بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 26 Februari 2009

Mereka Yang Telah Pergi...

Opah Fatimah...
Opah sebelah mak. Tatau meninggal tahun berapa. Mungkin sekitar penghujung tahun 1950an atau pun awal tahun 60an. Masa tuh mak pun kecik lagi, dalam usia 6,7 tahun. Opah pergi sebab demam panas. Teringin sangat nak Opah ada. Mak kata Opah penyayang, suka senyum. Dan, mak kata Opah tak suka marah. Dulu, masa arwah mak masih ada, arwah selalu jugak cerita pasal Opah. Walaupun mak sendiri masih kecik time tuh, tapi kasih sayang Opah sentiasa hidup dalam hati mak. Al-Fatihah.

Tok Haji Sulaiman...
Ayah mak. Pon tatau meninggal tahun berapa. Tatau laa masa meninggal tuh aku da lahir ke belum. Kalau dah pun kecik sangat kot lagi. Tok meninggal sebab sakit tua kot. Arwah mak tak banyak cite pasal arwah tok. Mungkin sebab arwah tok selalu sibuk dulu. Tok dulu ketua kampung. So maybe tak banyak masa dengan anak anak. Tambah plak tok kahwin lain. Tapi rasanya tok sangat sayangkan anak anak dan cucu semua. Walaupun tak banyak masa yang tok habiskan bersama, tapi kebajikan semua tok tak pernah abaikan. Tok pun seorang yang baik. Ketua kampung yang peramah. Al-Fatihah.

Pak Ndak (sebelah mak)

Pak Ndak nih ditakdirkan lahir dalam keadaan kurang sempurna berbanding kita semua. Tapi arwah mak sangat sayangkan arwah pak ndak. Bagi mak, pak ndak lah adik kesayangan mak. Bila arwah pergi, mak lah orang yang paling bersedih sebab tak sempat menatap arwah buat kali terakhir. Aku dengar cite, arwah keracunan. Masa tuh arwah lapar. Arwah mintak makanan. Lepas tu orang tu bagi makanan basi. Arwah yang lurus lurus nih pon makan. Lepas makan terus sakit perut. Cirit birit, muntah sumer, terus habis nyawa dia. Masa aku tahu cerita ni, menangis aku dengar. Walaupun aku sendiri tak pernah tahu macam mana rupa arwah, tak pernah kenali dia secara dekat, tapi sampai hati orang tuh buat dia macam ni. Kesian sangat dengar. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan hambaNya yang dijanjikan nikmat Syurga. Al-Fatihah.

Pak Ngah Nazri & Kak Nadzirah (1987)

Pak Ngah meninggal kemalangan. Masa nak hantar arwah Mak Nyah g spital. Masa tu mak nyah dah nak bersalin kot. Kemalangan tuh meragut nyawa pak nyah. Pastu masa nak lahirkan arwah Kak Nadzirah, doc suh wat pilihan. Nak selamatkan mak atau anak. So family pilih nak selamatkan mak. Dan, pergilah Kak Nadzirah mengadap Ilahi menemani ayahanda tercinta...

Tok Othman (sebelah ayah)
Tok meninggal masa 21 Disember 1998. Sama tarikh dengan hari jadi abah. Aku ingat lagi masa tuh arwah mak tengah masak macam macam nak raikan abah. Tetibe dapat call yang tok jatuh dalam bilik air. Masa tu tok nak amik wudhuk. Dah takdir dia, tergelincir. Tak lama lepas tu, x sampai sejam pun, orang kampung call lagi. Tok dah xde. Itu kali pertama aku tengok abah menangis. Sepanjang perjalanan ke kampung abah tak henti henti menangis. Aku tak mungkin lupa detik ni walaupun masa tu aku baru 9 tahun. Lepas tok meninggal, kami dah tak sambut birthday abah. Cukup sekadar mengingatinya. Al-Fatihah buat arwah tok Othman.

