بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Selasa, 24 Februari 2009

Rindu Itu Sering Memelukku

Jasadnya telah lama bersemadi. Bayangnya telah hampir hampir hilang di kotak ingatan. Suaranya juga sudah lama menjauh dari pendengaran. Segala gala tentang wujudnya telah lama pergi dari hidup ini.

Namun, cintanya masih segar di hati. Memaksa aku terus hidup. Berikan aku nafas dengan kasih sayang yang masih bersisa, supaya aku gagah menempuh rumitnya hidup ini. Kekuatannya ada lah inspirasiku. Dia manusia paling sempurna yang pernah aku jumpa yang tulus ikhlas dalam menyerahkan kepercayaan, kasih sayang, perhatian dan segala galanya kepada aku.

Oh, rindu nya aku kepada dia. Rindu untuk menatap wajahnya, rindu untuk mendengar suaranya. Rindu. Rindu segala galanya tentang dia kerna rindu itu sering memelukku.

Enam tahun yang lalu, pada tarikh ini, aku pernah hulurkan dia sekeping kad yang aku reka sendiri. Hasilnya tidak lah menarik tapi cukup membuktikan betapa pentingnya dia dalam hidup ku. Ucapan pun simple saja. Lebih kurang begini;

"Mak,
Selamat Hari Jadi.
Ija doakan penyakit mak cepat cepat sembuh.

Ija sayangggg mak.
Love you so muchhh"

Dua bulan selepas itu, mak pergi buat selamanya.

Masa tu umur aku 14 tahun.

Hari ini, tarikh itu kembali menjengah. Mengusik rasa rindu yang tiada penghujung.

Teringat kembali saat indah ketika mak masih ada. Mak yang selalu lahirkan kata kata rindu tiap kali berjauhan. Kesukaan aku, adalah kesukaan mak. Sampai ke hujung nafas, mak masih mampu senyum. Saat mak pandang wajah anak anak buat kali terakhir, juga dalam senyuman.

Kalau lah aku mampu jadi sekuat dan setabah mak...

Kali terakhir mak bagi hadiah untuk hari jadi aku, mak hadiahkan sepasang telekung putih.

Mak, rindu.

Selamat Hari Jadi.

5 ulasan:

13may berkata...

al-fatihah

Genie berkata...

jini nangis baca post ni..

semoga izzah sentiasa tabah..

Izzah berkata...

Terima Kasih.

l t t l g j h ; berkata...

kuat eh buddy.

aku tahu kau kuat.

Izzah berkata...

huuuu

thanks a lot dearly buddy..