بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Jumaat, 20 Februari 2009

Konflik Hati

Seboleh mungkin aku tanak cakap pasal ni especially in my blog. Cinta sesama manusia ni memang selalu merunsingkan dan memberi tekanan. Aku pun dah naik jemu tengok kekecewaan kawan kawan aku dan mungkin diri aku sendiri. Aku mungkin tak berapa faham tentang lelaki tapi kalau bercakap tentang perempuan mungkin aku lebih arif.

Dan, masalahnya, siapa yang ada pemikiran seperti aku?

Jangan kecewa bila lelaki tinggalkan kita walau dia punya wajah yang kacak, harta yang banyak, pendidikan yang tinggi tapi ilmu agama yang tipis. Anggap saja dia yang tidak layak untuk kita bukannya kita yang kurang dari dia. Sudah lah. Air mata untuk lelaki yang bukan suami ni sia sia tau. Aku dah penah rasa dah. Menangis la banyak mana pun kalau dalam hati dia takde ruang untuk kita, dia takkan datang jugak.

Dan, aku rasa sangat marah dengan maruah yang tergadai hanya kerana cinta yang x pasti sampai mendirikan masjid ke tak. Aku tahu cinta akan menguasai segalanya, tapi aku mintak sangat sangat guna lah akal. Aku mungkin tak cukup cerdik tapi aku ada akal yang sempurna. Akal yang waras. Macam orang lain juga. Aku pernah jatuh cinta. Pernah meluahkan. Pernah dikecewakan. Tapi aku tak pernah merayu untuk dapatkan dia. Aku tak pernah hulur tangan untuk disentuh dia. Dan, aku tak pernah pun mulakan cakap benda benda yang membawa hasutan syaitan nih.

Kalau kita tak mulakan, kalau kita tak melayan, kalau kita mampu berfikir mengatasi emosi, harta yang satu itu akan terpelihara. Maruah itu akan dapat dijaga sehingga di akad nikah kan.

Aku bukan baru jumpa sorang yang dah terkorban nih. Ramai. Ramai sangat sampai aku fikir siapa yang betul betul pertahankan mahkota kegadisan sampai ke akad nikah? Lelaki pun sama. Siapa betul betul ikhlas memelihara, menjaga kehormatan seorang gadis?

Kita tahu diri kita macam mana. Kita boleh agak iman di dada tinggi mana. Kalau tahu ia lemah jangan mulakan mengayat ntah apa apa. Aku geram ni. Kawan aku pernah cakap, lelaki kalau bagi free memang dorang amik je. Itu lelaki. Tapi kenapa perempuan nak bagi free? Bagi aku benda ni tak semestinya salah lelaki jugak. Perempuan pun kena amik langkah berjaga jaga.

Couple skang kalau bercinta, yang paling baik pun mesti pegang tangan kan? Sebab tuh aku mengelak couple2 nih. Bukan nak jadi baik sangat takut nanti kalau aku yang couple aku yang tarik tangan lelaki tuh dulu. Kita tatau kan hari esok diri kita macam mana?

Bila aku tanya, kenapa bertukar lelaki? Kenapa nak sangat lelaki tuh? Yadda yadda. Jawapan nya lebih kurang, kasih sayang dan perhatian. Kemudian merana. Bila apa yang diharapkan tidak digapai. Kerana nak sangat perhatian dia, kasih sayang dia, yadda yadda. Tu yang terkorban segala harta. Nasihat keluarga, kawan kawan semua tolak tepi. Bila dah tinggal kawan kawan jugak yang dicari. True friend will never let you down my dear. Aku nasihat bukan sengaja nak kasi kau lagi kecewa, tapi aku nak kau kecewa sampai hari ni je. Biar esok kau boleh ketawa dan senyum macam biasa.

Letaklah Allah dalam hati. Cari lah cintaNya yang paling hakiki. Aku percaya kalau Allah itu letaknya dalam hati, takut akan murkaNya, InsyaAllah godaan iblis dapat kita patahkan. Aku tak kata kau lupa Allah or apa apa yang berkaitan tapi mungkin sebab kerana terlalu fikirkan dia kita lupa Allah sentiasa di sisi. Dia yang menentukan siapa jodoh kita. Berdoalah. Semoga yang terbaik itu buat kita :)

8 ulasan:

13may berkata...

senyum ajer baca....

bab bab hati dan perasaan memang rumit :)

oh ya! saya rindu kamu nih >:)

Izzah berkata...

rindu kamu jugak! :D

ha-ha

l t t l g j h ; berkata...

doa2 smoga biarlah kiter dpt jage ape yg patut kite jage andaikata ditakdirkan ber'couple' nnti. (:

Izzah berkata...

