بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isnin, 19 Januari 2009

Cita Cita Yang Terhalang

Masa kecik kecik, aku dididik untuk bercita cita menjadi seorang pensyarah. masa tuh aku tatau pun pensyarah itu apa. tapi tiap kali ada orang tanya bila aku da besa nak jadi apa, aku akan jawab, "nak jadi pensyarah."

Kemudian, bila aku darjah 3, mak mula sakit sakit. setahun lepas tu mak disahkan mengidap sakit kanser. Sayangkan mak, aku tukar cita cita nak jadi doktor. Tapi tak lama sebab lepas tuh aku fobia dengan darah. Setiap kali nampak darah mesti rasa cuak semacam, kaku. Dan selain itu, aku juga benci bau ubat & hospital. Maka profesion doktor sangat x sesuai dengan jiwa aku dan apa apa yang seangkatan dengannya.

Bila masuk sekolah menengah, datang pulak minat dalam bidang penulisan. Senanya dari kecik lagi aku da suka menulis. Buku conteng aku memang banyak gila. Haha. Cikgu cikgu bahasa malaysia selalu puji aku punya karangan bagus. maka semakin bertambah tambah la rasa berkobar kobar aku nak jadi seorang penulis. Jadi, aku bagitahu mak bila dah besar nanti aku nak jadi penulis. Mak tak kisah. Yang penting aku ada minat, mak galakkan je. Paling penting, aku berjaya dengan apa yang aku ceburi. Itu kata kata mak. Tapi kakak aku pelajar sains. Masa tuh bidang sains amatlah market. Kakak pun menentang hasrat aku nak jadi penulis. Kenapa nak amik sastera sedangkan aku ada masa depan dalam bidang sains? Itu kata kakak. Tapi aku tak amik peduli sangat pon. Yang penting mak bagi galakan. Tapi lama lama minat aku dalam bidang ni semakin menjauh. Dan aku semakin hilang semangat nak menonjolkan penulisan aku bila ada orang ejek ejek hasil penulisan aku, bagitahu kat ramai orang kemudian gelakkan aku. Aku rasa mereka jahat. Selalu gunakan aku bila memerlukan penggayaan bahasa kemudian memperlekehkan aku. Lama lama aku pun berhenti menulis. Dan aku percaya bahawa yang aku sememangnya xde bakat dalam penulisan. semua pujian yang aku dpt adalah palsu. aku percaya sampai sekarang.

Bila nak masuk tingkatan 4, aku decide nak amik akaun. Semangat aku berkobar kobar gila nak belajar akaun sampaikan buku rujukan pun aku dah beli awal awal lagi walaupun hakikatnya aku adalah seorang pelajar sains tulen. Sekali lagi aku mendapat tentangan keluarga. Masa ni mak dah jadi arwah. Dorang tak galakkan aku amik akaun sebab dorang percaya masa depan aku mesti ada dalam bidang sains. Aku budak cerdik, pandai kenapa nak amik sastera? kat sekolah aku, akaun dikire kelas sastera. amik perdagangan, sains. Tapi aku tak kisah pun. kalau aku amik kelas tuh nanti aku jadi bodoh ke? Aku nak drop biologi, nak amik akaun. Pergi tuisyen akaun. kakak kata kalau macam tu takpe. Aku pon bgtahu cikgu. Dari aku tingkatan 4 sampai aku nak daftar spm masa tingkatan 5, aku selalu jumpa cikgu termasuk kaunselor sekolah aku yang aku nak amik akaun n nak drop bio. Tapi dorang x bg aku peluang sebab dorang kate aku budak pandai, aku boleh buat sains. Aku pun musykil macam mana la dorang ni yakin sangat kenal aku lebih dari diri aku sendiri? Dorang kata rugi kalau aku drop bio sedangakan akaun tuh subjek biasa je. Setelah gagal berbahas dengan cikgu cikgu aku yang sememangnya power, maka aku pon amik je lah bio untuk spm. dan aku sememangnya pandai bio pon sebab aku x fail tapi aku dapat 7D. pandai lah tuh kan. hurmmm.

Setelah cita cita nak jadi penulis & akauntan terhalang, aku tak macam orang lain yang semangat nak buktikan boleh berjaya dengan bidang yang dorang minat. Tapi masa tuh aku rasa give up.Aku rasa give up nak punya cita cita.Result kimia,fizik n biologi aku semuanya kantoi. Aku dapat A dekat subjek teras n Add Math je.Jadi harapan yang ada kat Add Math je lah masa tuh.Bidang sains memang aku simpang gila la.Aku minat bisnes.Tapi minat aku lebih mendalam dalam bidang komputer.Komputer nih rumit.Tambah tambah lak bab coding.Tapi yang tu lah best.Rasa terbelit kepala otak ni nak faham tapi puas hati sebab kita minat.Kan?Macam biasalah, tentangan lagi. Kali ni aku digalakkan amik akaun sebab dulu aku yang berkobar kobar semangat nak amik akaun.Tapi semangat aku dah tawar.Rasa nak belajar pun jadi malas sebab ade je halangan halangan nye.

