Hidup ini sepi.
Aku, kau, dia dan mereka. Semua punyai rasa sepi. Sepi yang kosong..jauh dalam hati.
Kematian, kehilangan dan perpisahan semuanya menggamit rasa sepi. Dan sepi itu tidak pernah pergi selagi kenangan itu masih bertandang, masih segar dalam ingatan.
Kematian membawa kesepian kepada mereka yang hidup. Seperti aku, dan mungkin juga kau. Perginya seorang insan yang paling penting dalam sejarah hidup, menghadirkan sepi yang tidak pernah mati. Walaupun kadang kadang bibir masih mampu tersenyum, tawa kedengaran girang tetapi hati masih sepi. Sepi kerana rindukan wajahnya, sepi kerana rindukan suaranya. Walaupun berusaha gigih untuk teruskan hidup seperti biasa, seolah olah diri terlalu kuat dalam menempuh dugaan Tuhan, namun dalam diam ketika berseorangan pasti rasa sedih membuai hati. Menangislah. Kerana air mata itu dapat membasuh luka luka kesedihan yang berdarah.
Kehilangan sesuatu atau seseorang yang kita sayang, mungkin kerana kealpaan atau pun kesilapan masa lalu atau pun apa apa sahaja perkara yang menyebabkan kita kehilangannya, juga menggamit rasa sepi. Sepi kerana hilang sudah masa indah ketika bersama, walaupun mungkin jasadnya masih berada jelas di hadapan mata, tetapi kerana kehilangan itu, keadaan tidak mungkin menjadi seperti sediakala. Perasaan berubah, pemikiran juga sama. Dan, kita selalu berharap supaya kehilangan itu dapat diganti dengan sesuatu yang lebih bermakna atau pun biarkan saja rasa sepi itu terus menyelubungi kerana mana mungkin ada sesuatu atau seseorang yang lebih bermakna dari apa yang kita telah dambakan selama ini? Dan, aku memilih untuk sepi. Sepi kerana kehilangan yang aku fikir tiada apa dapat menggantikannya.
Akur dengan ketentuan hidup, setiap pertemuan itu pasti diakhiri dengan perpisahan. Perpisahan yang bersifat abadi atau hanya seketika cuma. Perpisahan menceraikan dua keping hati atau pun mungkin lebih daripada itu. Perpisahan mungkin akan membawa lebih kebaikan untuk kepentingan masing masing. Perpisahan diselangi rasa rindu dan sepi akan kenangan. Rindu untuk bersama, rindu untuk mengukir lebih banyak kenangan kenangan terindah. Namun, pertemuan seterusnya tidak seperti ketika sebelumnya perpisahan. Dan, sekali lagi sepi merajai hati.
Kerana hidup ini sepi. Dan setiap insan itu pasti ada kala nya menjadikan sepi sebagai peneman hati. Seperti aku, dan mungkin juga kau.
Sepi itu adalah aku. Sepi kerana kehilangan kasih seorang ibu, sepi kerana kehilangan cinta di dalam hati, dan sepi kerana perpisahan dengan kau, dia dan mereka.
Sepi membawa aku jauh ke alam kenangan. Kenangan membawa aku untuk berfikir perkara perkara yang indah walaupun mungkin pahit ketika melaluinya. Kenangan memujuk aku untuk memaafkan dan kenangan membuat aku rasa terus hidup dan belajar dari kesilapan kesilapan masa lalu. Dan paling penting, kenangan mampu mengukir senyuman di hati aku.
Walaupun sepi itu masih setia.

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku,
Kekasihku, Syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan
Jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku.
Kembalikan temanku,
Kekasihku, Syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan
Jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku.
2 ulasan:
kadangkadang sepi tu tenang...
Betul. Dan lagi satu, sepi buat kita lebih hargai hidup. kan?
Catat Ulasan