Ameen :)

Genie berkata...

amboi 13 may main rindu2 dengan izzah kat belakang kita plak...

hahha..

betul. kadang2 tak suka tengok kapel pegang tangan. dari situ terfikir mungkin sebab tu ALLAH tak temukan jini dengan lelaki lagi. sebab bayangkan kalau kapel, sure lelaki tu boring dengan jini. haha..

jini percaya, semua yg ada pada jini hanyalah hak suami jini suatu hari nanti. so, walau macamana pun, nak berusaha mempertahankan semuanya. even tangan. tanak dipegang atau bersentuh dengan lelaki..

lelaki yg baik tak kan mintak nak pegang tangan kita. kalau betul dia sayang kita dunia akhirat, semestinya dia nak menjaga dosa kita dunia akhirat. dan semestinya dia nak bersama kita selamanya dunia akhirat.

dalam novel ayat2 cinta ada cakap, pasangan yang bercinta di dunia jiga tidak mengikut hukum ALLAH dan melakukan dosa sesama mereka, di akhirat nanti akan menjadi musuh. macam tu la lebih kurang..

hehe..

bagi jini, banyak kapel sekarang macam sayang pasangan mereka kat dunia je. tak kira dosa pahala. maybe dah berjanji nak masuk neraka sesama kot.. sapa tahu..

suka sangat komen pepanjang. sori ye. tak sedar diri kalau dah menulis. hehehe..

jini pernah sayang sorang lelaki ni. sayang gila. satu hari bila jini terjumpa gambar dia dengan makwe dia tepi pantai, macam naked (sebab ambik dari bahu ke atas je. macam dua2 tak pakai baju), jini nangis. dan sangat kesal. jini sangat sayang dia. dan kesal dia boleh buat dosa senang2 macam tu. dan boleh pulak si makwe disclose gambar tu dekat public. macam bangga buat dosa..

lagipun, dosa kita yang lain2 like tertinggal solat tu pun dah tak terkira besarnya. apa salahnya cuba elak yang senang nak elak ni kan?

Anonymous berkata...

i hav so many frens yang couple but at d same tyme diorang still jaga batas2 pergaulan...
pergi mana2 mesti ada peneman..
so,couple sekarang tak semuanyer pegang2 tangan..
as long as kiter pandai jaga diri,sumer ni tak kan berlaku...
sayangilah diri kiter sendiri..
bila kita sayang diri kita, kita takkan benarkan orang len wat sumthing yang tak elok untuk diri kita..
btol x?

Izzah berkata...

yups..
kalo da bwk teman maybe laa segan nak pegang2 nih kan..
ouhh..kapel paling baik tuh bkn my own words k..byk da dgr camtuh..
tp kalo btol pandai jage diri x semestinya kua berdua pon akan pegang tangan..

kesimpulannya, bersentuhan dgn yg bukan muhrim secara sengaja, sememangnya haram dan berdosa. Itu yg kita cuba nak elakkan k.

Izzah berkata...

ouh...komen jini sumer best n betoll..

bg izzah sendrik...kapel nih xde laa penting sangat..ntah boleh ke x senanye?tp yg dpt jaga batas2 pergaulan tuh alhamdulillah, mesti lelaki n perempuan tu sama2 baik..

about dat person yg jini syg tuh kan..Allah dah tunjukkan awal2 lg die x layak utk jini..sbb tuh Allah bukak mata jini bila die terang2 buat perkara camtuh..walaupun jini mesti kecewa n seday tgk keadaan tuh..tp izzah percaya mesti Allah dah aturkan jodoh jini dgn sumone yg much more better than him.kita mungkin tatau siapa orangnya tp takdir Allah itu pasti ada hikmah disebaliknya.

kita berdoa lah semoga Allah temukan kita dengan pasangan yang baik. Yang cintanya kepada Allah dan Rasul adalah melebihi cintanya kepada dunia. Ameen :)

p/s: jini x yah caye ckp 13may tuh :p

sape laa ntah tanpa nama nih?