Tapi untuk upu, aku apply jugak la akaun, first choice. Aku nak masuk uia tapi kat sana x silap aku xde akaun kot. ada ekonomi. so aku pilih la uitm n akhirnya dapat. aku sangat bertuah sebab dalam usia 17 tahun aku dah masuk universiti, amik diploma perakaunan, fast track dekat main campus, shah alam. ikut plan, aku habiskan diploma dalam masa 2 tahun dan terus sambung degree. kira kira umur 21 aku dah ada segulung ijazah. woo gila muda!tapi walaupun aku diberi peluang dengan tawaran yang cukup bagus, semangat aku dah lama mati. aku tatau aku nak jadi apa bila aku dewasa nanti.dan dunia fast track aku semakin mencabar.tiga semester pertama aku x pernah fail & cgpa aku maintain 3.tapi bila masuk semester 4 aku akhirnya kecundang dengan fail 3 subjek.bende ni amatlah membuatkan aku stress sebab tertinggal dengan kawan kawan, terpaksa pulak masuk kelas junior n macam macam hal lagi.walaupun demikian, ketika aku extend aku percaya aku seorang pelajar yg sangat gigih dalam menaikkan semula cgpa aku yg da jatuh below 3.dan usaha aku berbaloi sebab akhirnya aku dapat jugak naikkan balik cgpa aku mencecah 3 & ditawarkan untuk menyambung pengajian ke degree account kat shah alam. Malangnya tawaran itu telah ditolak dengan konfidennye sebab semangat aku yang dah mati tuh memang tak mampu nak dihidupkan balik.

Maka, terduduklah aku disini, mengadap laptop saban hari, memikirkan masa depan aku seterusnya bagaimana.

Aku tahu setelah pemergian mak, aku mula menghargai kenangan terutama gambar. Memori aku bersama arwah aku simpan dalam ingatan tapi lama lama ada jugak yang akan tercicir kan. Jadi untuk membuktikan betapa cintanya aku kat arwah mak, aku korek segala album yang ada wajah dia dan aku abadikan dalam satu album yg aku beli khas sbg tanda memperingati arwah. Dan ketika kakak hadiahkan aku kamera sebagai hadiah pmr aku, minat aku mula mendatang dalam bidang fotografi ni. tapi aku x pasan pon mase tuh. bila habis sekolah, masuk universiti, momen momen ceria masa ambik gambar ngan kawan kawan menjadi satu inspirasi dalam diri aku. bila haikhal lahir, aku semakin suka ambik gambar. dan aku selalu refer kat dia cara nak amik gambar, edit gambar, sebab aku amat suka dengan bakat dia :)

Aku suka amik gambar sebab di situ ada kenangan. Apa pentingnya kenangan? Sebab suatu hari nanti bila kita dah pergi, kita hanya tinggalkan kenangan. harta akan habis tapi kenangan tak pernah pergi. bila tengok gambar aku rasa damai. aku rasa gembira tengok senyuman mereka yang ada dalam gambar. disebabkan hidup aku lebih banyak sedih dan menangis, bila tengok gambar yg bahagia n ceria yang dirakamkan dari sudut pandangan aku sendiri, buat aku sendiri rasa gembira. dats y i really love photography. aku xde dalam gambar pon xpe yang penting ade wajah wajah yang aku sayang :)

tapi faham faham lah bila seorang perempuan nak jadi seorang photographer, mestilah x brape seswai kan. bidang tuh banyak laki la, lasak la, sosial la, yadda yadda. dan merujuk kepada diri aku sendiri, x layak. tu pendapat pendapat berani laa yang orang cakap kat aku. terima kaseh.

jadikan hobi je lah.

aku nak tido lah. penat nak fikir bidang apa aku nak amik. nak buat istikharah asyik x jadik je. haih.




p/s : meet uncle hussain menang AJL-23 dengan Lagu Untukmu. Wohoo satu mase dulu aku amatlah meminati lagu ini tapi lama lama aku tak tahan nak dengar sebab bingit sangat. Haha. Anyway, congrat MUH! :)

2 ulasan:

Luqman Hakim berkata...

wen u give up, then u r a failure.

Izzah berkata...

terima kaseh.