بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khamis, 5 Februari 2009

Back to School

*Memories Never Can Be Erased*


Betul tak?

Hari ni, 5 feb 09, genap dah 8 tahun usia persahabatan kami,
"kanak kanak 3rd batch hostel SMKSP yang kini semuanya sudah semakin dewasa" :D

Dan masuk tahun ni, dah hampir 4 tahun kami tinggalkan zaman sekolah.

Cepat je masa berlalu kan?

Sekarang ni, semua dah ada haluan masing masing. Nak contact pun kadang kadang masing masing busy dengan life. Ngan assigment, exam, yadda yadda. Tapi kita tak lupa each other kan? walaupun kadang kadang jumpa kat ym tapi langsung tak bertegur, tapi kita masih ingat yang kita ni kawan kan?? :)

Teringat pulak masa mula mula masuk sekolah ni dulu. Aku kelas 1 Rasional, kat blok A tingkat 3. Masa tu aku rapat ngan Ein, Faiz n Hadi. Selalu gelak gelak ngan dorang nih. Gado gado pon ye jugak. Paling nyata, semua suka membuli. Tido dalam kelas, feveret jugak tuh. Heheh. Aku rapat jugak ngan Nazirah. Selalu rehat sama sama ngan dia. Sampai laa die jadi prefect, masa rehat dah tak sama lagi. Then, hujung form 1, shanad masuk kelas kami. Pindah sekolah from Kuantan. Dan jadi lah kami bestie sampai sekarang :)

Masa form 2, mungkin kenangan paling manis untuk dikenang. Especially masa sambutan kemerdekaan ke 45 kat sekolah. Kelas kami buat persembahan kat dewan besar. Lagu Perjuangan Belum Selesai dalam bentuk Pantomin. Tatau lah macam mana nak cakap, tapi aku rasa persembahan tuh best sangat sangat. Hoho. Dimulakan dengan 2 orang kanak kanak bermain di desa yang permai (sarah & amal) mereka diganggu dengan kedatangan penjajah. Negara dijajah Jepun (diketuai Zahid dan tali barutnya Segar..heheh) dan orang Melayu hanya mampu menagih simpati dan bantuan. Mereka dihina, disepak macam xde maruah. Kemudian, sekumpulan orang Melayu cuba memberontak tetapi tetap kalah dengan kuasa yang ada di tangan penjajah. Lalu, muncullah 3 orang pejuang tanah air (Zul,Meor & Ihsan) berlawan dengan 3 orang penjajah (Amir,Omar & Zack). Seronok gila part lawan ni. Especially masa Zul kalahkan Amir dengan laungan Allahukbar, rasa macam betul betul tengah memperjuangkan kemerdekaan. Then berpuluh puluh tahun lepas tu, bila negara dah maju, muncullah kami, pembawa sepanduk, yang bertuliskan kemajuan kemajuan yang telah dicapai negara. Dan akhir sekali, kami berbaris sebagai tanda bersatu padu sambil Hadi & Faiz mengibarkan bendera Malaysia sebagai penutup persembahan penuh nostalgia kami. Sumpah, best gile!

Masa hari usahawan pun best jugak. Kami wat kelas ala ala restoran. Ada kebab, ice blended, etc. Walaupun aku cam x membantu sangat tp best tgk kita semua work so hard aite? Then ada hari sukan ape bende ntah. Kelas kite menang kan? pastu gado gado ngan kelas Rajin. Haha. Dulu Rajin & Rasional selalu tak ngam. Tapi bila masuk form 4, bila dah habis sekolah, kite dah x sebut dah Rajin, Rasional neyh. Semuanya dah panggey batch. 3rd batch hostel. :)

Erkk banyak agy nak cite nih...tapi rase mcm membosankan je...huhu

So, kawan kawan 3rd batch yg bace blog sy nih,

I wish you,

HAPPY 8TH ANNIVERSARY
050201-050209
"FRIENDSHIP FOREVER"
&
"GOODLUCK IN EVERYTHING YOU WANT TO ACHIEVE IN YOUR LIFE"


LOVE U GUYS!!

7 ulasan:

Anonymous berkata...

waa,cnt blieve u still rmmbr each detail!power2!hee.

l t t l g j h ; berkata...

huuu rinduuuuuuuuuuuu :(

Izzah berkata...

anonymous : maybe sbb dat idea came from me kot :)

nad : rindu sangat!! huhu

hikari berkata...

hepi frenshipp..
rindu kamu sume..

Izzah berkata...

wuuu...rindu jugak!!
hope jadi laa plan nak gather june nnt eh :)

nadeaieshasdi. berkata...

weh wait a sec,

amal & sara je?

weiii aku n efa pun jadik org kampong yg tertindas tauu. skali ngan uden n sapetah lg sorg bdk laki tu.

smp ati melupakan daku. hahahaha.

Izzah berkata...

wey aku igt laa part tuh..din nak selamatkan korg sumer kan..yg merayu2 kat zahid tuh..

kan aku gado ngan meme pasal part tuh..heheh..

tp yg main kt tgh pentas tuh kan sara & amal je..huhu