Opah
Ni opah yang mengajar aku ngaji. Masa Opah meninggal mungkin tahun 1999 kot. Sakit tua. Opah sangat penyayang. Dan aku antara anak murid Opah yang paling Opah sayang. Memang best. Opah ajar ngaji pun lemah lembut je. Xde marah marah nih. Tapi aku tak sempat khatam Opah dah pergi dulu. Beberapa jam sebelum Opah pergi, aku sempat jenguk Opah kat rumah. Opah bagi pesanan terakhir. Meleleh air mata aku. Opah sempat cakap dengan beberapa orang yang Opah nak. Opah sempat jugak bagitahu yang Opah nak pergi jauh. Tak lama lepas tu, Opah rebah. Dan, pergi buat selamanya.

Nor Diyana Abdul Hamid
Arwah kawan satu batch aku masa sekolah kt SMKSP. Meninggal sebab kemalangan jalan raya. 27 Mei 2001. Kemalangan yang sangat tragis. Meragut nyawa seluruh ahli keluarga. Yang tinggal hanya dua orang kakak arwah je sebab tak sama sama ikut keluarga pergi kenduri. Aku dah tak ingat kemalangan ni kat mana tapi aku ada baca paper, tengok gambar. Kereta remuk teruk kat bahagian tengah. Kalau tak silap arwah meninggal masa on the way nak g hospital atau pun di tempat kejadian. Tak pasti. Aku tak lah rapat sangat dengan arwah tapi kenangan tuh ada lah. Arwah ni friendly, peramah. Dan, ramai laa senior sumer suke die. Ada kawan aku cakap, sebelum dia meninggal, dia selalu nyanyi lagu "pergi tak kembali". Dan, sehari sebelum die kembali ke rahmatullah, die sempat telefon seorang teman memohon maaf atas segala keterlanjuran dan kesilapan yang pernah arwah lakukan. *nangis* Semoga Allah tempatkan arwah dan keluarganya yang turut terkorban di kalangan hamba2 yang soleh dan solehah dan dijauhkan dari seksa kubur dan api neraka. Aminnn

Mak Nyah Zauyah (isteri Pak Ngah Nazri)
Aku rapat dengan arwah mak nyah semasa hayatnya. Kakak kesayangan arwah mak. Mak dengan arwah sangat akrab. Arwah mengidap sakit jantung. Jumaat, 27 September 2002. Lepas subuh, arwah pergi buat selamanya. Masa aku tahu berita ni, arwah dah selamat dikebumikan. Aku sorang je yang tertinggal kat kl sebab family aku semua dah balik kampung dan xde sape pun yang maklumkan pemergian arwah. Aku tahu pun sebab banyak kali call family tapi tak angkat n last bile da settle semua baru abang aku gtau yang Mak Nyah dah xde. Aku respect dengan arwah. Lepas arwah suami, Pak Ngah Nazri meninggal, arwah sangat kuat dan tabah besarkan anak2 dengan tangan sendiri. Arwah memang care dengan semua orang. Dan aku ingat lagi jolokan yg orang selalu bagi dekat arwah & arwah mak, "interviewers tak rasmi". Sebab, mereka suke sangat tanye macam2 kalau bawak kawan balik rumah. Bukan sebab tak suka, tapi nak mesra. Last2 nanti, mesti gelak2, terus jadi kamceng. Lepas arwah pergi, ketawa mak pun mati. Enam bulan selepas itu, mak mengikut jejak arwah.

Mak Nyah Salmiah (adik abah)

Masa mak nyah pergi, usianya baru 36 tahun. Mak nyah pergi sebab pendarahan dalam otak masa nak lahirkan anak yang bongsu. Bila ingat arwah, mesti rasa nak nangis n memaksa aku jadi kuat. Masa arwah koma, masa tu anak sulung arwah baru dapat result UPSR. Tak pastilah arwah sempat tau ke tak result kakak (anak sulung arwah), sebab lepas tuh arwah terus koma selama 44 hari. Tak sempat pun tengok wajah anak kecil yang baru dilahirkan. Arwah pergi tanggal 20 Disember 2002, sehari sebelum hari jadi abah. Aku ingat lagi sedu sedan adik adik saudara aku yang menangisi pemergian ibu tercinta. Yang sulung baru berusia 12 tahun. Yang kedua, 11, yang ketiga, 10, yang keempat, 5 dan yang bongsu baru berusia 44 hari. Sedih sangat sebab Jaja (5 tahun) tak faham lagi kematian itu apa. Jaja tanya,"kakak tanak tengok mama kena tanam ke?"..dia budak yang sangat comel. Harap2 dia tabah. Masa arwah dikafankan, aku sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Syukur, arwah pergi dalam senyuman, dalam wajah yang tenang. Semoga Allah merahmati kehidupanmu di alam sana, ibu saudaraku...

