Betul ni.