Opah Habsah (mak abah)

Opah meninggal sakit tua. Tanggal 30 Ogos 2007. Opah dah lama sakit. Masa arwah mak ada dulu, pernah jugak Opah tinggal di rumah kami. Walaupun aku tak lah rapat dengan arwah Opah tapi selalu laa jugak jumpa. Opah pun xde lah nyanyuk sampai tak ingat cucu dia siapa. Masa arwah meninggal aku tak sempat datang hospital. Masa aku sampai pun arwah dah siap kafan. Cuma tak tutup muka je lagi. Sempat lah aku jadi orang ke 2 yang cium Opah. Walaupun tak rapat sangat, tapi pemergian Opah tetap aku rindui.

Rusyka Hana
Kawan, kakak yang aku kenali masa sama sama bekerja sebagai cashier dulu. Kak Ika seorang yang happy go lucky, memang kecoh. Aku agak rapat dengan Kak Ika terutama masa arwah ada krisis dulu. Aku tahu pemergiannya selepas 5 bulan arwah kembali ke rahmatullah. Tahu pun secara kebetulan. Sebab tengah keluar dengan Abang Fadh, ex bf Kak Ika. Abang Fadh cerita, Kak Ika kemalangan dengan lori balak. On the way nak pergi kerja. Tak tahu lah salah siapa tapi kayu balak tu hempap kereta Kak Ika. Kak Ika tersepit. Bahagian pinggang ke bawah mungkin hancur. Kak Ika meninggal dalam perjalanan nak pergi ke hospital. Masa tuh tinggal lagi beberapa bulan je lagi dari majlis pertunangan Kak Ika. Tapi, janji Tuhan. Siapa lah kita untuk mungkirinya. Walaupun aku tahu lambat, tapi bila diingat ingat semula, masa Kak Ika pergi, aku selalu teringat arwah. Selalu teringat arwah nyanyi lagu mati. Mungkin, itu satu petanda untuk aku? Masa tahu berita ni, aku terkejut sepanjang hari. Sampai kepala otak aku naik blur. Terasa susah nak terima hakikat yang Kak Ika betul betul telah pergi buat selamanya selagi tak tengok sendiri pusaranya. Kalau tak silap tarikh, Kak Ika pergi pada 13 Mac 2008, sama dengan tarikh lahir Haikhal, anak saudara aku.

******

Ramai lagi yang telah pergi. Bukan sekadar dalam hidup aku saja, tapi dalam hidup semua orang. Orang orang yang telah pergi yang aku tuliskan di sini adalah insan insan yang sangat aku kenangkan dalam hidup ini. Insan yang selalu aku ingati. Insan yang selalu aku doakan kesejahteraannya. Semoga Allah menempatkan mereka ini, dan mereka yang lain yang telah pergi di kalangan solehin, yang ditempatkan di kalangan orang orang yang mati di jalan Allah. Semoga mereka dijauhkan dari azab kubur, dan dijanjikan dengan Syurga yang abadi.

Suatu hari nanti, bila aku mati, semoga Allah permudahkan kematianku. Bukan kerana kemalangan, bukan kerana aniaya manusia, tapi biarlah mati ku dalam solat, dalam tidur. Ku pohon juga Allah permudahkan urusan pengkebumianku agar aku tidak membebankan mereka yang hidup. Semoga kematian yang sakit itu diringankan Allah. Dan semoga matiku dalam Islam, sebagai hamba Allah yang Solehah.

Semoga kalian jua begitu. Ameen.



*cerita tentang pemergian mak akan diceritakan kemudian.

2 ulasan:

i'm NOT alone berkata...

izzah...cuba bukak www.welovemesra.blogspot.com..
jangan jeles ekk..
hehe

l t t l g j h ; berkata...

Al-FATIHAH..